Saturday, January 30, 2010

OpeN yOur eYeS.....

Salam to all,
Earth is the one and only planet where there is a life. I can say that earth is tiny compare to the sun which is estimated to be 1000 times bigger than our biosphere. According to my reading, scientists have estimated that, there are 50 billions (50,000,000,000) of galaxies and the nearest galaxy with ours (milky way) is Andromeda. How big our universe is?

Even we live in this small planet but there are a lot of miracles which every people cannot deny it. Allah creates everything that could lead us to find the truth but some of us just ignore what Allah has given. For this time around, I would like to write about our life nowadays. Allah has affirmed in the holy Koran that time is very valuable but only a few of us realize about this
.
By the time, Verily! man is In loss,. except those who believe (in Islâmic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the Truth (i.e. order one another to perform All kinds of good deeds (Al-Ma'rûf)which Allâh has ordained, and abstain from All kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar) which Allâh has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter In Allâh's Cause during preaching his Religion of Islâmic Monotheism or Jihâd, etc.).<103:1-3>

In spite of thinking about to bring the triumph to our ummah (including ourselves), we would rather like to squander time hanging around in the shopping complex. We also like to talk about how much our clothes that we have bought? Who scored in the game last night? Why that particular artist gets married with that old man? Now, let’s us ask ourselves. Is this the purpose that Allah wants us to do in this temporary world? Sometimes I always think why my dear brothers and sisters like have ignored about the Islamic value that we inhere from our parents. The conclusion that I have reached is, we have been ‘deflected’ away from our guidance, Alquran and Assunnah. Every Sunday, usually I will buy Metro and I am so surprised with the news that Malay teenagers do not know to testify ‘shahadah’. This is a fiasco!!!

So, it is the time for us to implement the Prophet’s method in our daily life affairs. We must know that, Allah will never need us but we need Allah in every facet of our life.
Ya Allah, we are your servants admit that we have committed a lot of sins. Please guide us back to your straight path.

P/S: sedang menunngu tawaran universiti.. “Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan Yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)”<84:19>



Wednesday, January 27, 2010

MerEka sUdaH MereAlisaSikaNnya.....

salam kepada semua.



Sahibus Samahah Dato' Seri Dr Harussani Zakaria
(mufti Negeri Perak)

  
                                        Dato' Dr. Haron DIn
(Timbalan Mursyidul am PAS serta pengasas  Darussyifa')
                                                                  Dr Asri Zainal Abidin
                                                                (bekas mufti Perlis)
Dr Lolo' Ghazali
(Ahli Parlimen Titiwangsa)
Dato' Ismail Kamus
(Pengasas perubatan Darussalam serta bekas ADUN)
Dr Juanda Jaya
(Mufti Perlis sekarang)
Faizal Musa @ Faisal Tehrani
(Penulis Prolifik)
                                                      Ustaz Zahazan Mohammed
                                                 (Pensyarah UIA dan  Ustaz di tv 9)

     Apakah persamaan antara gambar-gambar diatas? Persamaannya adalah mereka pernah bersekolah di sebuah sekolah agama yang sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). YA! entri kali ini sememangnya khas ditujukan kepada pelajar ataupun bekas pelajar KISAS. Sekolah kita merupakan satu-satunya sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mempunyai perkataan "Islam" dalam nama sekolah..Adapun sekolah-sekolah lain hanya mempunyai perkataan "Agama" seperti SMAP Kajang, SMAP Labu dan SMKA-SMKA yang terdapat di seluruh negara.Jika sekolah 'agama', barangkali boleh jadi sekolah agama Buddha, Kristian, Hindu, dan sebagainya tetapi sekolah kita memang spesifik kepada sekolah Islam yang mana sekolah yang mengamalkan amal-amal islami seperti semua pelajar diwajibkan sembahyang jemaah pada setiap waktu,dengar tazkirah asar dan maghrib setiap hari, membudayakan salam, menghormati guru, menjaga kebersihan asrama dan sekolah serta melakukan amalan-amalan sunat seperti tahajjud, puasa sunat, membaca al-mulk setiap malam sebelum tidur dan lain-lain lagi.

