Tuesday, June 1, 2010

jUmudKah aku??Oh tiDaK....

“Nak tegur ke tak nak?Naktegur ke taknak? Eh! Tak nak lah.Nanti diorang kata aku ni jumudla, konservatifla, ketinggalan zamanla..malu la aku” barangkali inilah bisikan hati kecil kita apabila menyaksikan sahabat-sahabat kita berpakaian ‘orang miskin’,pergi ke parti-parti liar, dan konsert-konsert hiburan yang melalaikan. Kita tahu apa yang mereka buat itu salah namun disebabkan kita takut dituduh dengan tuduhan seperti diatas maka kita diamkan. Sampai bila harus kita membiarkan maksiat disekeliling kita membarah?Adakah kita rela dengan maksiat yang dilakukan oleh rakan kita?di mana kasih sayang kita kepada saudara seislam? Persoalan-persoalan ini sebenarnya harus bermain di fikiran kita supaya kita tidak terjerat dengan mainan syaitan yang sentiasa melalaikan kita daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada Ummah.

Seorang kawan saya dari program A Level pernah menceritakan kepada saya. “Yun, hang tau dak ada sorang classmate aku.girl la.dia first sem tak bertudung  tapi masuk second sem dia pakai tudung”.”ha baguslah dia dapat hidayah.Tapi lagu mana dia boleh start pakai tudung?” soal saya.”ha macam ni.dia budak sekolah biasa.masuk INTEC ni la bila ada kawan-kawan ajak join usrah,ajak pi surau dengaq tazkirah, dan ajak pi rehlah,dia pun join la.Dia kata bersyukur sangat dapat masuk INTEC dapat kenal agama dengan lebih mendalam.Family dia ni memang western sikitla.lagi satu! Hang tau dak.sebelum ni dia tak tau pun kata tudung tu wajib.bila join usrah baru dia betoi-betoi kenai agama”.

Apabila mendengar kawan saya berkata begitu,saya berasa terkejut. Rupa-rupanya masih ada yang tidak tahu bahawa bertudung itu wajib. Apa yang saya nak bawakan disini ialah, saya khuatir dalam kalangan rakan-rakan saya ini, ada yang membuat maksiat sebab dia tidak tahu bahawa benda yang dibuatnya adalah salah disisi agama sedangkan saya pula sering khuatir menegur takut dilabel jumud, konservatif dan sebagainya. Perkara ini sangat membarah di kalangan pelajar-pelajar yang ada fikrah beragama. Saya ingin mengajak kita semua merenung  secebis kalam Allah :

Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.<5:54>

Dalam kita ingin berdakwah atau menegur kesalahan kawan-kawan kita, kadang-kadang kita tidak dapat elak daripada menerima cercaan atau sindiran. Perkara ini sebenarnya adalah biasa dalam berdakwah. Pengalaman saya sendiri apabila saya berkata kawan saya supaya kalau ingin memilih isteri pilihlah yang bertudung dan tidak mewarnakan rambut namun balasan yang saya terima adalah “shallow thinking gile kau”. Memang kalau ikutkan hati macam nak maki balik kawan saya itu tapi ini bukanlah adab berdakwah yang diajar Rasulullah SAW tetapi kita harus sabar dan sentiasa menegur smabil berdoa agar Allah bukakan hatinya untuk menerima kebenaran. Cukuplah ayat surah Al Maidah diatas memberi kita semangat untuk kita terus memberi bunga-bunga tarbiah kepada rakan kita walaupun kita tahu balasan yang akan kita terima adalah najis-najis kata kesat yang busuk dan pahit.

3 comments:

SUHAIMI RAMLI said...

Tq for all the informations given. Well done job. Teruskan perjuangan hg. InsyaAllah, suatu hari nanti Allah akan membuka mata dan membuka hati kawan-kawan kita tu untuk kembali ke jalan Islam-jalan yang diredhai Allah...aku masih ingat lagi kata kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat-"apabila kita dah buat salah dan berbuat dosa, carilah jalan pulang".

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

Yes..rindukan tuan guru..jom pi kelantan..hehe..

Unknown said...

menarik~!