Wednesday, January 28, 2009

My ummah,My ummah He will say....

Salam buat sahabat-sahabat yang sentiasa dalam ingatan, mudah-mudahan kalian berada dalam keadaan sihat walafiat serta dipayungi rahmat & kasih sayang Allah. Kita tahu bahawa baru-baru ini saudara mara kita di Palestin diserang oleh Yahudi laknatullah. Perbuatan ini melanggari batasan-batasan fitrah manusia yang sentiasa mendambakan keamanan & keharmonian yang berpanjangan. Sebenarnya di sebalik episod duka umat Islam ini, terdapat individu yahudi yang ingin meraih sokongan politik. Individu tersebut ialah Tzipni Livni iaitu Menteri Luar Israel yang cuba meraih popularity untuk pilihanraya Israel yang dijangkakan pada Febuari ini. Dia antara calon yang bertanding bagi merebut jawatan perdana menteri Israel cuba meraih sokongan puak yahudi dengan mengarahkan agar Gaza diserang. Umat Islam umumnya mengetahui bahawa peperangan antara Islam dengan yahudi tidak dapat dielak kerana dendam kesumat bangsa laknatullah ini terhadap umat Rasululullah SAW.


Bukanlah topik ini yang saya cuba kupaskan, tetapi keadaan umat Islam sedunia amnya dan Malaysia khususnya. Perkara pertama yang ingin saya utarakan adalah solat.YA SOLAT! Kajian yang dibuat oleh Universiti Islam Antarabangsa pada 2 tahun lepas mendapati hanya 30% umat Islam di Malaysia yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Maka tidak hairanlah jika yahudi menyerang umat islam di Palestin. Solat yang merupakan tiang agama(yang paling utama) dalam Islam diabaikan apatah lagi nasib rakyat Palestin yang beribu batu jauhnya. Sabda Rasulullah SAW”solat adalah tiang agama.barangsiapa yang mendirikannya, dia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang mengabaikannya seungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya”

Perkara yang kedua ialah HIBURAN,tidak dapat dinafikan disini bahawa fitrah manusia suka berhibur dan perlu kepada hiburan. Hiburan tiada salahnya disisi Islam tetapi yang menjadi salahnya manusia sekarang seolah-olah bertuhankan hiburan. Sambutan tahun baru diadakan dengan konsert, kutipan derma juga dengan konsert, dan yang paling melampau ada yang sanggup menganjurkan parti seks dengan menghebahkannya di internet. Perbuatan ini jelas sekali mempersendakan agama Islam yang suci sekaligus membawa fitnah terhadap agama Islam.Rasulullah SAW tidak pernah melarang umatnya berhibur akan tetapi mesti mengikut lunas-lunas yang telah digariskan syariat Islam.

Cukuplah dua perkara ini yang menjadi asbab untuk turunnya bala’ Allah. Sesungguhnya kiamat semakin dekat akan tetapi ramai daripada kalangan kita yang masih leka mengejar kehidupan duniawi yang sementara dan meninggalkan akhirat yang kekal abadi. Pesan Luqmanul Hakim kepada anaknya”janganlah biarkan hatimu terlalu cenderung terhadap kehidupan duniawi kerana apa yang kamu kejar semuanya tanah akan tetapi jangan pula kamu meninggalkan terus duniawi ini kerana ini akan menjadikan kamu golongan yang meminta-minta”. Pesanan ini sangat berguna untuk kita hayati;pesanan ini mengajar kita agar mengambil dunia sekadar yang diperlukan untuk kita dan tanggungan kita.

Thursday, January 1, 2009

A NeW bEgiNNinG...

Assalamua’laikum to all of my friends and May Allah always bless us. On January 4th, INTEC students will enroll for the second semester and hopefully this semester will boost up our spirit to continue our ‘odyssey’ in life.(KI-Intec students:Rafi,Shairani,Adib,Azhar,Amirul Asyraf,Wan Syahmi,Farhan Faizi & me)Sorry i don't recognize the girls.

Absolutely this semester will turn into more challenging and we have no time to enjoy. I really don’t know how to say but for sure it is tougher than the previous semester. By the way, if we can manage our time properly, insya Allah everything can be settled. Whether you study in local or overseas, it is the same thing. STUDY!!


Sebenarnya saya tidak ada sebarang isu untuk diperbincangkan cuma sekadar ingin mengucapkan selamat menyambung pengajian kepada semua rakan-rakan untuk semester kedua. Tidak penting sama ada belajar dalam negara ataupun luar negara yang penting niat ikhlas untuk mencari mardhotillah.tidak dinafikan bahawa belajar di luar negara memberi kita pengalaman yang berbeza kerana kita akan bercampur dengan masyarakat antarabangsa(out of Malays boudaries). Sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi cara dan gaya hidup kita seperti cara berfikir,berkomunikasi, dan belajar tetapi saya tidak katakan cara ini lebih bagus kerana yang bagus itu datangnya daripada Allah & Rasul-Nya.


kepada sahabat-sahabat saya dari KISAS(maaf bias sikit) diharap dapatlah memegang amanah ilmu & tarbiah yang anda dapat semasa di KISAS dulu. tak dapat lakukan semua jangan tinggalkan semua.
TARBIAH MENJANA KEGEMILANGAN UMMAH.....