"Alhamdulillah, angah dah lepas pi US dah.lepas ni teh pulak.mak tumpang seronok je"
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk bersembang dengan emak kat facebook. Bila mendengar emak cakap macam tu, hati secara tiba-tiba rasa sebak..
Ayahanda dan Ibunda tercinta..
Kepada ibunda dan ayahanda di kampung, anakanda berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita memperoleh keredhaan Allah. Anakanda berharap, bonda dan ayahanda dapat mendoakan kecemerlangan anakanda walau di mana sahaja anakanda berada.
daripada
Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib
anakmu
Rochester, New York
Sunday, October 31, 2010
Wednesday, October 27, 2010
KeKuataN jiWa...
Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Semoga kita terpelihara daripada fitnah duniawi yang semakin mencengkam.
Amma ba’d
Tajuk hangat yang menghiasi akhbar di Malaysia, facebook, blog dan sebagainya adalah beberapa tindakan pihak kerajaan yang kelihatan tidak selari dengan syara’ seperti penganjuran Islamic Fashion Festival, pembinaan menara warisan (hak rakyat dikebelakangkan) dan terbaru ingin menjadikan Malaysia hub spa dan pusat hiburan.
Membaca berita-berita ini, saya teringat kata-kata Allahyarham bekas mufti Selangor, Dato’ Ishak bin Baharom “saya bukan anti-kerajaan, tetapi anti kemungkaran”. Beliau berkata sedemikian selepas dipecat daripada memegang jawatan mufti oleh Tun Dr Mahathir selepas beliau mengeluarkan fatwa mengharamkan pertandingan ratu cantik di Malaysia pada tahun 1998. Jadi segala kritikan yang dilontarkan oleh anak-anak muda di facebook,blog dan sebagainya menandakan anak muda sekarang semakin matang dan telah nampak bahawa hakikat hidup sebagai seorang muslim itu sangat tenang dan terbaik. Mana tidaknya, ada sesetengah kawan-kawan mereka rosak disebabkan melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti minum arak,berjudi,berzina dan merempit. Andai mahu ditambah lagi tempat-tempat hiburan ini, gejala tidak bermoral ini akan semakin menjadi-jadi dan anak-anak muda yang lalai ini akan terus leka dengan duniawi yang tidak pernah surut.
Anak-anak muda ini adalah warisan kepimpinan masa hadapan. Kenapa perlu mendedahkan atau menyajikan mereka dengan perkara-perkara yang meransang syahwat? Kenapa tidak mendedahkan mereka dengan program-program atau latihan kepimpinan? Duit lima billion (RM 5 000 000 000) boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai program serta mewujudkan pusat-pusat IT di kampung bagi mencelikkan IT kepada warga desa.
Hendak bercakap banyak pun saya bukanlah ahli sangat dalam bidang ekonomi, Cuma saya merasakan keutamaan harus diberikan untuk menjana modal insan kerana ini pelaburan bagi jangka masa panjang yang akan membawa lebih banyak manfaat kepada Negara. Sebagai contoh, jika digunakan duit bagi menghantar pelajar-pelajar melakukan kajian dalam bidang perubatan, menyambung ke peringkat PhD, mewujudkan pusat kajian bioteknologi, saya yakin ekonomi Negara akan dijana dengan lebih pesat.
Sebenarnya, ini bukanlah topik sebenar yang ingin saya warkahkan kali ini tetapi sebagai rakyat yang sayang dan prihatin akan negaranya, saya tidak boleh terlepas pandang kepada setiap yang berlaku di Negara kita.
Inilah fitnah akhir zaman yang sangat mengelirukan minda kita terutama anak-anak muda. Entri kali ini suka untuk membicarakan kekuatan jiwa. Kita hidup di zaman yang terlebih jahil daripada masyarakat arab jahiliah, sebagai contoh anak yang dikandung sudah dibunuh sedangkan masyarakat arab jahiliah menunggu anak perempuan selamat dilahirkan baru dibunuh.
