Thursday, January 14, 2010

MenCari PengGaNtinYa....


                    Tugu Peringatan Salahudin Al Ayyubi di Damsyik

  Walaupun beliau sangat mencintai keamanan, Salahuddin Al Ayyubi merupakan seorang panglima perang yang hebat. Beliau dilahirkan di Tikrit pada 1138 masihi ketika ayahnya memerintah Tikrit. Sedikit sebanyak tentang Salahudin Al Ayyubi ini, beliau telah dibesarkan oleh ayah dan pak ciknya yang begitu mahir dalam ilmu persenjataan. Beliau merupakan seorang yang sangat bijak, mulia dan sangat tidak gemar kepada peperangan. Khalifah pada ketika itu merupakan Sultan Nuruddin Azzanky telah mengarahkan Salahudin untuk pergi ke Mesir bagi mengawal keadaan Mesir yang kucar kacir akibat pergolakan politik dalaman serta ancaman tentera salib. Disana beliau dilantik sebagai pegawai istana; namun beliau lebih suka tinggal di rumah kecil berbanding tinggal di istana yang mewah. Salahudin merupakan seorang yang sangat cintakan Islam dan beliau tidak sesekali akan membiarkan tentera salib merampas mesir daripada pemerintah Islam.


 Namun beliau tidak disukai oleh menteri-menteri Mesir yang mewarisi genetik Firaun pada ketika itu. Menteri-menteri di istana suka berfoya-foya,bergundik, minum arak dan melakukan pelbagai penyelewengan kuasa dan menyalahgunakan harta negara. Mereka sedaya upaya menyingkirkan Salahudin daripada memegang jawatan di Istana namun atas kebijaksanaan  beliau Menteri-menteri ini yang disingkirkan. Beliau sangat disukai oleh Rakyat Mesir kerana beliau berjiwa rakyat,amanah, bijak, tawaduk serta menunaikan hak-hak rakyat mesir. Sebenarnya ketika itu, Mesir diperintah oleh Kerajaan Fatimiah namun selepas kejatuhan Khalifah Fatimiah, Salahudin diangkat menjadi Pemerintah Mesir. Ketika pemerintahan beliau, Salahudin menawan Damascus (Syiria) dan rakyat disana dengan rela hatinya bersedia berada di bawah pemerintahan beliau. Berita ini sangat dibenci oleh tentera salib dan tidak suka akan Salahudin yang semakin meningkat kekuasaannya dan kejayaannya. Maka atas sebab ini tercetuslah peperangan Hittin yang menyaksikan ramai tentera salib menjadi tawanan. Namun tawanan ini dilayan dengan begitu baik; mereka tidak diseksa oleh pemerintah yang zuhud dan baik hati ini.

Pada 1187 masihi, Salahudin menawan Jerusalem (Palestin). Selepas 80 tahun azan tidak kedengaran di Negara kiblat pertama umat Islam ini, ia kembali kedengaran. Semua tawanan tentera salib tidak diseksa bahkan mereka boleh bebas dengan syarat membayar sejumlah wang tebusan. Namun Salahudin Al Ayyubi seorang yang mempunyai Ihsan yang tinggi. Dia melepaskan tawanan-tawanan yang dirayu oleh emak,anak-anak, serta isteri-isteri mereka. Walaubagaimanapun, tentera salib berdendam dengan beliau; maka tercetuslah perang salib ketiga yang dibiayai oleh England melalui cukai khas yang dinamakan ‘cukai Salahudin’. Pertempuran berlaku diantara beliau dan Tentera Raja Richard I (Richard the lion heart). Menyedari  bahawa  peperangan tidak memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak, mereka berdamai dan menandatangani perjanjian Ramla. Dalam perjanjian (Treaty) ini, kota Baitul Muqaddis terus berada di bawah genggaman orang Islam tetapi orang kristian dibenarkan masuk ke kota ini. Inilah konsep keterbukaan yang diamalkan oleh Beliau.

Tepat pada 4 Mac 1193, beliau dijemput Allah. Sifat zuhud beliau kepada duniawi terzahir jua apabila tiba saat pengurusan jenazah beliau, tidak ada duit bagi menguruskan  jenazah beliau kerana semua wang telah disedeqahkan (infaq) semasa beliau hidup.

Dimana Pengganti Beliau??

2 comments:

NurshahidahZahid said...

syukran krn berkongsi sejarah kegemilangan islam ni. erm.. dr mane ye sumber kisah ni?

sudi2lah lagi bercerita. huhu..

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

ooo lupe lak nak letak sumber:wikipedia bahasa melayu..