Salam buat semua sahabat-sahabat.moga kita berada dalam lingkungan rahmat dan hidayah Nya.
Amma ba’d.
Setiap hari yang kita tempuhi bersilih ganti antara suka dan duka namun dunia ini bukanlah untuk orang yang mudah mengalah. Kehidupan perlu diteruskan bagi menyempurnakan tugas selaku khalifah Allah di muka bumi sebelum malaikat maut datang mencabut nyawa. Sudah menjadi lumrah manusia apabila berjauhan, hati akan sentiasa rindu. Mungkin sahabat atau pelawat blog ini tertanya-tanya siapakah yang saya rindukan atau apakah yang menjadi kerinduan saya?
Persoalan yang kedua itu lebih tepat bagi menjawab kerinduan saya. Lihat gambar-gambar di bawah untuk mengetahui apa yang menjadi kerinduan saya.
Sekolahku
Matlamat Kolej
Dewan terbuka
Asrama Putera (dari sekolah)
Pejabat
Masjid Diraja Sultan Sulaiman & Istana Alam Shah
Masjid Diraja Sultan Sulaiman
Pemandangan dari jejantas
Dewan Kuliah
Apa istimewanya tempat ini di hati saya? Tempat ini menjadi kerinduan di hati saya kerana di sinilah saya mendapat tarbiah islamiah dan diberi kefahaman sedikit sebanyak tentang Islam. Dapat melihat keindahan Islam adalah satu rahmat terbesar dalam kehidupan seorang insan sehingga dia sujud mengaku kerdilnya diri di hadapan AlKhaliq. Di sini, saya juga berukkhuwah atas dasar islam dan tidak dilapik dengan sebarang kepentingan peribadi. Apa bukti kepada berukkhuwah secara islam? Walaupun kami telah 3 tahun berpisah dan masing-masing jauh di perantauan (di US, UK, Egypt, Australia, New Zealand, Malaysia,Indonesia) kami masih menghubungi antara satu sama lain bagi melepaskan rindu di hati. Di tempat ini jugalah, kami sama-sama membaca al mulk setiap malam sebelum tidur, solat berjemaah setiap waktu, membaca al mathurat setiap kali lepas subuh dan asar, mendengar tazkirah asar dan maghrib setiap hari,berqiyamullail sebelum subuh, bermain bersama sahabat-sahabat di waktu petang, makan bersama-sama dan belajar bersama-sama. Kehidupan dua tahun yang dilalui di sini dirasakan amat bermakna terutama apabila saya berada jauh di perantauan. Segala azimat guru-guru dan sahabat-sahabat terpahat kukuh di ingatan agar menjadi orang yang berjaya dan berguna untuk ummah.
Di tempat ini saya mengenal ideologi-ideologi ciptaan manusia yang lemah seperti sekularisme, kapitalisme,pragmatisme, hedonisme dan pelbagai ideologi ciptaan manusia yang hakikatnya membawa kita kepda kehancuran. Saya juga mengakui bahawa tenangnya hidup di dalam biah (persekitaran) islami. Kadang-kadang orang silap menduga dengan mengatakan “budak kisas ini assabiah, asyik sesame diorang je”. Sebenarnya kami menjadi begitu rapat bagaikan adik beradik kerana hasil ukkhuwah islamiah yang dipupuk ke dalam setiap hati kami. Pengalaman dua tahun yang dilalui di sini berasa begitu singkat.
Untuk berpatah semula ke masa lampau bukanlah sesuatu yang saya harapkan namun apa yang menjadi harapan saya adalah, semoga saya akan berjumpa lagi seperti keadaaan yang saya nyatakan di atas di masa yang mendatang.
5 comments:
Ukhwah kalian mmg hebat nazrul, semoga persahabatan kalian kekal dunia akhirat...walaupun ak bukan budak kisas, aku harap suatu hari ukkhuwah persahabatan aku dan ko bakal menyamai ukkhuwah hg dan budak kisas. Sesungguhnya manusia yang paling baik ialah manusia yang bermanfaat pada org lain...mudah mudahan anda berada dalam golongan tersebut. Amin.
ni yang kita name kan sebagai " sense of attachment to place". baru tulis paper pasla mende ni..:)
lawa r kisas. lbih luas dr kolej sy skrg..
LIKE TIHS : Kadang-kadang orang silap menduga dengan mengatakan “budak kisas ini assabiah, asyik sesame diorang je”. Sebenarnya kami menjadi begitu rapat bagaikan adik beradik kerana hasil ukkhuwah islamiah yang dipupuk ke dalam setiap hati kami.
~~dat's so true ^_^
to suhaimi: ukhhuwah islamiah sangat indah.marilah mencari mutiara2 dalam persahabatan.
to asnida: oo ye ke..x tau plk aku..btw, thanks for sharing..nak kene google ni.. nak tau lebih lanjut ape yang dikatekan "sense attachment to the place", ciri2 and kesan die ke atas seseorang.
to atikah: awak sekarang kat UK ke??
to mahirah: moga2 ukkhuwah kite berkekalan hanya kerana Allah
Post a Comment