Sambungan
daripada entri lepas, hari Rabu (27 Febuari 2013) adalah hari ke empat kami di
Turki. Hari tersebut, kami bergerak dari Bursa ke Istanbul menaiki bas ekspres.
Perjalanan dari Bursa ke Istanbul mengambil masa selama lebih kurang empat jam. Sepanjang perjalanan ke Istanbul,
kami dapati ladang zaitun di sekeliling kami, sangat cantik dan indah.
Pemandu bas yang kemas bertali leher
Cara
pemanduan masyarakat Turki sangat merbahaya. Saya ingat memandu dalam Chicago,
Las Vegas dan New York City sudah cukup bahaya, tetapi di Turki pemandu-pemandu
di sana memandu begitu laju seolah-olah tiada had laju. Saya biasa memandu di
dalam bandar Chicago dan Las Vegas, itupun sudah menggila saya rasakan. Di
Turki , pemandu lagi gila-gila.
TV kecil di dalam bas di setiap kerusi penumpang
Tetapi
ada sesuatu menarik perhatian saya, perkhidmatan bas ekspres di sana begitu
banyak seperti di Malaysia, dan setiap bas sangat selesa di dalamnya dan murah.
Dalam bas ada pelayan(konduktor bas) yang akan menawarkan untuk penumpang sama ada untuk minum teh, dan
kopi. Satu lagi yang saya perasan, mereka bertanggungjawab terhadap penumpang
yang menaiki bas di sana. Konduktor bas yang akan memasukkan beg kita ke dalam bas,
dan mengeluarkannya setelah kita sampai di destinasi. Saya merasakan ini bagus
bagi mengelakkan kecurian atau tersilap mengambil beg oleh penumpang lain
apabila sudah sampai di destinasi.
Ladang zaitun
Saya
yang agak kerap berulang alik di antara KL, Selangor dan Pulau Pinang
menggunakan bas ekspres memikirkan bahawa setiap pemandu bas Muslim mesti
dipanggil berkursus tentang etika pemanduan berhemah serta menghormati waktu
solat. Ada sesetengah pemandu bas eskpres Muslim yang terlalu mengejar duit
tidak menghiraukan kelajuan serta waktu solat untuk penumpang Muslim menunaikan
solat.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment