Tuesday, February 23, 2010

wHat ThE f*Ck??

Salam buat semua, moga diberi hidayah oleh Allah sentiasa.

Merujuk kepada tajuk entri kali ini, bunyinya macam kasar  tetapi itulah hakikatnya. Perkataan ini seolah-olah menjadi ‘zikir’ harian bagi sesetengah daripada kita. Sebenarnya ada lagi selain perkataan diatas seperti.... bit*h, sh*t, dan banyak lagi yang tidak sanggup lagi ditulis. Apakah ini ajaran Rasullulah? Adakah ini panduan Alquran dan Assunnah? Inikah budaya kita sebagai orang melayu yang kaya dengan adab dan santun?..Sudah tentu jawapan bagi semua persoalan ini semuanya TIDAK.. Namun mengapa kita cenderung untuk menyebutnya? Marilah sama-sama kita merenung cebisan kalam suci Allah:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman(1) Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya(2); dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia(3) ;dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)(4);dan mereka Yang menjaga kehormatannya(5)                                                                                                                                     
Merujuk kepada surah ke 23 dalam kitab suci Al quran dalam ayat ke 2, Allah jelas menyatakan bahawa salah satu sifat mukmin yang berjaya adalah tidak melakukan perbuatan dan mengeluarkan  perkataan yang sia-sia. Perkataan sia-sia merupakan perkataan yang tidak langsung mengandungi sebarang manfaat bahkan kemungkinan membawa kepada keburukan. Rasanya kita semua sudah biasa mendengar sebuah peribahasa melayu yang berbunyi “kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa”..Kesan menyebut perkataan ini memang sangat buruk; Ia dapat merosakkan hubungan silaturrahim yang terjalin.

Jika kita sering menyebut perkataan ini, percayalah bahawa kita akan kurang menyebut nama Allah sekaligus sangat bahaya terutama ketika ajal datang menjelma. Orang yang sentiasa menyebut sesuatu perkataan sama ada yang baik atau buruk semasa hidupnya, maka ketika penghujung hayatnya perkataan inilah yang akan disebutnya. Sebagai contoh, jika semasa hidup kita sering menyebut Allahu Akbar jika melihat sesuatu maka ketika malaikat maut datang menjemput sudah pastilah kita akan menyebut Allahu Akbar kerana ketika itu keadaannya pasti sangat mengejutkan. Oleh itu, selamatlah si fulan tersebut kerana pengakhiran hidupnya disudahi dengan nama Allah. Tetapi cuba bayangkan, setiap kali melihat sesuatu si fulan tersebut sering menyebut perkataan “sh*t!!lawe gile minah tu”...”kau ni memang fc*K la” ataupun perkataan keji yang lain, maka sudah tentulah ketika malaikat maut datang si fulan tersebut akan menyebut perkataan keji ini.wanauzubillahi min zalik...


Jadi, sebenarnya banyak perkataan lain yang indah lagi menyenangkan hati orang mendengarnya seperti..”Subhanallah!! cantiknya handset ini”..”Astaghfirullah!! kau ni bila la nak berubah”..”Allahu Akbar!! Ada accident kat depan sana”..bukankah perkataan ini lebih indah dan juga berpahala? Ya! Sesetengah kita akan menyambung belajar di luar negara terutama di Amerika, United Kingdom dan Australia tetapi ia tidak bermaksud kita perlu mengungkapkan perkataan-perkataan yang kotor ini bagi memberitahu kita pelajar lulusan negara tersebut.
Clean your mind and shift your paradigm..

P/S: minta maaf kerana lama tidak mengemas kini blog ini..

4 comments:

PuteriBonda Anis said...

setuju3 :)

Syariful Bahri said...

mula² tengok tajuk mmg agak terkejut.. huhu~
memang betul apa yg ko cakap, kat mana² di Malaysia ni, mmg ramai yg suke gune perkataan² tersebut.
aku pun tak faham kenape mrk suke sgt gune ayat² mcm tu..

Unknown said...

Saya pun setuju dan sedang sedikit demi sedikit cuba mengubah dengan mulut dan hati...insyaAllah..

Allah jadikan 2 telinga dan 1 mulut agar kita banyak mendengar nasihat drpd banyak bercakap benda bukan-bukan.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

to
hanisah: kalau terkasar atau disgusting waktu bace,sye minta maaf ye..

syariful:kat INTEC ni dah jadi common kot..tegur depan dah buat tapi dah jadi tabiat diorg..insya Allah,kite doa kat diorg banyak2 moga diorg berubah..

iqbal: bila kita ada kesedaran ingin berubah menjadi baik, Insya Allah, Allah akan bantu kita..