Saturday, January 30, 2010

OpeN yOur eYeS.....

Salam to all,
Earth is the one and only planet where there is a life. I can say that earth is tiny compare to the sun which is estimated to be 1000 times bigger than our biosphere. According to my reading, scientists have estimated that, there are 50 billions (50,000,000,000) of galaxies and the nearest galaxy with ours (milky way) is Andromeda. How big our universe is?

Even we live in this small planet but there are a lot of miracles which every people cannot deny it. Allah creates everything that could lead us to find the truth but some of us just ignore what Allah has given. For this time around, I would like to write about our life nowadays. Allah has affirmed in the holy Koran that time is very valuable but only a few of us realize about this
.
By the time, Verily! man is In loss,. except those who believe (in Islâmic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the Truth (i.e. order one another to perform All kinds of good deeds (Al-Ma'rûf)which Allâh has ordained, and abstain from All kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar) which Allâh has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter In Allâh's Cause during preaching his Religion of Islâmic Monotheism or Jihâd, etc.).<103:1-3>

In spite of thinking about to bring the triumph to our ummah (including ourselves), we would rather like to squander time hanging around in the shopping complex. We also like to talk about how much our clothes that we have bought? Who scored in the game last night? Why that particular artist gets married with that old man? Now, let’s us ask ourselves. Is this the purpose that Allah wants us to do in this temporary world? Sometimes I always think why my dear brothers and sisters like have ignored about the Islamic value that we inhere from our parents. The conclusion that I have reached is, we have been ‘deflected’ away from our guidance, Alquran and Assunnah. Every Sunday, usually I will buy Metro and I am so surprised with the news that Malay teenagers do not know to testify ‘shahadah’. This is a fiasco!!!

So, it is the time for us to implement the Prophet’s method in our daily life affairs. We must know that, Allah will never need us but we need Allah in every facet of our life.
Ya Allah, we are your servants admit that we have committed a lot of sins. Please guide us back to your straight path.

P/S: sedang menunngu tawaran universiti.. “Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan Yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)”<84:19>



Wednesday, January 27, 2010

MerEka sUdaH MereAlisaSikaNnya.....

salam kepada semua.



Sahibus Samahah Dato' Seri Dr Harussani Zakaria
(mufti Negeri Perak)

  
                                        Dato' Dr. Haron DIn
(Timbalan Mursyidul am PAS serta pengasas  Darussyifa')
                                                                  Dr Asri Zainal Abidin
                                                                (bekas mufti Perlis)
Dr Lolo' Ghazali
(Ahli Parlimen Titiwangsa)
Dato' Ismail Kamus
(Pengasas perubatan Darussalam serta bekas ADUN)
Dr Juanda Jaya
(Mufti Perlis sekarang)
Faizal Musa @ Faisal Tehrani
(Penulis Prolifik)
                                                      Ustaz Zahazan Mohammed
                                                 (Pensyarah UIA dan  Ustaz di tv 9)

     Apakah persamaan antara gambar-gambar diatas? Persamaannya adalah mereka pernah bersekolah di sebuah sekolah agama yang sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). YA! entri kali ini sememangnya khas ditujukan kepada pelajar ataupun bekas pelajar KISAS. Sekolah kita merupakan satu-satunya sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mempunyai perkataan "Islam" dalam nama sekolah..Adapun sekolah-sekolah lain hanya mempunyai perkataan "Agama" seperti SMAP Kajang, SMAP Labu dan SMKA-SMKA yang terdapat di seluruh negara.Jika sekolah 'agama', barangkali boleh jadi sekolah agama Buddha, Kristian, Hindu, dan sebagainya tetapi sekolah kita memang spesifik kepada sekolah Islam yang mana sekolah yang mengamalkan amal-amal islami seperti semua pelajar diwajibkan sembahyang jemaah pada setiap waktu,dengar tazkirah asar dan maghrib setiap hari, membudayakan salam, menghormati guru, menjaga kebersihan asrama dan sekolah serta melakukan amalan-amalan sunat seperti tahajjud, puasa sunat, membaca al-mulk setiap malam sebelum tidur dan lain-lain lagi.