     Lupakah kita pada matlamat kolej iaitu "litakhrij al qodah almuttaqin wal muthaqaffin" ataupun dalam bahasa melayunya "untuk melahirkan pemimpin yang bertaqwa dan berintelektual tinggi"..Jika kita hendak membandingkan dengan matlamat sekolah-sekolah lain, terbukti matlamat kolej kita sangat jelas..Kalau di tempat lain mungkin matlamatnya "melahirkan pelajar yang berguna","mewujudkan budaya bersaing dalam kehidupan","melahirkan pelajar yang bijaksana".Ini tidak jelas kerana jika ingin melahirkan pelajar berguna, berguna daripada sudut apa?Bijak dari segi akademik sahaja?..Tapi Kolej kita ingin melahirkan pemimpin tidak kira di peringkat negara, negeri, bandar, kampung, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Ciri Kepimpinan tersebut pula haruslah berlandaskan Taqwa iaitu Melakukan apa sahaja yang diperintah Allah dan Rasul serta meninggalkan larangan kedua-dua nya. Maka kepimpinan begini akan selamat daripada sebarang penyalahgunaan kuasa, rasuah,dan kezaliman..Kepimpinan ini pula haruslah berintelektual tinggi iaitu orang yang mempunyai ilmu yang hebat baik dari segi agama mahupun akademik serta mempunyai pemikiran kritikal (Critical Thinking) yang mantap.



     Bercakap mengenai motto kolej, sekali lagi hanya sekolah kita sahaja yang mempunyai motto yang dipetik daripada Kalam Allah.."Fastaqim kama umirta" yang dipetik daripada surah Hud ayat 112 yang bermaksud "maka hendaklah engkau (Nabi Muhammad) teguh di atas jalan yang betul sebagaimana diperintahkan kepadamu.."

Malangnya pada hari ini, generasi KISAS pada hari ini kurang subur dari sudut pentarbiahan sekaligus memberi kesan terhadap rohani para pelajar..Masyarakat terutama pelajar-pelajar SBP yang lain sebelum ini yang memandang tinggi kepada lepasan KISAS kini merasakan bahawa antara kita dan mereka tiada bezanya..Kita tidak ingin dipandang tinggi kerana kita manusia disisi Allah adalah sama tetapi apa yang  kita mahukan adalah pelajar-pelajar sekolah lain dapat mengikut amal islami yang kita tonjolkan. Bukan pujian mahupun sanjungan yang kita harapkan tetapi kefahaman islam kepada rakan-rakan lebih penting..

    Pada tahun 2007, sekolah kita dianugerakan sekolah kluster dan pada hari selasa lepas (26/01/10) sekolah kita telah dianugerahkan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT)disini untuk rujukan>;.Berbanggakah kita dengan penghargaan yang diberi oleh manusia tetapi kita melupakan nikmat Allah yakni nikmat pentarbiahan islam yang kita lalui selama dua tahun?..Jadilah manusia yang tahu bersyukur..


Kembalikanlah mutiara waqafan dalam diri kita

Sunday, January 24, 2010

MaAfkan dAku.....

Salam buat semua

Dalam hidup kita sebagai manusia, mana mungkin kita lari daripada melakukan kesilapan sama ada melalui perbuatan, perkataan, mahupun sikap kita..Ada sepotong hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya lebih kurang begini : Manusia itu tidak lari daripada kesilapan (maaf, saya lupa matan hadis)..



Saya juga manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan..Mungkin dalam blog ini, kadang-kadang perkataan yang digunakan kurang menyenangkan para pembaca sekalian walaupun hakikatnya apa yang dituliskan betul.. Jadi, saya mengambil kesempatan memohon maaf atas segala khilaf jika penulisan dalam blog ini menyinggung mana-mana pihak.. Ambillah yang jernih dan tapislah yang keruh itu supaya menjadi jernih juga..


