Friday, July 15, 2011

Like & Dislike...

Salam buat sahabat yang jauh dan dekat,moga diberkati Allah dalam setiap langkah kehidupan.
Amma ba’d.

Sedar tidak sedar, bulan depan genaplah setahun saya berkelana di bumi US ini. subhanallah, masa yang berlalu terasa begitu cepat. Persoalannya, bersediakah saya andai esok takdir saya bertemuNya? Saya memohon rahmat Allah agar sentiasa dalam ketaatan dan kebajikan.
Memang tujuan saya menulis kali ini adalah untuk berkongsi serba sedikit tentang US ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.  Ada beberapa perkara yang saya suka dan ada perkara yang saya tidak suka di US ini.

YANG SUKA

GREEN ENVIRONMENT
US ini dianugerahkan Allah dengan pelbagai bentuk geografi. Ada gurun seperti di Arizona, ada tasik dan pergunungan yang sangat memukau seperti d Wyoming dan Colorado, ada pesisir pantai yang sangat cantik seperti di California, dan ada hutan-hutan yang sangat sesuai untuk bercamping seperti di Pennsylvania. Bagi saya yang boleh dikategorikan sebagai ‘nature lover’ ini sangat takjub melihat ciptaan Allah dan sekaligus merasakan betapa kerdilnya saya. Bila melihat tasik, gunung-ganang, dan bunga-bunga yang ditanam sekitar tempat saya ini, hati jadi tenang.




CUSTOMER SERVICE
Saya akui perkhidmatan pelanggan disini adalah terbaik. Pergi sahaja ke mana, kita tidak perlu melalui banyak kerenah birokrasi dan semua urusan di kaunter kebanyakannya selesai dalam masa kurang lima minit. Saya masih ingat sewaktu terpaksa menukar kereta di Hertz di East Lansing akibat hujan batu, saya menyangka  ia akan mengambil masa yang lama kerana mungkin pihak Hertz ingin memeriksa keadaan kereta tersebut, membuat laporan itu dan ini, dan sebagainya. Namun, saya hanya perlu isi ‘incident form’ dan nyatakan sebab ingin menukar kereta. Tidak sampai 5 minit, orang di kaunter itu cakap “Here the key for Mazda 6 at parking no. 4 and you are set”

                      Penangan Hujan Batu di Ohio Turnpike

COURTESY
Sememangnya masyarakat di sini kaya dengan sifat ihsan mereka. Sebagai contoh, kalau kita memandu disini terutama di bandar-bandar besar dan kita ingin menukar ‘lane’, mereka dengan senang hati memberi laluan kepada kita asalkan kita memberi lampu isyarat membelok. Pengalaman yang ini saya dapat ketika memandu di Highway Chicago. Memang sangat sesak walaupun ada enam lorong tetapi dalam kesesakan yang amat itu, masih mereka bersifat ihsan. Selain itu, mungkin perbuatan ini nampak kecil tapi bagi saya besar ertinya iaitu menahan pintu. Pelikkan bunyinya tapi itulah yang mereka lakukan. Katakanlah kita di belakang seseorang ingin memasuki sebuah bangunan, orang yang dihadapan kita itu akan membuka pintu dan menahan pintu itu supaya kita masuk sekali. Subhanallah.


GREETING PEOPLE
Kalau kita jumpa kenalan atau berurusan di kaunter memang ucapan “how are you doing today”, “how are you”,”Thank You”, “you are awesome” sememangnya tidak pernah lekang dari bibir mereka. Sememangnya saya sudah terbiasa dengan keadaan ini dan insya Allah saya harap saya dapat ‘apply’ bila pulang nanti. Dan sememangnya Islam mengajar kita untuk bertanya khabar sesama kita.


ENCOURAGEMENT
kalau dalam kelas kita bertanyakan soalan, lecturer akan bagi semangat dengan mengatakan “that’s a good question” walaupun soalan yang ditanya itu adalah mudah. Inilah bentuk galakkan yang dibudayakan di institusi pengajian di negara kita.


CARING MUSLIM COMMUNITY
apabila kita menjadi minority, perasaan saling mengambil berat sesame muslim itu lebih kuat. Alhamdulillah, di tempat saya komuniti Muslim disini sangat baik dan banyak juga program-program diadakan oleh pihak Islamic Center of Rochester (ICR) bagi mengeratkan silaturahim. Di sini, makanan Halal tidak perlu dirisaukan kerana ada kedai yang menjual semua keperluan seharian dari bahan mentah seperti ayam dan daging, rempah ratus, makanan seperti pizza,sub, nasi berlauk dan bahan-bahan lain seperti sabun mandi,shampoo  yang dijamin halal.

                                      Islamic Center of Rochester

YANG TIDAK SUKA

INSURANCE POLICY
Ada sesetengah negeri seperti di Tennessee tidak mewajibkan kenderaan untuk mengambil insurans tetapi bagi negeri New York, setiap kenderaan wajib mengambil insurans. Walaupun insurans ini ada unsur-unsur perjudian tetapi memandangkan kenderaan sangat penting untuk memudahkan pergerakan, jadi terpaksalah.


SWEARING
Memang menjadi tabiat mat dan minah saleh ini mencarut. “What the F***”,”What the He**”,”Oh this is Cr**”,”Sh**”. Kalau kita bersembang dengan mereka, kena banyak tahan telinga dari mendengar perkataan-perkataan ini. kadang-kadang terdetik dalam hati,”minah ni cun jugak, tapi asyik mencarut je” (hehe.nakal sikit)


“IT’S SUMMER”
Saya bukan tidak suka musim panas ini tapi apabila tiba musim summer ini saya nampak ramai sangat ‘orang miskin’. Kalau ‘orang miskin’ ini duduk diam-diam dalam rumah tidak menjadi masalah tetapi mereka keluar berjemur di tempat-tempat lapang. Agaknya mungkin sebab hal ini menyebabkan ramai pelajar luar negara kahwin awal. Kalau yang sama university boleh la kahwin awal tapi kalau berlainan university? Nak pula yang berlainan negara, terpaksalah tunggu sehingga grad (^_^).

                                         Memancing di Mendon Park

Jadi inilah sedikit sebanyak pengalaman-pengalaman yang dikutip kurang dari setahun ini. insya Allah saya akan grad pada Mei 2013. Saya tidak tahu apa yang bakal saya tempuhi di masa mendatang tetapi saya hanya mengharapkan Allah sentiasa bersama saya dalam susah dan senang. Semoga pengalaman-pengalaman yang dikutip dirantau orang dapat dijadikan ‘modal’ untuk menjalani dan memajukan diri di masa hadapan. Insya Allah..:)

P/S: Rochester sudah semakin lengang.kesunyian jelas terasa namun bayu subuh dan senja yang bertiup sangat mengasyikkan, suasana ini pasti dirindui kelak.

2 comments:

SUHAIMI RAMLI said...

Kena buat sambutan ulangtahun setahun di US ni hehehe =)

Mohamad Nazrul Fazli said...

jom sambut kat washington dc sekali dengan raya..hoho