Ya Allah kurniakanlah aku cintaMu,kurniakanlah aku cinta orang yang mencintaiMu,kurniakanlah cinta apa sahaja yang menghadirkan cintaku kepadaMu, kerana cintaMu lebih kudambakan daripada seteguk air...
Pernah tak kita dengan keazaman yang penuh dan tinggi ingin meninggalkan segala dosa-dosa silam kita namun tidak lama selepas itu, kita tersungkur kembali? Akibat asyik bertaubat dan buat semula dosa itu menyebabkan kita hampir putus asa. Wahai sahabat, jangan begitu. Yakinlah bahawa Allah maha pengampun dan sayang kepada kita. Di bawah ini adalah status senior saya di FB yang saya copy paste kat dalam blog ini.
"Jangan patah hati bila membuat kesilapan dan dosa tambah pula dosa tu yang sama kita ulang puluh dan ratusan kali.Rasa terlalu hina diri hingga kononnya malu bertaubat pada Allah disebabkan kesalahan yang terlalu kerap sebenarnya satu bisikan syaitan yang ingin melihat kita putus asa dari rahmatNya.Rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya pada hambaNya yang terus menerus bertaubat padaNya. Antara hikmah Allah jatuhkan kita di lubang yang sama adalah untuk melihat kita sabar, bangun, bertaubat,terus menerus mujahadah dan berharap pada bantuan Allah. Kemuncak kepada kesabaran ini adalah kita dapat membebaskan diri dari rasa bergantung pada amalan dan usaha kita, berpindah kepada memandang segalanya kepada Allah dan akhirnya mencapai ikhlas yang sempurna dalam mengharap kepada Allah.
Perkara ini memakan masa yang lama, setahun, 10 tahun, 50 tahun atau mungkin seumur hidup kita. Ianya bergantung kepada kesungguhan mujahadah kita."
Intipati pengajian kitab Risalah Tanbih oleh Tuan Guru Hj Zulkifli Ismail.
Copy & paste from Ustaz Azrul Azuan Idris FB status (Mantan Presiden BADAR KISAS 2007)
Salam buat sahabat, semoga Allah melimpahkan rahmatNya yang luas buat kita hambaNya yang kerdil dan hina.
Amma ba’d.
Sewaktu saya mula-mula sampai ke US ini, saya dapati harga makanan sangat murah. Junk food yang dulu kalau nak beli kat Malaysia hanya perlu sekali sekala sahaja kerana harga yang mahal, tetapi kat sini boleh beli selalu (hari-hari) seperti snickers, Ferrero rocher, ais krim haagen dazs, air berkarbonat (soda drink) dan banyak lagi sebenarnya. Memang kalau pergi ke Walmart (macam Giant di Malaysia), memang tidak pernah tidak beli junk food ini kerana selain kesukaan saya tetapi harganya yang begitu jauh murahnya. Saya mesti mengaku saya ini chocoholic (hantu coklat ^_^). Memang setiap minggu akan ada stok kat bilik saya untuk coklat dan minuman soda ini.
Menjadi kegilaan suatu ketika dahulu
Kalau pergi roadtrip, kawan yang lain terutama driver akan singgah mana-mana stesen minyak untuk beli kopi tetapi saya, cukuplah sebatang snickers dan sebungkus kit kat. Alhamdulillah yang bagusnya bila kita ada kawan-kawan yang baik mereka saling memperingati saya.
“Hai, tak sayang kaki ke? Nak kena potong?”
Saya masih ingat waktu baru balik dari Washington DC semasa hari raya tahun lepas, sahabat saya, Syamir dia menceritakan tentang kenalan rapatnya yang kuat mengamalkan minuman soda ini terkena penyakit kencing manis. Saya yang mendengarnya terasa seram sejuk. Sejak dari itu, saya sudah kurangkan makan junk food ini. Perlahan-lahan saya tinggalkan snickers, pepsi whild cherry (my favorite soda drink), kit kat dan ais krim Breyers yang pelbagai perisa itu. Allah berfirman:
“Wahai sekalian manusia, makanlah yang HALAL lagi BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (Albaqarah:168)
Dalam ayat ini, Allah menyatakan dua perkara yang perlu diambil perhatian sebelum kita makan iaitu yang halal lagi baik. Setakat halal belum tentu baik; sebagai contoh minuman soda tadi halal tetapi ia tidak berapa baik untuk kita jika diambil secara konsisten. Makanan yang halal lagi baik ini seperti buah-buahan, ayam yang disembelih, herba-herba serta makanan yang diiktiraf dalam Alquran seperti zaitun, delima, anggur serta pisang.
