Tuesday, November 30, 2010

A'laMatuL MAuT...

Salam buat semua, ini adalah sedikit peringatan kepada saya dan sahabat-sahabat sekalian tentang mati.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(3:185)


TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

 TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

 TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

wallahua'lam

Sunday, November 28, 2010

KasiH SaYanG iTu IndAh...

Salam buat sahabat-sahabat sekalian. Semoga kita semua sentiasa digolongkan dalam golongan yang bertaqwa dan beramal soleh
Amma ba’d.

Lumrah manusia diciptakan dengan perasaan menyanyangi dan ingin disayangi. Tanpa kasih sayang, hidup manusia itu akan berkecamuk, jiwa tidak tenang dan sentiasa dalam keresahan.  Perasaan kasih sayang merupakan satu rahmat yang agung dalam kehidupan manusia kerana perasaan ini membolehkan manusia membiak seterusnya dapat menjalankan tugas selaku khalifah di muka bumi ini dengan baik. Untuk kali ini, sukalah saya untuk berkongsi sedikit sebanyak tips supaya  kita disayangi Allah dan manusia. Marilah kita merenung dan berfikir sejenak tentang hadis yang  disabdakan junjungan mulia kita, Nabi Muhammad SAW.

Telah datang seorang lelaki kepada kepada Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam lalu berkata: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amal apabila aku mengerjakannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Rasulullah SAW berkata: zuhudlah engkau kepada dunia nescaya engkau dikasihi Allah; dan hendaklah engkau zuhud kepada apa yang ada disisi manusia nescaya engkau dikasihi manusia.” (Hadis Hasan riwayat Ibn Majah)

Hadis di atas merupakan hadis yang ke 31 dalam matan arba’in (hadis 40 karangan Imam An Nawawi). Pokok hadis ini ialah untuk dikasihi Allah dan manusia, kita hendaklah zuhud. Apa itu zuhud? Erti zuhud menurut bahasa ialah berpaling atau tidak menghendaki kepada suatu kerana tiada mutu dan nilainnya. Menurut istilah syara’ ialah mengambil sekadar yang perlu dari satu yang diyakini halalnya.

Ramai orang hari ini tersilap faham dalam pengertian zuhud. Mereka menganggap berpakaian compang camping itu zuhud, menolak dunia secara total adalah zuhud, dan menaiki kenderaan buruk adalah zuhud. Menurut Ibn Al Qayyim Rahimahullah, zuhud ialah:

1) Zuhud itu ialah kosong hati dari dunia  bukan kosong tangan daripadanya. Inilah zuhud golongan ariffin (golongan yang mengenal Allah).

2) Zuhud itu ialah kosong sama sekali dari sesuatu sama ada di dunia ini mahu dari syurga di akhirat kelak   kecuali Allah. Hanya Allah (keredhaan Allah ) yang dikehendakinya dan tidak selain itu. Ini adalah golongan
muqarrabin (yang hampir kepada Allah).

Belilah Rumah banglo di seksyen 7 Shah Alam, gunalah kereta BMW 7 Series, dan pakailah baju Durban asalkan pakai kerana Allah; tidak berbangga-bangga dengan apa yang ada serta tidak khuatir andai nikmat-nikmat itu hilang dari tangan. Andai banglo itu roboh, andai BMW itu rosak, dan andai pakaian itu koyak rabak, perkara itu tidak sedikit pun membuatkan  kita sedih.

Kembali kepada topik kita, KASIH SAYANG. Rasulullah mengajar kita tentang bagaimana kita ingin dikasihi Allah dan manusia, maka selaku umatnya haruslah kita sentiasa di atas landasan al quran dan sunnah Rasuluullah SAW. Pesanan Rasulullah SAW agar zuhud kepada dunia amat berguna supaya Allah mengasihi kita. Zuhud kepada dunia ialah tidak tamak terhadap duniawi; dalam erti kata lain tidak bersifat materialistik dan hedonistik. Allah itu maha kaya, jika kita meminta kepadaNya, maka itu tidak menjadi hal kepada Allah. Namun, manusia ini hakikatnya faqir (miskin kerana tidak memiliki apa-apa pada hakikatnya); jika kita meminta-minta kepada manusia, nescaya mereka akan mula berasa meluat dan menyampah kepada kita dan kasih sayang yang mulanya mekar kembali menguncup.  Jika kita inginkan sesuatu, janganlah mengharap ihsan orang lain sebaliknya berusahalah bersungguh-sungguh dan berdoalah kepada Allah.