Wednesday, January 20, 2010

InI SaUdAramU....

Salam buat rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah. Diharapkan kalian sihat disamping keluarga dan kawan-kawan yang disayangi.

Rasulullah SAW telah bersabda :
Orang Islam bersaudara dengan orang islam yang lain,tiada boleh dia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tiada boleh mendustainya dan tidak boleh menghinakannya (riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ke 35 dalam matan arba’in karangan imam An Nawawi ini, terdapat banyak unsur pengajaran buat kita. Diringkaskan cerita, sebagai umat Islam kita tidak boleh menzalimi kepada saudara kita yang lain. Kita tidak sesekali boleh membiarkan umat Islam yang lain hidup dalam keadaan susah sedangkan kita bersenang lenang dalam kekenyangan. Di Ethiophia misalnya, ramai umat Islam yang faqir disana sangat memerlukan bantuan terutama dari segi makanan dan kewangan namun apa yang dikesali adalah mereka (rakyat Ethiopia) mengatakan mereka hanya menerima sejumlah buah kurma dari Liga Arab (persatuan negara-negara arab) setiap tahun. Lebih malang lagi apabila Pendakyah Kristian (Missionary) pula yang mengambil berat terhadap nasib saudara seislam kita disana.







Dimana umat Islam yang akan membela kaki beliau?

Di Palestin, rakyat Gaza terpaksa hidup dengan mengikat perut bukan kerana tidak ada yang ingin membantu tetapi kerana dihalang oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh Husni Mubarak seorang Muslim. Kerajaan Mesir bercadang membina tembok di Rafah sekaligus menyukarkan lagi sebarang bantuan untuk rakyat Palestin.



                                           ini adalah saudaramu dan saudaraku

Ingatlah bahawa ketika di alam barzakh nanti, malaikat munkar dan nakir akan bertanyakan, siapa saudara kamu? Adakah ini jawapan kita? saudaraku ialah Lady Gaga, Taylor Swift, Christiano Ronaldo, Kaka ataupun Tom Cruise.  Kalau inilah jawapannya, maka sudah pastilah kita akan bersama sama mereka di akhirat kelak.
Oleh itu kalau kita fikirkan semula, masihkah ada ruang untuk melepak di shopping complex, memikirkan tentang couple, menghadiri konsert-konsert hiburan artis-artis dari hollywood dan hidup hanya untuk makan dan minum?

Wallahualam

Thursday, January 14, 2010

MenCari PengGaNtinYa....


                    Tugu Peringatan Salahudin Al Ayyubi di Damsyik

  Walaupun beliau sangat mencintai keamanan, Salahuddin Al Ayyubi merupakan seorang panglima perang yang hebat. Beliau dilahirkan di Tikrit pada 1138 masihi ketika ayahnya memerintah Tikrit. Sedikit sebanyak tentang Salahudin Al Ayyubi ini, beliau telah dibesarkan oleh ayah dan pak ciknya yang begitu mahir dalam ilmu persenjataan. Beliau merupakan seorang yang sangat bijak, mulia dan sangat tidak gemar kepada peperangan. Khalifah pada ketika itu merupakan Sultan Nuruddin Azzanky telah mengarahkan Salahudin untuk pergi ke Mesir bagi mengawal keadaan Mesir yang kucar kacir akibat pergolakan politik dalaman serta ancaman tentera salib. Disana beliau dilantik sebagai pegawai istana; namun beliau lebih suka tinggal di rumah kecil berbanding tinggal di istana yang mewah. Salahudin merupakan seorang yang sangat cintakan Islam dan beliau tidak sesekali akan membiarkan tentera salib merampas mesir daripada pemerintah Islam.


 Namun beliau tidak disukai oleh menteri-menteri Mesir yang mewarisi genetik Firaun pada ketika itu. Menteri-menteri di istana suka berfoya-foya,bergundik, minum arak dan melakukan pelbagai penyelewengan kuasa dan menyalahgunakan harta negara. Mereka sedaya upaya menyingkirkan Salahudin daripada memegang jawatan di Istana namun atas kebijaksanaan  beliau Menteri-menteri ini yang disingkirkan. Beliau sangat disukai oleh Rakyat Mesir kerana beliau berjiwa rakyat,amanah, bijak, tawaduk serta menunaikan hak-hak rakyat mesir. Sebenarnya ketika itu, Mesir diperintah oleh Kerajaan Fatimiah namun selepas kejatuhan Khalifah Fatimiah, Salahudin diangkat menjadi Pemerintah Mesir. Ketika pemerintahan beliau, Salahudin menawan Damascus (Syiria) dan rakyat disana dengan rela hatinya bersedia berada di bawah pemerintahan beliau. Berita ini sangat dibenci oleh tentera salib dan tidak suka akan Salahudin yang semakin meningkat kekuasaannya dan kejayaannya. Maka atas sebab ini tercetuslah peperangan Hittin yang menyaksikan ramai tentera salib menjadi tawanan. Namun tawanan ini dilayan dengan begitu baik; mereka tidak diseksa oleh pemerintah yang zuhud dan baik hati ini.

Pada 1187 masihi, Salahudin menawan Jerusalem (Palestin). Selepas 80 tahun azan tidak kedengaran di Negara kiblat pertama umat Islam ini, ia kembali kedengaran. Semua tawanan tentera salib tidak diseksa bahkan mereka boleh bebas dengan syarat membayar sejumlah wang tebusan. Namun Salahudin Al Ayyubi seorang yang mempunyai Ihsan yang tinggi. Dia melepaskan tawanan-tawanan yang dirayu oleh emak,anak-anak, serta isteri-isteri mereka. Walaubagaimanapun, tentera salib berdendam dengan beliau; maka tercetuslah perang salib ketiga yang dibiayai oleh England melalui cukai khas yang dinamakan ‘cukai Salahudin’. Pertempuran berlaku diantara beliau dan Tentera Raja Richard I (Richard the lion heart). Menyedari  bahawa  peperangan tidak memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak, mereka berdamai dan menandatangani perjanjian Ramla. Dalam perjanjian (Treaty) ini, kota Baitul Muqaddis terus berada di bawah genggaman orang Islam tetapi orang kristian dibenarkan masuk ke kota ini. Inilah konsep keterbukaan yang diamalkan oleh Beliau.

Tepat pada 4 Mac 1193, beliau dijemput Allah. Sifat zuhud beliau kepada duniawi terzahir jua apabila tiba saat pengurusan jenazah beliau, tidak ada duit bagi menguruskan  jenazah beliau kerana semua wang telah disedeqahkan (infaq) semasa beliau hidup.

Dimana Pengganti Beliau??

Thursday, January 7, 2010

WaniTa itu sUci...

“Ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina. Bagaimana mungkin kau melakukan perbuatan nista itu? Hanya perempuan yang lahir daripda orang tua yang buruk dan ibu penzinalah yang mahu lakukan perzinaan.”cercaan bertubi-tubi dari kaumnya dibalas dengan diam seribu bahasa. Kemudian wanita itu seraya menunujuk kearah bayinya lalu berkatalah kaumnya.”Bagaimana kami mampu berbicara dengan budak kecil yang masih dalam ayunan?” namun keagungan terjadi apabila bayi itu menjawab”Sesungguhnya aku ini hamba Allah,Dia memberikan aku alkitab dan Dia menjadikan aku seorang utusan-Nya”.


Wanita yang dituduh bersalah itu tidak lain tidak bukan adalah Maryam as dan bayi itu pula adalah Nabi Isa as yang membawa risalah kebenaran dari Al-Khaliq. Sepertimana yang diketahui bahawa kelahiran Nabi Isa as adalah bukti jelas kekuasaan Allah Rabbul Jalil yang tiada taranya. Mengikut akal pertimbangan  manusia yang kerdil ini,mana mungkin seorang bayi dilahirkan tanpa bapa.  Apa yang ingin kita bincangkan kali ini adalah pengorbanan seorang wanita agung daripada keluarga Imran. Maryam as merupakan seorang wanita suci yang sesekali tidak pernah disentuh oleh lelaki.Adapun datangnya malaikat Jibril as datang menyerupai lelaki,namun datangnya hanyalah meniup roh yang suci kedalam jasad Maryam puteri Imran.Umum kita mengetahui bahawa malaikat dijadikan Allah tanpa bernafsu justeru mana mungkin Maryam itu disentuh. Maryam as merupakan seorang ahli ibadah yang sangat rapat dengan Allah. Wanita ini sanggup berkorban terhadap Tuhannya yang maha agung walaupun sedar fitnah besar bakal menimpanya. Kaum yang menuduhnya melakukan perbuatan nista itu tidak lain adalah dari kaumnya juga,Yahudi. Untuk Melahirkan Nabi Isa as,Maryam as terpaksa pergi ke lembah An-Nashirah meninggalkan bait al-maqdis yang hiruk pikuk dengan manusia. Beliau dengan susah payahnya bersalin melahirkan nabi Isa as dalam keadaan keseorangan. Allah menghargai pengorbanan hamba-Nya ini seperti mana yang telah dirakamkan dalam surah At-Tahrim ayat ke 12:

“dan juga (satu misal Perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) Yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan Dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke Dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang Yang tetap taat.”


Pengorbanan itu diteruskan dengan menghadapi cercaan bertubi-tubi kaumnya yang menuduhnya sebagai penzina. Sungguh Maryam puteri Imran, perawan suci nan abadi,ahli ibadah yang taat merupakan ‘ayat’ Allah untuk segenap umat manusia,terutamanya kaum hawa. Bahawa mewajahkan cinta tidak harus berlumurkan nafsu. Keteguhan Iman dan kecintaan yang tulus kepada Allah adalah benteng yang paling kukuh untuk mengawal gejolak nafsu dan merupakan senjata utama mematikan rayuan para lelaki yang tidak ada amanah dengan Tuhannya.

 aina qurrata a'ini??

Monday, December 28, 2009

MalAng tIdak BerBaU....




Salam buat semua.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan berhampiran tol Jelapang yang meragut 10 nyawa.Kita sangat bersimpati dengan mangsa-mangsa yang mati dan menganggap ia sebahagian rencana Ilahi ke atas makhluk-Nya.Pemandu bas mengaku bahawa dia terlelap.Jadi, banyaklah pihak tampil mengkritik tahap keselamatan bas dua tingkat(double-decker),waktu perjalanan,cara pemanduan dan faktor pemandu itu sendiri.


  Pada pendapat saya, perjalanan tengah malam harus dihentikan..seingat saya, sepanjang saya berulang alik dari Penang ke Shah Alam sejak tahun 2006,hanya sekali sahaja saya menggunakan perkhidmatan bas pada waktu malam.Itupun disebabkan tiket waktu siang habis disebabkan ramai ingin pulang ke kampung sempena hari raya aidilfitri pada tahun 2006(f4).Saya khuatir berlaku kemalangan seperti yang berlaku baru-baru ini. Allah berfirman:
“dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat.dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)”<78:9-10>


