Saturday, July 11, 2009

WaNg Vs IMaN...........

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat dan saudara-saudara yang kasihi sekalian.Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat lagi diberkati Allah serta dinaungi rahmat dan hidayah-Nya.


Amma Ba'du.

Manusia sering merasakan bahawa dengan wang ringgit dia boleh memiliki segala-galanya. Dengan duit dia boleh memiliki rumah besar,kereta mewah,perempuan cantik. Saya sendiri tidak mampu menafikan kuasa wang ringgit sepenuhnya yang sangat menjadi matlamat kehidupan di zaman materialistik ini.Ya! dengan wang kita mampu memiliki apa yang kita kehendaki dengan mudah.Inilah pendapat sesetengah orang tentang wang ringgit.Namun, mereka lupa sesuatu perkara yang lebih besar dan berharga daripada seluruh dunia dan seisinya. Apa pendapat anda tentang IMAN?


“aku dah sembahyang.kira berimanlah”

“aku orang Islam.memangla aku orang beriman”

“aku baca Al-Quran setiap hari.tak cukupkah nak membuktikan aku orang yang beriman?”

IMAN secara ringkasnya ialah mengakui dengan mata hati bahawa tiada tuhan yang Maha Esa melainkan Allah, Mengucap dengan lidah bahawa Allah adalah Tuhan yang Tunggal dan Nabi Muhammada SAW adalah pesuruh-Nya, dan melakukan amalan-amalan tertentu dengan anggota zahir.

Keyakinan dalam mata hati ini adalah keyakinan 100% tanpa meragui lagi tentang keesaan Allah.Allah lah yang layak disembah, zat kebergantungan segala makhluk serta kepadanya kita akan dibangkitkan sesudah kematian kita.

Persoalannya, bagaimana wujudnya keyakinan yang sebegitu mantap ini? Tidak dapat tidak mestilah melalui proses ILMU. Saya akan cuba memberi beberapa contoh:

1) Daripada pengkajian sains mengatakan bahawa manusia dijadikan daripada setitik air mani yang mengandungi lebih kurang 250 juta hingga 500 juta sperma di dalamnya.

36. Patutkah manusia menyangka, Bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?37. Bukankah ia berasal dari setitik air mani Yang dipancarkan (ke Dalam rahim)?

Allah jelas mengkabarkan dalam Al-Quranul Karim bahawa manusia dijadikan daripada setitik air mani.Walaupun air mani itu banyak, namun hakikatnya hanya sebahagian atau lebih tepat setitik sahaja yang sampai kepada ovul(telur) yang terletak di tiub fallopian untuk disenyawakan.

2) Einstien mengemukakan teori relativiti yang amat berkait rapat dengan pengembangan alam. Hal ini bermaksud alam semesta ini semakin hari semakin mengembang secara malar(constant).Edwin Hubble pada tahun 1929 membuat kajian melalui teleskopnya dan mendapati bahawa bintang-bintang dan galaksi semakin hari semakin jauh daripada sesama sendiri. Daripada pengkajian itu, beliau mendapati keadaan bintang-bintang tersebut berwarna merah. Mengikut hukum Fizik (spektrum warna), sesuatu pengamatan jikalau ia mendekati,maka cahaya yang dihasilkan adalah berwarna ungu tetapi Hubble mendapati pada pengkajian keduanya bintang-bintang tersebut berwarna merah menunjukkan ia semakin menjauhbi sesama sendiri sekaligus membuktikan ianya semakin berkembang.

47. dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan untuk meluaskannya tidak terhingga.

Jelas, Allahlah yang meluas dan mengembangkan alam semesta ini.

3) Kita mengakui bahawa setiap makhluk diciptakan secara berpasangan. Seorang saintis British pada tahun 1933, Paul Dirac telah dianugerahkan hadiah Nobel atas penemuannya tentang setiap makhluk diciptakan secara berpasangan. Penemuan ini dinamakan ‘Parite’. Dia mengatakan bahawa setiap jirim diciptakan bersama pasangannya yang berlawanan (every matter has been created with its opposite pair or anti-matter). Anti-matter inilah yang membawa sifat-sifat jirim(matter) yang berlainan. Sebagai contoh, proton yang terdapat dalam jirim membawa cas positif manakala elektron sebagai pasangannya membawa cas negatif. Saya rasa kita semua maklum bahawa lelaki pasangannya perempuan.Betul tak? Memang kita di usia-usia sebegini sudah mula memikirkan untuk hidup berpasangan.

36. Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.

Al-Quran sekali lagi menjelaskan bahawa semua makhluk hidup berpasangan.