Pernah seorang badwi  di kota Basrah bertanya : “siapakah ketua masyarakat di sini?” lalu dijawab pendudk di situ.” Ketua masyarakat ialah Al Hassan”. “dengan apa yang mulia itu jadi ketua?”
Lalu dijawab lagi “Dengan ilmunya dan sikapnya. Kerana manusia berkehendakkan kepada ilmunya sedangkan dia tidak berkehendakkan kepada dunia mereka.”

Beramallah dengan petunjuk Al Quran dan As Sunnah, mudah-mudahan kita semua disayangi Allah, Rasul serta makhluk di langit dan di bumi.

Wallahualam.

Monday, November 22, 2010

Oh maCaM Ni..

Alhamdulillah, dengan ini tamatlah quarter fall saya di Rochester Institute of Technology. Pelbagai suka duka telah saya lalui sepanjang bergelar anak perantau dan saya pasti pasti ianya ada hikmah yang tersendiri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah kepada hambaNya agar mengenal selok belok kehidupan duniawi yang serba mencabar. Alhamdulillah juga saya rafakkan kesyukuran kepada Allah di atas pengurniaan pointer yang memberansangkan, mudah-mudahan ia menjadi pemangkin untuk lebih berusaha untuk quarter-quarter mendatang. Saya masih ingat pesanan seorang akhi kepada saya sebelum fly. " ingat, tujuan kita belajar adalah untuk menguasai ilmu (kerana Allah), bukan untuk peperiksaan". pesanan akh hafizul kepada saya amat berguna memandangkan beliau juga seorang pelajar lepasan salah sebuah univesiti di Amerika (University of Purdue). Saya lebih suka jika gambar menceritakan segala-galanya tentang quarter fall ini.

Saturday, November 20, 2010

Di sEbalIk laFaZ SaKInah...

Salam buat sahabat-sahabat sekalian, apa khabar anda dan iman anda? Kita manusia sentiasa diuji sebagaimana Allah firmankan dalam surah Al-A’nkabut:

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2)

Persiapkanlah diri kita dengan segala ilmu dan mintalah kekuatan dan petunjuk dari Allah agar setiap ujian yang mendatang dapat dutempuhi dengan cemerlang.
Amma ba’d

aku nikahkan engkau dengan anakku Aisyah Fadzilah binti Abdullah”
“aku terima nikahnya”

Lafaz sakinah (lafaz ijab dan qabul) seperti yang di atas kelihatannya sangat mudah diungkapkan namun lafaz itu diiringi dengan tanggungjawab dan amanah yang tidak kecil. Ia boleh membawa kita dengan mudah kepada Allah atau dengan mudah ke neraka.

Tanggugjawab suami

Adil

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Allah berfirman:

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka cukuplah (kahwinilah) seorang saja,atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(4:3)

Lelaki boleh berkahwin lebih daripada seorang (sehingga empat orang) tapi jika tidak mampu berlaku adil cukuplah seorang. Adilnya seorang suami apabila berkahwin seorang adalah dia pandai membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Pastikan seorang ayah dan suami mempunyai masa untuk membawa anak-anak makan angin dan masa untuk mendengar keluhan anak dan isteri.

Pemimpin

Sebagai suami dan ayah, lelaki harus tahu kearah mana dia ingin membawa ahli keluarganya. Allah berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (66:6)

Dia harus memimpin ahli keluarganya agar semuanya taat kepada perintah Allah. Amar maaruf dan nahi munkar harus berjalan setiap waktu didalam dan luar rumah. Selain itu, seorang ayah harus mampu menjadi imam solat dan tahu sedikit sebanyak perihal hukum hakam terutamanya yang melibatkan halal dan haram. Seorang suami tidak boleh menjadi dayus untuk menegur kesalahan isterinya tetapi harus beringat supaya teguran itu harus sentiasa berhikmah.

