Salam buat semua, semoga dipanjangkan umur dalam amal soleh.
Amma ba’d.
“Susah la kita ni. Kita kena sembahyang, puasa, sedekah, dan macam-macam lagi. Cuba kau tengok orang kafir tu, diorang boleh buat apa saja kat bumi ni. Bumi ni macam mak bapak diorang punya.nak berzina ke, minum arak ke, berjudi ke, semua diorang boleh buat.Kita ni yang ni tak boleh, yang tu tak boleh, ini haram, ini makruh.haih! banyak pantang larang betul la.”
Barangkali inilah rungutan bagi mereka yang menganut Islam secara warisan. Islam secara kefahaman dan Islam secara warisan memang banyak bezanya. Hari ni kita melihat statistik perempuan melayu mengandung anak luar nikah meningkat dari tahun ke tahun. Perempuan lari dari rumah juga menunjukkan peningkatan. Di sini, saya tak berhajat untuk menyediakan sumber-sumber tentang berita ini kerana saya rasa sahabat-sahabat sekalian sedia maklum tentang cerita-cerita ini melalui Berita Harian, Metro, dan Utusan Melayu.
Sesungguhnya adanya hukum-hukum Islam adalah untuk mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah-lembah yang hina. Hari ni pembuangan bayi berlaku dengan berleluasa sekaligus membuktikan bahawa masyarakat Malaysia hari ini lebih jahil daripada Arab jahiliah dahulu. Buktinya, orang Arab jahiliah dahulu selepas anak perempuan dilahirkan mereka akan menanam hidup-hidup anak tersebut tetapi masyarakat Malaysia hari ini apabila melahirkan anak tidak kira lelaki atau perempuan, mereka membuangnya dalam tong sampah, membakar bayi tersebut dalam tong sampah, meninggalkannya di tepi jalan. Hal ini akan membuatkan bayi ini lebih terseksa sebelum mati berbanding terus menanamnya hidup-hidup dalam tanah. Orang Malaysia hari ini juga kadang-kadang telah membunuh bayi tersebut sebelum bayi itu menjengah melihat dunia ini melalui pengguguran janin. Tidakkah ini lebih binatang daripada binatang? Binatang sendiri pun tidak membuang anaknya bahkan dibelainya dengan kasih sayang sesudah dilahirkan.
Sebenarnya apa yang ingin saya bawakkan kali ini adalah kita sebagai Muslim telah diberi panduan Al-Quran dan Assunnah. Jadi, apakah patut makhluk yang memakan rezeki tuhan melawan apa yang telah diperintahkan tuhan? Analogi yang mudah saya berikan di sini: seorang majikan menggaji pekerjanya dan dalam masa yang sama pekerjanya ‘menikamnya ‘ dari belakang, menabur pelbagai fitnah terhadap beliau, dan memburuk-burukkan beliau. Apakah majikan itu akan berdiam diri? Inilah yang patut kita fikirkan. Bala’ Allah akan datang menghukum bagi masyarakat yang mengingkari hukum Allah.
Bagi orang yang beriman, kita sepatutnya sedar bahawa dunia yang ada ini bersifat fana. Ia akan hancur apabila tiba masanya dan sepatutnya mukmin itu bertaqwa kepada Allah. Dalam erti kata lainnya, mereka harus sabar dalam melakukan perintah dan meninggalkan larangan Allah. Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir, akhirat itu syurga bagi mukmin dan neraka bagi orang kafir” (maksud hadis). Ada satu kisah di zaman selepas rasulullah SAW: seorang yahudi bertemu dengan seorang ulama’ yang ketika itu menunggang kuda lalu si yahudi itu bertanya kepada ulama’ tersebut “ wahai tuan, tuan mengatakan bahawa ini penjara bagi mukmin tetapi tuan memakai pakaian yang cantik dan mahal, kuda yang tuan tunggangi adalah kuda daripada baka yang terbaik”. Lalu jawab ulama’ tersebut “cuba kamu bayangkan, ‘penjara’ mukmin ini sudah begi ni keadaanya, bagaimana dengan syurga yang dijanjikan Allah kepada mukmin?”
Sesungguhnya bagi mukmin yang bertaqwa kepada Allah, mereka harus mengambil dunia sekadarnya sahaja. Mereka tidak harus terlalu mengejar duniawi, berlumba-lumba memperbanyakkan harta tanpa berkepenti ngan untuk ummah, dan tidak harus mereka lupa akan akhirat. Akhirat itu yang kekal selama-lamanya dan dunia ini pasti hancur. Marilah sama-sama kita sedar wahai mukmin-mukmin sekalian bahawa dunia ‘penjara’ bagi kita. Kehidupan kita yang sebenar adalah di akhirat sana
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment