Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Moga sihat sejahtera di samping keluarga dan kawan-kawan tersayang.
Untuk ikhwah:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Saw. bersabda: "Perempuan itu dinikahi kerana empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia."(Muttafaqun A’laih & Sunan Khamsah)
Untuk akhawat:
"Apabila seorang lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka nikahilah dia. apabila engkau tidak menikahinya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas.”(Maksud Hadis)
Amma ba’d.
Semalam saya skype dengan emak. Banyaklah benda yang saya celotehkan tentang hidup saya di bumi asing ini. Emak pun tidak kurang banyak juga ceritanya. Emak beritahu “Fatimah (bukan nama sebenar) dah kawen hari jumaat lepas. Dia kawen dengan ustaz yang balik Mesir sekarang bertugas kat Sarawak. Minggu depan, Mat (bukan nama sebenar) nak tentu belanja. Hari ni pun mak dengan ayah baru balik kenduri. Ada empat kenduri hari ni. Hari Sabtu depan, kenduri rumah Faiz kat Aloq Setaq, abang dia kawen”
Oh banyaknya kenduri. Rupa-rupanya baru saya sedar di Malaysia sekarang musim cuti sekolah.Memang sudah menjadi kelaziman bahawa musim cuti sekolah adalah musim orang mendirikan masjid.
Jadi, saya ucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan-pasangan yang mendirikan baitul muslim. Saya yakin tanpa kehadiran saya pun majlis tetap berseri dan meriah. Semoga diberkati rumah tangga kalian, dipenuhi rahmat, mendapat zuriat yang soleh dan solehah, dan berkekalan hingga ke syurga.
P/S: Tiga minggu lepas ada skype dengan emak. Tiba-tiba satu soalan terpacul daripada mulut emak. “Dah ada calon ke?” lalu saya pun cepat-cepat mengubah topik. Terselamat disitu..
10 comments:
Hahaha.sekarang ni umur2 da kene fikir pasal kwen. Da ade calon ke? Asl nak mengelak jwb kalau x de?:p
oh asnida..ini rahsia kerajaan..haha.
jangan risau, insha Allah kalau dah tiba masanya anda akan dijemput nanti..:)
wuuuuuuuuuuuu~ da ade calon.. okey..:D
memandai je kau ni..aku malas nak cakap bende2 macam ni kat mak aku..kang mak aku kat malaysia fikir2 macam2..haha..i am still single ok...:)
ahahahha..mak kau tu teringin nak menantu la weyh.. aku pulak memandai.tadi ko jugak yg ckp rahsia, mcm ade plak..:P
salam alayk~
aku agak tersentap pasal soalan mak ko tu.. haha.. nanti jangan lupa la habaq no..
skang musim cuti sekolah, tp daku cuma dpt tengok kenduri kahwin di masjid berdekatan je.. turn org yg kenal kahwin d c2 lambat lagi.. :P
to asnida:saje je cakap rahsia, bagi gempak sikit..haha
to syariful:insha Allah..jodoh ajal maut semua ketentuan Allah..kita hanya mampu usaha yang terbaik dan bertawakkal dalam hidup..sandarkan segala-galanya kepada Allah kerana Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..wallahua'lam...:)
insyaAllah..klo yun ni kompem la dpt yg elok.. huhu
to hafeeza: doa seorang sahabat makbul,,amin ya rabbal a'lamin..mudah2an kau pun mendapat jodoh yang baik..asnida n syariful juga, mudah-mudahan kite semua mendapat jodoh yang baik dan berkekalan ke syurga..:)
Kalau add button like, mesti aku like comment atas ni 100000000 Kali. Hahaha.
Post a Comment