Tuesday, March 27, 2012

Perihal Anak Angkat...

Salam kepada ikhwah dan akhawat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga Allah menetapkan hati-hati di atas landasan dakwah Islam yang mulia ini.
Amma ba’d.

Dalam hidup, tidak ada sesautu pun yang patut kita bimbangkan kerana semuanya telah tertulis di lauhul mahfuz. Andai kita memahami hakikat ini, tiada kesedihan yang akan melanda kita. Yakin dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kita akan rasai bahawa aturan Allah ini begitu cantik.


Sebenarnya, saya tidak ada apa sangat untuk dicoret kali ini Cuma sengaja ingin mengisi masa lapang sebelum masuknya asar. Alhamdulillah, baru-baru ini emak dan ayah saya dapat lagi anak angkat; kali ini semuanya lelaki. Jumlah anak angkat emak saya sekarang ada lebih kurang tujuh orang. Anak angkat yang pertama diambil pada tahun 1993 dibawah program anak angkat yang dianjurkan oleh USM Pulau Pinang. Kami sekeluarga kenalinya dengan panggilan Kak Za. Sewaktu itu Kak Za yang masih belum berkahwin, sampai sekarang sudah ada tiga anak tidak pernah miss balik kampong saya setiap kali tibanya raya. Anak sulungnya juga, Aiman sudah berumur 16 tahun. Subhanallah, masa berlalu begitu pantas. Kak Za dan suaminya Abang Lan, kedua-keduanya mengajar di salah sebuah sekolah di Kelantan.

Anak angkat yang kedua, Kak Nurul, orang Pendang, kedah. Kak Nurul menjadi ahli keluarga saya pada tahun 2004. Ada seorang lagi anak angkat yang diambil pada tahun yang sama tetapi saya tidak ingat namanya (yang seorang ni orang Kajang dan saya tidak pernah berjumpa dengannya). Dua orang ini juga diambil di bawah program anak angkat USM Pulau Pinang.

Baru-baru ini, emak saya dapat lagi empat orang anak angkat. Kali ini dari Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh. Kesemuanya lelaki. Saya call  emak saya semalam dan emak menceritakan tentang mereka. Setakat yang saya tahu, mereka semua muda daripada saya setahun.
 Ahli Keluarga Baru

Alhamdulillah, dibawah program Aqsa Syarif, saya sendiri turut mempunyai seorang anak angkat (seperti yang pernah diceritakan di entri ini). Saya berharap di masa hadapan, apabila sudah mempunyai ekonomi yang kukuh, saya akan pergi cari sendiri anak angkat di Palestin. Dari pengamatan saya, anak-anak Palestin, sebahagiannya adalah anak para syuhada’ yang sudah mengalir ruh jihad yang mantap dalam tubuh mereka. Jika mereka diberi peluang pendidikan dan kehidupan yang baik, saya yakin potensi mereka untuk menjadi pemimpin Islam yang hebat di masa hadapan sangat tinggi. Atas sebab ini, saya terfikir mungkin dengan cara ini, kita dapat membantu saudara-mara kita di sana.

Thursday, March 22, 2012

Wahai Pemuda Pemuda...

Salam to all my friends, may Allah bless all of us.
Amma ba’d.

Could you guess what topic I want to bring up for this time around? It is a topic that the people around my age like to talk about. You got the hint? This topic out of sudden emerges on my mind. Rasulullah SAW said:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

Actually I just want to share a video with all of you guys. It is about nikah khitbah. I do not know what had happened to Rochester's weather this year. Supposedly it is spring but the weather is just like summer; but I enjoy the weather to the fullest. The problem is, the minah salehs wear clothes like how poor people dress. You know right? It is not good for single people (just like me). Allah commands to all men believers in Surah Annur verse 30th:

“Tell the believing men to lower their gaze and guard their private parts. That is purer for them. Indeed, Allah is Acquainted with what they do.” (24:30)

Allah also commands the same to all women believers in the next verse of the same surah.


Ok, let’s put aside about minah salehs. The current situation in Malaysia cannot be taken for granted too in this matter. We can see, day to day that illegitimate children become more and more. It is worsen when all the illegitimate registered babies are from Malay Muslim Youths. This is serious matter guys! Sometimes I am thinking what happens to some of Malaysian parents’ mentality. They give permission to their son or daughter to go hanging out together with opposite gender people but in the meantime, when their children ask permission to get married, they got a very pessimistic thought about marriage at the young age (my parents are excluded).

“Go and finish your study first”

“Nak bagi makan pasir”

 Ok, I will not go further about this since I am not a parent. 

For those who have found a righteous person (instead of mr. right), I pray for me and all of us, may Allah make us easy to get married. Adultery happens  rampantly nowadays when we Muslim put aside Alquran and Assunnah. Rasulullah SAW said:

“perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah maharnya” (maksud hadith)

When Rasulullah said it is more blessing to have a simple one, why do we want to make it difficult?
Indeed, we need to shift our paradigm.
Wallahua’lam.

Tak de photographer, tak de majlis resepsi, tak de pelamin, tak de karaoke pun tak pe sebab benda tu hanya membazir dan tak mengundang keberkatan Allah pun.

Untuk bacaan lanjut klik di sini

Sunday, March 18, 2012

Perkasakan Tarbiyah, Mantapkan Fikrah...

Salam kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah sekalian. Di hari minggu yang tenang ini, marilah sama-sama memuji kebesaran Ilahi dengan memerhati ciptaannya yang agung. Semoga kita semua lebih menghampiri Allah jalla wa a’la.
Amma ba’d.

Membaca akhbar, blog, link-link yang dikongsikan di fb, twitter dan sebagainya sudah menjadikan kita insaf dengan keadaan umat Islam baik yang ditindas di Palestin dan Syiria terutamanya mahupun yang lalai serta jauh dari pimpinan Alquran dan Assunnah. Saban hari dan waktu kita mendengar keadaan umat semakin kritikal. Berlakunya penindasan kepada kaum lemah, eksploitasi kaum wanita dalam bidang permodelan dan pengiklanan, terjadinya penyelewengan harta dan kuasa dalam kalangan pemimpin politik,  wujudnya masyarakat Muslim yang meremehkan hal sembahyang dan hukum hakam agama serta TIDAK BERJALANNYA AMAR MAA’RUF WA NAHI MUNKAR secara berterusan (istiqamah).

Buat masa sekarang ini tiada apa sangat yang mampu kita lakukan kerana kuasa bukan di tangan kita. Kata-kata Syed Qutb:

“Perlu untuk wujud jemaah yang menyeru kepada kebaikan, menguatkuasakan syariah dan mencegah kemungkaran . Tidak dapat tidak kerajaanlah yang perlu memainkan peranan itu.

