Salam buat ikhwah akhawat sekalian.kaifahalukum al an?ad’u lakum maat taufiq wan najah fil imtihan.
Amma ba’d
Setelah lama tidak berbahasa arab, teringin pula nak bercakap arab. Entri kali ini memang tidak ada sebarang pandangan,perkongsian ilmiah, dan makluman. Entri kali ini juga bukan juga ingin bercakap tentang Dasar Ekonomi Baru yang dicanangkan Dato Seri Najib, tidak juga mengenai penggulingan Ben Ali di Tunisia, bukan juga mengenai ahli kongres Tucson yang ditembak dua minggu lepas sehingga 6 nyawa terkorban. Jadi, sesiapa yang akan mengahdapi exam, anda boleh meninggalkan entri ini dan sila tumpukan exam yang bakal anda hadapi. Allah berfirman:
“sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)” (Al Insyiqaq:19)
Apa yang dapat kita fahami daripada ayat ini? Sebenarnya kehidupan kita dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan, setahun ke setahun akan sentiasa meningkat.Meningkat dari segi umur, ilmu, kematangan, ujian, cabaran, dosa dan pahala.
Entri ini adalah perkongsian mengenai perjalanan hidup saya sepanjang berkelana di muka bumi Allah yang dicptakan untuk kita selaku khalifah di dunia ini supaya dimakmurkan mengikut acuan yang telah ditetapkan Allah.
Saya Dan Kepimpinan
Saya hanyalah seorang budak kampung. Saya membesar bersama-sama sungai, sawah padi, laut, dan orang-orang kampung. Saya mula bersekolah rendah di kampung saya sehingga darjah enam. Semasa darjah tiga, saya dilantik menjadi pengawas. Pada mulanya saya menolak, tetapi emak saya memaksa saya memegang jawatan pengawas selama setahun. Kata emak, kalau saya tak mampu, letaklah jawatan sewaktu di darjah empat tetapi saya menjadi pengawas sehinggalah darjah enam. Sewaktu di darjah enam, saya dilantik menjadi ketua murid. Menjadi ketua murid merupakan cabaran pertama buat saya dalam dunia kepimpinan dan dari situ bermulalah saya hidup sebagai pemimpin. Namun, saya akui cabaran yang dihadapi di sekolah rendah kurang memandangkan saya bersekolah rendah di kampung.
Apabila melangkah ke alam sekolah menengah rendah, saya dilantik menjadi pengawas sekali lagi semasa di tingkatan 3. Sekali lagi jawatan itu saya terima memandangkan semasa itu dilantik secara ‘paksa rela’. Sesungguhnya, menjadi pengawas di sekolah menengah, cabaran boleh dikatakan mencabar di antara menjaga hati kawan dan mematuhi peraturan sekolah. Sememangnya kebijaksanaan sangat diperlukan ketika berhadapan dengan situasi begini, namun Alhamdulillah saya tidak ada masalah dari sudut kawan-kawan dan peraturan sekolah kerana mereka mampu ‘respect’ saya selaku pengawas dan rakan mereka. Alhamdulillah, dengan keputusan yang cemerlang sewaktu PMR, melayakkan saya mendapat tempat di SBP. Pada mulanya hati agak berat meninggalkan sekolah dan rakan-rakan tetapi apabila memikirkan peluang tidak selalu datang dan demi melihat masa hadapan saya yang lebih cerah, saya terpaksa mengambil keputusan yang sukar ini.
Sekolah Menengah Rendah Saya
Saya mesti akui, bahawa saya menanggung rindu (homesick) selama sebulan sebelum saya benar-benar dapat menyesuaikan dengan persekitaran baru. Niat saya awal-awal lagi apabila berpindah, saya tidak mahu memegang sebarang jawatan dan hanya mahu menumpukan kepada pelajaran namun taqdir Allah tidak ada yang mampu menghalang. Daripada tidak memegang jawatan, saya menerima dua jawatan besar ; exco Badar dan pengawas (ketua pelajar). Memegang jawatan exco badar di sekolah saya tidak sama dengan sekolah-sekolah lain kerana exco badar sekolah saya lebih berpengaruh daripada pengawas sendiri. Ada 9 portfolio dalam organisasi badar sekolah saya; bermaksud ada 9 exco badar bagi setiap portfolio ditambah 4 lagi exco badar yang memegang jawatan presiden, timbalan presiden, setiausaha dan bendahari. Di sini, saya benar-benar terasa cabarannya menjadi pemimpin.
Melenturkan ego pelajar-pelajar bijak, menganjurkan program-program tertentu bagi pelajar, merangka gerakan pentarbiyahan bagi pelajar tingkatan 4, mempengerusikan mesyuarat (bagi portfolio saya) wajib meneladani akhlak mahmudah, dan menjaga mutabaah amal. Kadang-kadang, syura terpaksa diadakan pukul 12 tengah malam dan hanya berakhir pada pukul 2 pagi. Kadang-kadang bersengkang mata sehingga 4 pagi untuk menyiapkan kertas kerja. Kadang-kadang, terpaksa berhadapan dengan kerenah-kerenah adik-adik tingkatan 4 yang pelbagai. Semua ini merupakan asam garam bagi exco-exco badar di sekolah saya. Bagi jawatan pengawas saya, terpaksa meletak jawatan kerana tidak mahu terbeban dengan tugas kerana jika saya jadi pengawas, bermakna saya ‘terpaksa rela’ menjadi ketua rumah (Nota: saya pasti bagi pelajar SBP, mereka mesti tahu mengenai sistem rumah). Atas sebab saya yang juga bakal mengambil SPM tahun itu, saya melepaskan jawatan pengawas.
Ketika di INTEC, pada mulanya saya tidaklah aktif sangat terlibat dengan sebarang kelab mahupun persatuan. Kemudian di semester kedua, saya menyertai PSC (Professional Student Society); memang banyak program diadakan oleh kelab ini. Sewaktu di ACTP (tahun kedua di INTEC), saya banyak terlibat dengan program di luar Shah Alam; ada di Selayang, ada di Sepang dan kadang-kadang di KL. Penat memang penat namun ini jalan yang telah saya pilih.
Tautan Hati
Semasa waktu-waktu akhir saya di INTEC, ada ikhwah yang baru grad dari US menghubungi saya dan ingin berjumpa saya. Empat lima kali juga dia cuba hubungi saya namun saya tidak angkat kerana handset disimpan oleh fasilitator semasa program BTN. Sebenarnya, tujuan mereka berjumpa saya kerana ingin berbincang untuk mengadakan program Fly High 2010 dan dalam perbincangan itu mereka melantik saya menjadi pengarah program bagi program Fly High 2010 untuk pelajar yang akan berangkat ke Amerika di INTEC.
Sekali lagi cabaran datang mengunjungi saya; saya terpaksa naik turun pejabat INTEC dan Pejabat kolej kediaman Cemara bagi menjayakan program Fly High ini. Alhamdulillah, surat jemputan kepada Ustaz Hasrizal (saifulislam.com), mereka yang uruskan. Walaupun bilangan peserta tidak seramai mana namun Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana program berjalan dengan baik. Penat itu terasa manisnya selepas tamat pengajian di INTEC.
Bersama Ustaz Hasrizal Abdul jamil
Doktor Cinta
Saya akui, saya tidak pernah bercouple. Mungkin orang akan berkata saya tidak cool kalau remaja zaman sekarang tidak bercouple namun saya berfikiran sebaliknya. Semasa saya di alam menengah rendah, saya dapati ramai kawan saya yang bercouple. Saya menganggap mereka semua low class’ kerana bagi saya, kalau kita hendak membawa anak perempuan orang, mestilah ada kereta. Kalau bawak berdating, dating di coffee house. Kalau nak bawa makan, mestilah lelaki yang belanja. Namun, kawan-kawan saya ,yang bercouple ketika itu mereka menceritakan kepada saya bahawa, mereka dating di KFC, McDonald dan restoran mamak. Kadang-kadang pergi dating ke shopping complex naik bas dan apabila keluar makan sama-sama, kena keluarkan duit masing-masing.
