Friday, October 15, 2010

mAkhluK HaLus..

Salam buat semua. Semoga hidup kita diberkati dan dirahmati Allah.
Amma ba’d.

Selain manusia, terdapat banyak makhluk ciptaan Allah yang mendiami bumi Nya sama ada yang besar dan ada yang kecil. Ada sesetengahnya boleh kita nampak  dengan mata kasar dan ada sesetengahnya kita boleh nampak dengan menggunakan alat-alat tertentu. Istimewanya kita selaku khalifah di muka bumi Allah ini adalah, kita dikurniakan akal fikian yang dapat berfikir antara kaca dan intan permata, batu dan suasa, baik dan buruk, hak dan batil. Firman Allah :

“ sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya “.(95:4)

Apabila melihat tajuk di atas, apakah yang bermain di fikiran sahabat-sahabat sekalian? Saya pasti kalian semua memikirkan tentang jin, saka, polong, pelesit, jembalang, hantu raya dan sebagainya. Jika saya seorang ustaz atau pengamal perubatan Islam, benarlah apa yang bermain di fikiran sahabat-sahabat sekalian. Namun, saya adalah pelajar jurusan biologi dan makhluk halus yang saya maksudkan adalah segala jenis bakteria dan mikroorganisma yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia tanpa menggunakan alat-alat tertentu.

Sebenarnya, saya cuma ingin berkongsi bahawa kita manusia sering berasa kita hebat, bijak, kuat dan sebagainya tetapi tanpa kita sedar, ada benda yang sangat kecil tetapi mampu mengalahkan kita. Untuk quarter ini, ada satu subjek yang saya ambil iaitu, microbiology. Dalam subjek ini saya dapat mengenal banyak bakteria dan mikroorganisma yang sangat bahaya terhadap kita. Sebagai contoh ada satu bakteria namanya  E coli O157:H7  yang mampu merosakkan buah pinggang kita. Selain itu, tedapat bakteria yang namanya Staphylococcus aureus yang sedia ada di rongga hidung kita (nasal cavity). Bakteria ini boleh memasuki makanan dengan cara kita bersin dan menghembus nafas keluar (exhale). Bakteria ini mampu menghasilkan exotoxin, sejenis bahan kimia yang mampu merosakkan sel dalam badan kita ataupun mengganggu metabolisma sel dalam badan kita.
                                                    ini adalah  jenis Staphylococcus

Ada satu bakteria namanya Vibrio cholerae  yang berada di takungan air yang tercemar. Bakteria ini mampu menyebabkan kita mengalami  cirit-birit yang sangat teruk ataupun dinamakan sebagai taun (cholera). Ada lagi bakteria yang namanya Vibirio vulnificus  yang mampu hidup dalam kepekatan garam yang tinggi seperti di laut. Akibatnya, sebahagian makanan laut yang kita gemari akan tercemar oleh bakteria ini. Kesan dijangkiti bakteria ini, ia boleh memusnahkan organ dalaman kita kerana bakteria ini mampu menembusi saluran darah kita.
                    bersama Dr Grevor Thomas Fredrick-instructor microbiology

Khulasahnya, janganlah kita bebangga dengan apa yang ada. Allah tidak perlu menghantar ribut taufan atau tsunami untuk memusnahkan kita, cukuplah Allah menghantar tentera-tentera Nya yang kecil ini untuk memusnahkan kita. Hiduplah di atas muka bumi Allah dengan penuh tawaddhuk dan lakukanlah segala suruhan Nya dan tinggalkanlah segala larangannya.
Wallahualam..

P/S: kepada pelajar-pelajar RIT, anda berasa lapar semasa di kampus? lawatlah RITzone cafe dan anda  pasti menemui makanan halal di kampus

                                             halal double burger (beef and chicken)

2 comments:

siputsedut said...

salam..haha..im glad im a biotech student. the first thing in my mind when i read your post is, hey, we got microbe thingy here..=)dh lma x menjengah dkat RITZ..ingatkan dh x dak halal burger tue..=)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

halal burger is still there..but, still need to consider about those who prepare the food..yes,proud to be biotech student..hehe