Kembali
bersambung mengenai kembara di Turki. Kami tiba di Istanbul pada hari Rabu (27 February)
pada pukul 3.00 petang. Cuaca hari itu
agak sejuk memandangkan keadaan mendung dan hujan renyai-renyai. Keadaan di
Istanbul atau lebih tepat di sekitar Sultanahmet Square sangat sibuk. Ia bagaikan
kita berada di Eropah dari segi geografi (saya belum pernah menjejak bumi
eropah lagi. Hanya tahu melalui dokumentari yang ditonton). Memang suasana
kebaratan anak-anak muda Turki di situ jelas kelihatan dari segi pergaulan dan
berpakaian. Berpelukan lelaki dan perempuan di tempat awam tanpa segan silu
seolah-olah pemandangan biasa. Berpakaian ala-ala mereka sedang berada di bawah
Eiffel Tower di Paris
Masji Biru (Sultanahmet Camii)
Sekitar Grand Bazaar
Grand Bazaar
.
Sultanahmet
Square merupakan kawasan tumpuan pelancongan di mana disitu terletak Aya
Sophia, Blue Mosque, Grand Bazaar, Muzium Topkapi, Sulaimaniye Mosque. Saya
agak terkejut apabila mengetahui bahawa Grand Bazaar dilawati oleh
250000-400000 orang sehari. Kami shopping
di Grand Bazaar pada hari Khamis sementara menunggu sahabat kami Zubayr
Gunay datang ke hotel kami. Di sana kami terserempak dengan beberapa orang
pelajar perempuan Malaysia; saya rasa mungkin mereka yang belajar di timur
tengah.
Sembang santai anak-anak muda di Gulhane Park
Berhati-hati
ketika bershopping di Grand Bazaar
kerana peniaga di sana sangat pandai mengambil hati pelanggan. Khuatir terbeli
barang yang kita tidak perlukan. Makanan di sini, mudah untuk mencari yang
halal. Satu yang saya suka, adalah tuan kedai akan menjamu the selepas kita
membeli barang di kedai mereka. Satu lagi peristiwa menarik ketika di dalam bas, seorang ibu dengan anak perempuan kecil, umur 4 5 tahun saya agak, duduk dalam bas. Apabila si ibu, memandang ada beberapa pelancong eropah sedang berdiri dalam bas dan berbual, si ibu bingkas bangun mengajak anak kecilnya lalu mempersilakan pelancong tadi duduk di tempatnya. Saya melihat nilai menghormati tetamu sangat tinggi di Turki. Situasi sebegini saya yakin ada di Malaysia, barangkali saya masih belum berpeluang melihatnya. Saya melihat mereka mengamalkan hadith Rasulullah SAW yang berbunyi:
“Barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Teh Turki yang sangat lazat
Hari
Jumaat (1 Mac) merupakan hari kami all
out jalan-jalan. Bermula shopping kali kedua di Grand Bazaar, kemudian ke makan
Abu Ayyub Al Ansari, Pierre Lotti, Uskudar, Muzium Topkapi, Gulhane Park dan
Masjid Sulaimaniye. Untuk ke Uskudar yang telah disebelah Asia, kami mesti
menaiki feri yang bagi saya sangat murah, hanya 1.45 TL bagi perjalanan sehala.
Memang lama saya mengidam nak minum teh di pinggir Selat Bhosporus kerana ia
mempunyai nilai sentimental tersendiri. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan.
Simit
Merentasi Bhosporus
Di tebing Bhosporus yang tenang
Antara
makanan Turki yang menarik dan sedap ialah Kebab, Doner, Lamahcun,dan Kunefe.
Sememangnya Turki adalah negara yang sangat menarik untuk dilawati sehingga
saya merasakan untuk melawat sekali lagi. Saya pernah melawat Dubai, tetapi
cukup sekali bagi saya melwat Dubai. Marilah membangunkan ekonomi umat Islam
dengan mengunjungi negara-negara Islam. Semoga percutian ini diberkati Allah.
P/S:
Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya melawat Eropah suatu masa nanti.a
No comments:
Post a Comment