Wednesday, January 20, 2010

InI SaUdAramU....

Salam buat rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah. Diharapkan kalian sihat disamping keluarga dan kawan-kawan yang disayangi.

Rasulullah SAW telah bersabda :
Orang Islam bersaudara dengan orang islam yang lain,tiada boleh dia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tiada boleh mendustainya dan tidak boleh menghinakannya (riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ke 35 dalam matan arba’in karangan imam An Nawawi ini, terdapat banyak unsur pengajaran buat kita. Diringkaskan cerita, sebagai umat Islam kita tidak boleh menzalimi kepada saudara kita yang lain. Kita tidak sesekali boleh membiarkan umat Islam yang lain hidup dalam keadaan susah sedangkan kita bersenang lenang dalam kekenyangan. Di Ethiophia misalnya, ramai umat Islam yang faqir disana sangat memerlukan bantuan terutama dari segi makanan dan kewangan namun apa yang dikesali adalah mereka (rakyat Ethiopia) mengatakan mereka hanya menerima sejumlah buah kurma dari Liga Arab (persatuan negara-negara arab) setiap tahun. Lebih malang lagi apabila Pendakyah Kristian (Missionary) pula yang mengambil berat terhadap nasib saudara seislam kita disana.







Dimana umat Islam yang akan membela kaki beliau?

Di Palestin, rakyat Gaza terpaksa hidup dengan mengikat perut bukan kerana tidak ada yang ingin membantu tetapi kerana dihalang oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh Husni Mubarak seorang Muslim. Kerajaan Mesir bercadang membina tembok di Rafah sekaligus menyukarkan lagi sebarang bantuan untuk rakyat Palestin.



                                           ini adalah saudaramu dan saudaraku

Ingatlah bahawa ketika di alam barzakh nanti, malaikat munkar dan nakir akan bertanyakan, siapa saudara kamu? Adakah ini jawapan kita? saudaraku ialah Lady Gaga, Taylor Swift, Christiano Ronaldo, Kaka ataupun Tom Cruise.  Kalau inilah jawapannya, maka sudah pastilah kita akan bersama sama mereka di akhirat kelak.
Oleh itu kalau kita fikirkan semula, masihkah ada ruang untuk melepak di shopping complex, memikirkan tentang couple, menghadiri konsert-konsert hiburan artis-artis dari hollywood dan hidup hanya untuk makan dan minum?

Wallahualam

3 comments:

iqbalsyarie said...

uhuk!...tersentak..sedih..

sKiRafaRgEek said...

salam~
sedih..kadang2 kita terlupa..bagi diri sendiri pun, dah agak lama tak follow kisah gaza..thanx..

Nazrul Fazli said...

to iqbal n wani: kita (rakyat malaysia dan of coz diri ini) hidup dalam keadaan mewah..boleh kata kemewahan dah menutup nilai persaudaraan sesama muslim....sebab itu kita perlukan seorang pembaharu (al mujaddid) yng boleh 'brain wash' balik kepala umat Islam...