Nafkah

Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Nafkah zahir cukuplah sekadar terjaga makan minum, pakaian yang cukup dan rumah untuk berlindung. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

”Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.” (Riwayat Ibnu Majah)

Penting bagi suami untuk memastikan sumber rezeki yang ingin disuap kepada mulut anak dan isteri adalah daripada sumber yang halal dan bersih semata-mata. Keberkatan rezeki hanya ada pada sumber yang halal. Berkat rezeki yang halal, anak-anak dan isteri akan dengar, taat dan patuh kepada ketua keluarga mereka.

Pendidikan  &  Perlindungan

Dalam sesebuah institusi kekeluargaan, pendidikan atau pentarbiyahan sangat penting dalam pembentukan baitul muslim. Anak-anak haruslah diberi pendidikan agama, diajar soft skills, dididik dengan akhlak yang mulia dan diajar bersukan agar mereka bukan setakat kuat rohani tetapi kuat juga jasmani. Isteri harus dididik dengan penuh hikmah dan lemah lembut kerana fitrah wanita itu lemah lembut dan bersopan.

Suami harus menyediakan perlindungan yang sempurna kepada tanggungannya. Perlindungan disini bukanlah sekadar rumah tetapi ia lebih kepada perlindungan kepada ahli keluarganya dari ancaman bahaya dan elemen-elemen negatif daripada masuk ke rumahnya.

Konklusinya

Saya hanya menulis sekadar berkongsi sedikit ilmu yang saya ada dan ianya sekadar teori. Secara praktikalnya, saya sendiri belum menempuhi alam rumah tangga. Mudah-mudahan segala perkongsian pada entri kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Kepada bakal ayah dan suami sekalian, marilah sama-sama kita persiapkan diri kita dengan segala ilmu fardhu ain, ilmu rumah tangga serta memahami sebenar-benarnya syariat berumah tangga.

Wallahua’lam.

*Nama yang digunakan  dalam entri ini tidak ada mengena antara orang yang masih mati ataupun telah hidup. Jika  terdapat kesamaan nama dengan pembaca sekalian, ianya adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan.

Sunday, November 14, 2010

InnA Halalan bAyyiN....

Salam to all, may Allah bless all of us.
Amma ba’d.
                                                   Muslim community at Rochester

                                                         Malaysians @ Rochester

I am so lucky to be a Muslim. Islam discusses every facet in our life; from we wake up early in the morning till we go to bed to sleep at night. Unfortunately today, Islam is always being blamed to the setback. They (kafir) plan to bring down Islam but they can never do that as Allah has affirmed in the holy Koran:

It is He who has sent His messenger with guidance and religion of truth, that He may proclaim it over all religions even though the pagan (mushrikun) may detest it” (61:09)

 For this time around, I would like to stress out the importance of searching Halal food. Why this is so important? Let us thoroughly review what Rasulullah (PBUH) had said thousands years ago:

Everybody that is nourished unlawfully, Hell would be his abode.” (Bukhari)

This supposed to be a good reminder for us, Muslims that we should consume only halal (lawful) products in our life. Being a Muslim, we must consider the food that will enter our stomach as it will affect our life. I am pretty sure that you have heard about this proverb “You Are What You Eat”. If you consume the halal and good food, then your actions, speeches, and behaviors will be good too. This is the reason why nowadays we could see the children disobey their parents, the students are lazy to do the home works or assignments, and the youths have no respect to the elders. It might be the effects of haram or masbooh food that they have consumed. In US, I have to be more careful when to buy the food and personal items as there is no “halal” sign printed on the product (In Malaysia I have to be careful too although there is halal sign printed on the products but most of food products in my house are bought at HPA Mart). Everything I want to buy here, I must check at Muslim Consumer Group to make sure it is halal. Yes, it is not easy to live as a Muslim in non-Muslim country but I take it as a challenge in life to be here.
                                                #1 cookies in US

                                                     Fresh Juices

                                                     Fresh Milk
      
                                                     All pictures were taken @ Walmart

My advice to myself and all of you, if you want to do something in life ask yourselves  first, “is it sharia’h compliance?” if it is not, just leave it or otherwise, you are inviting Allah's wrath.
P/S click here for information about non-halal food products in US supermarkets...Credit to Nur Nabihah Bt. Hashim

Thursday, November 11, 2010

DihUkuM keRindUAn...

