Salam
buat sahabat yang dekat mahupun yang jauh. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya
yang besar buat kita semua.
Amma
ba’d.
Hampir
dua minggu tidak menulis di blog kerana berada di ‘luar negara’; kini masa
untuk mencoretkan sedikit warkah buat tatapan semua. Perjalanan ke Turki
dirasakan begitu indah kerana banyak pertolongan Allah sepanjang saya dan dua
sahabat saya di sana. Saya tidak tahu dari mana harus saya memulai tulisan ini
tetapi saya rasa hanya akan menceritakan perkongsian yang saya rasakan bermakna
untuk kita semua.
Kami
sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Attartutk pada pukul 5.45 pagi waktu
Istanbul (GMT+2). Di sana kami disambut oleh kenalan kami, Ali Kandemir. Dia
membawa kami ke sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh dan kemudian terus
ke rumahnya. Sampai di rumahnya, kami dijamu sarapan pagi. Makanan orang utama
orang Turki sememangnya roti, keju, zaitun, daging dan kentang. Saya boleh ‘masuk’
dengan makanan ini, Alhamdulillah. Minuman utama mereka adalah cay (teh). Pagi,
petang, siang dan malam semuanya teh panas yang lazat. Saya rasa ketagih dengan
teh Turki. Petangnya kami berangkat ke Bursa dengan menaiki feri. Merentasi laut
Marmara di senja hari sangat damai dan menenangkan.
sarapan pagi
Jarak dari Istanbul ke
Bursa menggunakan jalan darat adalah 250 KM tetapi menggunakan feri, hanya
mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Kami sampai di Mudanya, terminal feri di
Bursa pada pukul 7.30 malam dan keadaan sudahpun gelap. Bermulalah episode sulit
pengembaraan kami apabila boleh dikatakan 99% peratus orang yang kami temui di
Bursa tidak boleh berbahasa Inggeris. Setiap persoalan yang ditanya, dijawab
mereka dalam bahasa Turki. Kami hanya mampu menulis destinasi yang hendak kami
tujui kepada pemandu bas. Alhamdulillah pemandu bas faham dan suruh kami
menaiki bas yang menuju ke hotel kami tanpa bayaran. Di sini kami merasai
nusrah (pertolongan) Allah buat kami. Menarik lagi tentang Orang Turki, mereka
begitu menyanjungi rakyat Malaysia. Bila kami mengatakan dari Malaysia, mereka
mengangkat ibu jari memuji-muji Malaysia. Ada yang kami temui di Istanbul
berkata “Malaysia is number one, Turkey number two”.
feri ke Bursa
Kami
memulakan melawat Bursa pada hari kedua. Antara tempat menarik untuk dilawati
di sini ialah, Ulu Cami (The Grand Mosque), Tophane Tower, Koza Han (bazar),
Mount Uludag (buat peminat ski dan snowboard), dan hamam (rumah mandi Turki). Saya
tidak galakkan pelajar-pelajar perempuan ke sini tanpa ditemani mahram. Bandar ini
seolah-olah sangat jarang dikunjungi pelancong. Setiap mata mengekori kami
tatkala kami melewati mereka. tambahan pakaian kami di luar norma masyarakat
Turki, lagi lah kelihatan asing.
keadaan pasar di Bursa
Pada
hemat saya, dasar kerajaan yang menghantar pelajar Malaysia ke luar negara dengan
mengambil bidang hard science wajar dibincangkan semula. Saya tidak nafikan
keperluan untuk bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan, sains
pertanian, dan pergigian tetapi soft
science seperti bahasa wajar diberi
perhatian serius. Sekadar yang saya tahu, sekarang hanya ada seorang di
Malaysia yang menguasai banyak bahasa iaitu Mahadzir Lokman yang boleh menguasai
bahasa Sepanyol, Itali, Jepun, Inggeris, dan Yunani. Saya tersedar peri
pentingnya bahasa selepas kembara ini kerana, negara kita banyak melakukan
hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam. Justerus amat molek jika
penguasaan bahasa Arab perlu ditekankan selain daripada penguasaan bahasa
inggeris.
kesibukan bandar Bursa
Inilah
sedikit warkah untuk hari-hari pertama di Turki, insha Allah saya akan cuba
sambung dalam entri-entri selepas ini.
No comments:
Post a Comment