Saturday, August 6, 2011

Hairan...

Salam buat semua, macam mana ramadhan kalian? Mudah-mudahan semakin hari semakin baik.
Amma ba’d.

Alhamdulillah segala puji layak untuk Allah jalla wa a’la. Hidup kita hari ini dibelenggu dengan pelbagai ideology yang menyimpang seperti sekularisme, liberalism, dan hedonism. Hari demi hari kita boleh baca daripada akhbar-akhbar harian bahawa gejala sosial semakin hari semakin teruk, institusi rumah tangga semakin hari semakin runtuh, dan agama islam dicabar dengan sangat dahsyat.

Saya sebenarnya hairan dengan sikap segelintir ibu bapa di negara kita. ada sesetengah ibu bapa terutama yang mempunyai anak-anak yang belajar di luar negara sangat bimbang kalau anak mereka join usrah dan aktiviti yang bersangkutan dengannya tetapi mereka tidak pula bimbang andai anak mereka pergi parti, bergaul dengan orang yang liar sikapnya dan TIDAK SEMBAHYANG. Saya memberi contoh ini berdasarkan realiti sama ada saya lihat dengan mata kepala sendiri atau yang saya dengar. Sesetengahnya kalau ibu bapa call dari jauh, yang mereka sibuk tanyakan adalah “dah makan ke belum?”. Bagi mereka persoalan makan lebih besar dan penting daripada segala-galanya. Kalau saya katakan  mungkin ada sesetengahnya tidak bersetuju, tetapi itulah hakikat sekarang ini. kebanyakan ibu bapa sekarang hanya pandai MENTERNAK anak bukan MENDIDIK anak. Setakat memberi cukup makan ibu ayam dalam reban pun boleh buat tetapi mendidik anak untuk menjadi manusia yang mempunyai sifat INSAN adalah tanggungjawab ibu bapa yang akan disoal Allah.

Dulu masa sampai di sini emak saya ada bertanyakan “makan kat sana macam mana?barang-barang halal dapat di mana?”. Adakala ibu bapa hari ini sangat concern pasal pelajaran dan ini sangat bagus tetapi tidak pula mengambil tahu soal anak-anaknya mengambil makanan halal atau tidak walhal makanan haram inilah yang dapat menggelapkan hati. Asal cemerlang pelajaran, yang lain tidak perlu bimbang. Inilah penyakit yang melanda masyarakat kita. mari kita lihat kesan jangka panjang jika perkara ini tidak diperbetulkan. Memang lumrah orang yang cemerlang dalam akademik akan mudah mendapat tempat dalam masyarakat baik menjadi pemimpin politik, pengarah syarikat, pengurus syarikat dan sebagainya akan tetapi jika semasa belajar mereka tidak ditarbiyah atau dididik dengan ilmu agama maka akan lahirlah individu-individu yang menyalahgunakan kuasa, tiada amanah dan mengambil rasuah. Memang bukan semua yang bersifat begini tetapi ini realiti yang dapat kita baca melalui media-media massa.

Pelajaran sangat penting tetapi PENDIDIKAN lebih penting. Inilah paradigma yang harus kita ubah dalam masyarakat kita. kepada sahabat-sahabat saya sama ada di institusi tempatan atau luar negara saya menyeru diri saya dan kalian agar, sertailah usrah kerana ini adalah tunjang untuk mewujudkan individu muslim berkualiti. Saya akui usrah ini bukan satu paksaan tetapi dalam usrah inilah kita dapat membentuk jati diri muslim dan dapat mengenal pasti matlamat dunia dan akhirat kita.

Saya mohon maaf andai terkasar bahasa atau ada individu yang terasa dengan entri ini tetapi ini untuk kebaikan bersama. Wallahua’lam

6 comments:

SUHAIMI RAMLI said...

We should be more concern on food after this =) Thank you for this post. Islam itu mudah tapi jgn terlalu ambil mudah kan...something sgt haha

Mohamad Nazrul Fazli said...

apa yang somethingnya..aishiteru sungguh haha..

sKiRafaRgEek said...

couldn't agree more. tadi baru dengar pengisian dari Ust Salam. tak kenal pun ust ni baru je knal tadi.katanya, sekarang ni ramai yg ikut usrah tapi tak fham untuk apa usrah tu. rmai yg tarbiyah, tapi tak fham apa itu tarbiyah. tarbiyah bukan mahu melahirkan seorang yang a'lim dalam agama tetapi seorang yg faham akan agama. wallahua'lam..=)
makan kat sna kdang2 nak hntam ja..lepas ni kena jaga2 cket..jazakallah..

abid™ said...

sistem pelajaran malaysia dulu menggunakan nama Kementerian Pendidikan Malaysia tapi sekarang dah tukar Kementerian Pelajaran Malaysia atas alasan sekolah hanya bertanggungjawab untuk mengajar dan bukan mendidik.tugas mendidik diserah seratus peratus kepada ibu bapa.tu tak termasuk kes baitul muslim yang gagal kalau ibu bapa yang bz bekerja smpai lewat malam smpai takda masa utk mendidik dan mentarbiyah anak dalam membina individu muslim yang berjaya

Mohamad Nazrul Fazli said...

to salwani: yup, you made a point there.ada yang join usrah tapi tak faham kenapa dia ada dalam usrah tu.mungkin kesalahan naqib,hanya sekadar mengajak ke usrah dan berbangga dapat tarik orang dalam usrah.itu pun penyakit jugak..something to ponder and make a change in our paradigm..thanks wani.

to wahid: ini juga satu masalah kalau tugas mendidik diserahkan 100% kepada ibu bapa.kalau lah anak-anak sentiasa bersama ibu bapa tak pe la jugak.sebenarnya, tugas mendidik ni, integrated duty sebenarnya..masyarakat,ibu bapa, pemimpin dan individu tu tersebut..apa2 pun mudah2an kita sedar tanggungjawab kita..jazakallah wahid..

.::annemishi::. said...

betul!

ada lagi satu, sesetengah parents melarang anak perempuan pakai tudung labuh kerana ditakuti extremist agama..

=_="