Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah.Semoga hidup ceria selalu
Amma ba’d
Semakin bertambah hari maka semakin bertambah usia kita dan berkurang umur kita. Hidup tidak pernah lekang daripada ujian yang adakalanya terasa tidak mampu untuk ditempuhi. Saban hari kita dapati bahawa hidup menjadi semakin rumit. Sebenarnya kita tidak perlu mengeluh dan terkejut dengan keadaan ini kerana Allah telah berfirman:
“sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).” (84:19)
Ayat ini jelas memberitahu kepada kita bahawa semakin meningkat usia kita,semakin banyak cabaran yang akan kita tempuhi. Keadaan ini sekaligus memahamkan kita, semakin kita dewasa maka tanggungjawab kita semakin besar.
Tanggungjawab itu berat
Memang untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang tanggungjawab. Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinanmu” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Andai kita tidak memimpin organisasi ataupun persatuan sekalipun, semestinya kita adalah pemimpin kepada diri sendiri. Kita bertanggungjawab terhadap harta kita, ibadah kita, umur kita dan masa kita.
Saya sendiri sebagai contoh, kalau lima tahun lepas tanggungjawab saya hanyalah sebagai hamba Allah, anak, pelajar, abang kepada adik-adik saya, adik kepada kakak saya dan ahli masyarakat. Namun, tiga tahun lepas tanggungjawab saya yang sedia ada ditambah lagi dengan memegang jawatan di sekolah menengah dan ketika di INTEC pula tanggugjawab bertambah sebagai amir usrah dan pemegang biasiswa (amanah rakyat Malaysia). Begitulah kehidupan kita, seiring dengan peningkatan umur maka tanggungjawab bertambah. Cerita di masa hadapan pula, tanggungjawab akan bertambah lagi; sebagai pekerja (majikan mungkin), sebagai suami, dan sebagai bapa. Semua ini akan Allah persoalkan di hari akhirat.
Oleh itu, mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan hidup adalah langkah terbaik untuk mengharungi segala mehnah dan tribulasi hidup. Selain amalan-amalan wajib, perbanyakkanlah melakukan amalan sunat terutama qiyamullail, puasa sunat, berzikir, bersedeqah dan sentiasa berlapang dada sesame saudara kita.
Wallahu’alam.
beratnya amanah seorang bapa mertua kepada bakal menantunya.
2 comments:
salam ziarah..bertambah ea komitmen sekarang..selamat bertanggungjawab dan mnjalankan tanggungjawab.=)
terima kasih...moga2 dipermudahkan Allah segala urusan...
Post a Comment