Perlu difahami bahawasanya bukan menjadi kemestian dalam berda’wah untuk mempunyai kerajaan, tetapi untuk menguatkasakan syariah dan mencegah sebarang kemungkaran yang bercanggah dengan syariah MESTILAH dengan mempunyai kerajaan.” (dipetik dari blog UstazRidhauddin)

Saya hanya berpendapat, dalam kalangan sahabat-sahabat saya ada yang akan menjadi pemimpin, menteri bahkan mungkin ada yang akan jadi perdana menteri. Atas sebab ini, pentingnya system usrah ini berjalan dengan konsisten. Suatu hari nanti, kalau yang naik memimpin biarlah orang yang mengikuti usrah, tamrin, daurah, jaulah, rehlah dan katibah kerana kata-kata Saidina Umar Alkhattab:

“'faqihkanlah dirimu dalam hal agama sebelum kamu memimpin”.

Perlunya pemimpin-pemimpin di masa hadapan daripada kalangan orang yang menerima tarbiyah supaya dia tahu merawat penyakit yang melanda masyarakat. Saya sentiasa berharap daripada kalangan rakan-rakan usrah saya, akan ada yang jadi menteri dan pemimpin supaya masyarakat boleh menjadi baik. Ada suatu kata-kata (saya tak berapa pasti perkataan ulama’ atau hadith) yang berbunyi:

“al-ra'iyyatu 'ala dini mulukihim yang bermkasud rakyat berada di atas agama pemimpin mereka”

Hal ini bermaksud rakyat akan mengikuti jejak langkah pemimpin mereka. Jika pemimpin kaki rasuah, kita tidak pelik jika berleluasa rasuah dalam masyarakat kita. Jika pemimpin itu berakhlaq mulia, kita akan dapati bahawa orang bawahannya atau yang dipimpinnya juga berakhlaq mulia. Kepimpinan melalui tauladan.

Pokok pangkalnya, buat masa sekarang, sistem usrah harus diperkasakan kerana sistem pendidikan formal yang sedia telah terbukti  gagal melahirkan insan yang cemerlang akhlaqnya.
Wallahu’alam.

Perkasakan tarbiyah, mantapkan fikrah. Kita mampu melakukannya.

Wednesday, March 14, 2012

Politik Kita...

Salam kepada ikhwah dan akhawat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah menaungi kita.
Amma ba’d.

Berbicara mengenai politik, ramai orang mula ‘panas’. Ada yang mengatakan politik itu kotor, tidak kurang apabila bercakap mengenai politik, semangatnya naik mencanak. Apa itu politik? Di bawah ini saya petik maksud politik daripada wikipedia.

“Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-oramg Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta.” (Wikipedia)

Saya tertarik dengan maksud politik yang pertama; “Bagaimana CARA TERBAIK manusia tinggal di Bandar, dan dengan PATUH kepada apa?” saya berpandangan bahawa sebagai umat Islam, politik kita adalah Alquran dan Assunnah. Segala petunjuk dan bagaimana hendak hidup di atas muka bumi ini telah diterangkan secara jelas dalam Alquran dan melalui sunnah Nabi junjungan mulia kita.

Maksud yang kedua pula; “Bagaimana manusia mengatur haluannya?” sangat menarik perhatian saya. Secara asalnya, kita tidak mungkin tahu apa tujuan hidup kita. Jika kita tahu apa tujuan hidup kita, baru kita tahu bagaimana kita mengatur hala tuju kita demi mencapai tujuan hidup. Kita tidak mungkin tahu tujuan hidup jika tidak diberitahu. Allah, melalui kitab dan rasulNya memberi  tahu kepada kita bahawa tujuan hidup kita adalah menjadi hamba yang mengabdikan diri kepadaNya serta menjadi khalifah yang memakmurkan bumiNya mengikut panduan yang  terkandung dalam Alquran.

Pandangan saya secara peribadi ialah, politik itu bermaksud hubungan antara pemerintah dengan yang diperintah. Pemerintah kita yang mutlak adalah Allah jalla wa a’la. Kita hanya hambaNya yang diperintah. Adapun pemimpin-pemimpin politik yang wujud, sepatutnya mereka sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah membawa manusia daripada bertuhankan nafsu kepada mentauhidkan Allah. Politik ini harus difahami hanyalah wasilah untuk menyampaikan kita kepada tujuan hidup.

Selepas kita memahami serba sedikit tentang politik, apakah masih lagi ada di benak fikiran kita bahawa politik itu kotor? Politik itu adalah sebahagian daripada hidup kita dan ia merupakan satu juzu’ (bahagian) dalam Islam kerana Islam itu syamil (menyeluruh), kamil (lengkap), mutakammil (saling melengkapi). Politik itu nampak kotor kerana dimainkan oleh politikus (ahli politik) yang kotor, yang korup pemikirannya serta busuk tindakannya kerana jauh dari pimpinan Alquran dan Assunnah. Politik kita bukan politik kepartian, bukan politik perkauman, bukan politik kebangsaan tetapi politik kita adalah politik menyeru manusia kepada Allah, mengeluarkan manusia daripada kegelapan menuju cahaya, mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama makhluq kepada perhambaan untuk Alkhaliq semata-mata serta memakmurkan bumi ini mengikut lunas-lunas Alquran.

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Albaqarah:256)

“Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”(Albaqarah:257)

Kita ke program, tamrin, daurah, jaulah, rehlah serta katibah adalah politik kita membawa manusia menuju Alla a’zza wa jalla. Seharusnya pemimpin politik yang sedia ada hari ini apabila mengemukakan idea, biarlah yang membawa manusia menuju kepada petunjuk ilahi.

Wallahu’alam.

P/S: Saya sudah dituntut penjelasan, kepada Allah saya sandarkan segala ketentuan.

Sunday, March 11, 2012

Mukjizat Seorang Daie...

Salam buat sahabat, ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekalian. Semoga kita kekal dalam peleiharaan rahmat Allah.
Amma ba’d.

Mukjizat bagi seorang daie adalah akhlaq dan peribadi yang luhur. Mukjizat dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang melemahkan. Jadi akhlaq seorang daie dapat melemahkan dan mencairkan hati mad’u nya. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia. “ (Riwayat Baihaqi)

Akhlaq yang mulia harus dipupuk, ianya bukan sesuatu yang harus dibuat-buat. Sama ada beramai-ramai atau bersendirian, seorang daei harus berakhlaq dengan akhlaq Al Quran dan Ar Rasul. Kadang-kadang fitnah datang kepada dakwah apabila tempang dan pincangnya akhlaq seorang daie.

Seharusnya apabila mad’u ditimpa musibah, daie adalah orang pertama yang menyantuninya. Apabila diseru melakukan kebajikan, daie adalah orang pertama yang menyahutnya. Apabila diminta pandangan buah fikiran, daie adalah orang pertama cuba menyatakan pandangannya. Apabila melakukan kekhilafan, daie adalah orang yang tidak segan memohon maaf dan mengakui kesilapan.

Apa yang paling penting, seorang daie mesti bersifat dengan sifat ikhlas. Antara tanda seseorang itu ikhlas ialah:

1)Jiwa yang tenang.

2)Rohani yang kuat.

3)Istiqamah terhadap tugas.

4)Semua tugas menjadi ibadat.

5)Beroleh ganjaran dalam tugas.

Akhir kalam, sebenarnya dalam diri kita masih banyak rawasib jahiliyah (karat jahiliyah) yang bersarang dalam jiwa (terutama orang yang menulis ini).

P/S: Semoga tulisan yang ringkas ini kembali mengukuhkan himmah kita untuk terus berbakti agama dan ummah.

Wallahua’lam.

Friday, March 9, 2012

Spring Cabin Retreat 2012 (SCaRe 2012)...

Salam buat saudara dan sahabat yang saya kasihi kerana Allah, semoga Allah memberi rahmat dan petunjuk kepada kita dalam menjalani sisa-sisa kehidupan di dunia ini.
Amma ba’d. 

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadhrat ilahi atas limpahan kurniaan nikmat yang tidak terhingga. Semoga Allah senantiasa memelihara saya dan sahabat-sahabat dalam jalan juang dan dakwah sehingga nyawa terpisah daripada badan.

Diberi kesempatan untuk bersama ikhwah-ikhwah dari Pennstate University, Vanderbilt University, Temple University, dan  Michigan State University dalam program Spring Cabin Retreat di Smoky Mountain, Tennessee adalah anugerah Allah yang sangat bernilai buat saya. Pengisian untuk cabin ini adalah berkenaan Ghazwatul Fikr  (serangan pemikiran). Secara jujur, saya pernah mendapat pendedahan ghazwatul fikr ini semasa di tingkatan empat lagi namun  dalam cabin kali ini, ada beberapa ilmu baru yang saya dapat seperti kisah dan catatan King Louise IX. Namun, apa yang lebih berharga adalah nilai ukhuwah islamiyah yang dikurniakan Allah. Dapat berada dalam suasana islami biarpun hanya dua hari sudah dapat memberi ketenangan dan kelegaan di hati setelah kita hidup dalam sebuah masyarakat yang hanyut dengan arus pemodenan yang melalaikan dan menipu daya.

Dapat bersama-sama makan, berpeluk-pelukan sesame ikhwah, bergelak ketawa, serta melakukan amal-amal islami seperti solat berjemaah, membaca mathurat berjemaah, mendengar tazkirah serta tazkiyatun nafs adalah perkara yang benar-benar membasahkan hati yang adakalanya gersang.

Doa saya agar Allah mengurniakan peluang dan kesempatan untuk bersama-sama lagi dalam program-program mendatang.

  Setelah hampir dua tahun tak ketemu air terjun

Cuaca di Tennessee sangat best

Kereta peserta program


Azam dan gayanya




P/S: Kadang-kadang saya tak dapat tangkap apa yang dicakapkan oleh orang-orang Tennessee sebab saya orang New York..:P (accent diorang lain sikit)

Friday, March 2, 2012

Dimensi Akhirat...

Salam kepada ikhwah akhawat yang saya kasihi kerana Allah, semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan mengekalkan kita dalam hidayahNya serta menjadikan kita hambaNya yang lebih mendekatiNya.in sha Allah.
Amma ba’d.

Manusia ini jika dia memandang sesuatu perkara dengan dimensi akhirat dalam kehidupan pasti hidupnya bahagia. Memandang akhirat sebagai matlamat yakni dalam erti kata mencari mardhatillah (keredhaan Allah), akan mengundang suatu perasaan bahawa perlunya bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam hidup kerana pemilik segala sesuatu hanyalah Allah. Telah berkata imam Hatim Al Assam:

“Aku tahu bahwa rezekiku tidak akan dimakan oleh orang lain, lalu aku merasa tenang dengannya. aku tahu bahwa amalanku tidak akan dikerjakan orang lain, lalu aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu bahawa kematian itu boleh datang dengan tiba tiba, lalu aku segera beramal. Aku tahu bahwa aku tidak akan lepas dari pandangan Allah dimana pun aku berada, lalu aku merasa malu kerananya.”

Atas dasar ini, kita boleh melihat seseorang yang jauh kebergantungannya kepada Allah apabila dia ditimpa musibah lalu dia berasa keluh kesah, rasa hilang tempat bergantung serta merasakan dunia ini terlalu kejam dan zalim terhadap dirinya. Allah berfirman dalam surah Al Ma’arij:

“sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berasa sangat resah. Dan apabila beroleh kesenangan, dia sangat bakhil dan kedekut.” (70:19-20)

Allah telah menyatakan bahawa inilah tabiat manusia. Kita selalu terbaca di akhbar-akhbar bahawa terlalu banyak korupsi, penyelewengan, ketirisan dan pelbagai bentuk kezaliman lagi dibuat atas muka bumi disebabkan merasakan hanya dengan memiliki harta kekayaan sahaja mereka akan bahagia. Mereka gilakan harta sehingga terlupa bahawa adanya hari perhitungan dan hari pembalasan. Salahkah mencari harta? Carilah harta sebanyak mana yang kita mahu tetapi janganlah harta itu menjadikan kita lupa matlamat asal kita untuk mengejar mardhatillah. Dengan harta yang banyak, gunakanlah ia kearah jalan yang diredhai Allah.

Perkara yang ingin dibangkitkan di sini ialah, kerana kejarkan pangkat, harta, dan kesenagan duniawi kita sanggup melanggar batas-batas syara’. Ada yang lebih parah daripada itu kita menggunakan nama islam untuk mencari keuntungan duniawi yang fana.

“Saya buat begitu dan begini kerana kepentingan umat Islam”

“perlunya saya menolak perkara itu kerana kebaikan islam itu sendiri”

Padahal hakikatnya semuanya hanya bertopengkan nafsu serakah yang bersarang dalam jiwa.

“Saya buat begitu kerana projek itu mahal. Rugi kalau terlepas”

“saya menolak perkara itu kerana ia menyebabkan saya tidak dapat berkuasa”

Mungkin ini maksud tersirat bagi orang yang memperjuangkan pangkat dan habuan duniawi.

“Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (6:32)

Mengejar dunia hanyalah umpama orang haus yang meminum air laut; hanya menambah haus. Ingatlah kesudahan yang baik hanyalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Andai kita memandang kehidupan di dunia ini melalui dimensi akhirat, kita akan bahagia kerana tidak ada apa yang perlu dibimbangkan tentang habuan duniawi ini. Andai kita memahami.

