Salam buat semua. Alhamdulillah sekarang ni sudah first-half Ramadhan. Bagaimana keadaan kita sekarang?mudah-mudahan semakin bersemangat untuk meneruskan amal-amal soleh di bulan penuh rahmat dan berkat ini.
Amma ba’d.
Entri kali ini akan menceritakan aktiviti sepanjang first-half Ramadhan kami di Rochester. Alhamdulillah, Ramadhan yang penuh erti pada tahun ini disulami dengan aktiviti-aktiviti menarik. Pada entri lepas, saya sudah ceritakan yang selain bertadarus, bersukan dan iftaar Jamie di masjid & rumah jiran-jiran (Province dan Park Point), kami juga mengambil peluang menziarahi sahabat-sahabat sambil iftar dan bertarawih di State University of New York, Buffalo. Di kesempatan itu juga kami yang dikunjungi seorang sahabat non-muslim dari Iowa State University, membawa beliau mengambil angin di Niagara Falls.
Jason Goh( berbaju hitam) dari Iowa State Univerity
Angin Niagara
Iftar di Buffalo
Kelmarin (13/8/2011), saya , Izzat dan Syamir pergi shopping di Waterloo Premium Outlet. Sememangnya terdapat pelbagai baju,seluar,set corelle dan banyak lagi barangan berjenama pada harga yang sangat murah. Di bulan Ramadhan ini juga saya belajar buat karipap hasil tunjuk ajar Akmal. Inilah bulan yang penuh barakah dan hikmah.
Koleksi Corelle'Termasuk' kedai ini.hehe
Antara hasil tangkapan di Waterloo
Izzat dan Syamir sibuk memilih kasut raya
Ada suatu peristiwa yang setahu saya sangat jarang berlaku di Rochester semasa Ramadhan ini iaitu hujan batu namun ia tidaklah seteruk yang pernah saya alami ketika di Ohio dua bulan yang lalu. Apa yang saya bimbangkan kalau-kalau cermin kereta saya pecah tapi Alhamdulillah semuanya selamat.
Hujan batu
Inilah sedikit sebanyak coretan untuk first-half Ramadhan kami di perantauan. Insya Allah untuk second-half, kami akan cuba hasilkan video sepanjang Ramadhan dan sambutan Aidilfitri di perantauan.
Masa untuk satay
Iftar di Islamic Center of Rochester
2 comments:
nak satey!
kita buat waktu ADC..hehe
Post a Comment