Monday, May 23, 2011

Masa Mereka Sudah Tiba...

Salam buat semua sahabat-sahabat yang saya rindui. Semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah SWT.
Amma ba’d.

Entri ini saya dedikasikan kepada semua senior-senior saya yang bergraduasi pada tahun ini. Pertama-tamanya, tahniah saya ucapkan buat kalian semua kerana berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran sepanjang keberadaan  kalian selama 3 atau 4 tahun di bumi Rochester ini. 
                                                                            Class of 2011
Doa saya, semoga kalian berjaya mendapat apa yang diimpikan. Mungkin ada yang ingin terus bekerja bagi mencari pengalaman dan mungkin ada yang ingin menyambung ke grad school selepas ini, semoga impian tercapai. Pesanan saya, every exit is an entrance to another part of life, so expect the unexpected. Allah berfirman dalam surah al-insyiqaaq ayat ke 19:

sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)” (84:19)

Benarlah firman Allah bahawa semakin hari hidup kita menjadi semakin sukar dan rumit dengan cabaran semasa. Atas dasar ini, kita hendaklah memandu diri kita dengan iman dan taqwa berlandaskan Alquran dan Assunnah.

Kami junior-junior di RIT akan meneruskan legasi kecemerlangan kalian, insya Allah. Baki tempoh pengajian saya lagi dua tahun akan saya gunakan untuk mengutip segala ilmu dan pengalaman agar kehidupan di masa hadapan dapat dihadapi dengan cemerlang.

Akhir kata, sekali lagi tahniah dan terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada kami junior-junior kalian. Masa kalian sudah tiba, kami pula menunggu masanya.

Seeru a’la barakatillah..:)

Friday, May 20, 2011

The Road To Wisconsin

Alhamdulillah, I am done with spring quarter and next week I am going to Wisconsin because there will be held Midwest Games 2011 there.  We will depart from Rochester on Wednesday morning, insya Allah with six cars and one MPV. For this time around, RIT has sent a soccer team for the Midwest Games. It does not matter whether we win or not but for me the most important thing, I can meet with my friends from various universities in the USA to strengthen the bonding (ukkhuwah) between us. Starting from last week, we have been training at the field around the campus. Let’s enjoy looking at our training session’s pictures. 

"Kalau kita tak menang, kita menang gaya" (Syamir Aizat)

Gigih Berlatih


Hari Yang Indah Di Rochester

Boot Ini Telah Berpindah Kaki


Second Goalie




Goalie Utama




Pukul 8.00 malam tapi masih di padang

May Allah ease our journey to Wisconsin,insya Allah.
For those who are going back to Malaysia, plan your holidays wisely and treat your families kindly..:)

Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikum...

Salam buat sahabat-sahabat sekalian, semoga kita semua semakin sihat di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah.
Amma ba’d

Dulu kalau waktu sekolah menengah, senior selalu pesan “kalau jumpa senior (berselisih) bagi salam”. Pesanan ini kerap kali diulang dan diulang,memang junior waktu itu memang patuh. Mula-mulanya “assalamualaikum abang” tetapi bila dah selisih dengan senior ramai-ramai jadi “kum bang”. Kumbang? Teringat Syed Alif Ikram J. Ya, pada hari ni kita dapat lihat budaya salam semakin luntur dalam kalangan umat Islam. Kita lebih berkenan untuk mengucapkan hi, hello, good morning, dan sebagainya. Kalau bagi salam pun, terbatas kepada kenalan kita sahaja. Ada satu hadis Rasulullah SAW ajarkan kepada kita umatnya:

"Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling menyintai (Kerana Allah). Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan satu perkara yang mana jika kamu lakukan perkara itu, maka kamu akan saling menyintai? Sebarkanlah salam diantara kamu!" (Hadis Muslim)