Di dalam dunia ini kita tidak ada tempat berlindung daripada fitnah duniawi yang semakin mencengkam melainkan bergantung harap (bertawakkal) sepenuhnya kepada Al Khaliq. Fitnah terbesar bagi anak muda hari ini ialah mereka disuntik dengan pemikiran materialisma, dan hedonisma. Mereka terkeliru jalan mana harus dipilih dalam mengharungi usia remaja. Oleh itu, ada satu amalan yang dapat menguatkan jiwa serta dapat mendekatkan diri kepada Allah Azza Wajalla. Allah berfirman :
“Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”.(73:1-6)
Amalan qiamullail merupakan satu amalan Rasulullah SAW yang menjadi tuntutan ke atas umatnya. Amalan bertahajjud di malam hari merupakan masa dimana rahmat Allah turun ke bumi, dan Allah lebih mendengar rintihan hambaNya yang bersusah payah bangun semata-mata kerana ingin bertemu Allah. Di saat orang lain masih tidur, kita bangun menghadap Allah, apakah masih tidak dipandang Allah? Yakinlah, Allah memandang kepada hamba-hambaNya yang ikhlas bangun untuk menghadapnya.
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa yang mengerjakan solat malam, dan dia membangunkan solat, maka Allah memuliakan dia dengan sembilan perkara: Lima perkara di dunia dan yang empat lagi di akhirat.”
Sembilan perkara tersebut adalah:
Di akhirat
Khulasahnya, kita tidak mampu melindungi diri kita daripada fitnah duniawi melainkan kita serahkan hidup kita sepenuhnya kepada Allah agar dipelihara dalam iman senantiasa.
Ayuh cari kekuatan jiwa dalam uzlah yang lama di malam hari.
Labels:
perkongsian
Wednesday, October 20, 2010
PerKahwiNan... BerKat atau LaKnat???
Salam buat semua. Apa khabar iman kita hari ini? Iman kita adakala menaik dan adakala menurun. Apa yang boleh dilakukan adalah cepat-cepatlah beristighfar kalau kita tersilap langkah.
Amma ba’d.
“Hai Nazrul! Dah tak sabar ke?” kata seorang sahabat kepada saya.
Pada umur-umur begini memang tak dapat dinafikan kadang-kadang terfikir tentang hal perkahwinan ini. Perkahwinan ini memerlukan komitmen dua jiwa mencari titik persefahaman dalam hidup agar rumah tangga yang dibina menuju mardhatillahh. Apakah kupasan saya untuk kali ini? Kalau nak kupas tentang ciri-ciri lelaki soleh atau perempuan solehah, saya rasa laman I luv islam telah banyak membicarakannya. Kalau hendak bercakap tentang ciri-ciri keluarga bahagia, blog ustaz Hasrizal telah banyak mengupas tentang isu itu. Apakah isi blog saya kali ini?
Sebelum itu, saya ingin berkongsi sedikit tentang perkahwinan ini. Maqasid syaria’h (objektif syaria’h) diadakan walimatul u’rus ini adalah untuk dihebahkan kepada kaum kerabat dan sahabat handai bahawa pasangan ini telah diijab kabulkan dan tetamu yang dating pada hari walimatul u’rus boleh mendoakan kesejahteraan kepada pasangan pengantin. Hubungan mereka kini menjadi halal dan tiada lagi fitnah jika mereka berdua-duan walaupun di tempat tersembunyi.
Melihat realiti keadaan masyarakat sekarang, perkahwinan sudah jauh daripada matlamat asal keharusan syara’ mengadakan majlis perkahwinan. Topik inilah yang ingin saya bicarakan untuk kali ini. Apa yang kita dapati apabila kita ke majlis perkahwinan hari ini terutama perkahwinan melibatkan artis-artis dan anak orang-orang besar?