Pentingnya kita untuk menjaga makanan ini kerana dari makanan ini kalau tidak dijaga boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Memakan makanan yang haram, selain diancam dengan ancaman azab api neraka ia menyebabkan badan kita rosak. Sebagai contoh, arak dapat merosakkan hati.
Kita selalu mendengar “You are what you eat”. Memang makanan membentuk peribadi kita, kalau kita memakan makanan yang halal lagi baik, kita akan dapati tubuh badan sihat, mood ceria, perkataan kita baik dan segala tingkah laku kita juga turut baik. Namun, jika yang haram disuap, kesihatan kita teruk, cepat panas baran, mood tidak ceria dan boleh mengundang pelbagai penyakit.
Oleh itu, berhati-hatilah ketika hendak makan. Pastikanlah yang ingin masuk ke dalam perut kita adalah HALAL dan BAIK. Sabda Rasulullah SAW:
“Setiap daging yang tumbuh dariapda makanan yang haram, maka api neraka itu terlebih layak baginya” (Maksud hadith)
Sesungguhnya makanan membentuk peribadi kita.
Wallahu’alam
Tetapi saya tak boleh tinggalkan benda di bawah ini
Salam buat sahabat sekalian, semoga Allah mengurniakan keampunan buat kita dan ibu bapa kita.
Amma ba’d.
Dulu semasa di INTEC, saya selalu membaca blog Ustaz Hasrizal (sekarang pun masih membacanya). Banyak juga entri-entri ustaz dahulunya menceritakan kehidupan ustaz di bumi Jordan, bagaimana ustaz berkenalan dengan sahabat-sahabat dari Turki dan pengalaman ustaz semasa mengunjungi Turki. Saya tertarik dengan cerita ketika ustaz berada di Turki. Ustaz mendapat layanan yang sungguh istimewa bahkan ustaz Hasrizal sampai boleh berbahasa Turki kesan bergaul dengan orang-orang Turki. Sejak itu saya mula memasang azam ingin pergi ke Turki dan berkawan dengan orang Turki.
Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan satu impian saya iaitu berkawan dengan orang Turki. Kawan turki saya yang pertama ialah Niyazi. Dia seorang yang sangat baik, pemalu, dan taat perintah agama. Saya pernah menceritakan tentang dia dalam entri saya sebelum ini. Tahun ini Allah perkenalkan saya dengan seorang lagi orang Turki iaitu Yilmaz. Ada lagi beberapa orang Turki lain, Taifun dan Ahmad tetapi Yilmaz lebih rapat dengan kami pelajar Malaysia di RIT ini. Yilmaz adalah presiden Muslim Student Association(MSA) di sini. Apa yang menarik tentang dia ialah, dia anak orang kaya tetapi pembawakannya sangat merendah diri. Bapanya memiliki beberapa bangunan untuk disewa di sekitar Rochester. Saya Nampak banyak program MSA diadakan di bawah Yilmaz ini (tak dapat dinafikan juga komitmen penuh dan penglibatan langsung saudara Farhan Syahir). Antaranya kuliah tafseer mingguan bersama Dr Shaqeel, Interfaith forum session, bake sale untuk fundraising, serta Islamic Fest yang akan diadakan pada 22 dan 23 Mac bulan depan.
Yilmaz Yoruk
Kelmarin RIT MySA (Malaysian Student Association) menganjurkan Malaysian Mini Food Festival. Yilmaz datang juga untuk tolong jual kuih-kuih yang kami buat. Dia cakap kepada saya, ajak dia sekali kalau nak pergi solat zohor nanti. Selepas solat zohor, saya ajak dia minum di café dulu sebelum kelas saya mula pukul 2 petang. Di sana, saya berbual untuk mengenali dengan dia lebih lanjut. Katanya, datuknya antara orang Turki terawal yang berhijrah ke Rochester lebih kurang 50 tahun yang lalu. Di Rochester ini, komuniti Turki agak besar; ada empat masjid Turki di sekitar Rochester. Sebenarnya saya inspired apabila dia mengaku bahawa dia malu bahawa dia lahir sahaja, segala-galanya telah tersedia. Jarang saya temui orang kaya yang benar-benar humble.Ada rumah besar, ada kereta mewah, ada wang yang banyak dan hidup pun senang. Katanya lagi, apa pun dia tidak akan bergantung kepada kekayaan keluarganya sebaliknya dia akan berusaha sendiri untuk memiliki rumah dan kereta sendiri. Kadang-kadang dia datang ke kelas tafseer naik kereta BMW 7 series tapi bila ditanya dia akan menjawab:
“I don’t have a car. that’s my father’s car.”
