Sunday, November 8, 2009

KemBaRa UkkHUwah-bhg1(Kedah)

Assalamualaikum buat seluruh saudara saudari yang saya kasihi, semoga kalian berada dalam rahmat dan naungan hidayah Allah..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah dia memuliakan tetamunya”(Riwayat Bukhari).

Baru-baru ini, saya telah dikunjungi oleh sahabat-sahabat saya yang tinggal berjauhan dengan saya..Ada yang dari Kelantan, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan..Tujuan mereka datang rumah saya adalah untuk bercuti di utara tanah air yang tercinta...

Akif sedang terbayang keindahan di utara

di dalam tren menuju ke Butterworth


Mereka tiba di stesen kereta api Butterworth pada pukul 4.20 pagi..sejurus ketibaan mereka di negeri pulau mutiara ini, saya bergegas ke sana bagi menjemput mereka..Saya terus membawa mereka ke rumah saya yang terletak di Penaga. Mereka semua keletihan selepas 8 jam lebih berada dalam koc yang sejuk..jadi sesampainya kami di kampung saya, kami terus menunaikan sembahyang subuh berjemaah di masjid. Selepas sahaja subuh kesemua mereka tidur kecuali Suhaimi kerana terlalu gembira untuk bercuti di tempat belajarnya (kedah).Saya memberitahu mereka bahawa kami akan bertolak ke Alor Setar,Kedah pada pukul 10.30 pagi (4/11/2009). Apabila pukul 9.30 pagi,saya memberitahu mak saya bahawa kami akan bertolak ke Alor Setar pada pagi tersebut, namun mak saya mencadangkan supaya kami pergi selepas zuhur selepas kami makan tengah hari di rumah saya..jadi ada sesetengah kami menyambung tidur semula dan ada menonton filem Geng Pengembaraan Bermula..

Selepas zuhur berjemaah di masjid, kami terus bersiap-siap untuk bergerak ke Alor Setar..Hujan renyai-renyai sepanjang pejalanan dan apabila masuk ke Sungai Petani, hujan turun dengan lebat sekali..namun saya optimis bahawa hujan ini akan berhenti..Alhamdulillah seperti yang di jangka hujan berhenti ketika kami memasuki kawasan Gurun..Kami pergi ke Alor Setar melalui jalan lama (not highway) kerana mereka ingin melihat padi yang menghijau di samping melihat keadaan kampung-kampung di Kedah..Destinasi kami yang pertama adalah masjid Al-Bukhary kerana kebetulan sampainya kami di Alor Setar, azan asar berkumandang...sebelum sembahyang kami mengambil kesempatan bergambar..apalagi!! semuanya bagaikan artis apabila nak bergambar...pelbagai pose yang ada untuk bergambar..kemudian saya terus bersembahyang asar berjemaah memandangkan rakan-rakan saya telah melakukan jama’ taqdim sewaktu solat zuhur di kampung saya..



di masjid Albukhary

Kemana destinasi kami selepas itu??kami terus meluncur pergi ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) kerana Suhaimi amat merindui sekolahnya..persoalan yang bermain di fikiran saya selama in terjawab..Kenapa Suhaimi seorang yang agak ‘skema’?? rupa-rupanya pelajar di sekolah tersebut diajar dengan disiplin yang tinggi..ketika riadah waktu petang,saya dapati mereka semua berbaju sukan putih dan semuanya memasukkan baju ke dalam (take-in)..walaupun sekolah saya(KISAS) dianugerahi sekolah kluster,namun keadaan disekolah saya jauh lebih longgar peraturan pemakaiannya berbanding SMSAH (kedua-duanya antara SBP tertua di negara kita)..macam biasa...bergambarlah kami di sana sini...pada pukul 5.40 petang, kami terus menuju ke rumah Che Nah, mak angkat suhaimi yang terletak atas lagi pada Pekan Jitra..saya berasa bertuah dapat berjumpa dengan orang seperti Che Nah kerana beliau kaya dengan pengalaman..banyaklah perkara yang kami bualkan dan kebanyakannya berkisar tentang sekolah Suhaimi memandangkan Che Nah ini kerani sekolah tersebut lebih 30 tahun..hanya saya dan suhaimi yang banyak bercakap memandangkan rakan-rakan yang lain kurang memahami perbualan kami..(kesian kat korang ye akif,aiman,riduan, dan amin)..kami dijamu dengan mee goreng..pukul 6.40 petang kami memohon izin Che Nah untuk berangkat pulang..cuaca yang mendung sepanjang petang itu menjadikan keadaan di Kedah sungguh menenangkan (berbanding cuaca panas)


di SMSAH(sekolah suhaimi)

