Monday, September 27, 2010

Di pErsimpanGan ImaN...

Salam buat semua. Semoga kalian semua sihat dan ceria selalu.
amma ba’d.

Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai maksiat dan kemungkaran. Saya sendiri dalam satu hari tidak akan terlepas daripada memandang aurat perempuan, tidak pernah sunyi daripada mendengar orang mencarut, tidak pernah aman daripada mendengar berita-berita di akhbar tentang gejala muda mudi sekarang ini. Perkara ini sebenarnya ujian buat para mukmin di akhir zaman. Allah berfirman kepada kita:

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”

Inilah firman Allah memberitahu kita bahawa di dunia ini kita tidak akan terlepas daripada berdiri di persimpangan iman. Berpandukan ilmu dan tarbiah yang kita terima sepanjang perjalanan hidup kita, buatlah kita pemilihan yang terbaik.

Syaitan hari ini sangat licik dalam menipu daya kita. Kadang-kadang dia yang menyuruh kita membuat kebaikan agar timbulnya u’jub dalam diri kita. Kadang-kadang dia menghalang kita membuat kebajikan dengan membisik pelbagai perkara-perkara duniawi kepada kita. Itulah sebahagian cara syaitan ingin menyesatkan kita. Sebenarnya, tidak akan rugi sedikit pun bagi sesiapa yang mengingkari syaitan bahkan akan bergembira di hari akhirat kelak. Tujuan syaitan menyesatkan kita adalah kerana dendam kesumatnya terhadap Nabi Adam AS dan ingin mencari sahabat dalam neraka kelak. Syaitan sedikit pun tidak akan bertanggungjawab terhadap diri kita di hari akhirat kelak sebagaimana firman Allah :

Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku mengkhianatinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.”

Inilah dialog diantara syaitan dan pengikutnya. Masing-masing saling menuduh tetapi syaitan pada hari itu pun mengaku dia hanya menyeru tetapi tidak berkuasa membantu menyelamatkan pengikutnya.  Kita hari ini terlalu mudah mengikut arahan syaitan. Syaitan kata makan benda haram, kita sumbat.Syaitan kata tengok perempuan ajnabi, kita tengok. Syaitan suruh kita mengumpat, kita mengumpat.

Oleh itu, saya dengan rendah hatinya mengajak diri saya dan sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian agar meninggalkan segala daki-daki dosa yang kita lakukan. Marilah sama-sama kita ishtiharkan perang terhadap syaitan dengan membenci untuk melakukan dosa dan kemungkaran. Leburkanlah sedikit keegoan kita, agar kita sentiasa di atas landasan Allah dan Rasulullah SAW. Yakinlah, keegoan kita dengan Allah tidak akan ke mana.

Wallahualam.

Monday, September 20, 2010

MenuJu keCeMerlanGan hiDuP...

Salam buat muslimin dan muslimat seluruh dunia. Bertaqwalah kepada Allah dan hiduplah di bawah panji-panji Islam kerana hanya itu sahajalah keselamatan hidup di dunia dan akhirat.
Amma ba’d

“Baguslah anak pak cik Mail tu. Dah la pandai, perangai pun menyenangkan. Tak ade lah nak menyusahkan orang” kata mak cik Senah.

“Itulah. Kalau perangai macam tu, ade ke perempuan yang tak pandang? Jenuh beratur” balas mak cik Siah

Agaknya beginilah perbualan orang-orang kampong, tentang remaja-remaja yang cemerlang akhlak dan pelajarannya di kampong mereka. Sebenarnya, menjadi insan cemerlang dan hebat jati diri bukan perlu disuruh tapi harus dicetuskan oleh kemahuan diri. Kenapa perlu menjadi insan cemerlang? Adakah untuk disanjung? Adakah untuk memperolehi pekerjaan dengan gaji yang hebat?

Menjadi insan cemerlang dari sudut akhlak, akademik, sahsiah dan pemikiran merupakan elemen terpenting dalam pembentukan tamadun yang hebat. Pada awal zaman Rasulullah SAW, hasil tarbiyyah Rasulullah SAW, remaja seperti Saidina Ali bin Abi Talib R.A dan Usamah bin Zaid R.A mampu memimpin tentera Islam pada usia belasan tahun. Rasulullah SAW bersabda:

sebaik-baik manusia adalah, mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang lain” (maksud Hadis)

Inilah yang kita inginkan sebenarnya. Fitrah manusia hari ini, sangat memandang kepada orang cemerlang. Orang cemerlang sering diminta buah fikirannya dalam menyelesaikan masalah. Orang cemerlang akan lebih mempunyai banyak peluang untuk berkhidmat dan memberi manfaat kepada orang lain. Doktor adalah orang cemerlang, jurutera adalah orang cemerlang, saintis adalah orang cemerlang, para ustaz dan tok guru adalah orang yang cemerlang. Mereka membantu masyarakat untuk menjalani kehidupan atas muka bumi Allah. Kalau setakat inginkan sanjungan, jadi penglipur lara kampong pun sudah disanjung. Kalau inginkan kerja dengan gaji yang tinggi, jual one drop perfume pun boleh jadi jutawan.

Permulaan

Permulaan yang baik bermula dari peringkat kecil. Ibu bapa dan bakal ibu bapa harus mendidik anak dengan menunjuk teladan yang baik kepada anak-anak. Kepada bakal ibu bapa pula, kamu harus memupuk akhlak yang baik dalam diri kamu dahulu sebelum anak kamu mewarisinya kelak. Saidatina AIsyah pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW maka dijawabnya akhlak Rasulullah SAW adalah alquran. Apakah maksudnya? Ia bermakna akhlak rasulullah SAW sempurna tanpa sebarang cacat cela. Oleh itu didiklah anak-anakmu berpandukan alquranul karim. 

Hidupkan sunnah Rasulullah saw dalam rumahmu. Pupuklah akhlak yang baik dalam diri kita nescaya akan terpancar sifat-sifat mahmudah dari diri kita. Kesilapan besar masyarakat kita hari ini adalah menjadi terlalu academic oriented dalam mengukur kecemerlangan. Kecemerlangan sepatutnya diukur dari aspek yang menyeluruh. Ada orang sangat pandai dalam akademik namun tidak tahu menahu tentang ilmu kemahiran (soft skill). Inilah ketempangan yang berlaku dalam masyarakat kita apabila mengukur kecemerlangan dari satu sudut sahaja.
Akhir kalam, ayuhlah berlumba menjadi insan cemerlang bagi menyahut seruan Nabi Muhammad SAW agar kita boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling kita.
Wallahua’lam.

Remind yourself several times daily "My attitudes are more important than my intelligence". It's not how many brains you've got that matters, but its how you use your brains that counts. Ability to manage your thinking is of much greater value than the ability to memorize facts & your IQ score. Never underestimate your own intelligence & never overestimate the intelligence of others."  (Ustaz Zaharuddin Bin Abdul Rahman,2010)

Wednesday, September 15, 2010

TolOng saYa jawab SoaLan iNi....

Salam buat semua, bagaimana raya kalian? Banyak dapat duit raya? Alhamdulillah, walaupun saya sudah besar, saya masih mendapat duit raya sebanyak 1 US dollar..
Amma ba’d.

“Kenapa rakyat Malaysia semakin ganas?” ,Liyana Rosli, University College of Dublin, 2010.

Inilah persoalan yang ditimbulkan oleh salah seorang sahabat dalam Facebook. Saya sedia maklum, soalan ini adalah soalan yang bersangkut paut dengan pembunuhan berprofil tinggi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Baru-baru ini, akhbar-akhbar utama di Malaysia hangat menceritakan tentang pembunuhan Datuk Sosilawati. Cerita beliau pernah satu ketika hangat dengan kes perceraian beliau dengan Nash.

Berbalik kepada persoalan di atas, tidakkah sahabat-sahabat sekalian berasa ianya kontradik dengan yang apa disiarkan  akhbar sebelum ini, Akhbar melaporkan bahawa kadar jenayah menurun di Malaysia (sumber: Utusan Malaysia), tapi yang berlaku di Negara yang kita sayangi adalah sebaliknya.

Berikut adalah fakta kes jenayah yang berlaku di Malaysia sepanjang 2010 (Januari- September):

a. Ustazah Norliza Ishak 35, [ yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 - Port Dickson ]

b. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain [ juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010 - Kuala Lumpur ] .

c. Sebelum ini Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya [ Muhaimi Sautar 33, ] pada 24 Ogos 2010 - Kota Bharu .

d. Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam , ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010 . - Sungai Petani .

e. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang 28, cedera parah dibahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 August 2010 . - Hulu Terengganu .

f. Ilya Nabilah Rosnata 19 ditemui mati dirogol dan dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman pada bahagian dadanya , dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum dijumpai terapung di Sungai Bagan dan tangannya diikat pada sebatang pokok 21 Julai 2010 lalu .- Pulai Chondong Machang.