Sebelum keluarganya sekarang kaya, memang mereka merupakan golongan yang susah dahulu. Sampai sekarang ayahnya masih gigih bekerja. Ayahnya keluar bekerja pukul 4-5 pagi dan hanya pulang pada pukul 11 malam. Hari ahad lepas dia jemput kami pelajar Malaysia pergi makan malam di rumah dia. Memang banyak sangat makanan pada malam tu. Katanya emak dia tidak pernah masak sebanyak tu, rindu pada family di Malaysia terubat apabila sedar Allah mengurniakan family ganti disini. Bila kami ingin pulang pada malam tu, dia berkata:
“Why are you guys wanted to go back so early? This is your house. My mom is your mom, my father is your father, my grandpa is your grandpa.”
Rupa-rupanya memang cerita-cerita tentang kebaikan orang Turki bukanlah omongan kosong. Setakat ini, orang Turki yang saya jumpa semuanya baik-baik belaka, di masa hadapan tidak tahulah saya. Tujuan saya bercerita ini bukanlah, untuk lebih-lebih menyanjungi orang Turki tetapi saya cuma merasakan bahawa bumi yang pernah di perintah oleh khalifah Uthmaniyyah menampakkan kesannya. Bumi Turki akan kembali gemilang seperti suatu masa dahulu. Semangat Alfatih menjalar dalam diri muslim Turki yang cintakan agamanya. Bumi ini telah menyaksikan betapa Islam pernah berada di puncak suatu ketika dahulu dan tidak mustahil untuk Islam berada di situ semula kerana sejarah pasti berulang. Saya berharap keindahan Selat Bhosporus tidak hanya di dalam kepala. Insya Allah saya akan melawat Turki.
Salam buat sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga kita semua terus menerus tanpa jemu mencari erti kehidupan, menyingkap hikmah atas setiap taqdir yang telah tertulis atas diri kita.
Amma ba’d.
Rasa lama pula tidak menulis; bukan kerana tiada idea tetapi kerana semangat menulis kadang-kadang terbang entah ke mana.
“Subhanallah, sweetnya tengok akhi Saiful bawa zaujah die pergi program sana sini”
“Untunglah ukhti Khadijah dapat suami macam akhi Karim tu kan.nampak bahagia je rumah tangga diorang”
Pernah dengar ungkapan macam ni? saya selalu sangat dengar ungkapan ini keluar daripada mulut ikhwah yang masih bujang (baca: saya).
Pada ‘meeting persatuan peladang’ minggu lepas, kami ada membincangkan sedikit perihal baitul muslim ini. Eh! Sekejap siapa ahli persatuan peladang ini? Insya Allah kita akan berkenalan dengan mereka di penghujung entri ini. Biasanya orang lain guna istilah bulatan gembira atau bulatan riang ria tetapi kami menggunakan istilah persatuan peladang. Mungkin sebab semuanya dalam bidang bioteknologi tetapi hakikatnya ia lebih daripada itu…J
Saya bertanya sahabat-sahabat dalam halaqah saya, selain memenuhi tuntutan fitrah manusiawi ini, apa sebab lain kita ingin mendirikan rumah tangga?(baca: baitul muslim)
Adakah kerana kita Nampak indahya hidup dalam baitul muslim; ada anak, ada rumah sendiri, kereta, pergi program-program islamik sekali dan sebagainya?
Saya kemukakan satu hadith yang biasa kita dengar:
“Apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu Sadaqah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan (kesejahteraan) untuknya” (Riwayat Muslim)
Personally, saya sangat mengkagumi dua tokoh Islam iaitu Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Sultan Muhammad Alfatih kerana saya tertarik dengan cerita sebelum kelahiran mereka. Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum kelahirannya, kita pernah mendengar kisah bagaimana kisah bagaimana seorang ibu menyuruh anak perempuannya mencampur air dalam susu dengan harapan banyak susu boleh dijual nanti.