Realiti Perkahwinan Hari Ini
Semasa hendak akad nikah boleh bertudung tetapi selesai majlis akad nikah mana perginya tudung? Adakah aurat boleh dibuka dan ditutup mengikut nafsu kita?.Kemudian, semasa meraikan tetamu yang ramai,bersalaman antara lelaki dan perempuan menjadi halal. Bila masa syaria’t menghalalkannya? Sering sahaja majlis perkahwinan sekarang ini tidak lengkap jika tidak dipasang dengan karaoke. Tidakkah karaoke tersebut mengganggu jiran tetangga padahal malam sebelum majlis perkahwinan sibuk dengan marhaban. Ditambah pula karaoke bercampur antara lelaki dan perempuan dan bertepuk tampar sana sini.
Selain itu, majlis perkahwinan pada hari ini lebih banyak pembaziran berlaku. Sebagai contoh, tempahan set baju perkahwinan dan catering sahaja boleh mencecah puluhan ribu. Itu semua tidak termasuk lagi dengan cendera hati untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Tidak salah untuk menghargai tetamu cuma biarlah yang se”simple” mungkin supaya tidak berlaku pembaziran. Selain itu, pembaziran dapat dilihat dalam tempahan set pelamin yang mencecah ribuan ringgit. Allah berfirman dalam surah al isra’:
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (al-Isra': ayat 27)
Mahukah kita bersahabat dengan syaitan yang sudah menempah rumahnya di neraka? Dalam kehidupan seorang mukmin, tidak ada perkara yang dilakukannya melainkan perkara itu mendapat rahmat dan keberkatan Rabbul Izzati. Masyarakat kita hari ini selalu berkiblatkan barat. Ramai masyarakat kita mula mengenakan gaun pada hari perkahwinan, mula menangkap gambar pengantin yang sedang berpelukan di khalayak ramai. Terjaminkah tiada syahwat timbul dikalangan tetamu yang hadir jika pasangan pengantin berpelukan dengan penuh ghairah?
Kembalilah kepada syariat supaya kita semua mendapat berkat dan rahmat daripada Allah. Sesungguhnya, tidak rugi sedikit pun jika berkahwin dengan penuh kesederhanaan. Hiduplah di atas landasan syariat.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar rum:21)
Labels:
pandangan...
Friday, October 15, 2010
mAkhluK HaLus..
Salam buat semua. Semoga hidup kita diberkati dan dirahmati Allah.
Amma ba’d.
Selain manusia, terdapat banyak makhluk ciptaan Allah yang mendiami bumi Nya sama ada yang besar dan ada yang kecil. Ada sesetengahnya boleh kita nampak dengan mata kasar dan ada sesetengahnya kita boleh nampak dengan menggunakan alat-alat tertentu. Istimewanya kita selaku khalifah di muka bumi Allah ini adalah, kita dikurniakan akal fikian yang dapat berfikir antara kaca dan intan permata, batu dan suasa, baik dan buruk, hak dan batil. Firman Allah :
“ sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya “.(95:4)
Apabila melihat tajuk di atas, apakah yang bermain di fikiran sahabat-sahabat sekalian? Saya pasti kalian semua memikirkan tentang jin, saka, polong, pelesit, jembalang, hantu raya dan sebagainya. Jika saya seorang ustaz atau pengamal perubatan Islam, benarlah apa yang bermain di fikiran sahabat-sahabat sekalian. Namun, saya adalah pelajar jurusan biologi dan makhluk halus yang saya maksudkan adalah segala jenis bakteria dan mikroorganisma yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia tanpa menggunakan alat-alat tertentu.