Ya kita mesti mengucapkan salam kepada siapa sahaja muslim yang kita temui. Kadang-kadang bila berkesempatan, saya akan menunaikan sembahyang di Islamic Center of Rochester (ICR, Masjid Rochester). Apa yang saya tertarik dengan muslim di US ni, mereka memberi salam kepada siapa sahaja yang mereka temui atau semasa berjabat tangan.subhanallah, nampak begitu cantiknya Islam apabila diamalkan dengan cara yang betul. Tangan dihulur,seyuman diukir, khabar bersapa menatijahkan tautan silaturahim dan melahirkan kasih sayang. Ada beberapa orang tempatan yang memang selalu saya berjumpa di ICR, kami jadi mudah mesra walaupun pertemuan tidaklah lama. Benarlah sabda nabi, salam dapat membuahkan kasih sayang.
                                                            Islamic Center of Rochester

Oleh itu, budayakanlah salam sesama kita umat Islam kerana itu pesanan nabi dan itulah kunci kasih sayang sesama umat islam bersaudara. Wallahualam
P/S: sedikit promo untuk kalian yang pulang ke Malaysia. WOW, satu program menarik di bawah I luv islam yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda, Klang pada 22-25 July, 2011. Kalian boleh register di i luv islam.

Sunday, May 15, 2011

Buat Sahabat & Teman...

Buat sahabat,teman dan diri ini.




"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Thursday, May 12, 2011

Anda Tentukan..

Salam buat semua sahabat-sahabat. Saya mengambil kesempatan mendoakan buat semua rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan akhir agar berjaya menjawab soalan dengan cemerlang.
Amma ba’d.

Ada dua berita yang merunsingkan fikiran saya  

1)      Di Berita Harian
2)      Di Harian Metro

Jadi, sahabat-sahabat boleh klik pada link kedua-dua berita tersebut. Membaca berita tersebut membuatkan saya tidak keruan. Mana tidaknya, ia merupakan indikator di mana keadaan di Malaysia tidak lagi selamat. Saya teringat kata-kata Dr Maza di FB beliau:

‎"..harga gula naik, barang-barang lain akan turut naik..tahniah kepada kerajaan kerana terus memotong hak rakyat..takziah rakyat kerana menjadi mangsa..istana baru berbillion..peruntukan menteri dan isteri terus tinggi..belanja sesuka hati dengan janji politik itu dan ini..tidak cukup rampas subsidi kami..”(Dr.MAZA.com)

Apa yang ingin saya kaitkan adalah, soal kepimpinan sangat penting dalam sesebuah negara. Mari kita renungkan dalam seerah nubuwwah. Semasa kewafatan Nabi Muhammad SAW, yang terlibat menguruskan jenazah nabi hanyalah seorang iaitu Saidina Ali Karamallahu wajhah. Dimana Saidina Abu Bakar ketika itu? dimana Saidina Umar Alkhattab masa itu? Kemana menghilangnya Saidina Usman bin Affan? Sedangkan mereka semua sahabat yang paling rapat dengan Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda. Mereka semua ketika itu sedang bermesyuarat untuk melantik khalifah bagi mengganti Nabi bagi menerajui hal ehwal umat Islam. Urusan Ummat Islam bukan urusan yang mudah.

Berbalik kepada berita yang telah kita bacakan, kita dapat melihat bahawa kepimpinan yang caca merba akan melahirkan masyarakat yang pincang. Kepimpinan yang sibuk dengan mengkayakan kroni sehingga masyarakat tidak dididik dengan didikan agama yang sepatutnya, apakah alasan pemimpin sebegini di depan Allah? Masyarakat menjadi semakin haru biru. Alhamdulillah, dengan sedikit pengetahuan agama yang Allah kurniakan buat saya, saya pasti memilih isteri yang solehah untuk dijadikan penguat diri dan pendamping hidup tetapi bagaimana dengan mereka-mereka yang tercicir pendidikan agama? 

