Saturday, October 9, 2010

Dia & Aku...

Alhamdulillah segala puji bagi tuhan sekalian alam.
Amma ba’d.

Hari ini 9 Oktober 2010 maka genaplah umur saya 20 tahun. Rupa-rupanya sudah dua dekat saya menghirup udara kurniaan Allah, memakan rezeki Allah, berkelana di bumi Allah dan menunggu masa untuk melangkah kea lam barzakh. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya di Facebook. Walaupun saya sembunyikan tarikh lahir saya tetapi sahabat-sahabat saya tetap mengingati sahabat mereka yang seorang ini. Saya doakan semoga kalian semua diredhai dan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah.

Setiap kali hari lahir saya, saya pasti teringatkan seseorang. Siapakah beliau? Buah hati kah? Oh tidak. beliau adalah pejuang Islam yang hebat. Walaupun di penjara, dia masih boleh memberi sumbangan kepada Islam melalui penulisan.  beliau juga pernah dihantar berkursus di Amerika Syarikat selama 3 tahun oleh kerajaannya. Beliau syahid di tali gantung kerana mempertahankan kebenaran. Tarikh lahir beliau sama dengan saya iaitu pada 9 Oktober Cuma pada tahun 1906. Saya juga dihantar berkursus di Amerika Syarikat selama tiga tahun cuma pengakhiran hidup saya belum pasti sama ada mati sebagai syahid ataupun mati sebagai orang biasa. Mudah-mudahan saya mengikuti jejak langkah beliau, mati syahid di jalan Allah

Beliau ialah Syed Qutb rahimahullah, penulis kitab tafsir fi dhilalil quran (di bawah bayangan al quran). Beliau juga merupakan ahli ikhwanul muslimun yang sangat aktif berjuang.. mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas kesyahidan beliau..

2 comments:

El-Azwar said...

selamat hari ulangtahun kelahiran. moga rahmat& amal kebaikan bersama anda. :)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

tq akmar: may Allah bless u..:)