Sebenarnya, saya cuma ingin berkongsi bahawa kita manusia sering berasa kita hebat, bijak, kuat dan sebagainya tetapi tanpa kita sedar, ada benda yang sangat kecil tetapi mampu mengalahkan kita. Untuk quarter ini, ada satu subjek yang saya ambil iaitu, microbiology. Dalam subjek ini saya dapat mengenal banyak bakteria dan mikroorganisma yang sangat bahaya terhadap kita. Sebagai contoh ada satu bakteria namanya E coli O157:H7 yang mampu merosakkan buah pinggang kita. Selain itu, tedapat bakteria yang namanya Staphylococcus aureus yang sedia ada di rongga hidung kita (nasal cavity). Bakteria ini boleh memasuki makanan dengan cara kita bersin dan menghembus nafas keluar (exhale). Bakteria ini mampu menghasilkan exotoxin, sejenis bahan kimia yang mampu merosakkan sel dalam badan kita ataupun mengganggu metabolisma sel dalam badan kita.
ini adalah jenis Staphylococcus
Ada satu bakteria namanya Vibrio cholerae yang berada di takungan air yang tercemar. Bakteria ini mampu menyebabkan kita mengalami cirit-birit yang sangat teruk ataupun dinamakan sebagai taun (cholera). Ada lagi bakteria yang namanya Vibirio vulnificus yang mampu hidup dalam kepekatan garam yang tinggi seperti di laut. Akibatnya, sebahagian makanan laut yang kita gemari akan tercemar oleh bakteria ini. Kesan dijangkiti bakteria ini, ia boleh memusnahkan organ dalaman kita kerana bakteria ini mampu menembusi saluran darah kita.
bersama Dr Grevor Thomas Fredrick-instructor microbiology
Khulasahnya, janganlah kita bebangga dengan apa yang ada. Allah tidak perlu menghantar ribut taufan atau tsunami untuk memusnahkan kita, cukuplah Allah menghantar tentera-tentera Nya yang kecil ini untuk memusnahkan kita. Hiduplah di atas muka bumi Allah dengan penuh tawaddhuk dan lakukanlah segala suruhan Nya dan tinggalkanlah segala larangannya.
Wallahualam..
P/S: kepada pelajar-pelajar RIT, anda berasa lapar semasa di kampus? lawatlah RITzone cafe dan anda pasti menemui makanan halal di kampus
halal double burger (beef and chicken)
Labels:
sharing is caring
Saturday, October 9, 2010
Dia & Aku...
Alhamdulillah segala puji bagi tuhan sekalian alam.
Amma ba’d.
Hari ini 9 Oktober 2010 maka genaplah umur saya 20 tahun. Rupa-rupanya sudah dua dekat saya menghirup udara kurniaan Allah, memakan rezeki Allah, berkelana di bumi Allah dan menunggu masa untuk melangkah kea lam barzakh.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya di Facebook. Walaupun saya sembunyikan tarikh lahir saya tetapi sahabat-sahabat saya tetap mengingati sahabat mereka yang seorang ini. Saya doakan semoga kalian semua diredhai dan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah.
Setiap kali hari lahir saya, saya pasti teringatkan seseorang. Siapakah beliau? Buah hati kah? Oh tidak. beliau adalah pejuang Islam yang hebat. Walaupun di penjara, dia masih boleh memberi sumbangan kepada Islam melalui penulisan. beliau juga pernah dihantar berkursus di Amerika Syarikat selama 3 tahun oleh kerajaannya. Beliau syahid di tali gantung kerana mempertahankan kebenaran. Tarikh lahir beliau sama dengan saya iaitu pada 9 Oktober Cuma pada tahun 1906. Saya juga dihantar berkursus di Amerika Syarikat selama tiga tahun cuma pengakhiran hidup saya belum pasti sama ada mati sebagai syahid ataupun mati sebagai orang biasa. Mudah-mudahan saya mengikuti jejak langkah beliau, mati syahid di jalan Allah
Beliau ialah Syed Qutb rahimahullah, penulis kitab tafsir fi dhilalil quran (di bawah bayangan al quran). Beliau juga merupakan ahli ikhwanul muslimun yang sangat aktif berjuang.. mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas kesyahidan beliau..
Monday, October 4, 2010
2:216.....
Alhamdulillah dizahirkan segala kesyukuran kepada Allah tuhan sekalian alam. Tuhan yang maha esa serta memiliki alam semesta dan kepada Nya kita semua akan dikembalikan.
Amma ba’d.
