Salam buat semua. Dibawah ini merupakan amanat syeikh Ahmad Yasin, pemimpin tertinggi HAMAS yang telah syahid pada 22/3/2004.
Syeikh Ahmad Yasin-syahid pada 22/3/2004
Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini. Aku tidak mampu kemana –mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.
Adakah semua penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa Arab? Kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa? Adakah hati kalian tidak bergelora sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah? Tiada satu pun kumpulan yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan pada dirinya ada kemuliaan? Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu mereka tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan bebanan kami?
Adakah pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:
“Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman”
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dlam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami adalah anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
Kami jadikan dalam kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada’.
Kami jadikan dalam kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada’.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematia n kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Kami juga berharap kalian supaya janganlah menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.
“ Ya Allah, kami mengadu kepadaMu...kami mengadu kepadaMu...kami mengadu kepadaMu...lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kepada kami. Ya Allah kami mengadu kepadaMu, darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.
Y a Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan(umat) kami,berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terkebelakangnya kami...”
No comments:
Post a Comment