Wallahu’alam.

Wednesday, February 29, 2012

Daku Mencabar Alam (Random)...

Darah mengalir dalam jasadku
Udara-udara segar meresapi tubuhku
Haruman alam menusuk deriaku

Daku disisimu
Disebuah tempat
Sehingga ku lupa
Waktu berlalu dengan cepat

Dekatilah diriku padamu
Berilah daku menghayati bersamamu
Daku mencabar alam ketika bersamamu
Suarakan kepada dunia
Bahawa daku mencintaimu
Dan jiwaku bersamamu

Hampirilah dirimu bersamaku
Supaya daku dapat mencintaimu
Cintaku padamu umpama bulan dan bintang
Daku resah melebihi khayalku
Dan mengatasi seluruh cabaran manusia
Daku resah sejak mengenalimu
Hidupku menjadi indah
Khayal dibayangi hidupmu

Ya Rasulullah, andai dirimu bersama kami...



Berakhirnya winter datanglah spring.

"Sesungguhnya selepas kesusahan itu adanya kesenangan" (Al Insyirah:5)

Selepas kesedihan adanya kegembiraan, selepas kejatuhan adanya kebangkitan, selepas kalah adanya kemenangan, selepas ujian datangnya nikmat.









P/S: Random post sebab hari ini 29 February, kalau nak post pada 29 February kena tunggu lagi empat tahun..:)

Saturday, February 25, 2012

Kembalilah Kepada Tuhanmu Al Ghafur...

Pernah tak kita dengan keazaman yang penuh dan tinggi ingin meninggalkan segala dosa-dosa silam kita namun tidak lama selepas itu, kita tersungkur kembali? Akibat asyik bertaubat dan buat semula dosa itu menyebabkan kita hampir putus asa. Wahai sahabat, jangan begitu. Yakinlah bahawa Allah maha pengampun dan sayang kepada kita. Di bawah ini adalah status senior saya di FB yang saya copy paste kat dalam blog ini.

"Jangan patah hati bila membuat kesilapan dan dosa tambah pula dosa tu yang sama kita ulang puluh dan ratusan kali.Rasa terlalu hina diri hingga kononnya malu bertaubat pada Allah disebabkan kesalahan yang terlalu kerap sebenarnya satu bisikan syaitan yang ingin melihat kita putus asa dari rahmatNya.Rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya pada hambaNya yang terus menerus bertaubat padaNya. Antara hikmah Allah jatuhkan kita di lubang yang sama adalah untuk melihat kita sabar, bangun, bertaubat,terus menerus mujahadah dan berharap pada bantuan Allah. Kemuncak kepada kesabaran ini adalah kita dapat membebaskan diri dari rasa bergantung pada amalan dan usaha kita, berpindah kepada memandang segalanya kepada Allah dan akhirnya mencapai ikhlas yang sempurna dalam mengharap kepada Allah.
Perkara ini memakan masa yang lama, setahun, 10 tahun, 50 tahun atau mungkin seumur hidup kita. Ianya bergantung kepada kesungguhan mujahadah kita."

Intipati pengajian kitab Risalah Tanbih oleh Tuan Guru Hj Zulkifli Ismail.
Copy & paste from Ustaz Azrul Azuan Idris FB status (Mantan Presiden BADAR KISAS 2007)

jom dengar ceramah Dr Asri yang ini

Wednesday, February 22, 2012

Halal & Baik...

Salam buat sahabat, semoga Allah melimpahkan rahmatNya yang luas buat kita hambaNya yang kerdil dan hina.
Amma ba’d.
Sewaktu saya mula-mula sampai ke US ini, saya dapati harga makanan sangat murah. Junk food yang dulu kalau nak beli kat Malaysia hanya perlu sekali sekala sahaja kerana harga yang mahal, tetapi kat sini boleh beli selalu (hari-hari) seperti snickers, Ferrero rocher, ais krim haagen dazs, air berkarbonat (soda drink) dan banyak lagi sebenarnya. Memang kalau pergi ke Walmart (macam Giant di Malaysia), memang tidak pernah tidak beli junk food ini kerana selain kesukaan saya tetapi harganya yang begitu jauh murahnya. Saya mesti mengaku saya ini chocoholic (hantu coklat ^_^). Memang setiap minggu akan ada stok kat bilik saya untuk coklat dan minuman soda ini.
Menjadi kegilaan suatu ketika dahulu

Kalau pergi roadtrip, kawan yang lain terutama driver akan singgah mana-mana stesen minyak untuk beli kopi tetapi saya, cukuplah sebatang snickers dan sebungkus kit kat. Alhamdulillah yang bagusnya bila kita ada kawan-kawan yang baik mereka saling memperingati saya.
“Hai, tak sayang kaki ke? Nak kena potong?”
Saya masih ingat waktu baru balik dari Washington DC semasa hari raya tahun lepas, sahabat saya, Syamir dia menceritakan tentang kenalan rapatnya yang kuat mengamalkan minuman soda ini terkena penyakit kencing manis. Saya yang mendengarnya terasa seram sejuk. Sejak dari itu, saya sudah kurangkan makan junk food ini. Perlahan-lahan saya tinggalkan snickers, pepsi whild cherry (my favorite soda drink), kit kat dan ais krim Breyers yang pelbagai perisa itu. Allah berfirman:
“Wahai sekalian manusia, makanlah yang HALAL  lagi BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (Albaqarah:168)
Dalam ayat ini, Allah menyatakan dua perkara yang perlu diambil perhatian sebelum kita makan iaitu yang halal lagi baik. Setakat halal belum tentu baik; sebagai contoh minuman soda tadi halal tetapi ia tidak berapa baik untuk kita jika diambil secara konsisten. Makanan yang halal lagi baik ini seperti buah-buahan, ayam yang disembelih, herba-herba serta makanan yang diiktiraf dalam Alquran seperti zaitun, delima, anggur serta pisang.
Pentingnya kita untuk menjaga makanan ini kerana dari makanan ini kalau tidak dijaga boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Memakan makanan yang haram, selain diancam dengan ancaman azab api neraka ia menyebabkan badan kita rosak. Sebagai contoh, arak dapat merosakkan hati.
Kita selalu mendengar “You are what you eat”. Memang makanan membentuk peribadi kita, kalau kita memakan makanan yang halal lagi baik, kita akan dapati tubuh badan sihat, mood ceria, perkataan kita baik dan segala tingkah laku kita juga turut baik. Namun, jika yang haram disuap, kesihatan kita teruk, cepat panas baran, mood tidak ceria dan boleh mengundang pelbagai penyakit.
Oleh itu, berhati-hatilah ketika hendak makan. Pastikanlah yang ingin masuk ke dalam perut kita adalah HALAL dan BAIK.  Sabda Rasulullah SAW:
“Setiap daging yang tumbuh dariapda makanan yang haram, maka api neraka itu terlebih layak baginya” (Maksud hadith)
Sesungguhnya makanan membentuk peribadi kita.
Wallahu’alam

Tetapi saya tak boleh tinggalkan benda di bawah ini




Tuesday, February 14, 2012

Rona Bhosporus...

Salam buat sahabat sekalian, semoga Allah mengurniakan keampunan buat kita dan ibu bapa kita.
Amma ba’d.

Dulu semasa di INTEC, saya selalu membaca blog Ustaz Hasrizal (sekarang pun masih membacanya). Banyak juga entri-entri ustaz dahulunya menceritakan kehidupan ustaz di bumi Jordan, bagaimana ustaz berkenalan dengan sahabat-sahabat dari Turki dan pengalaman ustaz semasa mengunjungi Turki. Saya tertarik dengan cerita ketika ustaz berada di Turki. Ustaz mendapat layanan yang sungguh istimewa bahkan ustaz Hasrizal sampai boleh berbahasa Turki kesan bergaul dengan orang-orang Turki. Sejak itu saya mula memasang azam ingin pergi ke Turki dan berkawan dengan orang Turki. 

Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan satu impian saya iaitu berkawan dengan orang Turki. Kawan turki saya yang pertama ialah Niyazi. Dia seorang yang sangat baik, pemalu, dan taat perintah agama. Saya pernah menceritakan tentang dia dalam entri saya sebelum ini. Tahun ini Allah perkenalkan saya dengan seorang lagi orang Turki iaitu Yilmaz. Ada lagi beberapa orang Turki lain, Taifun dan Ahmad tetapi Yilmaz lebih rapat dengan kami pelajar Malaysia di RIT ini. Yilmaz adalah presiden Muslim Student Association(MSA) di sini. Apa yang menarik tentang dia ialah, dia anak orang kaya tetapi pembawakannya sangat merendah diri. Bapanya memiliki beberapa bangunan untuk disewa di sekitar Rochester. Saya Nampak banyak program MSA diadakan di bawah Yilmaz ini (tak dapat dinafikan juga komitmen penuh dan penglibatan langsung saudara Farhan Syahir). Antaranya kuliah tafseer mingguan bersama Dr Shaqeel, Interfaith forum session, bake sale untuk fundraising, serta Islamic Fest yang akan diadakan pada 22 dan 23 Mac bulan depan.
Yilmaz Yoruk

Kelmarin RIT MySA (Malaysian Student Association) menganjurkan Malaysian Mini Food Festival. Yilmaz datang juga untuk tolong jual kuih-kuih yang kami buat. Dia cakap kepada saya, ajak dia sekali kalau nak pergi solat zohor nanti. Selepas solat zohor, saya ajak dia minum di café dulu sebelum kelas saya mula pukul 2 petang. Di sana, saya berbual untuk mengenali dengan dia lebih lanjut. Katanya, datuknya antara orang Turki terawal yang berhijrah ke Rochester lebih kurang 50 tahun yang lalu. Di Rochester ini, komuniti Turki agak besar; ada empat masjid Turki di sekitar Rochester. Sebenarnya saya inspired apabila dia mengaku bahawa dia malu bahawa dia lahir sahaja, segala-galanya telah tersedia. Jarang saya temui orang kaya yang benar-benar humble.Ada rumah besar, ada kereta mewah, ada wang yang banyak dan hidup pun senang. Katanya lagi, apa pun dia tidak akan bergantung kepada kekayaan keluarganya sebaliknya dia akan berusaha sendiri untuk memiliki rumah dan kereta sendiri. Kadang-kadang dia datang ke kelas tafseer naik kereta BMW 7 series tapi bila ditanya dia akan menjawab:

“I don’t have a car. that’s my father’s car.”

Sebelum keluarganya sekarang kaya, memang mereka merupakan golongan yang susah dahulu. Sampai sekarang ayahnya masih gigih bekerja. Ayahnya keluar bekerja pukul 4-5 pagi dan hanya pulang pada pukul 11 malam. Hari ahad lepas dia jemput kami pelajar Malaysia pergi makan malam di rumah dia. Memang banyak sangat makanan pada malam tu. Katanya emak dia tidak pernah masak sebanyak tu, rindu pada family di Malaysia terubat apabila sedar Allah mengurniakan family ganti disini. Bila kami ingin pulang pada malam tu, dia berkata:

“Why are you guys wanted to go back so early? This is your house. My mom is your mom, my father is your father, my grandpa is your grandpa.”

Rupa-rupanya memang cerita-cerita tentang kebaikan orang Turki bukanlah omongan kosong. Setakat ini, orang Turki yang saya jumpa semuanya baik-baik belaka, di masa hadapan tidak tahulah saya. Tujuan saya bercerita ini bukanlah, untuk lebih-lebih menyanjungi orang Turki tetapi saya cuma merasakan bahawa bumi yang pernah di perintah oleh khalifah Uthmaniyyah menampakkan kesannya. Bumi Turki akan kembali gemilang seperti suatu masa dahulu. Semangat Alfatih menjalar dalam diri muslim Turki yang cintakan agamanya. Bumi ini telah menyaksikan betapa Islam pernah berada di puncak suatu ketika dahulu dan tidak mustahil untuk Islam berada di situ semula kerana sejarah pasti berulang. Saya berharap keindahan Selat Bhosporus  tidak hanya di dalam kepala. Insya Allah saya akan melawat Turki.

Macam raya la pulak


Makanan Turki

Baklava



Berukhuwah hingga ke syurga.insya Allah
 Datuk bersama adiknya

Wednesday, February 8, 2012

Sebelum Bertemu Ibu Anakmu...

Salam buat sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga kita semua terus menerus tanpa jemu mencari erti kehidupan, menyingkap hikmah atas setiap taqdir yang telah tertulis atas diri kita.
Amma ba’d.

Rasa lama pula tidak menulis; bukan kerana tiada idea tetapi kerana semangat menulis kadang-kadang terbang entah ke mana.

“Subhanallah, sweetnya tengok akhi Saiful bawa zaujah die pergi program sana sini”

“Untunglah ukhti Khadijah dapat suami macam akhi Karim tu kan.nampak bahagia je rumah tangga diorang”

Pernah dengar ungkapan macam ni? saya selalu sangat dengar ungkapan ini keluar daripada mulut ikhwah yang masih bujang (baca: saya).

Pada ‘meeting persatuan peladang’ minggu lepas, kami ada membincangkan sedikit perihal baitul muslim ini. Eh! Sekejap siapa ahli persatuan peladang ini? Insya Allah kita akan berkenalan dengan mereka di penghujung entri ini. Biasanya orang lain guna istilah bulatan gembira atau bulatan riang ria tetapi kami menggunakan istilah persatuan peladang. Mungkin sebab semuanya dalam bidang bioteknologi tetapi hakikatnya ia lebih daripada itu…J

Saya bertanya sahabat-sahabat dalam halaqah saya, selain memenuhi tuntutan fitrah manusiawi ini, apa sebab lain kita ingin mendirikan rumah tangga?(baca: baitul muslim)

Adakah kerana kita Nampak indahya hidup dalam baitul muslim; ada anak, ada rumah sendiri, kereta, pergi program-program islamik sekali dan sebagainya?

Saya kemukakan satu hadith yang biasa kita dengar:

“Apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu Sadaqah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan (kesejahteraan) untuknya” (Riwayat Muslim)

Personally, saya sangat mengkagumi dua tokoh Islam iaitu Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Sultan Muhammad Alfatih kerana saya tertarik dengan cerita sebelum kelahiran mereka. Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum kelahirannya, kita pernah mendengar kisah bagaimana kisah bagaimana seorang ibu menyuruh anak perempuannya mencampur air dalam susu dengan harapan banyak susu boleh dijual nanti.

“wahai anakku, campurlah air ke dalam susu itu supaya kita dapat untung yang banyak esoknya”

“bukankah Saidina Umar melarang kita berbuat demikian?”

“jangan risau anakku, amirul mukminin tak akan tahu”

“Tetapi wahai ibu, Allah maha mengetahui”

Inilah kesan apabila TAQWA sebati dalam sanubari. Anak perempuan ini kemudiannya dikahwinkan dengan anak Saidina Umar Alkhattab kemudian lahirlah cucu kepada pasangan ini yang akhirnya menjadi Khalifah yang hebat dan disebut-sebut hingga kini, Khalifah Umar Abdul Aziz.

Sultan Murad II yang merupakan ayahanda kepada Sultan Muhammad Alfatih bercita-cita tinggi untuk merealisasikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Konstantinople akan ditakluk oleh tentera Islam. Sebaik-baik amir, adalah amirnya, sebaik-baik tentera adalah tenteranya”(maksud hadith)

Sultan Murad II adalah seorang yang sangat dekat dengan ulama’. Pernah pada suatu hari baginda bertanya kepada seorang ulama, Sheikh Samsuddin Alwali (perbetulkan saya kalau silap).

“kenapa Konstantinople masih belum dapat ditakluki? Apakah masih ada perkara yang beta belum lakukan?”

Jawab Sheikh Samsuddin Alwali, “Tuanku orang yang baik tetapi bagaimana pula dengan rakyat dan tentera tuanku? Bukan tuanku yang akan menakluki  Konstantinople tetapi bayi yang di dalam buaian itu akan menaklukinya (merujuk kepada Sultan Muhammad Alfatih yang masih kecil ketika itu)”
Daya kepimpinan tersendiri Sultan Muhammad Alfatih sangat saya kagumi

Perbincangan yang saya ingin ketengahkan adalah, anak adalah ASET buat kita apabila nyawa sudah terpisah dengan badan kelak. Andai anak itu ditarbiyah dengan cara yang sepatutnya, maka bahagialah kita di alam barzakh dan di akhirat kelak,  kerana dia pasti mendoakan kesejahteraan kita disana Insya Allah. Saya tidak mahu menyentuh tentang tarbiyatul aulad sebab saya bukan ‘ahlinya’. Sebelum lahirnya anak itu, kita harus melihat dan bermuhasabah diri, “andai aku masih begini, adakah anak yang bakal isteriku lahirkan kelak mampu menjadi anak yang soleh?” jika YA jawapannya, Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan tetapi jika sebaliknya, sedarlah bahawa masih belum terlambat untuk kita mempersiapkan diri MENJADI soleh.

Diri SENDIRI yang harus diislahkan (dibaikkan) dahulu SEBELUM MENCARI yang soleh/solehah. Merujuk kepada cerita Khalifah Umar Abdul Aziz dan Sultan Muhammad Alfatih, ayah dan ibu mereka menjadi ORANG YANG BAIK dahulu sebelum lahirnya mereka yang baik-baik. Ayah sultan Muhammad Alfatih, sultan Murad II adalah orang yang wara’ dan suka bergaul dengan ulama’. Kesan bergaul dengan para solehin, kita akan terkena tempiasnya. Saya tidak mahu hanya sekadar anak yang soleh tetapi  rijal-rijal dan serikandi yang soleh/solehah lagi muslih/muslihah serta menjadi mujaddid (pembaharu) dalam gerakan Islam.

Kesimpulannya, sebelum mendapat anak soleh/solehah haruslah kita bukan sahaja mencari calon isteri yang solehah tetapi harus juga memikirkan siapa bakal ibu kepada anak-anak kita dan yang paling penting sebelum mencari calon ibu untuk anak-anak kita, TERLEBIH PENTING untuk kita melakukan pengislahan dalam diri kita. Jika diri kita sudah menuju ke arah KESOLEHAN, maka benarlah formula yang Allah rumuskan dalam Alquran:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji pula adalah untuk wanita-wanita yang keji pula. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik. Mereka yang baik itu adalah bersih dari tuduhan yang dikatakan oleh orang-orang yang jahat, mereka yang baik itu memperolehi pengampunan daripada Allah dan pengurniaan yang mulia” (Annur:26)

Allah dan Rasulnya tidak pernah akan sesekali memungkiri janji.
Ahli persatuan peladang. Bestnya lepas usrah boleh makan nasi ambeng dalam talam..:)

Wednesday, February 1, 2012

Manifestasi Sebuah Belas Kasihan...

Salam sahabat-sahabat sekalian. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Amma ba’d

Alhamdulillah atas segala kurniaan nikmat yang Allah limpahkan buat kita. Di sini, saya ada bersahabat dengan seorang American berketurunan Mesir. Orangnya tinggi lampai. Bapanya yang berasal dari Mesir dan ibunya warganegara Amerika. Bapanya seorang muslim tetapi ibunya seorang protestan. Saya bertanya macam mana bapa dan ibunya boleh berkahwin. Dia menceritakan bahawa, bapanya berasal daripada golongan kaya di Mesir yang kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Lehigh University. Kemudian di akhir pengajian, bapanya berkenalan dengan ibunya dan mereka berkahwin. Saya tidak mahu bincang dari sudut hukum berkenaan perkahwinan bapa dan ibunya tetapi saya sering memikirkan nasibnya. Apa agama dia? Entah. Dia tidak sembahyang sebagaimana muslim lainnya. Ceitanya lagi, sama ada ibu atau  bapanya, kedua-duanya tidak pernah memaksa dia untuk menganut sama ada protestan atau Islam. Saya akui dia seorang budak yang baik; tidak pernah semasa kami bersembang dia mengeluarkan perkataan yang tidak elok (Sh*t,Fu*k dan sebagainya).

Tetapi berbeza dengan American yang lain, hubungan kekeluargaan mereka kukuh (kebiasaannya American apabila sampai umur tertentu akan meninggalkan ibu bapa). Yang menarik lagi, walaupun dia berketurunan Mesir, tetapi sepatah Arab pun dia tidak tahu untuk bercakap. Memang banyak dalam Kelas Arab ni dia bergantung kepada saya.

“Oh you are my savior.”

“No. Allah is your savior. I just help you and it is my responsibility.”

“Yeah, but it’s through you”

Kadang-kadang, selepas kami siapkan assignment, dia menghampiri saya dan memeluk erat.

“oh thank you so much, if you are not here, I wil die”

Saya hanya mampu tersenyum.

Begitulah keadaan selepas saya membantunya menyelesaikan assignment arab. Saya bertanya kepadanya bila kali terakhir dia pulang ke Mesir dan katanya dua minggu sebelum revolusi Mesir tahun lepas. Ini bermaksud, hubungan bapa dan ahli keluarga bapanya juga baik. Membantu dia dalam arab banyak mengajar saya erti sabar. Sabar dalam mendidik. Mula-mula memang  timbul dalam hati “hai mamat ni, dari tadi aku ajar sebut perkataan ni, tak boleh-boleh lagi” tetapi cepat-cepat saya padam sebab memikirkan saya diberi banyak kelebihan berbanding dirinya dan timbul pula rasa kasihan kepadanya. Saya tak tahu kenapa.
inilah orangnya. dia ada cerita yang dia baru clash. ada siapa nak masuk?:P

Saya menulis tentang dia kerana manifestasi perasaan belas kasihan yang timbul dalam hati. Bapanya seorang muslim tetapi dia langsung tidak tahu tentang Islam. Bukankah ini satu perkara yang pelik? Saya pernah bersembang pasal tujuan hidup di dunia dengannya dan kehidupan selepas mati. Dia bersetuju dengan saya bahawa adanya life after death tetapi saya tidak tahu bagaimana harus saya bantu dia untuk mengenali Islam. Saya beharap sahabat-sahabat yang ada pengalaman sebegini agar dapat berkongsi dengan saya. Dia akan graduate pada May ini dan saya berharap agar dapat berbuat sesuatu supaya aqidah kita dan dia adalah sama. Mohon bantuan sahabat-sahabat.


Kata orang muka saya garang, tengok cerita Hafalan Solat Delisa, terkeluar juga air mata saya. Banyak lagi filem-filem seberang yang berjaya menyentuh hati saya. Tertanya juga saya, apa terjadi pada industri tempatan yang bermatlamatkan hiburan semata-mata.

Thursday, January 26, 2012

Kita Di Mana?...

Salam buat ikhwah akhawat dan sahabat yang saya kasihi kerana Allah. Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah atas kurniaan semula semangat yang menghilang. Kadang-kadang Allah sengaja menguji kita dengan lemah semangat supaya kita benar-benar kembali merintih kepadaNya.
Amma ba’d.

Ada satu hadith yang panjang yang menceritakan tentang kepimpinan di dunia ini. Insya Allah saya akan cuba huraikan potongan hadith ini.

Telah berkata kepada kami Sulaiman bin Dawud al-Thayaalisiy; di mana dia berkata, "Dawud bin Ibrahim al-Wasithiy telah menuturkan hadith kepadaku (Sulaiman bin Dawud al-Thayalisiy). Dan Dawud bin Ibrahim berkata, "Habib bin Salim telah meriwayatkan sebuah hadith dari Nu’man bin Basyir; dimana dia berkata, "Kami sedang duduk di dalam Masjid bersama Nabi saw, –Basyir sendiri adalah seorang laki-laki yang suka mengumpulkan hadith Nabi saw. Lalu, datanglah Abu Tsa’labah al-Khusyaniy seraya berkata, "Wahai Basyir bin Sa’ad, apakah kamu hafal hadith Nabi saw yang berbicara tentang para pemimpin? Hudzaifah menjawab, "Saya hafal khuthbah Nabi saw." Hudzaifah berkata, "Nabi saw bersabda, "Akan datang kepada kalian masa kenabian, dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Kemudian, Allah akan menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya.

Waktu ini merupakan ketika Nabi memerintah Madinatul Munawwarah. Baginda membuat piagam Madinah yang dikenali sebagai Sohifatul Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia yang digubal sendiri oleh Rasulullah SAW. Semasa pemerintahan Nabi, umat Islam hidup dalam dunia yang aman tanpa fitnah. Zaman ini sudah lebih 1400 tahun meninggalkan kita. 

Setelah itu, akan datang masa Kekhilafahan ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah; dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya jika Ia berkehendak menghapusnya.

Kemudian legasi pemerintahan khalifah diteruskan oleh Khulafa’ Arrasyidun Almahdiyun. Zaman ini Islam disebarkan dengan rancak dan pada zaman Saidina Umar sendiri menakluk Palestin. Pelbagai pembaharuan dilakukan zaman ini termasuk dalam bidang pentadbiran, pertanian, dan pembukuan Alquran. Bibit-bibit fitnah sudah mula timbul semasa pemerintahan Saidina Ustman dan Saidina Ali dan mereka sendiri dibunuh. Zaman ini juga telah lama meninggalkan kita namun jasa dan pengorbanan mereka mempunyai nilai yang amat tinggi untuk kita hayati serta teladani.

Setelah itu, akan datang kepada kalian, masa raja menggigit (Mulkan ’Adhan), dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya.

Zaman ini merupakan zaman pemerintahan monarki dan tampuk pemerintahan Islam berjalan sehingga ribuan tahun bermula dengan zaman Umayyah kemudian kerajaan Abbasiyah diteruskan pula oleh kerajaan Uthmaniyyah. Zaman ini merupakan paling lama bermula dari tahun 660 M sehinggalah jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924 M. kerajaan ini dikenali sebagai kerajaan menggigit kerana pemerintahan diwarisi kepada anak-anak atau kaum kerabat khalifah yang memerintah. Sebagai contoh Khalifah Harun Arrasyid digantikan oleh anaknya Khalifah Almakmun (Zaman Abbasiyah) dan Sultan Murad digantikan oleh anaknya Sultan Muhammad Alfateh (Zaman Uthmaniyyah). Perkembangan ilmu, tamadun, serta teknologi berlaku pada zaman ini. Perluasan wilayah takluk Islam juga berkembang dengan amat pesat semasa era Khalifah ini. Dan zaman ini sudah hampir sekurun meninggalkan kita.
Sejarah pasti berulang