Sedar tidak sedar, sudah sebulan dan seminggu saya berada di perantauan. Allah telah mencampakkan saya di bumi Rochester yang aman dan damai. Bumi yang saya lebih nampak akan kekuasaan Allah. Saya akui, saya tidaklah dilanda homesick kepada ahli keluarga saya di Malaysia kerana selalu sahaja berhubung dengan mereka melalui skype, facebook dan sebagainya. Sebenanya, walaupun keluarga jauh di Malaysia tetapi saya mempunyai ramai ‘ahli keluarga’ di sekitar bumi Amerika ini. Lagipun emak saya mencadangkan supaya saya tidak balik pada tahun hadapan tetapi ambillah peluang untuk berjalan-jalan meneroka bumi ciptaan Allah sementara diberi peluang. Kata orang “erti hidup pada memberi” (tagline Ustaz Hasrizal). Jadi saya ingin berkongsi gambar-gambar sepanjang saya berada di bumi Rochester ini.
Skalny Room: tempat sembahyang jumaat
Park Point: rumah saya paling hujung sebelah kanan
RIT: sekitar kampus saya
suasana di pasar awam Rochester (Public Market of Rochester)
bermulanya autumn season
di persimpangan Riverknoll
aktiviti mingguan: bermain futsal dalam liga RIT
they are future nation developers..
Alhamdulillah sebulan pertama dilepasi dengan pelbagai pengalaman dan cabaran. Saya memohon kepada Allah agar perjalanan saya di Rochester sentiasa dibimbing Allah SWT.
Labels:
perkongsian
Saturday, October 2, 2010
Oh BeratNya AmaNah iTu...
Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah.Semoga hidup ceria selalu
Amma ba’d
Semakin bertambah hari maka semakin bertambah usia kita dan berkurang umur kita. Hidup tidak pernah lekang daripada ujian yang adakalanya terasa tidak mampu untuk ditempuhi. Saban hari kita dapati bahawa hidup menjadi semakin rumit. Sebenarnya kita tidak perlu mengeluh dan terkejut dengan keadaan ini kerana Allah telah berfirman:
“sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).” (84:19)
Ayat ini jelas memberitahu kepada kita bahawa semakin meningkat usia kita,semakin banyak cabaran yang akan kita tempuhi. Keadaan ini sekaligus memahamkan kita, semakin kita dewasa maka tanggungjawab kita semakin besar.
Tanggungjawab itu berat
Memang untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang tanggungjawab. Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinanmu” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Andai kita tidak memimpin organisasi ataupun persatuan sekalipun, semestinya kita adalah pemimpin kepada diri sendiri. Kita bertanggungjawab terhadap harta kita, ibadah kita, umur kita dan masa kita.
Saya sendiri sebagai contoh, kalau lima tahun lepas tanggungjawab saya hanyalah sebagai hamba Allah, anak, pelajar, abang kepada adik-adik saya, adik kepada kakak saya dan ahli masyarakat. Namun, tiga tahun lepas tanggungjawab saya yang sedia ada ditambah lagi dengan memegang jawatan di sekolah menengah dan ketika di INTEC pula tanggugjawab bertambah sebagai amir usrah dan pemegang biasiswa (amanah rakyat Malaysia). Begitulah kehidupan kita, seiring dengan peningkatan umur maka tanggungjawab bertambah. Cerita di masa hadapan pula, tanggungjawab akan bertambah lagi; sebagai pekerja (majikan mungkin), sebagai suami, dan sebagai bapa. Semua ini akan Allah persoalkan di hari akhirat.
Oleh itu, mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan hidup adalah langkah terbaik untuk mengharungi segala mehnah dan tribulasi hidup. Selain amalan-amalan wajib, perbanyakkanlah melakukan amalan sunat terutama qiyamullail, puasa sunat, berzikir, bersedeqah dan sentiasa berlapang dada sesame saudara kita.
Wallahu’alam.
beratnya amanah seorang bapa mertua kepada bakal menantunya.
Labels:
perkongsian
Subscribe to:
Posts (Atom)