Salam buat semua sahabat-sahabat.moga kita berada dalam lingkungan rahmat dan hidayah Nya.
Amma ba’d.

Setiap hari yang kita tempuhi bersilih ganti antara suka dan duka namun dunia ini bukanlah untuk orang yang mudah mengalah. Kehidupan perlu diteruskan bagi menyempurnakan tugas selaku khalifah Allah di muka bumi sebelum malaikat maut datang mencabut nyawa. Sudah menjadi lumrah manusia apabila berjauhan, hati akan sentiasa rindu. Mungkin sahabat atau pelawat blog ini tertanya-tanya siapakah yang saya rindukan atau apakah yang menjadi kerinduan saya?

Persoalan yang kedua itu lebih tepat bagi menjawab kerinduan saya.  Lihat gambar-gambar di bawah untuk mengetahui apa yang menjadi kerinduan saya.



                                                                   Sekolahku

                                                            Matlamat Kolej


                                                            Dewan terbuka
                                                   Asrama Putera (dari sekolah)


                                                                  Pejabat                                                                      

                              Masjid Diraja Sultan Sulaiman & Istana Alam Shah


                                           Masjid Diraja Sultan Sulaiman

                                                  Pemandangan dari jejantas                                          


                                                 Dewan Kuliah

Apa istimewanya tempat ini di hati saya? Tempat ini menjadi kerinduan di hati saya kerana di sinilah saya mendapat tarbiah islamiah dan diberi kefahaman sedikit sebanyak tentang Islam.  Dapat melihat keindahan Islam adalah satu rahmat terbesar dalam kehidupan seorang insan sehingga dia sujud mengaku kerdilnya diri di hadapan AlKhaliq. Di sini, saya juga berukkhuwah atas dasar islam dan tidak dilapik dengan sebarang kepentingan peribadi. Apa bukti  kepada berukkhuwah secara islam? Walaupun kami telah 3 tahun berpisah dan masing-masing jauh di perantauan (di US, UK, Egypt, Australia, New Zealand, Malaysia,Indonesia) kami masih menghubungi antara satu sama lain bagi melepaskan rindu di hati. Di tempat ini jugalah, kami sama-sama membaca al mulk setiap malam sebelum tidur, solat berjemaah setiap waktu, membaca al mathurat setiap kali lepas subuh dan asar, mendengar tazkirah asar dan maghrib setiap hari,berqiyamullail sebelum subuh, bermain bersama sahabat-sahabat di waktu petang, makan bersama-sama dan belajar bersama-sama. Kehidupan dua tahun yang dilalui di sini dirasakan amat bermakna terutama apabila saya berada jauh di perantauan. Segala azimat guru-guru dan sahabat-sahabat terpahat kukuh di ingatan agar menjadi orang yang berjaya dan berguna untuk ummah.

Di tempat ini saya mengenal ideologi-ideologi ciptaan manusia yang lemah seperti sekularisme, kapitalisme,pragmatisme, hedonisme dan pelbagai ideologi ciptaan manusia yang hakikatnya membawa kita kepda kehancuran. Saya juga mengakui bahawa tenangnya hidup di dalam biah (persekitaran) islami.  Kadang-kadang orang silap menduga dengan mengatakan “budak kisas ini assabiah, asyik sesame diorang je”. Sebenarnya kami menjadi begitu rapat bagaikan adik beradik kerana hasil ukkhuwah islamiah yang dipupuk ke dalam setiap hati kami. Pengalaman dua tahun yang dilalui di sini berasa begitu singkat.

Untuk berpatah semula ke masa lampau bukanlah sesuatu yang saya harapkan namun apa yang menjadi harapan saya adalah, semoga saya akan berjumpa lagi seperti keadaaan yang saya nyatakan di atas di masa yang mendatang.

Wednesday, November 3, 2010

AndAi dIriNya TaKdirku....

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..