Salam buat semua. Apa khabar iman kita hari ini? Iman kita adakala menaik dan adakala menurun. Apa yang boleh dilakukan adalah cepat-cepatlah beristighfar kalau kita tersilap langkah.
Amma ba’d.
“Hai Nazrul! Dah tak sabar ke?” kata seorang sahabat kepada saya.
Pada umur-umur begini memang tak dapat dinafikan kadang-kadang terfikir tentang hal perkahwinan ini. Perkahwinan ini memerlukan komitmen dua jiwa mencari titik persefahaman dalam hidup agar rumah tangga yang dibina menuju mardhatillahh. Apakah kupasan saya untuk kali ini? Kalau nak kupas tentang ciri-ciri lelaki soleh atau perempuan solehah, saya rasa laman I luv islam telah banyak membicarakannya. Kalau hendak bercakap tentang ciri-ciri keluarga bahagia, blog ustaz Hasrizal telah banyak mengupas tentang isu itu. Apakah isi blog saya kali ini?
Sebelum itu, saya ingin berkongsi sedikit tentang perkahwinan ini. Maqasid syaria’h (objektif syaria’h) diadakan walimatul u’rus ini adalah untuk dihebahkan kepada kaum kerabat dan sahabat handai bahawa pasangan ini telah diijab kabulkan dan tetamu yang dating pada hari walimatul u’rus boleh mendoakan kesejahteraan kepada pasangan pengantin. Hubungan mereka kini menjadi halal dan tiada lagi fitnah jika mereka berdua-duan walaupun di tempat tersembunyi.
Melihat realiti keadaan masyarakat sekarang, perkahwinan sudah jauh daripada matlamat asal keharusan syara’ mengadakan majlis perkahwinan. Topik inilah yang ingin saya bicarakan untuk kali ini. Apa yang kita dapati apabila kita ke majlis perkahwinan hari ini terutama perkahwinan melibatkan artis-artis dan anak orang-orang besar?
Realiti Perkahwinan Hari Ini
Semasa hendak akad nikah boleh bertudung tetapi selesai majlis akad nikah mana perginya tudung? Adakah aurat boleh dibuka dan ditutup mengikut nafsu kita?.Kemudian, semasa meraikan tetamu yang ramai,bersalaman antara lelaki dan perempuan menjadi halal. Bila masa syaria’t menghalalkannya? Sering sahaja majlis perkahwinan sekarang ini tidak lengkap jika tidak dipasang dengan karaoke. Tidakkah karaoke tersebut mengganggu jiran tetangga padahal malam sebelum majlis perkahwinan sibuk dengan marhaban. Ditambah pula karaoke bercampur antara lelaki dan perempuan dan bertepuk tampar sana sini.
Selain itu, majlis perkahwinan pada hari ini lebih banyak pembaziran berlaku. Sebagai contoh, tempahan set baju perkahwinan dan catering sahaja boleh mencecah puluhan ribu. Itu semua tidak termasuk lagi dengan cendera hati untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Tidak salah untuk menghargai tetamu cuma biarlah yang se”simple” mungkin supaya tidak berlaku pembaziran. Selain itu, pembaziran dapat dilihat dalam tempahan set pelamin yang mencecah ribuan ringgit. Allah berfirman dalam surah al isra’:
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (al-Isra': ayat 27)
Mahukah kita bersahabat dengan syaitan yang sudah menempah rumahnya di neraka? Dalam kehidupan seorang mukmin, tidak ada perkara yang dilakukannya melainkan perkara itu mendapat rahmat dan keberkatan Rabbul Izzati. Masyarakat kita hari ini selalu berkiblatkan barat. Ramai masyarakat kita mula mengenakan gaun pada hari perkahwinan, mula menangkap gambar pengantin yang sedang berpelukan di khalayak ramai. Terjaminkah tiada syahwat timbul dikalangan tetamu yang hadir jika pasangan pengantin berpelukan dengan penuh ghairah?
Kembalilah kepada syariat supaya kita semua mendapat berkat dan rahmat daripada Allah. Sesungguhnya, tidak rugi sedikit pun jika berkahwin dengan penuh kesederhanaan. Hiduplah di atas landasan syariat.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar rum:21)
2 comments:
ok.sapa datang majlis kahwin aku nnt aku bg gula2 Hacks je r sbijik sorg.jimat
=)
dulu2 kat kmpung aku mmg bagi gula2 hacks tak pun bunga telur..murah kan..tapi skrg yg mahal2..huhu
Post a Comment