Salam
kepada sahabat semua. Semoga semuanya dipermudahkan urusan oleh Allah.
Amma
ba’d.
“Hanyasanya
yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan
menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya
sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan
yang mendapat petunjuk.” (At Taubah 9:18)
Baru-baru
ini saya pergi ke Shah Alam kerana ada urusan dan bertemu kawan. Salah satu
tempat yang mesti dikunjungi ketika berada di Shah Alam, adalah Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri Selangor. Ketika berada dalam
kawasan masjid ini terutama ruang sembahyang, hati terasa begitu tenang dan
lapang. Saya nyatakan perasaan ini kepada kawan-kawan lain; mereka juga berasa
begitu. Memang benarlah jika sesuatu masjid itu benar-benar diimarahkan, pasti
Allah menurun rahmat dan berkat kepada ahli jemaahnya.
Di
masjid ini, saban hari dan minggu, pasti penuh dengan pelbagai aktiviti yang
bersifat pembangunan insan dan ketamadunan. Anak-anak kecil bebas bermain di
ruang bawah. Rata-rata penduduk Shah Alam, yang datang ke masjid ini semuanya
membawa seisi keluarga. Ayah atau ibu memimpin tangan anak kecil, satu suasana
yang sungguh harmoni diperlihatkan di sini.
Masjid
ini yang dikelilingi Taman Tasik Shah Alam serta bangunan pentadbiran kerajaan
negeri, sangat strategik kedudukannya. Memang target saya pada hari Rabu lepas
untuk bersembahyang jama’ takhir di masjid ini. Saya bertolak dari tempat kerja
pukul 4.30 petang dan tiba di Shah Alam tepat pukul 8.00 malam. Destinasi
pertama yang ditujui adalah masjid ini, sejurus memarkir kenderaan, azan isya’
langsung berkumandang. Ketika mula mengangkat takbir, hati terasa begitu tenang
dan sayu mendengar alunan surah Almulk yang dibaca imam solat isya’ malam itu,
ala-ala Sheikh Mishary Rashid Al Afasy.
Inilah
kelebihan masjid yang diisi dengan taqwa. Mana-mana masjid jika dibangunkan atas dasar
taqwa, Allah pasti menurunkan berkat dan rahmatNya yang melimpah ruah.
No comments:
Post a Comment