Salam Ramadhan untuk semua. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita kurangkan kontroversi sebaliknya marilah sama-sama kita lonjakan prestasi.
Amma ba’d.
أوﻟﻪ رﺣﻤﺔ ، وأوﺳﻄﻪ ﻣﻐﻔﺮة ، وﺁﺧﺮﻩ ﻋﺘﻖ ﻣﻦ اﻟﻨﺎ
“Ramadhan awalnya rahmat,pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pelepasan dari api neraka” (Maksud Hadith Nabi Muhammad SAW)
Tajuknya berkenaan jodoh tetapi isinya Ramadhan. Insya Allah ada kaitannya; apa yang perlu adalah teruskan membaca hingga ke akhir ayat.
“kau lain la. Kau ex *sekolah agama Kampung Jawa . Memang ramai beratur. Kitorang ni,dok tunggu-tunggu tak datang-datang jugak.”
Lebih kurang begitulah perbualan yang berlaku antara saya dan beberapa orang rakan suatu masa dahulu. Saya hanya tersenyum sambil dalam hati terdetik kalau latar belakang sekolah dijadikan sandaran memilih jodoh, agak parah disitu.
Ada seorang ikhwah, nadanya berbunyi agak kecewa semasa bercerita kepada saya apabila lamarannya ditolak. Katanya, agak susah melupakan apa yang terjadi dan sangat berat baginya untuk menerima kenyataan itu. Saya hanya boleh memberi kata-kata semangat. Itupun saya tak pasti sama ada menaikkan semangatnya atau membuat hatinya bertambah parah. Hendak memberi jalan penyelesaian, saya sendiri pun belum pernah melamar apatah lagi dilamar seseorang.
Jadi saya nasihatkan kepada beliau, memang jodoh tu bukannya kita menanti sambil berdoa tetapi sesuatu yang harus diusahakan. Katakanlah kita telah berusaha tetapi lamaran kita ditolak, yakinlah Allah telah ‘menyimpan’ seseorang yang lebih baik daripada apa yang kita fikirkan. Saya harap nasihat itu kalau tidak banyak, sedikit pun jadilah untuk meredakan keresahan beliau.
Terlanjur bercakap bab jodoh, sekali lagi saya hairan dengan pemikiran segelintir ibu bapa sekarang. Kalaulah anak-anak mereka minta kebenaran untuk berkahwin awal, pelbagai alasan diberikan. “kau tu belajar pun tak habis lagi, jangan mengada-ngada nak kahwin”,” kau nak bagi isteri kau makan pasir!kerja pun tak tetap lagi”,”kau ingat kahwin ni senang ke?”. Begitulah stigma-stigma ibu bapa apabila anak-anak mereka minta kahwin awal terutama ketika masih dalam pengajian. Yang bertambah hairannya, dalam mereka tidak benarkan anak mereka berkahwin awal, mereka benarkan pula anak-anak mereka keluar ke shopping complex, panggung wayang, dan keluar makan sama-sama dengan lelaki ajnabi. Kata mereka “tak pe, diorang keluar laki perempuan ramai-ramai”, “alah bukannya diorang buat ape pun, keluar pergi makan sama-sama je”.
Kepada mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik, kalau diikutkan saya bukanlah orang yang layak nak condemn sebab saya sendiri belum menjadi bapa malah belum lagi menjadi suami orang tetapi selaku pemuda yang meningkat dewasa dan melihat ini sebagai satu penyakit yang membarah dalam masyarakat, saya harus menyuarakan pendapat saya. Hak kebebasan bersuara dijamin oleh perlembagaan persekutuan (Rujuk dalam perlembagaan persekutuan, perkara 10 dalam peruntukan mengenai kebebasan asasi). Apa yang saya khuatirkan adalah natijah daripada halangan ibu bapa untuk berkahwin awal. Ya, remaja-remaja ini boleh mengambil tindakan drastik dengan berkahwin senyap-senyap di selatan Siam kerana remaja-remaja ini berdarah muda; adakalanya fikiran mereka di luar batasan rasional. Dan yang paling parah andai mereka TERLANJUR. Waliyazubillahimin zalik.
Jadi berbalik kepada soalan jodoh tadi, kaitan antara hadis mula-mula pada entri ini dengan jodoh adalah doa. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW ada bersabda:
“ada tiga doa yang tidak ditolak: doa kedua ibu bapa, doa orang yang berpuasa dan doa musafir” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
Jadi bersempena dalam fasa rahmat ini, perbanyakkan doa kepada Allah, buatlah solat istikharah serta yakinlah bahawa doa akan dimakbulkan. Doa bukan setakat memohon dikurniakan jodoh yang baik tetapi mohonlah Allah pertingkatkan ilmu, amal soleh serta perbaiki akhlaq kita. soal jodoh ini telah menjadi ketentuan sejak kita berada di alam Rahim Cuma kita perlu berusaha supaya jodoh itu benar-benar menjadi milik kita bak kata Ustaz Hasrizal dalam satu artikelnya “Apa yang penting adalah USAHA dalam lingkungan BATASAN AGAMA”; mungkin boleh menggunakan saluran orang tengah ataupun pergi berjumpa secara terus wali insan yang ingin dinikahi.
wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan duniawi.
Apa-apa pun barakallahulakuma saya ucapkan kepada sahabat saya Raja Alaudin bin Raja Abdullah, pelajar University of Wisconsin,Madison yang akan bernikah pada 2 September ini dengan pasangan pilihan hatinya yang merupakan seorang pelajar perubatan di Egypt. Semoga baitul muslim yang dibina berkekalan hingga ke syurga.
wallahualam
*Sekolah agama Kampung Jawa adalah sebuah sekolah agama terkenal di daerah Klang,Selangor.
4 comments:
Sabarlah menanti jodoh yang Allah dah tentukan..;D
kurangkan kontrovesi lonjakkan prestasi..mcam boleh buat slogan la..haha..raja dah nak kahwin..barakallah..=)menunggu giliran lah kot ust. nazrul kita ni..ehem2(harap tak menimbulkan kontrovesi.lol)
Tertarik dgn perkara 10 dalam peruntukan mengenai kebebasan asasi, hak kebebasan bersuara. ^^ Fenomena melihat latar belakang persekolahan sseorg mmg berlaku. Nice post anyway, Ust. Nazrul. Barakallahulakum :)
to Wahi: insya Allah..ameen..
to Salwani:ya, Raja akan bertambah kedaulatannya.Raja yang berhari-hari akan menjadi raja sehari..haha..itu sangat menimbulkan kontroversi..:P
to Akmar Nabila:ada hidden meaning yang highlight perkara 10 tu..harap2 difahamilah..untuk ahli sahaja..opps.^_^
Post a Comment