Setelah itu, akan datang masa raja diktator (Mulkan Jabariyyan); dan atas kehendak Allah masa itu akan datang; lalu Allah akan menghapusnya jika berkehendak menghapusnya. Kemudian, datanglah masa Khilafah ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah (Khilafah yang berjalan di atas kenabian). Setelah itu, baginda diam".(HR. Imam Ahmad)

Kemudian datang satu pemerintahan yang mana pemimpin yang jahil lagi zalim memerintah bermula dengan Mustafa Kamal Attartuk di Turki, Jamal Abdul Naser di Mesir, Ben Ali di Tunisia, Muammar Ghadafi di Libya, Basyar Al Assad di Syiria dan Hosni Mubarak di Mesir. Mereka memerintah berasaskan ketenteraan dan mereka menghukum sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka. Lihatlah berapa ramai ahli Ikhwanul Muslimin dipenjarakan. Lihatlah juga berapa ramai pejuang IM diusir keluar dari Mesir termasuklah Prof Sheikh Dr Yusof Alqardawi. Zaman ini sedang berlaku dan di ambang kejatuhan. Kita sudah lihat Ben Ali sudah tumpas di Tunisia, Hosni Mubarak sudah tumpas di Mesir, Muammar Ghadafi sudah tumpas di Libya. Kita juga sedang menyaksikan kebangkitan beberapa parti politik Islam di dunia seperti parti An Nahda di Tunisia, Parti Hurriyah wal ‘Adalah (Freedom and Justice Party) yang merupakan sayap IM di Mesir, Parti HAMAS di Palestin, dan Parti AKP di Turki di mana Recep Tayyip Erdogan yang merupakan anak didik Dr Erbakan Necmettin (pengasas Parti Refah) mengepalai Turki sekarang ini. Di Malaysia kita juga boleh lihat parti yang memperjuangkan Islam sedang melakukan transformasi supaya masyarakat yang berbilang bangsa lebih lunak dengan Islam. Nak tahu? Sila kaji sendiri..:)
                                            Celakanya Bashar Al Assad

Persoalan yang ingin saya timbulkan, di saat sahabat serta saudara kita berjuang bertungkus lumus memenangkan Islam, kita di mana? Nabi telah menjanjikan bahawa Rom, Parsi dan Konstantinopel akan jatuh ketangan Muslim dan semua janji Nabi telah terbukti benar. Apakah kita meragukan janji Nabi SAW yang ini?Janganlah.

Islam sudah ingin kembali semula ke puncaknya. kita masih longlai?ayuh bangun.
wallahu'alam.

Tuesday, January 24, 2012

Pantulan Kehidupan...

Salam buat sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Semoga kalian dikurniakan ketenangan yang tidak terhingga daripada Allah Azza wa Jalla.
Amma ba’d.

Sedar tidak sedar, sudah tiga minggu kita berada dalam tahun 2012. Bila fikirkan kembali, Ya Allah! Umur saya bakal menginjak ke angka 22. Zaman remaja belasan tahun sudah hampir 2 tahun ditinggalkan namun kadang-kadang saya terfikir masih belum berbuat apa-apa untuk Islam. Imam Hasan Albanna lahir pada tahun 1906 dan pada tahun 1928 beliau menubuhkan Ikhwanul Muslimin (IM). Ini bermaksud beliau sudah benar-benar serius memikirkan permasalahan serta solusi kepada penyakit yang menimpa umat pada umur 22 tahun. Subhanallah wa astaghfirullah. Kita yang baru membawa dua usrah sudah rasa kepenatan. Allahu rabbi.
Apa yang saya perasan, semakin meningkat umur, tanggungjawab itu datang dengan tidak semakin mengecil. benarlah firman Allah: 

“Sesungguhnya kamu tetap melalui tingkatan demi tingkatan (dalam kehidupan)” (84:19)

Sebelum mengembara jauh di bumi Uncle Sam ini, tidak pernah terlintas di benak yang saya akan sibuk dengan ‘perkara’ ini. Kesibukan study itu sudah dijangka kerana memang itu matlamat asal saya dihantar ke sini. Seperti  orang lain sibuk belajar, saya juga belajar namun ada tugasan ‘extra’  yang dikurniakan Allah buat saya. Alhamdulillah saya ucapkan. Kadang-kadang kena mempengerusikan mesyuarat di sini dan kadang-kadang di alam maya, membawa usrah di sini dan alam maya. Kadang-kadang hampir terlupa agenda seharian saya. 

“Yun, bile usrah kite minggu ni? Kat mane?”

“akhi, usrah minggu ni macam biase ke?”

Hampir sangat mesej sedemikian tidak berbalas. Mungkinlah sultan Muhammad Alfateh terlalu jauh untuk kita bandingkan diri kita dengannya. Baginda membuka Konstantinopel pada umur 21 tahun sedangkan kita pada umur 22 tahun masih lembap dalam ‘bergerak’ ataupun tidak bergerak langsung. Tetapi di abad ini, kita boleh lihat Imam Hasan Albanna membuktikan bahawa umur 22 bukanlah umur yang kita boleh lagi berkhayal. Di umur ini, kita seharusnya memikirkan pemantapan diri dan ummah. Kita harus benar-benar bekerja untuk Islam dan tidak lagi bermain-main dalam kehidupan. Cuma, kadang-kadang kita lalai. Astaghfirullah

Sumber ketenangan hanya dari Allah

Ada kawan-kawan yang sudah merancang summer ni hendak ke situ dan ke sini sedangkan saya pula terfikir summer ini, berapa kali saya mesti ulang alik ke sekitar KL dan Selangor untuk program, meeting, dan sebagainya? Walaupun ada lagi lima bulan sebelum tibanya summer, sudah ada ‘tugasan’ untuk saya yang bakal pulang bercuti di Malaysia summer ini, insya Allah. Allahu musta’an. Untunglah kan boleh roadtrip di Malaysia summer ini dan semoga saya berkesempatan..:)

Apapun inilah pantulan kita dalam kehidupan; sejauh mana kita telah bekerja untuk Islam. Alhamdulillah kita masih lagi boleh tidur di katil empuk, makan makanan yang enak, pakai pakaian yang berjenama barangkali. UMUR SUDAH 22 atau UMUR BARU 22?. Kalian tentukan. Saya juga perasan yang saya ambil masa yang lama untuk update blog ini. Saya pun kurang pasti apa puncanya. Adakala fikiran jadi buntu, emosi jadi kaku, jiwa jadi bercelaru dan saat inilah timbul di benak pemikiran “saya perlukan sayap kiri saya”.

Ya Allah, berkatilah kehidupanku di atas jalan yang Engkau Redhai dan sampaikanlah aku dan ahli keluargaku ke syurgaMu untuk bertemuMu dan kekasihMu”

Tawakkal merupakan keajaiban dalam kehidupan seorang mukmin.