Alhamdulillah.....kami terus pusing-pusing sekitar alor setar dan pada pukul 7.05 malam, sekali lagi azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib..lalu saya membawa mereka menunaikan solat jama’ taqdim(maghrib dan isya’) di masjid zahir..memandangkan perjalanan kami hampir 100 kilometer, saya turut melakukan solat jama’ taqdim..sesi bergambar dilakukan selepas sembahyang solat jama’..selepas itu, kami terus ke souq al-bukhary yang terletak bersebelahan masjid al-bukhary..di sana kami hanya berjalan-jalan dan bergambar (this is compulsory.haha)..tepat pukul 8.25 malam kami bergegas keluar dari perkarangan souq al-bukhary untuk pulang semula ke rumah saya...saya mengambil keputusan untuk balik melalui lebuh raya...akif yang duduk sebelah saya kelihatan pucat kerana saya memandu agak laju dalam keadaan jalan yang licin di tambah jalan highway yang gelap,,memang sangat membahayakan..so,kepada rakan-rakan yang lain, jangan memandu laju ketika hujan..

di masjid Zahir

di souq albukhary

Kami keluar dari highway melalui exit sungai petani utara..perut mula berkeroncong mendendangkan lagu ‘Kami Yang Lapar’.haha...jadi, kami singgah di Lagenda Heights Sungai Petani bagi menikmati makanan di RFC(Radix Fried Chicken),,sebenarnya kawasan premis kedai di Lagenda Heights banyak dimiliki oleh syarikat HPA seperti Radix Oriental Cuisine,Radix Fried Chicken, HPA Inn,stokis HPA dan banyak lagi..kedai ini semua terletak di hadapan Village Mall sungai Petani..makanan di RFC lebih kurang sama dengan harga di KFC..kelebihannya ialah daripada bahan hinggalah cara penyediaan semuanya dilakukan oleh Muslim dan pekerja Muslimah di wajibkan menutup aurat dan menjaga waktu solat...saya juga difahamkan semua kakitangan HPA diwajibkan menunaikan solat sunat dhuha setiap pagi...ini yang menjadikan makanan ini selain lazat,ianya juga berkat...saya makan dengan lahap sekali kerana yakin ianya halal 100%. Kami menikmati makanan yang dihidangkan dengan penuh kenikmatan..pukul 10.10 minit malam,kami bergegas balik ke rumah saya dan tiba di rumah saya tepat pukul 11.00 malam..walaupun letih tapi keriangan sentiasa terasa...(bersambung)

di Radix Fried Chicken, sungai Petani

Sunday, November 1, 2009

Dah kAweN??

Salam buat rakan-rakan sekalian…semoga semuanya sihat dan baik-baik sahaja.

Bagaimana dengan study kalian??semoga semakin baik. Saya berharap cuti dua bulan ni dapat saya manfaatkan dengan sebaiknya..

Kebelakangan ni saya banyak membaca blog rakan-rakan saya. Saya pelik kenapa banyak sangat blog mereka yang berbicara tentang cinta,kahwin,kasih sayang dan sebagainya..Selepas berfikir sejenak, baru saya perasan bahawa kebanyakan kita rupanya dah semakin meningkat umur (most of us are 19 years old already). Ini bermaksud perembesan hormon progesterone dan testosterone semakin ‘galak’ menyebabkan timbulnya rasa ingin dicintai oleh pasangan yang berlainan jenis..Bulan puasa yang lalu juga, saya mendapat email melalui Facebook yang berbunyi lebih kurang begini:

                                       “salam yun, dengaq cerita hang dah kawen dengan budak kuantan.betoi                                              ka?kalau...Dah kawen habaqla.kita kan kawan.”



Beginilah bunyi mesej yang saya terima. Saya tidak terus menafikan soalan ini tetapi saya terus bertanyakan 3 soalan.1) siapalah budak kuantan tu.2)siapa yang menyebarkan berita ini.3)dah tersebar luas ke cerita ni. Untuk kali ini saya tidak mahu bercerita tentang mesej ini dengan lebih lanjut tapi saya mahu membicarakan keadaan atau situasi remaja sekarang ini.

Bercakap tentang remaja sekarang adalah satu perkara yang menggerunkan kerana remaja-remaja sekarang terutamanya melayu yang beragama Islam ini semakin hari semakin hilang nilai-nilai insaniah dan nilai islami itu sendiri dalam diri mereka..persoalan pokok dalam hal ini adalah,kenapa sampai begini teruknya?adalah salah ibu melahirkan atau salah ayah yang memancut air maninya?(this is a qoutation from ustaz Shah Kirit.hehe). ya! Mereka boleh membentangkan sesuatu tajuk tentang agama dalam kelas IS(Islamic Studies) tapi apabila keluar kelas seolah-olah mereka tidak pernah tahu bahawa apa yang mereka buat itu salah..baiklah,spesifiknya saya ingin berbicara tentang rakan-rakan yang sedang ‘hangat dilamun cinta terlarang’ atau dalam erti kata lainnya bercouple..kali ini saya tidak mahu membincangnya dari sudut agama atau hukum kerana sudah ada dalam satu post yang telah saya kupaskan.(klik di sini untuk membaca post tersebut).

Mungkin ada dalam kalangan yang membaca post kali ini akan berkata:

“ala! Kau tak payah la sibuk nak jaga tepi kain orang.kau ingat kau bagus sangat?”

“dia ni poyo la. Bajet bekas budak sekolah agama baguslah”

Wallahi, saya tidak pernah merasakan diri saya bagus malahan saya akui diri ini hamba Allah yang tak putus-putus berbuat dosa dan maksiat. Jadi jawapan saya mudah, saya adalah khalifah Allah di bumi ini. Sudah, menjadi kewajipan dan tanggungjawab bagi saya untuk menjaga hak-hak Allah yang tidak pernah memutuskan rezeki-Nya kepada saya.Alhamdulillah a’la kullihal..Allah juga berfirman dalam kitab-Nya yang tiada keraguan padanya:

“dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.”<51:55>

Saya tidak pernah menghalang rakan-rakan saya yang non-muslim untuk membuat apa-apa yang mereka suka sekalipun bertentangan dengan agama Islam selagi mana mereka menjaga hak-hak hidup bermasyarakat. Tapi kalau yang melakukannya ini rakan-rakan muslim,saya kurang sedap kalau bersama mereka tetapi saya tidak akan meminggirkan mereka.kami boleh main futsal sekali, pergi  picnic sekali,pergi shopping sekali dan banyak lagi....

Kembali kepada perbincangan asal,Bercouple..budaya kuning dari barat ini juga yang remaja kita nak ambil.budaya baik yang lain tak nak pulak ambil..hairan! hairan!..apakah implikasi daripada bercouple ini??

1)      1) Bercouple boleh merosakkan institusi rumah tangga.Bagaimana? saya selalu membaca kolum dang setia dalam akhbar metro dan setiap minggu ceritanya lebih kurang sama.“Kepada dang setia, saya mencintai si B dan hubungan kami tidak berkekalan kerana bla..bla..bla.kemudian saya mencintai si H dan hubungan kami membawa ke alam perkahwinan. pada mulanya hubungan kami sangat baik namun selepas setahun setengah,kami semakin dingin,ini kerana si H semakin sibuk dengan kerja..dalam masa yang sama si B datang kembali menagih cinta saya dan saya rasa telah kembali jatuh cinta dengan si B,lagipun si B mengambil berat tentang saya melebihi si H....”

Dari cerita begini sudah nampak bahawa bercouple mampu memusnahkan institusi perkahwinan.

