Salam buat semua, apa khabar iman kita di tahun 2011 ni? Semoga Allah memelihara iman dan amal kita. Sesungguhnya dunia ini tidak lain adalah tempat kita menanam amal dan hasilnya akan kita perolehi di akhirat kelak.
Amma ba’d.
Semasa saya masih di peringkat persediaan (foundation) di INTEC, ramailah orang yang bertanyakan saya tentang bilakah saya akan berangkat ke luar Negara. Daripada orang kampung, cikgu-cikgu, kawan-kawan, pak cik,pak lang, mak ngah, tok dan ramai lagi.
“Bang ngah, bila hang nak terbang? Hang ambik bidang apa?” soal orang kampung saya.
“Insha Allah bulan lapan tahun ni (2010).ambik bidang bioteknologi, lebih kurang bidang pertanian la” balas saya.
“ la awat hang pi belajaq jauh sangat, kalau pertanian siam pun baguih.”
“nak buat macam mana, dah depa(JPA) hantaq pi sana” balas saya sambil tersenyum.
PERINGATAN: Kalau pergi mencari saya di kampung, jangan sesekali Tanya di mana rumah Nazrul Fazli tapi Tanya di mana rumah Pak Talib. Di kampung saya dikenali dengan panggilan Abang Ngah.
“Nazrul, kamu bila nak fly” Tanya cikgu Zabaruddin, guru kelas semasa darjah enam.
“ Insha Allah bulan lapan ni” balas saya.
“Baguslah kalau macam tu, cikgu tumpang seronok tengok anak-anak murid cikgu Berjaya.
“Yun, Bile fly? Nanti nak fly roger la boleh kitorang hantar kau kat KLIA. Pergh, best la kau boleh pegi belajar kat oversea” kata seorang sahabat.
“Alhamdulillah rezeki, ala korang pun hebat jugak.same je study oversea dengan local “ balas saya menyedapkan hati mereka.
“baguih la pi belajaq luaq, nanti balik tak gaduh nak pikiaq pasai gheja dah. Jangan jadi macam kami, belajaq malas, gheja kat kampung ja.” Kata salah seorang jiran
“Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Besa-besa ja” balas saya
“nanti kalau kau dah ade kat US, kau jangan terkejut kalau kau tengok kawan kau berubah even kawan baik kau. Aku rase macam malas nak balik US” Kata seorang senior yang balik bercuti summer tahun lepas.
Apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya? Kehidupan kita pada hakikatnya dilingkungi oleh persepsi. Ya PERSEPSI. Subjek yang sama(sambung belajar di US) tetapi pelbagai persepsi dapat saya lihat daripada orang yang latar belakang berbeza.
Satu cerita yang sangat famous ingin saya bawakan. Cerita ini berlaku diantara Luqman Al Hakim dan anaknya.
Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai memandunya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata,
"Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenang di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki."
Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata,
"Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat mati)."
Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula,
"Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya memandu keldai."
Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata,
"Keldainya kosong tidak dinaiki, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!"
Jadi di sini dapat kita lihat manusia melihat dari perspektif berbeza. Bagaimana harus kita menghadapinya?
Pada pendapat saya, wajib ke atas kita selaku muslim untuk memahami tuntutan Allah dan RasulNya atau dalam erti kata biarlah apa orang nak kata yang penting apa yang kita buat, Allah Redha dan Rasulullah SAW suka. Jikalau kita nak puaskan hati semua orang, memang mustahil tetapi kita carilah keredhaan Allah. Apalah gunanya keredhaan manusia jika Allah murka; Allah itu maha hidup sedangkan manusia itu akan mati.
Seorang Alim besar yang bernama Muhammad bin Aslam radhiAllahu `anhu berkata:
"Apa peduliku antaraku dengan makhluk, adalah pada permulaan dalam sulbi orang tuaku, aku sendirian, kemudian aku berpindah ke dalam perut ibuku, aku sendirian, kemudian aku masuk ke dunia juga sendirian, kemudian rohku dicabut, juga sendirian, kemudian aku pun masuk dalam kuburku sendirian pula dan datanglah kepadaku Malaikat-malaikat Munkar dan Nakir menanyakan pertanyaan-pertanyaan kepadaku dalam keadaan aku sendirian pula. Kemudian amal baikku dan dosaku ditimbang dalam timbanganku, juga aku sendirian. Andainya jika aku dikirim ke syurga, aku sendirian, dan jika dikirim ke neraka aku pun sendirian pula. Maka apakah hubungan dengan manusia-manusia selainku?"
Allah berfirman:
"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah."(Luqman:33)
Sebagai khulasahnya, setiap persepsi itu ada yang baik dan ada yang buruk cuma selaku manusia yang diberi akal, kitalah yang menghakimi persepsi itu seterusnya melakukan pengislahan (pembaikan) dalam diri kita.
Wallahua’lam..
Sumber : Halaqah Online
5 comments:
ala seblum pi depa dok tanya bila fly..
dok kat us depa dok tanya bila nak balik..
haha..betoi tu akh akim..tq for visiting.;)
6:116 :)
to mahirah: tq for sharing..insha Allah jom taqarrub ilallah..siru a'la barakatillah..
hidup penuh dengan perpepsi yang berbeda2. Lumrah dunia.Namun, tengakkan iman sentiasa agar agar sentiasa utuh dibadai ombak
Post a Comment