Salam buat semua, semoga kita semua sentiasa ceria selalu dan sihat sejhatera.
Amma ba’d
Jika dahulu kita hendak berhubungan dengan orang yang jauh, kita perlu menunggu dua hingga tiga bulan untuk menunggu surat sampai. Kemudian hendak membalas dan menerima balasan surat seterusnya pula juga mengambil masa yang lama.Namun, dengan kemajuan teknologi yang kita kecapi pada hari ini, segala-galanya menjadi singkat.
Internet, facebook, blog, dan media massa yang lain pada hari ini memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat. Hari ini (6 Disember 2010), terdetik di hati saya untuk membaca surat khabar The New York Times yang boleh didapati secara percuma (untuk pelajar sahaja) di kampus saya. Sedang saya membaca akhbar ini, mata saya tertarik apabila melihat tajuk “ By Challenging Law, Malaysian Students Risk Breaking It”. Isi berita ini antaranya adalah, empat pelajar UKM jurusan sains politik mencabar undang-undang yang tidak membenarkan para pelajar untuk tidak meyertai mana-mana pertubuhan politik adalah bertentangan dengan perlembagaan Negara tentang kebebasan bersuara.
(click to enlarge the image)
Selain itu, ISA (internal Security Act) ataupun Akta keselamatan Dalam Negeri juga dilihat bertentangan dengan perlembagaan kerana ia menyekat kebebasan media untuk bertindak sebagai pihak yang bebas menyebarkan apa yang benar. Sebarang kenyataan media yang tidak selari dengan arus perdana ‘berpeluang’ untuk ditahan bawak akta ini. ISA yang juga merupakan akta yang seseorang itu ditahan tanpa bicara (detention without trial) dilihat sebagai tidak selari dengan prinsip demokrasi yang diperjuangkan oleh pihak kerajaan. Dipetik daripada seorang pelajar, Woon King Chai berkata, ada pelajar ditahan polis dan apabila pihak berkuasa university datang, mereka mengarahkan agar polis tadi mengenakan tuduhan ke atas pelajar sesuka hati mereka (“charge them with whatever you can”). Mereka ditahan setelah mereka menaiki kereta yang didalamnya terdapat risalah tentang parti PKR.
Pada hemat saya, selaku negara yang bebas merdeka, setiap rakyat hendaklah diberi peluang membuat pilihan dan menyatakan pendapat secara ilmiah. Menutup ruang untuk pelajar mengambil tahu hal ehwal politik hanyalah tindakan terkebelakang memandangkan pelajar-pelajar ini adalah bakal pemimpin Negara. Adakah apabila mereka sudah bekerja dan berumah tangga, baru mereka diberi peluang untuk tahu tentang dunia politik? Pepatah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Seorang lagi pelajar, Hilmi Idham dipetik berkata “kami mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak kami sebagai pelajar dan juga sebagai rakyat Malaysia, sebagai warganegara di negara kami. (We have a responsibility to uphold our rights as students and also as Malaysians, as citizens of our nation.”
Nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia terutama pemimpin-pemimpin sekalian agar bersifat lebih realistik dalam melakukan tindakan.
Dunia Memerhatimu.
6 comments:
x sangka isu ni pun boleh muncul kat paper NY Times..
setuju ngan wahie. kenapa NYT nk tulis news pasal Malaysia? ape significant nye Malaysia pada US?
p/s: bukan bermaksud perkecilkan tanah air sendiri..cuma sedikit curious..
to wahie n tini: ada udang sebalik batu..diorang kan 'abang sulong' dunia..
gula naik 20sen ada dlm nyt x?
XD
to mat: depa x tau..hat tu hang kena habaq kat depa la..haha..
kalau benda sekecik itu pun US dah dpt kesan..apetah lg isu yg lebih besar..
Post a Comment