2)      2)Bercouple boleh membawa kepada lembah yang hina..lembah hina yang saya maksudkan adalah zina..mula-mula:”kami keluar aje.tak buat pun benda pelik-pelik.”kemudian terpegang sikit-sikit..kemudian....#@$%#$. Ingat!! syaitan tak pernah putus asa untuk melihat umat yang agung ini melanggar hukum Allah. Lepas ni siapa yang nak tanggung??lelaki??komfem cabut..maka tanggunglah sendiri wahai insan yang sudah kehilangan madu..

3)     3) Bercouple melahirkan insan yang tidak serius dalam kehidupan. Mula-mula dengan si A lepas 2 3 bulan,macam tak best je si A ni. Bercouple pulak dengan si G...huih bestnnya si G ni...pada suatu hari dia dapat masuk satu U..uih, lagi ramai awek/pakwe kat sini..maka si G ditinggalkan..kesian si G.haha..tak de komitmen langsung dalam perhubungan. Adakah saya bercakap kosong??tidak sama sekali kerana perkara-perkara ini terjadi kepada rakan-rakan saya sendiri..mereka menceritakan masalah mereka kepada saya,so saya nasihat lah supaya tinggalkan benda ni..insaflah 2 3 hari n then dia cari yang baru..semoga Allah memberi mereka hidayah-Nya..

4)     4) Bercouple melahirkan insan yang sentiasa di awang-awangan(berkhayal)..kita sepatutnya berhadapan dengan dunia realiti..berkhayal akan menyebabkan kita ketinggalan.sepatutnya kita menghabiskan masa dengan banyak berfikir untuk kemajuan ummah,agama dan diri.ini tak,”dia makan ke tak ini..” ”haih,kalau la aku dapat bawak dia jalan-jalan di tepi tasik,mesti romantik kan..”mulalah membayangkan diri dengan si dia berjalan sambil berbual-bual. Berkhayal dari bangaun tidor hingga nak tidor balik malamnya

Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah 4 sahaja kesan-kesan buruk cinta terlarang ini. Pernah kawan saya tanya..”Yun, ko tak pernah couple ke?”saya balas: “dalam hati ni ada je yang pernah tersangkut,tapi aku ada tanggungjawab yang perlu aku utamakan,so aku lupakanlah bab2 couple ni”. Saya sentiasa ingatkan diri saya, Rasulullah SAW bersabda:”daripada kebaikan seseorang mukmin itu dia tinggalkan apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya”(Bukhari).” Saya sedaya upaya menolak perkara-perkara yang membawa keburukan dalam hidup saya supaya Rasulullah SAW kenal saya sebagai umat-Nya di hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah dan syafaat nabi Muhammad SAW. “so, kalau ko nak kawen nanti ko mesti bercinta dulu kan?” saya balas: “wei! Aku gentleman la..kalau aku dah berkenan sangat kat pompuan tu, aku terus lamar dia untuk jadi isteri aku(selepas menepati syarat2 isteri yang saya idamkan)..cinta belakang ibu bapa ni aku tak main la..”

Saya masih ingat waktu awal-awal masuk intec dulu..apabila mereka bercakap tentang couple saya cakap tentang kahwin..mereka kata: “yun ni tak abis2 cakap pasal kawen”...”yun ni gatal la” haha..saya hanya gelak sebagai respons..niat saya satu,yang diorang cakap(couple) itu haram..saya bercakap perkara yang halal(kawen)...itu tujuannya. Saya calon pun tidak ada lagi..dan tak mencari pun...sebab saya serahkan perkara ini kepada Allah(saya berdoa hampir setiap kali sembahyang agar dapat calon isteri yang saya nak). Dalam doa saya,tak pernah saya minta supaya Allah kawenkan saya dengan si fulanah binti si fulan tetapi saya berdoa dengan menyebut sifat-sifat isteri yang saya nak..Alhamdulillah seorang kawan saya sudah bertunang(setakat yang saya tahu)..saya bersyukur kepada Allah sebab dia mengambil jalan yang berani....siapa-siapa yang rasa nak bercouple, tunang lebih bagus dan bila dah grad atau tahun akhir nanti terus kawen..realistic and relevance

Kepada rakan-rakan saya yang berkromosom XX, saya mengingatkan bahawa jangan mudah terpedaya dengan manusia berkromosom XY..suatu masa yang ditetapkan,akan datang jugak mr right..yakinlah Dengan janji Allah.