     Lupakah kita pada matlamat kolej iaitu "litakhrij al qodah almuttaqin wal muthaqaffin" ataupun dalam bahasa melayunya "untuk melahirkan pemimpin yang bertaqwa dan berintelektual tinggi"..Jika kita hendak membandingkan dengan matlamat sekolah-sekolah lain, terbukti matlamat kolej kita sangat jelas..Kalau di tempat lain mungkin matlamatnya "melahirkan pelajar yang berguna","mewujudkan budaya bersaing dalam kehidupan","melahirkan pelajar yang bijaksana".Ini tidak jelas kerana jika ingin melahirkan pelajar berguna, berguna daripada sudut apa?Bijak dari segi akademik sahaja?..Tapi Kolej kita ingin melahirkan pemimpin tidak kira di peringkat negara, negeri, bandar, kampung, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Ciri Kepimpinan tersebut pula haruslah berlandaskan Taqwa iaitu Melakukan apa sahaja yang diperintah Allah dan Rasul serta meninggalkan larangan kedua-dua nya. Maka kepimpinan begini akan selamat daripada sebarang penyalahgunaan kuasa, rasuah,dan kezaliman..Kepimpinan ini pula haruslah berintelektual tinggi iaitu orang yang mempunyai ilmu yang hebat baik dari segi agama mahupun akademik serta mempunyai pemikiran kritikal (Critical Thinking) yang mantap.



     Bercakap mengenai motto kolej, sekali lagi hanya sekolah kita sahaja yang mempunyai motto yang dipetik daripada Kalam Allah.."Fastaqim kama umirta" yang dipetik daripada surah Hud ayat 112 yang bermaksud "maka hendaklah engkau (Nabi Muhammad) teguh di atas jalan yang betul sebagaimana diperintahkan kepadamu.."

Malangnya pada hari ini, generasi KISAS pada hari ini kurang subur dari sudut pentarbiahan sekaligus memberi kesan terhadap rohani para pelajar..Masyarakat terutama pelajar-pelajar SBP yang lain sebelum ini yang memandang tinggi kepada lepasan KISAS kini merasakan bahawa antara kita dan mereka tiada bezanya..Kita tidak ingin dipandang tinggi kerana kita manusia disisi Allah adalah sama tetapi apa yang  kita mahukan adalah pelajar-pelajar sekolah lain dapat mengikut amal islami yang kita tonjolkan. Bukan pujian mahupun sanjungan yang kita harapkan tetapi kefahaman islam kepada rakan-rakan lebih penting..

    Pada tahun 2007, sekolah kita dianugerakan sekolah kluster dan pada hari selasa lepas (26/01/10) sekolah kita telah dianugerahkan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT)disini untuk rujukan>;.Berbanggakah kita dengan penghargaan yang diberi oleh manusia tetapi kita melupakan nikmat Allah yakni nikmat pentarbiahan islam yang kita lalui selama dua tahun?..Jadilah manusia yang tahu bersyukur..


Kembalikanlah mutiara waqafan dalam diri kita

Sunday, January 24, 2010

MaAfkan dAku.....

Salam buat semua

Dalam hidup kita sebagai manusia, mana mungkin kita lari daripada melakukan kesilapan sama ada melalui perbuatan, perkataan, mahupun sikap kita..Ada sepotong hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya lebih kurang begini : Manusia itu tidak lari daripada kesilapan (maaf, saya lupa matan hadis)..



Saya juga manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan..Mungkin dalam blog ini, kadang-kadang perkataan yang digunakan kurang menyenangkan para pembaca sekalian walaupun hakikatnya apa yang dituliskan betul.. Jadi, saya mengambil kesempatan memohon maaf atas segala khilaf jika penulisan dalam blog ini menyinggung mana-mana pihak.. Ambillah yang jernih dan tapislah yang keruh itu supaya menjadi jernih juga..


Wednesday, January 20, 2010

InI SaUdAramU....

Salam buat rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah. Diharapkan kalian sihat disamping keluarga dan kawan-kawan yang disayangi.

Rasulullah SAW telah bersabda :
Orang Islam bersaudara dengan orang islam yang lain,tiada boleh dia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tiada boleh mendustainya dan tidak boleh menghinakannya (riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ke 35 dalam matan arba’in karangan imam An Nawawi ini, terdapat banyak unsur pengajaran buat kita. Diringkaskan cerita, sebagai umat Islam kita tidak boleh menzalimi kepada saudara kita yang lain. Kita tidak sesekali boleh membiarkan umat Islam yang lain hidup dalam keadaan susah sedangkan kita bersenang lenang dalam kekenyangan. Di Ethiophia misalnya, ramai umat Islam yang faqir disana sangat memerlukan bantuan terutama dari segi makanan dan kewangan namun apa yang dikesali adalah mereka (rakyat Ethiopia) mengatakan mereka hanya menerima sejumlah buah kurma dari Liga Arab (persatuan negara-negara arab) setiap tahun. Lebih malang lagi apabila Pendakyah Kristian (Missionary) pula yang mengambil berat terhadap nasib saudara seislam kita disana.







