Friday, September 4, 2009

SiaPa yAng leBih BaiK???.......

Assalamualaikum buat sahabat yang dekat dan jauh, moga sentiasa dalam rahmat dan inayah-Nya. Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah masuk fasa maghfirah yang telah dijanjikan Allah buat hamba-hamba-Nya yang tekun mengerjakan suruhan-Nya. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah dan kita beroleh taqwa yang ditawarkan oleh Allah SWT.

Untuk kali ini saya bukanlah nak membicarakan tentang bulan puasa ini tapi ada satu perkara yang menarik untuk saya bicarakan dan saya pasti perkara ini pasti mengembirakan rakan-rakan JPA yang masih di Malaysia yang bakal berlepas ke Amerika Syarikat taun depankelak...Insya Allah.

Saya telah blog walking’ untuk mengetahui keadaan rakan-rakan saya yang telah berada di Amerika di saat ini dan saya dapati mereka semua sihat serta sangat gembira untuk belajar di negara orang. Sebanyak 4 ataupun 5 blog yang saya baca semuanya menceritakan tentang keadaan di universiti masing-masing. Apa yang menarik bagi saya ialah, mereka menceritakan bahawa sikap orang Amerika ini mereka peramah,suka membantu orang lain, menghormati orang lain terutama mengenai agama,murah senyuman dan tidak sombong. Saya tidaklah tahu sejauh mana kebenarannya kerana selama ini kita(di Malaysia) sering memandang serong kepada orang Amerika dengan mengatakan mereka ni teruk,tak senonoh dan sebagainya.Nampaknya pandangan kita terhadap mereka adalah SALAH SAMA SEKALI. Yang nampak Amerika ni jahat ni adalah pentadbirnya bukan rakyatnya. So, don’t judge all the same. Rakan-rakan saya di sana juga membandingkan sikap orang kita dengan warga Amerika dan mereka mengatakan sikap yang positif ini TIADA DI MALAYSIA.Saya begitu menyokong dengan kenyataan mereka. Sikap mereka lebih baik daripada kita orang Melayu yang beragama Islam. Persoalannya, siapakah yang teruk?Islam atau Melayu?????? Apa yang warga Amerika buat itu seperti murah senyuman,bantu-membantu dan sebagainya adalah perkara yang Rasulullah SAW telah ajar 1400 tahun yang lepas. Ini membuktikan bahawa orang bukan Islam di sana mempraktikkan sunnah baginda SAW Cuma bezanya mereka tidak bersyahadah sahaja. Telah terbukti ajaran Islam itu menyenangkan hati semua orang.Sudah tentu Islam itu tidak teruk.Jadi, siapa yang teruk?????fikir-fikirkanlah.

Saya memerhatikan keadaan di negara kita cukup membimbangkan (pergolakan politik dalaman yang agak teruk) dan saya bimbang keadaan ini akan menjejaskan keamanan negara. Jadi, kepada semua saudara seagama saya di Malaysia,ingatlah kita telah tersimpang jauh sangat daripada panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Pulanglah ke pangkal jalan sebelum terlambat...........

3 comments:

Syed M. said...

sape lebih baik??

ahli2 Majlis Ulama Intec (MUIn)!!!!

Sharifuddin Shukri said...

hurm..
bukn smua nye baik..
ade gak kaki mabuk..
especially malam..:(

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

diorang kaki mabuk x pela sebab diorang bukan islam pun.tapi kalau kat sini yang kaki mabuk tu melayu n ISLAM.ape cerite?????