Wednesday, July 3, 2013

Coretan Usrah...

Salam kepada sahabat semua. Agak lama membiarkan blog ini tidak dikemas kini, terasa untuk mencoretkan sesuatu.
Amma ba’d.

Usrah adalah medium di mana kita boleh mendapat manfaat yang begitu banyak. Berukhuwah, menambah ilmu dan kefahaman, mengisi masa lapang dan mengubah paradigma. Usrah juga bagi saya adalah medium untuk menenangkan diri dari stress, mencari  solitude dan medium kita boleh membina jaringan kenalan dengan lebih rapat.

Elemen yang terdapat dalam usrah adalah dakwah dan tarbiyah merupakan asas kepada pembentukan peribadi individu. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang elemen-elemen usrah. Cuma persoalan yang timbul, bagaimana harus kita menjadikan setiap perkara yang dibincangkan dapat mengubah paradigma kita dalam kehidupan ke arah lebih baik? Harapan saya dalam setiap usrah, bukanlah untuk mengubah keadaan dalam kerangka yang besar, tetapi cukuplah setiap kali selepas usrah ia mampu menyedarkan tentang tangungjawab, peranan, pemikiran serta tindakan yang mampu saya lakukan untuk kemajuan diri dan sekeliling saya.

Berbalik kepada bagaimana menjadikan usrah itu sampai dan lekat isinya di hati. Untuk menjawab persoalan ini, saya berpendapat bahawa tempat-tempat kita berusrah harus divariasikan. Sebagai contoh jika minggu ini, kita berusrah di dalam rumah, minggu depan mungkin boleh bertukar di tepi tasik, di kedai makan, di masjid, di dalam dewan kuliah, atau  di tepi pantai. Saya secara peribadi, lebih suka usrah diadakan di luar bangunan, misalnya di tepi tasik, tepi pantai,di atas padang bola (setelah bermain bola) atau di mana-mana sahaja yang dekat kepada alam semula jadi. 

Kenapa? Bagi saya setiap tempat-tempat  yang saya nyatakan tadi, ia lebih menenangkan dan mendamaikan. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, kicauan burung serta desiran pohon yang ditiup angin, ia melahirkan satu suasana yang cukup harmoni. Jika usrah pula diisi dengan sesuatu perkara yang mahu kita memikirkan tentang sesuatu keadaan, ia lebih mudah di hadam dan diingati.
Di tempat-tempat yang dekat dengan alam, kita akan mudah teringat moments yang indah, lantas mudah teringat pengisian yang dibentangkan. Jadi, kepada naqib dan naqibah, variasikan tempat-tempat usrah kalian, harapannya agar segala ilmu, pandangan, nasihat serta teguran akan lebih sampai ke lubuk hati.

Wallahualam.

Usrah di tepi pantai

Usrah di tepi tasik