g. Pengawal Keselamatan dibunuh dengan kejam dalam satu kejadian di Pekan Batu 9 . Mangsa dipercayai telah dilanggar terlebih dahulu dan kemudiannya tangan kirinya dipotong dengan sebilah parang pada 4 Julai 2010 .- Kajang

h. Amir Khan Abdullah @ Balwant Singh 53, ditemui mati berlumuran darah dengan tujuh tikaman di kepala sehingga terkeluar otaknya dan tiga tikaman di dada kiri di atas tilam dalam sebuah bilik di rumahnya pada 1 Julai 2010 . - Selayang .

i. Siya Pandian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak mati ditembak di bahagian kepala dan dadanya dihadapan kedai mencuci kereta miliknya pada 15 Mac 2010 di Langkap Teluk Intan Perak .

j. K. Haresarren 18 bulan mati selepas mengalami keretakan tulang rusuk , hatinya pecah dan lebam di seluruh tubuh kerana didera teruk pada 3 Mac 2010 . Petaling Jaya sebelum itu pada 25 February 2010 , Syafiah Humairah 3, mati dipukul , disepak dan dipijak . - Shah Alam

k. Atan Daud 90, Sutiah Katas 80, Ismail Awang 76, dan Siti Khatijah Ismail 22 ditemui terbunuh dengan begitu kejam pada 5 January 2010 . – Gemencheh

(Sumber:Kedahlanie)

Hari ini, kita didedahkan dengan pelbagai maklumat. Jadi, pihak-pihak tertentu tidak boleh menyembunyikan fakta sebenar.

Bagi menjawab persoalan “kenapa rakyat Malaysia semakin ganas?” ini saya serahkan kepada sahabat sekalian untuk menjawab nya. Bagi saya, berita ini merupakan indikator untuk pihak-pihak berkuasa merubah dasar-dasar tertentu dalam pemerintahan Negara.
Wallahualam..

Saturday, September 11, 2010

oh My paLestIne....



"Muhammad itu pesuruh Allah dan sesiapa yang bersamanya adalah orang yang keras terhadap kuffar dan lembut (berkasih sayang) sesama mereka..." (48:29)


Aina Jundul Muslimeen?

Wednesday, September 8, 2010

PerUtuSan AidilFitri 1431H...

Allahuakbar!  Allahuakbar!  Allahuakbar! Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah atas segala nikmat kurniaan Nya. Mudah-mudahan keluarnya kita daripada Kolej Ramadhan dengan mendapat ijazah taqwa.
amma ba’d.

Berpuasa itu pada hakikatnya satu iaitu menahan lapar dan dahaga disamping menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Objektif utamanya juga satu iaitu untuk mencapai taqwa sebagaimana firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatass kamu untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu.mudah-mudahan kamu BERTAQWA” (2:183)

Setelah sebulan kita berpuasa, apakah kita telah mencapai piawaian (standard) yang dikehendaki Allah? Persoalan ini harus berlegar di minda kita. Hendaklah kita mengenang kesusahan orang-orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Mereka adakalanya terpaksa mengikat perut kerana tiada sesuap nasi untuk dijamah, adakalanya mereka terpaksa bekerja berat demi sesuap nasi. Di minda kita juga perlu wujud rasa insaf tatkala kita masih mampu menjamah makanan yang enak-enak sedangkan rakyat Palestin belum tentu nasib mereka. Apakah mereka masih hidup ataupun terkujur kaku selepas berbuka puasa dek kerana serangan kejam tentera Zionis laknatullah.

Sambutlah hari raya 1431H ini dengan penuh kegirangan kerana berjaya melaksanakan perintah Allah, dengan penuh keinsafan mengenangkan saudara mara kita di Nigeria, India, Afghanistan dan di merata tempat lagi yang dibelenggu penjajahan, kebuluran dan kemiskinan. Sambutlah raya ini dengan memohon maaf kepada ayah, ibu, adik-beradik, sanak saudara serta jiran tetangga. Mana mungkin lidah yang tidak bertulang ini tidak mengeluarkan kata-kata yang nista? Mana mungkin hati ini sentiasa jernih dan tidak berdendam? Mana mungkin tangan dan kaki tidak pernah mengkhianati makhluk Allah sekelilingnya? Pohonlah keampunan kepada Allah dan berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dengan penuh pengharapan agar dapat bersama baginda di hari akhirat kelak.

Akhir kalam teruskanlah dan beristiqamahlah dengan segala amalan soleh yang dikerjakan ketika  bulan Ramadhan seperti bertadarus, solat witir, berzikir, bersedekah dan amalan-amalan soleh yang lain. Berdoalah kepada Allah agar kita sentiasa diberi keampunan, rahmat, berkat serta hidup dalam keadaan tenang di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan Ramadhan 1432H masih sudi mengunjungi kita di tahun depan.

Saya Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib dengan penuh rasa kerdil memohon maaf daripada sahabat-sahabat sekalian andai terkasar bahasa, terbuat silap, dan tersilap bicara. Maafkanlah kesalahan saya kerana tidak mampu mengelak daripada melakukan kesilapan dalam hidup.

Sekian
Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib
Rochester, New York

Saturday, September 4, 2010

MereKa PemiMpiN seJAti..

"Aku tidak akan berhenti berdakwah sekalipun kamu meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku" maksud hadith Rasulullah saw ketika ditawarkan pangkat, wanita dan harta dengan syarat tinggalkan Islam.


"Apakah aku akan mengurangi bilangan agama (bilangan orang muslim) sedangkan aku masih hidup" Saidina Abu Bakar R.A ketika golongan riddah berleluasa

"Bagaimana aku mampu tersenyum dan ketawa sedangkan Palestin masih dijajah" Sultan Salahuddin Al Ayyubi apabila ditanya kenapa beliau susah untuk dilihat tersenyum.

"I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine to give but it belongs to the Ummah. And Ummah have shed blood to defend this land but if one day, the Islamic State falls apart then you can have Palestine for free but as long as I am alive, I would rather have my flesh be cut up then cut out Palestine from the Muslim land. I will not allow any carving up while we are alive" Sultan Abdul Hamid II ketika seorang yahudi datang menawarkan emas dan duit untuk ditukarkan dengan palestin


"Are you afraid to die? it's death.either by killing or cancer.it's the same thing.we are all waiting for the last day of our lives.if it's an apache or cardiac arrest, i prefer to be killed by apache" As Syahid sheikh Dr Abdul Aziz Rantisi


P/S: Bagaimana kamu ingin melihat agama kamu di atas jika kamu buang politik dari hidup kamu? Politik itu sebahagian daripada Islam..

Friday, September 3, 2010

DuLu & sEkaRang..


Salam buat semua muslimin dan muslimat yang dikasihi. Semoga bulan ini menjanjikan diri kita dengan pengampunan Allah dan pelepasan dari api neraka.
Amma ba’d.

Dulu & Sekarang
1)      Dulu pergi sembahyang di masjid yang jaraknya 150 meter pun naik moto tetapi sekarang sembahyang Jemaah dalam rumah bersama teman serumah.

2)      Dulu pergi Intec naik bas atau kereta (kereta Amin Asyraf) tetapi sekarang pergi kelas naik basikal.

3)      Dulu berbuka puasa di rumah, makanan berbuka emak yang masak tetapi sekarang kena masak sendiri.

4)      Dulu rakan-rakan hanya dari Malaysia tetapi sekarang rakan-rakan dari seluruh dunia.

5)      Dulu kalau nak kemana-mana, start  enjin kereta ayah dan terus jalan tetapi sekarang kena minta tolong senior bawa ke sana ke mari.

6)      Dulu hendak berurusan dengan orang sekeliling, hanya bercakap bahasa ibunda tetapi sekarang semua urusan harus dilakukan dalam bahasa inggeris.

7)      Dulu jalannya sebelah kiri tetapi sekarang kena berjalan di sebelah kanan.
                                            hasil air tangan bersama rakan-rakan

Adakalanya dalam hidup, kita ada kuasa untuk memilih, tetapi adakalanya kita tidak mampu memilih. Adakah kita boleh memilih jantina kita sebelum kita dilahirkan di muka bumi Allah? Adakah kita mampu memilih siapa yang boleh menjadi ibu bapa kita sebelum dilahirkan? Adakah kita mampu memilih bangsa apa yang patut kita dilahirkan? Persoalan taqdir adalah mutlak milik Allah. Jadilah hamba Allah yang tahu bersyukur. Allah berfirman:

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"  (Ibrahim:7)

Perkara yang ingin saya bawakan pada post kali ini adalah bagaimana cara kita melihat kehidupan seterusnya melakukan anjakan paradigm dalam kehidupan. Memang saya sering bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara sejak dari kecil lagi namun bukannya Amerika Syarikat. Sebaliknya saya bercita-cita untuk belajar di United Kingdom. Namun taqdir telah tertulis di luh mahfuz bahawa tempat saya di Amerika Syarikat dan saya tidak berkuasa menentang taqdir melainkan terus berfikir secara positif bahawa jalan ini adalah yang terbaik buat saya. Sebenarnya banyak perkara dalam kehidupan, kita harus belajar menerima seadanya dan terus berusaha untuk memajukan diri dan orang sekeliling dalam kehidupan. Tiada nilai dalam kehidupan orang yang hidup hanya untuk diri sendiri.
Lakukanlah perubahan demi melihat masa depan yang gemilang.

“We do not see the world as it is, but we see the world as we are” Stephen R Covey.