Belajar dan membebaskan diri daripada kejahilan adalah tanggungjawab umat Islam di Malaysia..di Palestin saudara kita mengangkat senjata melawan yahudi laknatullah..jadi, adakah di sini kita sibuk nak melawan hukum Allah??

Semoga Allah membimbing kita dengan hidayah-Nya....

 

 

Thursday, October 15, 2009

kAMi dI MaSa dEPaN.......

Salam saya ucapkan buat semua sahabat-sahabat yang dikasihi, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Menjadi  seorang pelajar jurusan bioteknologi merupakan satu pengalaman menarik yang boleh membawa kita lebih kenal tentang  kehidupan..persoalannya, bagaimana biologi mengajar kita mengenal erti hidup??maksud biologi itu adalah belajar tentang kehidupan @ study of life. Kami(pelajar jurusan bioteknologi) sudah dapat rasakan bagaimana kehidupan kami di masa hadapan. Masa kami akan lebih banyak dihabiskan di luar “bangunan berhawa dingin”. Kami juga akan menjelajah ke seluruh pelosok dunia demi mengkaji tentang kehidupan..Rasanya,gambar lebih layak untuk berbicara mengenai kehidupan kami di masa hadapan...... 

bagai ikan remora dan ikan jerung yang tak boleh dipisahkan, begitulah kami dengan alam....

 ini merupakan sebahagian hidupan laut ciptaan Allah.....


Tanah dan kami bagaikan bersaudara...Dust is Our Bed....


tumbuh-tumbuhan dan kami adalah sehati sejiwa.memang tidak boleh dipisahkan....

kami perlu menyiapkan  dokumentari...(bergambar selepas penat menyiapkan dokumentari)

Inilah guna nya kalkulus yang telah kami sempurnakan silibusnya(Colorado students only)...ukur keluasan tanah untuk quadrat sampling....
Subhanallah...cantiknya hidupan marin ciptaan Allah....moga-moga,kami lebih mendekati-Nya...


inilah sebahagian hidup kami sebagai pelajar jurusan bioteknologi...Sememangnya bekerja dengan alam lebih menenangkan kerana tidak mempunyai banyak kerenah...walaupun sibuk dan badan letih namun, pengalaman yang kami dapat tidak boleh ditukar ganti walaupun dengan segunung intan dan permata. Kami lebih menghargai alam justeru kami dapat menghindari bencana alam seperti banjir lumpur,tanah runtuh dan sebagainya akibat perbuatan manusia yang tamak lagi rakus menebang pokok-pokok dan membunuh hidupan laut tanpa belas ihsan.. Allah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 41:
           "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

Semoga kita semua sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi......

>>>Memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama<<<


Tuesday, October 6, 2009

MaI naK hABaq kat haNgPa.......

Salam to all,

Alhamdulillah I wish for everything that He has given to me as His servant who is weak and forgetful to Him. I am officially staying in Cemara right now, a new place but not so estrange for me. For this time around, I would like to share my feelings being here. I want to tell you 10 things why I like staying here.

1. I got new roommates who are kind, hardworking, and smart. This can boost up my spirit to study hard and smart.



2. My room also is quite near with the surau and there are no reasons why I cannot perform jamaah prayer (unless I am sick or overslept hehe...).



3. My room is very near with the cafeteria which the foods are very cheap. So I don’t have to walk about 800 meters like in Cendana to get my food. (Still Cendana is a conducive place to study).


4.  Alhamdulillah praised to be Allah as I got the room which the toilet is in good condition. A few of my friends condemn that they got a room which the toilet is bad and stinky….

3.  5. My neighbors here also are very kind (1/411:Ameerul,Talhah,Badrul Munir and Che Engku Amin)

5. 

6.   6. My room which is located at the fourth level is very strategic as the mosquitoes cannot fly until this level. Insha Allah I could eschew myself from being threatened by dengue.

7. 