Cukuplah tiga contoh yang dapat saya berikan. ILMU-ILMU ini telah dinyatakan dalam kitab suci Al-Quran.Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sejak 1500 tahun yang lalu. Mustahil bagi Nabi Muhammad SAW insan yang ummiy(buta huruf serta tidak tahu menulis) dapat mereka-mereka ILMU-ILMU sains yang terdapat dalam Al-Quranul karim. Maka dengan ILMU lah IMAN dapat wujud dalam mata hati bahawa apa sahaja yang Allah terangkan dalam al-Quran adalah benar dan tidak ada lagi keraguan padanya. Kita sedia maklum bahawa ilmu sains sedia wujud ribuan tahun sejak zaman Greek Purba lagi tetapi ilmu ini berkembang pesat selepas kedatangan Islam pada zaman pemerintahan Abbasiyah.Jikalau dikatakan Nabi Muhammad menceduk ilmu ini daripada Greek Purba, salahlah anda semua kerana kepulauan Arab adalah tempat yang tidak pernah dijajah oleh dua kuasa besar pada ketika itu yakni Rom Timur dan Parsi.Memang bangsa Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan yang sangat jahil.Mereka membunuh anak perempuan hidup-hidup,menganggap perempuan hanya layak dijadikan pemuas nafsu,dan arak merupakan minuman rasmi ketika itu.Islam datang menghapuskan semua itu.Islam memuliakan dan meninggikan martabat wanita.Contohnya, Islam mewajibkan wanita muslim menutup aurat demi menjaga maruah dan kehormatannya daripada dicabul oleh lelaki yang rakus.Islam melarang umatnya meminum arak kerana semua mengakui arak itu dapat menghilangkan kewarasan akal.



Berbalik kepada kenyataan diatas,IMAN lebih berharga daripada dunia dan seisinya, dapatkah anda terima?Apa yang cuba saya bawakan adalah berimannya kepada Al-Quranul Karim dapat menyelamatkan kehidupan kita di dunia dan akhirat.ilmu sains telah membuktikan kebenaran kandungan Al-Quranul Karim. Mustahil bagi sebuah kitab suci membicarakan tentang kebenaran tentang duniawi(penemuan-penemuan sains) tetapi membicarakan perkara dusta tentang akhirat(hari kebangkitan).Cerita tentang akhirat adalah benar bahawa manusia itu akan mati dan akan diperhimpunkan di hadapan Allah Rabbul Jalil dan akan disoal tentang apakah yang dilakukan semasa hidupnya di dunia.Adakah dia taat perintah Allah atau Ingkar akan perintah Allah? Jika seseorang yang mentaati perintah Allah sudah tentulah syurga tempatnya dan tidak akan berkesudahan kehidupan dalam kenikmatan kerana tidak ada lagi kematian selepas kematian kali pertama.jika mengingkari perintah Allah maka neraka lebih layak baginya dan selama-lamanya kesengsaraan baginya.Analogi yang cukup mudah tentang soal syurga dan neraka.Jika anda melanggar undang-undang, sudah tentulah anda akan dihukum(penjara,sebat,gantung sampai mati) tetapi jika anda mengikut undang-undang maka anda bebas menikmati kehidupan di atas muka bumi ini.

Jika anda sibuk mengumpulkan harta benda dan langsung melupai akhirat, ingatlah anda sedikit pun tidak boleh merasuah Allah di akhirat kelak untuk melepasi yaumul hisab kerana Allah jualah yang memberikan anda harta itu bagi menguji anda.Tetapi jika anda beriman kepada Allah,Rasul-Nya,kitab-Nya,malaikat,hari qiamat,dan qada’ dan qadar maka sudah tentulah kamu akan kaya di dunia dan akhirat. Di dalam al-Quran Allah juga telah memberitahu bagaimana menjana ekonomi.Allah juga mengajar hamba-Nya bagaimana untuk bersosial. Dan Allah juga memberitahu bagaimana seseorang boleh hidup selamat di dunia dan Akhirat.

Kesimpulannya, Islam bukanlah hanya sebuah agama semata-mata yang hanya mengandungi amalan harian tetapi merupakan cara hidup bagi orang yang berpemikiran dan bertamadun. Isalm megajar bagaimana mentadbir negara,mengurus ekonomi, bercampur gaul antara lelaki dan perempuan, menggubal perundangan negara dan kesemuanya tentang kehidupan duniawi yang singkat ini dan ukhrawi yang kekal selama-lamanya.

JADI,APAKAH ALASAN YANG ANDA SEDIAKAN UNTUK BERSOAL JAWAB DI HADAPAN ALLAH TENTANG MENGAPA ANDA MENGABAIKAN ISLAM?

WALLAHUA’LAM

No comments: