Wednesday, January 27, 2010

MerEka sUdaH MereAlisaSikaNnya.....

salam kepada semua.



Sahibus Samahah Dato' Seri Dr Harussani Zakaria
(mufti Negeri Perak)

  
                                        Dato' Dr. Haron DIn
(Timbalan Mursyidul am PAS serta pengasas  Darussyifa')
                                                                  Dr Asri Zainal Abidin
                                                                (bekas mufti Perlis)
Dr Lolo' Ghazali
(Ahli Parlimen Titiwangsa)
Dato' Ismail Kamus
(Pengasas perubatan Darussalam serta bekas ADUN)
Dr Juanda Jaya
(Mufti Perlis sekarang)
Faizal Musa @ Faisal Tehrani
(Penulis Prolifik)
                                                      Ustaz Zahazan Mohammed
                                                 (Pensyarah UIA dan  Ustaz di tv 9)

     Apakah persamaan antara gambar-gambar diatas? Persamaannya adalah mereka pernah bersekolah di sebuah sekolah agama yang sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). YA! entri kali ini sememangnya khas ditujukan kepada pelajar ataupun bekas pelajar KISAS. Sekolah kita merupakan satu-satunya sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mempunyai perkataan "Islam" dalam nama sekolah..Adapun sekolah-sekolah lain hanya mempunyai perkataan "Agama" seperti SMAP Kajang, SMAP Labu dan SMKA-SMKA yang terdapat di seluruh negara.Jika sekolah 'agama', barangkali boleh jadi sekolah agama Buddha, Kristian, Hindu, dan sebagainya tetapi sekolah kita memang spesifik kepada sekolah Islam yang mana sekolah yang mengamalkan amal-amal islami seperti semua pelajar diwajibkan sembahyang jemaah pada setiap waktu,dengar tazkirah asar dan maghrib setiap hari, membudayakan salam, menghormati guru, menjaga kebersihan asrama dan sekolah serta melakukan amalan-amalan sunat seperti tahajjud, puasa sunat, membaca al-mulk setiap malam sebelum tidur dan lain-lain lagi.

     Lupakah kita pada matlamat kolej iaitu "litakhrij al qodah almuttaqin wal muthaqaffin" ataupun dalam bahasa melayunya "untuk melahirkan pemimpin yang bertaqwa dan berintelektual tinggi"..Jika kita hendak membandingkan dengan matlamat sekolah-sekolah lain, terbukti matlamat kolej kita sangat jelas..Kalau di tempat lain mungkin matlamatnya "melahirkan pelajar yang berguna","mewujudkan budaya bersaing dalam kehidupan","melahirkan pelajar yang bijaksana".Ini tidak jelas kerana jika ingin melahirkan pelajar berguna, berguna daripada sudut apa?Bijak dari segi akademik sahaja?..Tapi Kolej kita ingin melahirkan pemimpin tidak kira di peringkat negara, negeri, bandar, kampung, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Ciri Kepimpinan tersebut pula haruslah berlandaskan Taqwa iaitu Melakukan apa sahaja yang diperintah Allah dan Rasul serta meninggalkan larangan kedua-dua nya. Maka kepimpinan begini akan selamat daripada sebarang penyalahgunaan kuasa, rasuah,dan kezaliman..Kepimpinan ini pula haruslah berintelektual tinggi iaitu orang yang mempunyai ilmu yang hebat baik dari segi agama mahupun akademik serta mempunyai pemikiran kritikal (Critical Thinking) yang mantap.



     Bercakap mengenai motto kolej, sekali lagi hanya sekolah kita sahaja yang mempunyai motto yang dipetik daripada Kalam Allah.."Fastaqim kama umirta" yang dipetik daripada surah Hud ayat 112 yang bermaksud "maka hendaklah engkau (Nabi Muhammad) teguh di atas jalan yang betul sebagaimana diperintahkan kepadamu.."

Malangnya pada hari ini, generasi KISAS pada hari ini kurang subur dari sudut pentarbiahan sekaligus memberi kesan terhadap rohani para pelajar..Masyarakat terutama pelajar-pelajar SBP yang lain sebelum ini yang memandang tinggi kepada lepasan KISAS kini merasakan bahawa antara kita dan mereka tiada bezanya..Kita tidak ingin dipandang tinggi kerana kita manusia disisi Allah adalah sama tetapi apa yang  kita mahukan adalah pelajar-pelajar sekolah lain dapat mengikut amal islami yang kita tonjolkan. Bukan pujian mahupun sanjungan yang kita harapkan tetapi kefahaman islam kepada rakan-rakan lebih penting..

    Pada tahun 2007, sekolah kita dianugerakan sekolah kluster dan pada hari selasa lepas (26/01/10) sekolah kita telah dianugerahkan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT)disini untuk rujukan>;.Berbanggakah kita dengan penghargaan yang diberi oleh manusia tetapi kita melupakan nikmat Allah yakni nikmat pentarbiahan islam yang kita lalui selama dua tahun?..Jadilah manusia yang tahu bersyukur..


Kembalikanlah mutiara waqafan dalam diri kita

9 comments:

Unknown said...

Terasa rendah diri pulak baca entry ni..hukhuk...

btw,sy ada ramai kwn blogers dari KISAS dan apa yg saya rasa dari blog dorang,mmg mereka termasuk kamu,orang2 yg baik.insyaAllah

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

haha..untuk kata saya orang baik masih jauh lagi..tapi menuju kearah kebaikan itu insyaAllah memang ada usaha cuma cabaran memang besar..zaman sekarang tidak boleh jadi baik sorang2...mesti ajak orang yang kita damping atau sekeliling kita..kalau x, 'disaster'..hehe..memang selalu sangat harap nanti ada orang yang benar-benar baik memimpin negara kita supaya rakyat pon jadi baik..

kalau saya salah dan silap,harap saudara bolehlah tegur2 sya ni...

wafiy said...

yun,rindu dekat liqa` al-mulk...tazkirah..
memang susah nak istiqamah.

harap-harap 10 tahun lagi gambar kita pulak jadi figure..he2

Miss-H said...

skul sye (berasrama)juge mngamalkn amaln2 islami spt yg saudara sbutkn wlupn x de prkataan 'agama' langsung kt nme skul. tp, cbrn d dunia luar slpas kuar dr skul mmg hebat. dan sy dapati ramai kwn2 sye yg dah terkandas. dan sye berase gusar skali krn mungkin sye juga akn mnjadi spt mereka..smoga Allah s.w.t akn selalu bersama sye. amin.. :(

Syariful Bahri said...

ak dah nampak dah tokoh² di masa hadapan... kalau boleh nak list down kat cni.. huhu..

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

haha..sape tu syariful? Rafi ke??hehe

Syariful Bahri said...

Ko, rafi, mon, paan, syahmie, shairani, azhar, adib... haha

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

yang lain boleh kut...haha..aku x sampai tahap lagi, ketua geng kampung dusun boleh la...hahahaa

Unknown said...

ok. i got it