Sunday, July 10, 2011

Kebenaran Yang Akan Muncul...

Salam buat semua sahabat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga hidup kita dipandu Allah SWT.
Amma ba’d.

Kita sedia maklum baru-baru negara yang kita sayangi telah tercetusnya satu perhimpunan yang dinamakan BERSIH 2.0. ada yang menyokong dan ada juga yang membangkang. Saya tidak kisah sama ada kalian menyokong atau membangkang sebab kita manusia  rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Cuma perkara yang saya bimbangkan adalah mengenai masa depan (kalau kita tidak memikirkan hal orang lain pun, cukuplah memikirkan generasi kita yang seterusnya). Soalnya bukan pada BERSIH 2.0 itu tapi soalnya adalah pada ketelusan pemimpin yang sedia ada dalam mengurus tadbir negara. Setelah pelbagai penyelewengan, rasuah, budaya nepostisme dan pengongkongan media yang kita lihat, apakah masih kita mahu terus memilih untuk hidup dalam keadaan yang sebegini?

Analogi mudah yang boleh saya berikan. Katakanlah kita dari Shah Alam ingin ke Penang menaiki bas ekspress. Hendak dijadikan cerita sewaktu di persimpangan antara Johor Bharu (selatan) dan ke Penang (utara), pemandu bas tersebut membelok ke JB. Apakah yang akan kita lakukan? Kalau saya, saya akan menegur atau mengingatkan pemandu tersebut bahawa saya beli tiket ke utara. Kalau dia berkeras mengatakan “suka hati aku lah, bas ni aku yang drive, kau diam-diam sudah” . tidakkah kita akan melenting sebab tiket yang kita beli memang ke utara? Apa tindakan susulan kita selepas itu? Sudah pasti saya akan melaporkan kepada syarikat bas tersebut bagi meminta menukar pemandu kerana pemandu itu ‘gila’.

Begitulah senario yang berlaku di negara kita. Apabila amanah yang kita berikan dikhianati, apakah kita harus berdiam diri? Saya bukan orang yang layak untuk menjawab hukum kita berdemonstrasi tetapi dari segi psychology,apabila hak kita disekat dan dinafikan, perasaan memberontak akan timbul. Waktu ini, kadang-kadang kita akan bertindak di luar kawalan. Disebabkan ketidakpuasan hati kepada sistem pilihanraya dan pentadbiran yang dipalit rasuah, ‘pemberontakan’ ini tidak mampu lagi dihalang.

Jika ingin bercakap soal “asalkan hak aku terjamin, orang lain lantaklah” saya boleh berbuat demikian tetapi ingatlah sabda Rasulullah SAW.:

“Barangsiapa yang tidak memerhatikan (memikirkan) masalah kaum Muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka”. ( Riwayat Baihaqi dari Anas ). 

Saya akui disini, saya mampu hidup senang, pakai kereta, pakai iphone, duduk di rumah besar, makan makanan yang sedap-sedap setiap hari tetapi nasib orang kampung saya di Malaysia macam mana? Dengan kenaikan harga barang sedangkan gaji masih di takuk lama,bagaimana mereka ingin survive? Dan jika setiap hari terpaksa melakukan over time  di tempat kerja sehingga tiada masa ke kuliah maghrib, bila akan lahirnya masyarakat berilmu? Mengenangkan hadith ini, janganlah kita hidup nafsi-nafsi. Senang sama senang, sakit sama sakit.
                                          rumah saya tiga tingkat

Apa yang membimbangkan saya tentang masa depan adalah pendidikan anak-anak, keperluan kehidupan seperti rumah, kereta, dan pakaian (basic needs), dan kehidupan yang dijamin keamanannya. Jika tiada yang ini, bagaimana ingin melahirkan generasi ulul albab yang dilaungkan kerajaan? Bagaimana ibu bapa ingin melepaskan anak-anak ke pusat-pusat pendidikan apabila membaca statistik kes hamil luar nikah, kes ragut, kes gangsterism meningkat?

Kepada yang memimpin, sama ada anda merubah corak kepimpinan mengikut telunjuk al quran dan as sunnah atau anda jatuh dengan cara yang paling tidak bermaruah. Masih ada masa untuk berubah.
Walau apapun saya meyakini firman Allah dalam surah al isra’ ayat 81:

“Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap (selama-lamanya).”

Wallahua’lam

6 comments:

syahmi said...

Salam. Btl tu bro. Aku pn tak sokong sgt demonstrasi tp jika itu langkah yg terakhir utk mendapat perhatian, aku tak tau nak abeskan ayat ni mcm mana. Aku fikir mcm ko gak, mmg kita hidup senang kt sana. Aku syukur. Tapi mcm mana dgn mak bpak aku kt sini, adik-adik aku kt sini, kawan-kawan kita yang lain. Infrastruktur kita maju ke depan, tapi taraf hidup kita makin mundur ke belakang.

Encik Macho said...

ceeeeh sama topic rupanya kita nih..hahaha

siputsedut said...

baca2 blog cik dehujjatul agak ada keserasian ya dgn isi blog incik nazrul..=D alhamdulillah masih ada anak muda yg berjiwa dakwah juga berjiwa jihad begini. semoga usaha anda diberkati, fikiran anda terus diutarakan walau dengan sekecil kecil medan pertempuran ini.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

to syahmi: mentaliti yang harus orang malaysia ubah..alhamdulillah dah nampak dah perubahan tu..

to akh hakim: topic ape yang hot selain topic ni kan..huhu

to salwani: tapi cik akmar nabila lagi mantap..cerita pasal perang badar semua tuh..huhu

El-Azwar said...

Alhamdulillah, ramai pemuda yg berfikir ttg nasib generasi depan. Namun mentaliti golongan 'lama' mmg agak sukar diubah, jauh sekali berbual tentang perubahan.

Ya, setuju. Rata2 sesetengah gol menganggap demonstrasi bukan budaya kita, namun dengan demo sahaja masyarakat berfikir, membuka mata. Pada sy itu satu kejayaan yang besar :) Wallahua'lam.

Mohamad Nazrul Fazli said...

masa depan yang paling utama adalah akhirat..dunia ni buat je ape yang kite nak buat,tapi kite orang Islam kena ingat kite ada akhirat..:)