Salam buat semua sahabat yang saya kasihi. Semoga semuanya hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Selaku umat Islam yang cintakan keamanan dan kasihkan saudara seislam kita, marilah kita doakan kecelakaan bagi regim zionis dan sekutunya.
Amma ba’d.
Setiap hari Selasa selepas solat Maghrib, Ustaz Ridha akan bagi kuliah di surau cemara. Kalau saya berkelapangan, saya memang akan tunggu sehingga waktu isya’ untuk mendengar kuliah Ustaz Ridha. Pada 8/6/2010, seperti biasa ustaz memberi kuliah. Dalam kuliah ini, ustaz Ridha ada menceritakan kisah tentang seseorang yang ingin sangat bertemu (bermimpi) berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Lalu dia pun pergi bertemu dengan gurunya untuk mengadu tentang hasratnya. Lalu berkatalah gurunya “baiklah, esok malam kau datanglah ke rumah aku”. Lalu pada malam yang dijanjikan, datanglah dia ke rumah gurunya.
Di rumah gurunya, dia dihidangkan makanan tanpa air. Apabila dia menyuapkan makanan itu, ternyata makanan itu terlalu masin dek kerana garam yang berlebihan barang kali. Namun, dia yang diajar adab-adab berguru tidak terlintas di hatinya untuk meminta air daripada gurunya walaupun terasa sangat dahaga disebabkan makanan masin tadi. Lalu tidurlah dia dalam keadaan menginginkan air teramat sangat. Dek kerana terlalu dahagakan air, dia termimpi melihat pelbagai jenis air yang sedap-sedap dihidangkan untuknya. Lalu dia pun meminum air-air tersebut.
Pagi esoknya apabila terjaga, gurunya terus bertanya “ada kau mimpi sesuatu”. Maka dijawabnya “ada tuan guru. Saya mimpi melihat pelbagai jenis air yang sedap-sedap dihidangkan dan saya meminumnya sehingga puas”. Sebenarnya apa yang gurunya cuba lakukan adalah, seorang itu apabila terlalu teringin atau rindu kepada sesuatu maka benda yang dirinduinya itu terbawa-bawa dalam mimpi.
Kita mengaku rindu kepada Rasululllah SAW, tetapi ia hanya di mulut kerana perbuatan kita tidak menggambarkan kita benar-benar merindui Rasulullah SAW. Kita masih memakan benda-benda yang shubhah sedangkan nabi menyuruh kita tinggalkan. Kita masih memandang perkara yang haram sedangkan nabi melarang kita melakukannya. Kita tinggalkan sunnah nabi sedangkan nabi menggalakkan kita melakukannya. Jika kita menilai semula cinta kita kepada nabi, persoalannya di tahap manakah cinta kita? Sekadar cinta biasa atau cinta yang luar biasa. Sebagai contoh apabila ada group dalam facebook “i love Muhammad SAW”, “1000000 against Muhammad SAW draw day”, 1000000 Muhammad SAW followers in FB” maka kita pun sertai. Adakah dengan menyertai group-group ini kita sudah dikatakan benar-benar mencintai nabi sedangkan ketika azan berkumandang kita masih dihadapan lap top. Percakapan seharian kita masih diselaputi dengan pelbagai maki hamun. Pergaulan bebas dalam kalangan muda mudi pada hari ini terlalu bebas. Ini semua bukanlah sesuatu yang Nabi Muhammad SAW wariskan kepada kita.
Maka para sahabat sekalian apa yang saya rencanakan pada kali ini, tidak dapat tidak memang terkena juga atas batang hidung saya. Apa yang perlu kita lakukan adalah lakukanlah anjakan paradigma ke atas diri kita. Marilah sama-sama kita menegakkan yang ma’aruf da mencegahkan yang mungkar. Tanamlah sifat cintakan nabi dalam diri kita dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, amalkan sunnah baginda, berlapang dada dalam bersahabat serta tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah Nabi Muhammad SAW.
2 comments:
aduh...terasa.
nice tazkirah.berhikmah btul tok guru tu..
ana yang dengaq malam tu memang la terasa yang amat..apepun moga kita diberi kesedaran dan kekuatan untuk berubah...
Post a Comment