“wahai anakku, campurlah air ke dalam susu itu supaya kita dapat untung yang banyak esoknya”
“bukankah Saidina Umar melarang kita berbuat demikian?”
“jangan risau anakku, amirul mukminin tak akan tahu”
“Tetapi wahai ibu, Allah maha mengetahui”
Inilah kesan apabila TAQWA sebati dalam sanubari. Anak perempuan ini kemudiannya dikahwinkan dengan anak Saidina Umar Alkhattab kemudian lahirlah cucu kepada pasangan ini yang akhirnya menjadi Khalifah yang hebat dan disebut-sebut hingga kini, Khalifah Umar Abdul Aziz.
Sultan Murad II yang merupakan ayahanda kepada Sultan Muhammad Alfatih bercita-cita tinggi untuk merealisasikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Konstantinople akan ditakluk oleh tentera Islam. Sebaik-baik amir, adalah amirnya, sebaik-baik tentera adalah tenteranya”(maksud hadith)
Sultan Murad II adalah seorang yang sangat dekat dengan ulama’. Pernah pada suatu hari baginda bertanya kepada seorang ulama, Sheikh Samsuddin Alwali (perbetulkan saya kalau silap).
“kenapa Konstantinople masih belum dapat ditakluki? Apakah masih ada perkara yang beta belum lakukan?”
Jawab Sheikh Samsuddin Alwali, “Tuanku orang yang baik tetapi bagaimana pula dengan rakyat dan tentera tuanku? Bukan tuanku yang akan menakluki Konstantinople tetapi bayi yang di dalam buaian itu akan menaklukinya (merujuk kepada Sultan Muhammad Alfatih yang masih kecil ketika itu)”
Daya kepimpinan tersendiri Sultan Muhammad Alfatih sangat saya kagumi
Perbincangan yang saya ingin ketengahkan adalah, anak adalah ASET buat kita apabila nyawa sudah terpisah dengan badan kelak. Andai anak itu ditarbiyah dengan cara yang sepatutnya, maka bahagialah kita di alam barzakh dan di akhirat kelak, kerana dia pasti mendoakan kesejahteraan kita disana Insya Allah. Saya tidak mahu menyentuh tentang tarbiyatul aulad sebab saya bukan ‘ahlinya’. Sebelum lahirnya anak itu, kita harus melihat dan bermuhasabah diri, “andai aku masih begini, adakah anak yang bakal isteriku lahirkan kelak mampu menjadi anak yang soleh?” jika YA jawapannya, Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan tetapi jika sebaliknya, sedarlah bahawa masih belum terlambat untuk kita mempersiapkan diri MENJADI soleh.
Diri SENDIRI yang harus diislahkan (dibaikkan) dahulu SEBELUM MENCARI yang soleh/solehah. Merujuk kepada cerita Khalifah Umar Abdul Aziz dan Sultan Muhammad Alfatih, ayah dan ibu mereka menjadi ORANG YANG BAIK dahulu sebelum lahirnya mereka yang baik-baik. Ayah sultan Muhammad Alfatih, sultan Murad II adalah orang yang wara’ dan suka bergaul dengan ulama’. Kesan bergaul dengan para solehin, kita akan terkena tempiasnya. Saya tidak mahu hanya sekadar anak yang soleh tetapi rijal-rijal dan serikandi yang soleh/solehah lagi muslih/muslihah serta menjadi mujaddid (pembaharu) dalam gerakan Islam.
Kesimpulannya, sebelum mendapat anak soleh/solehah haruslah kita bukan sahaja mencari calon isteri yang solehah tetapi harus juga memikirkan siapa bakal ibu kepada anak-anak kita dan yang paling penting sebelum mencari calon ibu untuk anak-anak kita, TERLEBIH PENTING untuk kita melakukan pengislahan dalam diri kita. Jika diri kita sudah menuju ke arah KESOLEHAN, maka benarlah formula yang Allah rumuskan dalam Alquran:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji pula adalah untuk wanita-wanita yang keji pula. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik. Mereka yang baik itu adalah bersih dari tuduhan yang dikatakan oleh orang-orang yang jahat, mereka yang baik itu memperolehi pengampunan daripada Allah dan pengurniaan yang mulia” (Annur:26)
Allah dan Rasulnya tidak pernah akan sesekali memungkiri janji.