Dimana umat Islam yang akan membela kaki beliau?

Di Palestin, rakyat Gaza terpaksa hidup dengan mengikat perut bukan kerana tidak ada yang ingin membantu tetapi kerana dihalang oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh Husni Mubarak seorang Muslim. Kerajaan Mesir bercadang membina tembok di Rafah sekaligus menyukarkan lagi sebarang bantuan untuk rakyat Palestin.



                                           ini adalah saudaramu dan saudaraku

Ingatlah bahawa ketika di alam barzakh nanti, malaikat munkar dan nakir akan bertanyakan, siapa saudara kamu? Adakah ini jawapan kita? saudaraku ialah Lady Gaga, Taylor Swift, Christiano Ronaldo, Kaka ataupun Tom Cruise.  Kalau inilah jawapannya, maka sudah pastilah kita akan bersama sama mereka di akhirat kelak.
Oleh itu kalau kita fikirkan semula, masihkah ada ruang untuk melepak di shopping complex, memikirkan tentang couple, menghadiri konsert-konsert hiburan artis-artis dari hollywood dan hidup hanya untuk makan dan minum?

Wallahualam

Thursday, January 14, 2010

MenCari PengGaNtinYa....


                    Tugu Peringatan Salahudin Al Ayyubi di Damsyik

  Walaupun beliau sangat mencintai keamanan, Salahuddin Al Ayyubi merupakan seorang panglima perang yang hebat. Beliau dilahirkan di Tikrit pada 1138 masihi ketika ayahnya memerintah Tikrit. Sedikit sebanyak tentang Salahudin Al Ayyubi ini, beliau telah dibesarkan oleh ayah dan pak ciknya yang begitu mahir dalam ilmu persenjataan. Beliau merupakan seorang yang sangat bijak, mulia dan sangat tidak gemar kepada peperangan. Khalifah pada ketika itu merupakan Sultan Nuruddin Azzanky telah mengarahkan Salahudin untuk pergi ke Mesir bagi mengawal keadaan Mesir yang kucar kacir akibat pergolakan politik dalaman serta ancaman tentera salib. Disana beliau dilantik sebagai pegawai istana; namun beliau lebih suka tinggal di rumah kecil berbanding tinggal di istana yang mewah. Salahudin merupakan seorang yang sangat cintakan Islam dan beliau tidak sesekali akan membiarkan tentera salib merampas mesir daripada pemerintah Islam.


 Namun beliau tidak disukai oleh menteri-menteri Mesir yang mewarisi genetik Firaun pada ketika itu. Menteri-menteri di istana suka berfoya-foya,bergundik, minum arak dan melakukan pelbagai penyelewengan kuasa dan menyalahgunakan harta negara. Mereka sedaya upaya menyingkirkan Salahudin daripada memegang jawatan di Istana namun atas kebijaksanaan  beliau Menteri-menteri ini yang disingkirkan. Beliau sangat disukai oleh Rakyat Mesir kerana beliau berjiwa rakyat,amanah, bijak, tawaduk serta menunaikan hak-hak rakyat mesir. Sebenarnya ketika itu, Mesir diperintah oleh Kerajaan Fatimiah namun selepas kejatuhan Khalifah Fatimiah, Salahudin diangkat menjadi Pemerintah Mesir. Ketika pemerintahan beliau, Salahudin menawan Damascus (Syiria) dan rakyat disana dengan rela hatinya bersedia berada di bawah pemerintahan beliau. Berita ini sangat dibenci oleh tentera salib dan tidak suka akan Salahudin yang semakin meningkat kekuasaannya dan kejayaannya. Maka atas sebab ini tercetuslah peperangan Hittin yang menyaksikan ramai tentera salib menjadi tawanan. Namun tawanan ini dilayan dengan begitu baik; mereka tidak diseksa oleh pemerintah yang zuhud dan baik hati ini.