Pemimpinlah sepatutnya yang mendidik mereka. Hendak diharapkan ustaz, kuasa apa sangat yang mereka ada kalau hendak memberi ceramah pun perlukan tauliah yang perlu melalui pelbagai karenah birokrasi bagi mendapatkan tauliah tersebut. Pemimpin yang diberi kuasa, mampu menggunakan media, boleh bergerak ke sana sini dengan pemandu sepatutnya memainkan peranan yang sangat penting ini. untuk selebihnya, saya serahkan kepada sahabat sekalian untuk menilai dan menentukan pemimpin mana yang layak dipilih untuk memimpin. Secara personal, kalaupun rumah tangga saya kelak bahagia dengan dikurniakan isteri solehah dan anak-anak yang baik tetapi bahagiakah jika akhlak masyarakat disekeliling persis makhluk-makhluk di hutan?


Subhanallah. Sungguh hebat kepimpinan Khulafa' Arrasyidin.


"Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (qurrata aini) kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Al Furqaan:74)

Friday, May 6, 2011

Tangan Yang Lembut Itu...

Salam buat semua sahabat-sahabat yang dirindui kerana Allah. Hiduplah atas landasan yang Allah redhai, mudah-mudahan kita sampai ke destinasi yang ditujui.
Amma ba’d.

Pepatah ada menyebut, “tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia”. Sungguh benar dan tepat bidalan ini. tangan siapa yang menghayun buaian? Sudah semestilah tangan seorang ibu yang tidak pernah kenal erti jemu dan lesu dalam mendidik anak-anaknya. Hari ini kita kagum melihat seorang tokoh korporat menaiki kereta besar, kita bangga melihat seorang doktor berjaya melakukan pembedahan, kita takjub dengan daya kepimpinan seorang pemimpin, namun tahukah kita disebalik kejayaan mereka semua siapakah yang lebih layak dipuji? Ya seorang ibu yang bersusah payah  mengendong perutnya selama Sembilan bulan dengan penuh payah, seorang ibu bagaikan separuh nyawa ketika hendak melahirkan anaknya, seorang ibu menyusukan anaknya dalam keadaan penuh lemah, seorang ibu yang sabar dengan kerenah nakal anak-anaknya, seorang ibu yang tidak jemu mendidik, menjaga, dan melakukan segala yang terbaik untuk anaknya. Allah berfirman:

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusunya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (31:14)

Demikianlah Allah meyampaikan keterangan yang benar tentang betapa susahnya seorang ibu saat ingin melahirkan seorang anak. Jika kita mampu mengadakan untuk emak kita sebuah rumah agam, sebuah kereta mewah, sebuah pakej pelancongan ke luar negara setiap tahun, yakinlah bahawa jasa itu hanya setaraf debu-debu ditelapak kaki ibu kita kerana pengorbanan, kasih sayang, kecintaan mereka kepada kita tiada tolok bandingnya.

Redha ibumu, susu ibumu, doa ibumu hidupmu pasti cemerlang. Di saat seorang ibu mampu memelihara dan mendidik sepuluh orang anaknya dengan penuh kesabaran, mampukah seorang anak memelihara seorang ibunya yang seorang itu apabila tua kelak?

“Ya Allah, hambaMu memohon agar hamba tidak lupa diri apabila berjaya dan menjadi orang besar kelak. Kekalkanlah hambaMu ini dalam sifat tawaddhuk dan sentiasa mengenang jasa kedua ibu bapa hamba. Peliharah mereka sebagaimana mereka memeilhara hamba sewaktu kecil. Matikanlah kami semua dalam keadaan husnul khatimah agar kami dapat disatukan kembali dalam syurgamu sebagai keluarga sakinah sebagaimana kami di bumi ini menegcapi nikmat keluarga sakinah tersebut.”

Harta yang banyak, isteri yang jelita, pangkat yang besar dan pengaruh yang kuat tiada erti andai ibu tidak meredhai hidupmu. Bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah dan ibu.”

Sementara hidupmu masih tersisa, lakukanlah sesuatu yang terbaik dan menyenangkan ibumu. Andai ibumu redha, langkahmu di ‘sana’ selamat.

Buat para ibu, tanpa anda, tidak lahirlah pemimpin yang bijaksana, tidak lahirlah golongan korporat dan teknokrat, tidak lahirlah golongan guru-guru dan tidak lahirlah insan-insan yang cemerlang.

Kepada anak-anak, kalian hanya mempunyai seorang ibu. Hilangnya tiada pengganti, maka janganlah sesekali melukai hati ibumu.

Tangan itu dalam penuh kelembutan mengusap dan membelai anaknya, melahirkan seorang insan yang disanjung manusia.

Selamat hari ibu buat Pn. Norhashimah Bt Ahmad kerana sentiasa sabar dengan kerenah anak-anakmu yang nakal terutama anak emak yang kedua ini. sesungguhnya anak emak ini sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunda di kampung.

Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihanilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil”
                                              
Rindunya pada emak dan ayah. Moga diberi kesempatan untuk bertemu mereka...

Monday, May 2, 2011

Orang Memanggilnya Kerinduan...

Salam buat semua sahabat yang saya kasihi kerana Allah.moga kita tergolong golongan yang mendapat rahmat dan naunga Allah di dunia dan akhirat kelak.
Amma ba’d

Entri kali ini tidak ada apa yang istimewa, cuma  terkenang zaman di Intec dahulu (macam lame je bunyinye hehe)

Aku ni kuat rindukan orang.” (Syed Alif Ikram,2011)

Saya rasa, saya mempunyai penyakit yang sama macam alif. Memang saya cepat rindukan orang dan suasana. Kadang-kadang duduk seorang diri, saya selalu flashback zaman ‘muda-muda’ yang telah berlalu. Banyak sungguh kenangan manis. Kadang-kadang bangun awal pagi kat sini, terdengar kicauan burung di saat masih gelap mengingatkan saya di Cemara. Saya dan roommate saya saling mengejutkan satu sama lain dan pergi berjemaah di surau cemara sama-sama.

 Lepas solat maghrib sama-sama pergi makan kat restoran wira sejati tak pun naik kereta dengan Amin Asyraf pergi makan ABC dekat foodcourt Seksyen 2 Shah Alam. Saya masih ingat lagi saat pergi bershopping dengan Azhar Bujal di SOGO. Kadang-kadang pergi makan kat momen di shah Alam dengan Akif, Khairil, Suhaimi, Amin dan Aiman. Summer tahun lepas usah dikira, pantang ada peluang pasti pergi ‘berkubang’ di kolam bukit cerakah dengan Riduan, Danial, Arif, Ameerul Elyeen, Khalis dan ramai lagi Takpun kami pergi berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE). 
                                                            ABC Seksyen 2 Shah Alam

                                                    Momen di Seksyen 7 Shah Alam

                                                   Mandi di Bukit Cerakah

                                          Ustaz Azhar, Ustaz Riduan dan Ustaz Aakif di PADE

Setiap kali habis semester atau rasa bosan, kami selalu keluar ke Sunway Pyramid main ice skating dan makan di Carl’s Junior (besar sangat burger die). Yang paling best, semua budak-budak laki ACTP selalu main futsal di Sports Planet, seksyen 16 setiap hari jumaat lepas sembahyang jumaat. 
                                         Hobi Amin-Bermain Ice Skating di Sunway Pyramid

                                                    Carl's Jr di Sunway Pyramid

                                                 Sports Planet Seksyen 16..Terbaik..

Program, daurah, usrah.. subhanallah, ini part yang paling best.kadang-kadang berprogram di Masjid Negeri di Shah Alam, pernah di Selayang, Pernah di Sepang dan banyak lagi. Semuanya, membuahkan apa yang orang panggil KERINDUAN..
                                                      Tempat Yang Paling Dirindui..
P/S: maaf bahasa tak formal.