7.   7. Cemara also is quite near with Intec. It takes only four minutes driving from here to Intec. (hari-hari tumpang kereta Amin.Tq Amin jasamu dikenang)


       8.The facilities here such as printing and Xerox shop, laundry, ATM, and groceries (Mydin etc…) just a walking distance. (kena kawal bajet betul-betul ni)

 

       9. There are many futsal courts here. So, I don’t have to go to Sports Planet anymore.


10. Last but not least,From my room, I can see the evergreen of the trees here which makes my day is always fresh.

Even though I am in Cemara but Cendana is still in my mind. Whether Cemara or Cendana, both have advantageous and disadvantageous and I enjoy staying in both Cendana and Cemara.

Friday, September 11, 2009

Di PerSinGgaHan..........


Salam kepada semua muslimin dan muslimat, moga diberi kesabaran dalam mengharungi mehnah dan tribulasi kehidupan duniawi yang singkat ini.

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3:

“ Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.”

Dalam kehidupan seharian, kita pasti tidak akan terlepas menerima ujian hidup. Ramai yang menyangka bahawa ujian ini hanya dalam berbentuk kesusahan,kesedihan, dan kemurungan tetapi pada hakikatnya ujian itu tidak hanya berbentuk kesedihan semata-mata.Kekayaan, kegembiraan, kejayaan dan kesenangan juga adalah merupakan sebahagian ujian Al-Khaliq untuk hamba-hambaNya. Mengapa kita perlu diuji?

Kereta Proton yang selesai saja dibuat akan diuji pandu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan apabila dibeli nanti...Jika kereta ini tidak mencapai standard pemanduan yang dikehendaki, kereta ini akan direka dan di up-gradekan supaya mencapai piawaian yang selamat.

Jadi, sebagai manusia kita diuji dari semasa ke semasa supaya kualiti kehidupan kita meningkat. Berbeza dengan kereta Proton tadi,kita manusia diberikan akal dan diiktiraf tuhan sebagai makhluk terbaik di dalam Al-Quran, sebuah kitab yang tiada lagi keraguan padanya.

“ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).”

Apabila kita diuji, kita mesti berfikir dan bermuhasabah diri tentang apakah hikmah yang Allah sediakan untuk kita. Selepas berfikir, kita mesti mengambil tindakan untuk melakukan anjakan paradigma supaya diri kita menjadi ulul albab dan manusia rabbani. Apa gunanya kita hidup sedangkan kita langsung tidak memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling? Ini bertepatan dengan firman Allah:

“ kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Menjadi lumrah kepada kita sebagai manusia, sering kali mentafsir kehidupan menggunakan akal kita yang singkat sedangkan Allah Al-Hakim merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Sebagai contoh, Kita sering terdengar cerita tentang pinangan ataupun lamaran seseorang lelaki ditolak oleh wanita yang diminatinya.Jika seseorang itu beriman,dia akan sentiasa yakin bahawa Allah telah menyediakan seorang wanita yang lebih baik daripada wanita yang diminatinya manakala bagi orang yang kurang beriman dia merasakan tidak ada gunanya lagi dia hidup di dunia. Akibat daripada perasaan ini, dia akan berputus asa yang mungkin kepada gejala membunuh diri.Nauzubillahiminzalik.

Apabila kita diuji dengan kesedihan, janganlah biarkan kesedihan itu berlarutan sehingga segala-segalanya tidak berguna lagi pada kita. Marilah kita menyingkap sejarah.

Nabi Muhammad SAW pernah diuji Allah dengan kematian dua insan yang dikasihi-Nya, Saidatina Khadijah binti Khuwailid,isteri baginda SAW dan kematian Abu Talib,bapak saudara-Nya. Sejurus sahaja peristiwa ini,Nabi junjungan kita pergi berdakwah di Thaif. Ketika di Thaif, seruan da’wah yang harap diterima oleh penduduk Thaif dibalas dengan balingan batu,cercaan dan sebagainya.Kemudian datanglah Malaikat Jibrail Alaihissalam menawarkan untuk memusnahkan penduduk Thaif dengan menghempap Bukit Uhud ke atas mereka.Namun baginda melarang malaikat Jibrail melkukan demikian dan baginda mendoakan semoga Allah menimpakan hidayah-Nya keatas mereka. Pengajarannya, walaupun diuji dengan ujian yang berat namun tanggungjawab da’wah tidak pernah sesekali baginda abaikan.