Pada 1187 masihi, Salahudin menawan Jerusalem (Palestin). Selepas 80 tahun azan tidak kedengaran di Negara kiblat pertama umat Islam ini, ia kembali kedengaran. Semua tawanan tentera salib tidak diseksa bahkan mereka boleh bebas dengan syarat membayar sejumlah wang tebusan. Namun Salahudin Al Ayyubi seorang yang mempunyai Ihsan yang tinggi. Dia melepaskan tawanan-tawanan yang dirayu oleh emak,anak-anak, serta isteri-isteri mereka. Walaubagaimanapun, tentera salib berdendam dengan beliau; maka tercetuslah perang salib ketiga yang dibiayai oleh England melalui cukai khas yang dinamakan ‘cukai Salahudin’. Pertempuran berlaku diantara beliau dan Tentera Raja Richard I (Richard the lion heart). Menyedari  bahawa  peperangan tidak memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak, mereka berdamai dan menandatangani perjanjian Ramla. Dalam perjanjian (Treaty) ini, kota Baitul Muqaddis terus berada di bawah genggaman orang Islam tetapi orang kristian dibenarkan masuk ke kota ini. Inilah konsep keterbukaan yang diamalkan oleh Beliau.

Tepat pada 4 Mac 1193, beliau dijemput Allah. Sifat zuhud beliau kepada duniawi terzahir jua apabila tiba saat pengurusan jenazah beliau, tidak ada duit bagi menguruskan  jenazah beliau kerana semua wang telah disedeqahkan (infaq) semasa beliau hidup.

Dimana Pengganti Beliau??

Thursday, January 7, 2010

WaniTa itu sUci...

Ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina. Bagaimana mungkin kau melakukan perbuatan nista itu? Hanya perempuan yang lahir daripda orang tua yang buruk dan ibu penzinalah yang mahu lakukan perzinaan.”cercaan bertubi-tubi dari kaumnya dibalas dengan diam seribu bahasa. Kemudian wanita itu seraya menunujuk kearah bayinya lalu berkatalah kaumnya.”Bagaimana kami mampu berbicara dengan budak kecil yang masih dalam ayunan?” namun keagungan terjadi apabila bayi itu menjawab”Sesungguhnya aku ini hamba Allah,Dia memberikan aku alkitab dan Dia menjadikan aku seorang utusan-Nya”.


Wanita yang dituduh bersalah itu tidak lain tidak bukan adalah Maryam as dan bayi itu pula adalah Nabi Isa as yang membawa risalah kebenaran dari Al-Khaliq. Sepertimana yang diketahui bahawa kelahiran Nabi Isa as adalah bukti jelas kekuasaan Allah Rabbul Jalil yang tiada taranya. Mengikut akal pertimbangan  manusia yang kerdil ini,mana mungkin seorang bayi dilahirkan tanpa bapa.  Apa yang ingin kita bincangkan kali ini adalah pengorbanan seorang wanita agung daripada keluarga Imran. Maryam as merupakan seorang wanita suci yang sesekali tidak pernah disentuh oleh lelaki.Adapun datangnya malaikat Jibril as datang menyerupai lelaki,namun datangnya hanyalah meniup roh yang suci kedalam jasad Maryam puteri Imran.Umum kita mengetahui bahawa malaikat dijadikan Allah tanpa bernafsu justeru mana mungkin Maryam itu disentuh. Maryam as merupakan seorang ahli ibadah yang sangat rapat dengan Allah. Wanita ini sanggup berkorban terhadap Tuhannya yang maha agung walaupun sedar fitnah besar bakal menimpanya. Kaum yang menuduhnya melakukan perbuatan nista itu tidak lain adalah dari kaumnya juga,Yahudi. Untuk Melahirkan Nabi Isa as,Maryam as terpaksa pergi ke lembah An-Nashirah meninggalkan bait al-maqdis yang hiruk pikuk dengan manusia. Beliau dengan susah payahnya bersalin melahirkan nabi Isa as dalam keadaan keseorangan. Allah menghargai pengorbanan hamba-Nya ini seperti mana yang telah dirakamkan dalam surah At-Tahrim ayat ke 12:

“dan juga (satu misal Perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) Yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan Dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke Dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang Yang tetap taat.”


Pengorbanan itu diteruskan dengan menghadapi cercaan bertubi-tubi kaumnya yang menuduhnya sebagai penzina. Sungguh Maryam puteri Imran, perawan suci nan abadi,ahli ibadah yang taat merupakan ‘ayat’ Allah untuk segenap umat manusia,terutamanya kaum hawa. Bahawa mewajahkan cinta tidak harus berlumurkan nafsu. Keteguhan Iman dan kecintaan yang tulus kepada Allah adalah benteng yang paling kukuh untuk mengawal gejolak nafsu dan merupakan senjata utama mematikan rayuan para lelaki yang tidak ada amanah dengan Tuhannya.

 aina qurrata a'ini??