Salam kepada semua muslimin dan muslimat, moga diberi kesabaran dalam mengharungi mehnah dan tribulasi kehidupan duniawi yang singkat ini.
Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3:
“ Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.”
Dalam kehidupan seharian, kita pasti tidak akan terlepas menerima ujian hidup. Ramai yang menyangka bahawa ujian ini hanya dalam berbentuk kesusahan,kesedihan, dan kemurungan tetapi pada hakikatnya ujian itu tidak hanya berbentuk kesedihan semata-mata.Kekayaan, kegembiraan, kejayaan dan kesenangan juga adalah merupakan sebahagian ujian Al-Khaliq untuk hamba-hambaNya. Mengapa kita perlu diuji?
Kereta Proton yang selesai saja dibuat akan diuji pandu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan apabila dibeli nanti...Jika kereta ini tidak mencapai standard pemanduan yang dikehendaki, kereta ini akan direka dan di up-gradekan supaya mencapai piawaian yang selamat.
Jadi, sebagai manusia kita diuji dari semasa ke semasa supaya kualiti kehidupan kita meningkat. Berbeza dengan kereta Proton tadi,kita manusia diberikan akal dan diiktiraf tuhan sebagai makhluk terbaik di dalam Al-Quran, sebuah kitab yang tiada lagi keraguan padanya.
“ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).”
Apabila kita diuji, kita mesti berfikir dan bermuhasabah diri tentang apakah hikmah yang Allah sediakan untuk kita. Selepas berfikir, kita mesti mengambil tindakan untuk melakukan anjakan paradigma supaya diri kita menjadi ulul albab dan manusia rabbani. Apa gunanya kita hidup sedangkan kita langsung tidak memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling? Ini bertepatan dengan firman Allah:
“ kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Menjadi lumrah kepada kita sebagai manusia, sering kali mentafsir kehidupan menggunakan akal kita yang singkat sedangkan Allah Al-Hakim merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Sebagai contoh, Kita sering terdengar cerita tentang pinangan ataupun lamaran seseorang lelaki ditolak oleh wanita yang diminatinya.Jika seseorang itu beriman,dia akan sentiasa yakin bahawa Allah telah menyediakan seorang wanita yang lebih baik daripada wanita yang diminatinya manakala bagi orang yang kurang beriman dia merasakan tidak ada gunanya lagi dia hidup di dunia. Akibat daripada perasaan ini, dia akan berputus asa yang mungkin kepada gejala membunuh diri.Nauzubillahiminzalik.
Apabila kita diuji dengan kesedihan, janganlah biarkan kesedihan itu berlarutan sehingga segala-segalanya tidak berguna lagi pada kita. Marilah kita menyingkap sejarah.
Nabi Muhammad SAW pernah diuji Allah dengan kematian dua insan yang dikasihi-Nya, Saidatina Khadijah binti Khuwailid,isteri baginda SAW dan kematian Abu Talib,bapak saudara-Nya. Sejurus sahaja peristiwa ini,Nabi junjungan kita pergi berdakwah di Thaif. Ketika di Thaif, seruan da’wah yang harap diterima oleh penduduk Thaif dibalas dengan balingan batu,cercaan dan sebagainya.Kemudian datanglah Malaikat Jibrail Alaihissalam menawarkan untuk memusnahkan penduduk Thaif dengan menghempap Bukit Uhud ke atas mereka.Namun baginda melarang malaikat Jibrail melkukan demikian dan baginda mendoakan semoga Allah menimpakan hidayah-Nya keatas mereka. Pengajarannya, walaupun diuji dengan ujian yang berat namun tanggungjawab da’wah tidak pernah sesekali baginda abaikan.
Sebenarnya ujian ini adalah supaya kita lebih dekat kepada Allah dan tidak berharap atau bergantung kepada makhluk.Ujian ini juga adalah proses pentarbiyahan dan pembentukan supaya kita menjadi manusia rabbani.
Kesimpulannya, janganlah kita berasa lemah dengan ujian yang diberi kerana sesungguhnya itulah yang terbaik buat kita.Nabi Muhammad SAW bersabda,”Hairan sungguh dengan sikap mukmin,jika diberi kejayaan dia bersyukur dan jika dia diberi ujian dia bersabar...”
Wallahualam...
Oh Allah, please accept my repentance and forgive all my sins that i have commited. Verily,i beg your mercy for myself, my family,my friends,my teachers and all muslims.Please give us your light..ameen......
No comments:
Post a Comment