Thursday, January 27, 2011

BukaN SeKadAr PercUtiaN..

Salam buat sahabat-sahabat di seantero dunia. Bunyi macam gempak kan? Tapi dunia ini kecil saja, akhirat itu negeri yang sangat luas dan di hari akhirat merupakan hari yang  satu kaum dihinakan dan satu kaum dimuliakan.
Amma ba’d.

Alhamdulillah baru-baru ni pihak penaja saya JPA, telah memberi ‘angpow’ sempena tahun baru cina. Terima kasih JPA, jasamu dikenang. Ramailah rakan-rakan seperjuangan di bumi  Uncle Sam mula mengintai-intai laman sesawang Cathay Pacific dan Emirates tetapi saya telah bertekad tidak akan balik selagi tidak masuk tahun kedua saya disini (melainkan ada kes kecemasan). Saya ada merancang untuk pergi ke satu tempat sementara diberi peluang oleh Allah merantau jauh di bumiNya.
Memang sudah menjadi impian yang terpendam sejak lama dahulu untuk menjejak kaki ke…Sila lihat gambar di bawah.

Selat Bosphorus









Tahukah kalian dimanakah tempat ini? Bumi ini telah melalui sejarah yang panjang. Bumi ini juga telah memperlihatkan kepada kita  keagungan empayar Islam dan kehebatan khalifah-khalifah Islamiyah serta kemakmuran rakyatnya. Bumi ini juga menyaksikan Islam jatuh di tangan seorang Yahudi yang bernama Mustafa Kamal Attartuk.

Sesungguhnya bumi Turki adalah bumi terbaik untuk kita lawati kerana selain cantik terletak di selat Bosphorus yang menjadi pemisah antara benua Asia dan Eropah, bumi ini juga menceritakan bagaimana benarnya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

 “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis Riwayat Ahmad)

Bagi sesiapa yang pernah menjejaki kaki ke sini, mereka pasti tertarik dengan keindahan bumi Istanbul dan keramahan rakyat Turki.

Saya akui bahawa rakyat Turki memang baik budi orangnya. Rakan international  saya yang pertama di RIT ini adalah orang Turki,Niazi namanya. Orangnya baik, bersopan santun dan mudah diajak bual bicara. Dia juga senang menghulurkan bantuan walaupun kami baru mengenali. Harapan saya, semoga impian menjejakkan kaki ke bumi Sulaiman Al Qanuni menjadi kenyataan. Mengembara ke Turki bukan sekadar percutian kosong tetapi sebuah percutian yang menghidupkan kembali semangat ummah yang dahulunya pernah berkemilauan di segenap dunia.

                                                                       Niazi
P/S: Saya selalu membayangkan menghirup teh turki sambil dibuai bayu Bosphorus.Oh indahnya saat itu..:)

8 comments:

SUHAIMI RAMLI said...

Semoga Allah memudahkan anda ke sana Nazrul insyaAllah...perbanyakkan doa...semoga bertemu seseorang yang 'istimewa' juga di Turki ye...boleh tinggal kat sana terus..bukan gitu Ustaz? =)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

insha Allah..:)

Tini Gishamsuddin said...

salam, menarik perancangan musim panas. teringin jugak ke sana tapi tak tahu mcm mane plan.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

tini balik x?
saye ade gak usha2 tiket kat continental airline, tapi harga macam lebih kurang balik malaysia je..tapi ni may be summer 2012..summer ni nak pusing US dulu..

abid™ said...

plan elok2.ada rezki lebih bole join.haha.ingatkn kau plan nk pegi summer nie sebb summer depan aku rase tiket pergi europe akn mahal sebb ada olimpik London summer 2012

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

wah lagi menarik..hehe..boleh menumpang di manchester, tempat aslam..boleh gi ngan aslam sekali sebelum balik malaysia..:)

Tini Gishamsuddin said...

insyAllah balik..tahun depan yang x balik..olimpik yang europe ade kaitan ngan tiket ke turki ke?pergi turki plan sndri ke bawah agen percutian mane2?

sorang kawan dah penah pegi turki.. sangat cantik tempat tuh..terlalu cantik..

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

oooo..pegi sendiri2 je..pasal kaitan olimpik ngan tiket x pasti la pulak..