Walaubagaimanapun, orang yang tidak pernah bercouple ini, dijadikan tempat rujukan mereka-mereka yang bercouple; saya bagaikan Doktor Cinta. Ada seorang kawan yang baru clash dengan awek dia datang berjumpa saya meminta pendapat apa perlu dibuat kalau seorang perempuan mengkhianati kesetiaan kita kepadanya. Ada juga yang meminta pandangan bagaimana cara ingin berkawan dengan perempuan. Ada juga yang datang meluahkan perasaan, dia jatuh hati dengan seseorang. Ada yang minta tolong saya doakan mereka supaya hubungan mereka direstui oleh keluarga untuk membina baitul muslim. Kalau sekarang jika ada kawan-kawan yang datang meminta nasihat dan pandangan tentang masalah cinta ini, jawapan saya mudah sahaja. PERCEPATKANLAH.
Ujian Sebagai Saham Akhirat
Tujuan saya menulis entri ini bukanlah ingin memberitahu saya buat itu dan ini tetapi sebagai perkongsian bahawa tidak mudah berada di atas jalan dakwah. Pelbagai mehnah dan tribulasi akan kita hadapi berada di atas jalan yang diredhai Allah tetapi inilah jalan yang selamat menuju mardhatillah. Apalah gunanya hidup andai Allah murka. Apalah gunanya hidup jika nabi tidak mengaku umat. Saya akui di bawah kepimpinan saya banyak ketempangan berlaku, banyak tugas yang tidak diselesaikan dan banyak perkara kadang-kadang tidak menemui penyelesaian. Dalam menasihati dan memberi pandangan juga, mungkin ia tidak menyelesaikan masalah malah memburukkan lagi keadaan ataupun saya tidak berbuat apa yang saya nasihatkan kepada rakan-rakan. Saya manusia biasa yang tidak sunyi daripada sebarang salah dan kekhilafan.
Oleh yang demikian, saya secara terbuka memohon maaf atas segala kekurangan, kelemahan dan kesalahan yang saya lakukan sepanjang kita berukhuwah. Ayuh sama-sama kita muhasabah diri agar menjadi hamba Allah yang diredhaiNya.
Wallahua’lam.
Tidak Mudah Menjadi Diriku.
9 comments:
Thanks Dr Cinta....anda mmg pakar mengubati pesakit..I loike it (Riduan style)...kalau sakit sy jumpa Dr ye...tpi jgn sampai Dr jadi pesakit nye pulak ye Hehe...salam ukhwah
" Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (3:31)
orang kate ayat ni ayat pengasih..wallahu'alam..nasihat dah ade..PERCEPATKAN..:)
Tersedak sy membaca balasan comment Dr Pakar Cinta huhu
"tpi jgn sampai Dr jadi pesakit nye pulak ye Hehe"
Dr pun orang jugak kan..mana mungkin x ditimpa kesakitan..kalau dr sakit, kena jumpe dr pakar la kan..:)
salam,
wah tak tahu plak yun dr cinta, kalau tak dah lama dah ....
uhuk3, xde pe2 pun sebenarnya..
bila baca post ni, rasa mcm bertaaruf plak, sbb kita kenal pn gitu2 je kn..
semoga Allah permudahkan langkah yun ^_^
syariful2..hehe..x de lah dr cinta..cume terasa macam tu sebab ramai sangat tanye pasal masalah hati budi ni..ana pun banyak x betul lagi..cume ape yang baik tu dikongsikan bersame..sharing is caring..erti hidup pada memberi..:)
Mungkin Syariful salah seorang Dr Pakar Cinta gak Ustaz nazrul huhuhu.
ish2 korang ni..jom same2 kite menggembeleng tenaga untuk Islam..x de mase dah nak main-main..
(47:7)..ayuh!!!..:)
Wahaha, sebelum fikir soal cinta sesama manusia, baik kuatkan lagi cinta pd Allah dan Rasul. :)
Post a Comment