Ahli persatuan peladang. Bestnya lepas usrah boleh makan nasi ambeng dalam talam..:)
Salam sahabat-sahabat sekalian. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Amma ba’d
Alhamdulillah atas segala kurniaan nikmat yang Allah limpahkan buat kita. Di sini, saya ada bersahabat dengan seorang American berketurunan Mesir. Orangnya tinggi lampai. Bapanya yang berasal dari Mesir dan ibunya warganegara Amerika. Bapanya seorang muslim tetapi ibunya seorang protestan. Saya bertanya macam mana bapa dan ibunya boleh berkahwin. Dia menceritakan bahawa, bapanya berasal daripada golongan kaya di Mesir yang kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Lehigh University. Kemudian di akhir pengajian, bapanya berkenalan dengan ibunya dan mereka berkahwin. Saya tidak mahu bincang dari sudut hukum berkenaan perkahwinan bapa dan ibunya tetapi saya sering memikirkan nasibnya. Apa agama dia? Entah. Dia tidak sembahyang sebagaimana muslim lainnya. Ceitanya lagi, sama ada ibu atau bapanya, kedua-duanya tidak pernah memaksa dia untuk menganut sama ada protestan atau Islam. Saya akui dia seorang budak yang baik; tidak pernah semasa kami bersembang dia mengeluarkan perkataan yang tidak elok (Sh*t,Fu*k dan sebagainya).
Tetapi berbeza dengan American yang lain, hubungan kekeluargaan mereka kukuh (kebiasaannya American apabila sampai umur tertentu akan meninggalkan ibu bapa). Yang menarik lagi, walaupun dia berketurunan Mesir, tetapi sepatah Arab pun dia tidak tahu untuk bercakap. Memang banyak dalam Kelas Arab ni dia bergantung kepada saya.
“Oh you are my savior.”
“No. Allah is your savior. I just help you and it is my responsibility.”
“Yeah, but it’s through you”
Kadang-kadang, selepas kami siapkan assignment, dia menghampiri saya dan memeluk erat.
“oh thank you so much, if you are not here, I wil die”
Saya hanya mampu tersenyum.
Begitulah keadaan selepas saya membantunya menyelesaikan assignment arab. Saya bertanya kepadanya bila kali terakhir dia pulang ke Mesir dan katanya dua minggu sebelum revolusi Mesir tahun lepas. Ini bermaksud, hubungan bapa dan ahli keluarga bapanya juga baik. Membantu dia dalam arab banyak mengajar saya erti sabar. Sabar dalam mendidik. Mula-mula memang timbul dalam hati “hai mamat ni, dari tadi aku ajar sebut perkataan ni, tak boleh-boleh lagi” tetapi cepat-cepat saya padam sebab memikirkan saya diberi banyak kelebihan berbanding dirinya dan timbul pula rasa kasihan kepadanya. Saya tak tahu kenapa.
inilah orangnya. dia ada cerita yang dia baru clash. ada siapa nak masuk?:P
Saya menulis tentang dia kerana manifestasi perasaan belas kasihan yang timbul dalam hati. Bapanya seorang muslim tetapi dia langsung tidak tahu tentang Islam. Bukankah ini satu perkara yang pelik? Saya pernah bersembang pasal tujuan hidup di dunia dengannya dan kehidupan selepas mati. Dia bersetuju dengan saya bahawa adanya life after death tetapi saya tidak tahu bagaimana harus saya bantu dia untuk mengenali Islam. Saya beharap sahabat-sahabat yang ada pengalaman sebegini agar dapat berkongsi dengan saya. Dia akan graduate pada May ini dan saya berharap agar dapat berbuat sesuatu supaya aqidah kita dan dia adalah sama. Mohon bantuan sahabat-sahabat.
Kata orang muka saya garang, tengok cerita Hafalan Solat Delisa, terkeluar juga air mata saya. Banyak lagi filem-filem seberang yang berjaya menyentuh hati saya. Tertanya juga saya, apa terjadi pada industri tempatan yang bermatlamatkan hiburan semata-mata.