Sebenarnya ujian ini adalah supaya kita lebih dekat kepada Allah dan tidak berharap atau bergantung kepada makhluk.Ujian ini juga adalah proses pentarbiyahan dan pembentukan supaya kita menjadi manusia rabbani.

Kesimpulannya, janganlah kita berasa lemah dengan ujian yang diberi kerana sesungguhnya itulah yang terbaik buat kita.Nabi Muhammad SAW bersabda,”Hairan sungguh dengan sikap mukmin,jika diberi kejayaan dia bersyukur dan jika dia diberi ujian dia bersabar...”

Wallahualam...

Oh Allah, please accept my repentance and forgive all my sins that i have commited. Verily,i beg your mercy for myself, my family,my friends,my teachers and all muslims.Please give us your light..ameen......



Friday, September 4, 2009

SiaPa yAng leBih BaiK???.......

Assalamualaikum buat sahabat yang dekat dan jauh, moga sentiasa dalam rahmat dan inayah-Nya. Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah masuk fasa maghfirah yang telah dijanjikan Allah buat hamba-hamba-Nya yang tekun mengerjakan suruhan-Nya. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah dan kita beroleh taqwa yang ditawarkan oleh Allah SWT.

Untuk kali ini saya bukanlah nak membicarakan tentang bulan puasa ini tapi ada satu perkara yang menarik untuk saya bicarakan dan saya pasti perkara ini pasti mengembirakan rakan-rakan JPA yang masih di Malaysia yang bakal berlepas ke Amerika Syarikat taun depankelak...Insya Allah.

Saya telah ‘blog walking’ untuk mengetahui keadaan rakan-rakan saya yang telah berada di Amerika di saat ini dan saya dapati mereka semua sihat serta sangat gembira untuk belajar di negara orang. Sebanyak 4 ataupun 5 blog yang saya baca semuanya menceritakan tentang keadaan di universiti masing-masing. Apa yang menarik bagi saya ialah, mereka menceritakan bahawa sikap orang Amerika ini mereka peramah,suka membantu orang lain, menghormati orang lain terutama mengenai agama,murah senyuman dan tidak sombong. Saya tidaklah tahu sejauh mana kebenarannya kerana selama ini kita(di Malaysia) sering memandang serong kepada orang Amerika dengan mengatakan mereka ni teruk,tak senonoh dan sebagainya.Nampaknya pandangan kita terhadap mereka adalah SALAH SAMA SEKALI. Yang nampak Amerika ni jahat ni adalah pentadbirnya bukan rakyatnya. So, don’t judge all the same. Rakan-rakan saya di sana juga membandingkan sikap orang kita dengan warga Amerika dan mereka mengatakan sikap yang positif ini TIADA DI MALAYSIA.Saya begitu menyokong dengan kenyataan mereka. Sikap mereka lebih baik daripada kita orang Melayu yang beragama Islam. Persoalannya, siapakah yang teruk?Islam atau Melayu?????? Apa yang warga Amerika buat itu seperti murah senyuman,bantu-membantu dan sebagainya adalah perkara yang Rasulullah SAW telah ajar 1400 tahun yang lepas. Ini membuktikan bahawa orang bukan Islam di sana mempraktikkan sunnah baginda SAW Cuma bezanya mereka tidak bersyahadah sahaja. Telah terbukti ajaran Islam itu menyenangkan hati semua orang.Sudah tentu Islam itu tidak teruk.Jadi, siapa yang teruk?????fikir-fikirkanlah.

Saya memerhatikan keadaan di negara kita cukup membimbangkan (pergolakan politik dalaman yang agak teruk) dan saya bimbang keadaan ini akan menjejaskan keamanan negara. Jadi, kepada semua saudara seagama saya di Malaysia,ingatlah kita telah tersimpang jauh sangat daripada panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Pulanglah ke pangkal jalan sebelum terlambat...........