Jambatan Pulau Pinang Guna feri pun boleh.hehe
Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian.
Sebelum cuti semester spring ini, dua orang rakan saya mengajak saya untuk menyertai mereka bercuti di sebuah pusat peranginan terkenal di seantero dunia, Pulau Langkawi. Pada mulanya saya agak bersetuju dengan rancangan mereka tetapi saya menolak saat-saat akhir kerana mereka tiba-tiba membatalkan percutian mereka.
Saya sebenarnya terfikir, kenapa mereka tidak merancang untuk bercuti di Penang sahaja, Pearl of the orient state. Jika mereka bercuti di Langkawi bukan sahaja belanja pergi mahal tetapi susah untuk mencari kereta sewa yang harga murah atau berpatutan harganya yang sesuai dengan pelajar. Jika mereka ingin bercuti di Penang, saya merasakan tidak susah untuk mencari kenderaan dan tempat untuk bermalam kerana saya boleh menyediakannya.
Persoalannya sekarang, apa tempat-tempat yang menarik di Penang?? Sememangnya banyak.
Church St. Pier.macam Miami kan....hehe
Penang Port yang sentiasa sibuk dengan kapal dagang dan kapal persiaran
Sebenarnya setibanya saya di stesyen kereta api Butterworth pagi Ahad semalam, saya terus mengambil feri untuk ke seberang pulau kerana keluarga saya memang sudah berada di pulau kerana ayah saya ada urusan rasmi di sana.
Stesen Kereta api Butterworth
Pada hari semalam, saya dan keluarga telah berjalan-jalan sekitar Pulau Pinang bagi melepaskan tekanan belajar semasa semester spring.
Kami pergi ke balik pulau. Di sini terdapat begitu banyak buah durian dan buah pala yang sememangnya terkenal dengan jeruknya. Selain itu kami menikmati pemandangan yang sangat menarik semasa melalui jalan-jalan yang bagai ular dipalu itu. Dari puncak tertinggi itu, saya dapat melihat betapa indahnya laut ciptaan Allah.
pemandangan di puncak Balik Pulau
Kami singgah bersembahyang zohor di masjid Teluk Bahang. Di sini terdapat Hutan Lipur Teluk Bahang, Taman Rama-Rama(butterflies farm) dan Taman Negara Pulau Pinang. Selepas sembahyang zohor kami terus ke Kebun Bunga yang terletak berhampiran dengan Jalan Macalister. Untuk pergi ke sini kami melalui persisir pantai Batu Ferringhi yang persis pesisir pantai di California; terdapat sebuah masjid terapung yang sangat indah seni binanya.
masjid terapung
sunset at Batu Feringghi
Batu Feringghi.sunbathing??here the place
laman mempelai??sape kahwin?
Taman Belia
Di Kebun Bunga, kami pergi ke Taman Belia. Dengar macam taman perumahan kan??sebenarnya tidak. Taman ini sebenarnya sangat sesuai untuk bereakreasi bersama-sama keluarga. Tak dapat digambarkan betapa indajnya taman ini kerana dihiasi dengan pokok-pokok yang menghijau warnanya. Adik saya mengambil kesempatan untuk mandi di sini; percayalah, ia di buka secara percuma.
Lagi Taman Belia
Selepas bejalan-jalan di Taman Belia, saya mencadangkan agar terus balik ke rumah kerana terlalu letih selepas 10 jam di dalam tren semalamnya.
Saya mencadangkan kepada rakan-rakan saya yang ingin bercuti supaya datng sahaja ke Penang kerana di sini ‘macam-macam ada’. Makanan?? Jangan bimbang kerana Penang juga dikenali sebagai Paradise of the Food; dari eastern hinggalah ke western. Penginapan juga banyak. Dari tiada bintang hinggalah kepada lima bintang dan kedudukannya stratergik ynag terletak di pesisir pantai. Bagi pasangan ynag ingin berbulan madu, di sini sangat sesuai untuk merancang percutian anda.
nasi kandar yang sungguh menyelerakan%hmph!!
cendol pulut yang sungguh terangkat
pasembor padang kota
laksa penang, the best laksa in Malaysia Peninsular
Oleh itu ZOOM lah Ke Penang, Pearl Of the Orient.
Selamat bercuti saya ucapkan kepada rakan-rakan ADFP
wah macam kat Jepunlah!!! inilah kat Taman Bertam Indah
Kompleks Bukit Jambul yang lawa
Sunset at Queensbay Mall
Queensbay Mall.
Prangin Mall
Penang Times Square.tak perlu pergi KL lagi.hehe
Teluk Bahang.nyaman terasa
Padang Kota(Fort of Cornwallis) besih kan??
Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,baik lagi di
negeri sendiri
SiRu fIl Ardh.......
11 comments:
saya terfikir mengapa u'all x g mlawat kedah?
kedah tak de mende sangat melainkan padi.hehe
ooo... abes sem kita pi penang ghamai2... tp penang ni bole kata tiap2 taun aku pi... jom pi ganu pulak la. makang kopok leko...
tidoq kat umah mong... hotel pon murah2 ja... amacam?
betoi gak.jom terjah rumah mong.nak makang kepok lekor losong
wei..
aku nk p gak
wait 4 me!!
jom la matt oii.habaq la mkat mong
wah cantik gak penang no....tapi aku tak selesa la kalu pemerintah bukan islam. satgi kena ikut telunjuk depa..tgk kelantan pemimpin dia tok guru..so apa tunggu lagi, jom pakat ramai ramai mai kelantan...
to suhaimi:one day soon....
wah...ini edisi foto album versi persuasive...haha~
nti ble2 ada rezeki aku g penang aku dtg uma ko yun..hehe
whuuuaaaaaaaaaa!!!
nak balik penang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
huhuhuuhuhuh
kepada Yin:tu la sapa suruh pi belajaq jauh-jauh.heheh
Post a Comment