    Ini jelas menunjukkan yang malam Allah jadikan adalah untuk rehat.Apabila manusia cuba melanggar sunnatullah,maka berlakulah pelbagai kecelakaan hidup. Pada pendapat saya juga,bas-bas ini boleh menghentikan perjalanan pada waktu malam manakala memulakan perkhidmatan bermula seawal pukul 7 pagi dan perjalanan terakhir pada pukul 6 petang bagi jarak perjalanan yang jauh(melebihi 500KM).Mungkin ada yang mengatakan pukul 7 pagi terlalu awal tapi untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, perjalanan harian tren dari Butterworth ke Kl Sentral bermula seawal 7 pagi dan saya dapati ramai orang menggunakan khidmat tren ini(tren selalu penuh).Perjalanan pagi juga lebih segar dan tidak panas.Seharusnya,syarikat bas harus memikirkan nyawa orang awam berbanding keuntungan yang berlipat ganda.Cuba bayangkan,pemain Real Madrid sekarang,Christiano Ronaldo berharga £80 juta dan setelah menyertai Real Madrid, kakinya diinsurankan sebanyak RM 90 juta.Namun nyawa rakyat Malaysia seolah-olah tiada harga apabila maut di atas jalan raya dan hanya dibayar pampasan sejumlah wang. 


   Penggunaan bas dua tingkat juga dilihat kurang sesuai. Di London, bas ini digunakan di dalam bandar dengan kelajuan purata 20 KM/H tetapi di Malaysia ia digunakan di atas lebuh raya dengan kelajuan mencecah 100 KM/H.Dimanakah kewajarannya?


   Jadi sudah tiba masanya,pihak-pihak tertentu mengkaji semula kewajaran waktu perjalanan dan jenis bas yang digunakan supaya dapat menjamin keselamatan para penumpang.
Semoga slogan “rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” dapat direalisasikan.


Sunday, December 27, 2009

BahTera peNyeLamaT...



Salam buat rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah sekalian.Semoga semuanya sihat-sihat di samping keluarga,suami,isteri dan anak-anak tercinta.


Seperti mana kita tahu, kita akan melangkah ke tahun 2010 yang bakal menjelma lagi beberapa hari. Oleh yang demikian, kita harus sedar bahawa umur kita akan menginjak naik sekaligus masa kita dengan kematian semakin hampir. Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar tazkirah maghrib oleh seorang ustaz dari Perak,Ustaz Mazlan Osman. Antara perkara yang beliau sebut dalam tazkirah beliau adalah:


“Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,lanie kita kena tiru orang puteh.depa nie kat mana-mana pon baca..baik dalam tandas,nak tunggu kereta api, dok tepi pantai..pendek kata kat mana saja depa mesti ada buku di tangan.
Tapi cuba tuan-tuan dan puan-puan tengok orang melayu kita..dia buat apa?kalau orang melayu kita dok sorang-sorang,dia kira nak tidoq. Kalau dok dua orang, dia sibuk nak mengata kat orang..kalau bertiga,dia nak makan..kalau dok tiga orang ni,sat sat dia kata.””ha,jom kita pi pekena kat warong pak maon tu””..jadi muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian kita kena  buang segala perangai-perangai lama yang tak elok nie.”
Begitulah sedikit sebanyak celoteh ustaz malam tersebut.


Ilmu merupakan cahaya yang dapat menerangi jalan hidup yang penuh dengan ujian dan cubaan. Ilmu menjadikan manusia itu mulia disisi Allah dan makhluk jika ia membawa kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai. Dengan menuntut ilmu,seluruh makhluk sama ada di lautan mahupun di daratan akan mendoakan keampunan bagi kita yang menuntut ilmu..Ingatlah, kita manusia memang tidak terlepas daripada melakukan dosa dan khilaf..jika nak diharapkan kita beristighfar sebanyak 70 kali sehari sebagaimana dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW,mungkin sedikit sahaja dalam kalangan kita yang melakukannya..Oleh itu amatlah diharapkan makhluk-makhluk lain yang tidak berdosa memohon keampunan untuk kita.
Imam Syafie Rahimahullahu Taa’la pernah mengatakan bahawa untuk menuntut ilmu, seseorang itu perlu mempunyai enam perkara.


1)   1) Mempunyai Kecerdikan
2)   2) Bersungguh-sungguh menuntut ilmu(gigih)
3)   3)Haloba dalam menuntut ilmu(ingin menguasai semua cabang ilmu)
4)   4)Mempunyai harta
5)   5)Belajar dalam tempoh masa yang lama(tidak terbatas sehingga peringkat PhD sahaja)
6)   6)Bergaul dengan para alim ulama’(menghadiri majlis-majlis ulama’)


Inilah enam perkara yang digariskan oleh Imam Syafie bagi seorang penuntut ilmu. Ilmu ini juga merupakan cahaya Allah yang menerangi diri orang-orang yang mahu berfikir(ulul albab).Oleh yang demikian,ada beberapa perkara yang perlu dijaga dalam menuntut ilmu antaranya:


1)      1) Jaga pemakanan
2)     2)  Beradab dengan guru,ilmu, tempat belajar,rakan-rakan sekuliah dan seluruh makhluk    
           yang lain.
3)     3) Berdoa dan bertawakkal.(pohon supaya Allah kurniakan ilmu yang bermanfaat dan      
             dengan  ilmu itu juga menjadikan manusia yang lebih baik disisi Allah.)
4)      4) Mengamalkan ilmu tersebut dan sebarkan.

Hari ini kita dapat lihat kesan apabila ilmu diabaikan dari peringkat tertinggi sehingga terendah..Gejala rasuah dikalangan pemimpin, penyalahgunaan kuasa, pembuangan bayi,penzinaan, melakukan syirik dan gilakan pangkat,wanita serta harta. Kita juga dapati bahawa kita umat Islam ketinggalan jauh dari sudut teknologi mahupun inovasi ciptaan terbaru akibat mengabaikan ilmu yang hakikatnya milik kita sebelum ini.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain. Dalam hadis ini jelas,akibat ketandusan ilmu kita cenderung melantik pemimpin yang tiada asas taqwa dalam dirinya.
Sememangnya dalam perundangan islam, seorang pemimpin tersebut harus membela…


1)   1) Darah
2)    2)Harta
3)    3)Maruah
4)    4)Akal
5)    5)Agama

Apa yang ingin kita bincangkan disini adalah tentang yang keempat iaitu AKAL. Seorang pemimpin sebuah negara islam harus memberi pendidikan kepada setiap rakyat agar rakyatnya merupakan rakyat yang mampu menjadi perancang kepada pembangunan negara baik dari segi material mahupun rohani..Selain itu mereka(kerajaan) harus menyediakan segala bentuk kemudahan buat rakyat bagi menuntut ilmu..Penyediaan pelbagai institusi dan penyediaan biasiswa merupakan satu tindakan bijak namun ia harus dipantau bagi mengelakkan berlakunya ketidakseimbangan antara kualiti dan kuantiti..


Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu baik yang fardhu a’in mahupun fardhu kifayah..marilah menanam tekad untuk memenangi kembali agama Allah di muka bumi yang bertuah ini.Namun kita harus sedar, menuntut ilmu merupakan perkara yang kita akan melalui banyak ujian dan cubaan tetapi kita harus ingat bahawa bantuan Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar dalam mengeluarkan diri daripada kegelapan..Nabi bersabda “Sesiapa yang Allah sayang akan dirinya,maka Allah berikan dia kefahaman dalam agama”..Untuk memahami agama,tidak lain tidak bukan haruslah melalui proses BELAJAR..


Kita juga sedia maklum bahawa ayat alquran pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah:


“bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),”<96:1>.
  perintah pertama Allah kepada makhluk bukanlah solat,zakat,menegakkan daulah tetapi membaca..Membaca ini adalah proses utama belajar ataupun menuntut ilmu.




Ingatlah bahawa umat Islam pada hari ini disuntik dengan pelbagai ideologi ciptaan manusia yang jelas merosakkan sistem kemasyarakatan itu sendiri..
"Ilmu adalah bahtera penyelamat"
Wallahualam
Alfaqir ila Rabbihi..




AlteRnatif.....

salam buat semua...


click to enlarge
Menjelang malam tahun baru ini, ramai dalam kalangan kita yang ada sensitiviti terhadap Islam sangat bimbang..hal ini disebabkan kebejatan gejala sosial yang melanda khususnya dikalangan remaja Islam..Jadi saya tidak mahu menulis panjang..biarlah gambar ini menjadi gambaran sebagai alternatif bagaimana malam tahun baru ini boleh dielakkan dari pada berlakunya gejala-gejala yang negatif..

Friday, December 25, 2009

Wednesday, December 23, 2009

BerSediaLah waHai kaum MukMiniN.....

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."

Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang
sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.

Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.

Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun . Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.

Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?"

Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:

"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"

Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.

Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau seayat."

Wallahua'lam....

Tuesday, December 22, 2009

U'll fiNd YouR waY....



                                                              Maher Zain

Salam to all my friends...Hopefully all of you are fine..
For this time around, i just want to share with you my new favorite song..
This song has been sung by Maher Zain..

Title: Insha Allah
Singer:Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
 x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah
 x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
 x2
Insha Allah
 x3
Insya Allah we’ll find the way..

p/s:for those who have facebook account, you can click here and add him as your friend..you can always listen his other songs which are simply cool...

Thursday, December 17, 2009

SekaLUng TaHNiah buat MereKa......


salam buat rakan-rakan, Selamat menyambut tahun baru hijrah yang ke 1431 saya ucapkan..

    semalam (17/12/2009) telah berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak sukan SEA yang ke 25 dan Alhamdulillah seperti yang dijangka Malaysia akan melakukan kejutan..Malaysia menang 1 berbalas 0 dengan Vietnam..Bagi saya,Malaysia bermain dengan cukup menarik.Segala stratergi yang diatur sangat menjadi..Dan yang paling penting keyakinan dan optimis untuk menang itu,wujud dalam diri setiap pemain Malaysia sewaktu perlawanan..Cuma apa yang saya ingin utarakan disini adalah, pemain Malaysia kurang ketangkasan dan stamina..Mereka bermain dengan sangat baik di separuh masa pertama tetapi pada separuh masa kedua mereka kelihatan termengah-mengah mengejar bola terutama di bahagian serangan..Saya harus memuji di bahagian pertahanan terutama kepada Ahmad Muslim yang menjadi Last man dan dia bermati-matian menjaga benteng negara..

Di sini saya ingin memberi cadangan beberapa langkah supaya pasukan Malaysia lebih mantap:

1)berlatih bersungguh-sungguh bagi meningkatkan stamina..Untuk meningkatkan stamina, para pemain perlulah menjaga makanan..Makan lah makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti telur ayam,daging,ikan dan makanan laut lain..pengambilan madu juga penting untuk memberi tenaga agar dapat bertahan atas padang dalam tempoh 90 minit...

2)meningkatkan persefahaman antara satu sama lain..Saya secara jujurnya tidak ada pasukan favorite secara khusus tetapi saya sangat mengkagumi pasukan Manchester United..Ini kerana pengurusan kelab ini bagi saya merupakan yang terbaik..mereka membeli pemain muda yang masih tidak 'mahal' dan mereka melatih pemain-pemain tersebut sehingga berjaya menjadi bintang seperti Christiano Ronaldo..Kita boleh lihat apabila pemain pasukan ini (MU) menjaringkan gol,lalu rakan sepasukan yang lain datang sambil memeluk dan mengucup pipi penjaring gol..inilah yang saya maksudkan dapat meningkatkan perpaduan sesama rakan-rakan lain..memeluk dan mengucup pipi ini adalah antara Sunnah  yang diajarkan Rasulullah SAW bagi mengeratkan UKKHUWAH sekaligus dapat meningkatkan persefahaman sesama rakan sepasukan.

3)Bermain untuk negara..Apa yang saya maksudkan adalah bermain dengan bersungguh-sungguh tidak kira ketika awal atau lambat menerima gaji..saya sedia maklum bahawa duit merupakan keperluan yang sangat penting sekarang ini..Namun harus diingat bahawa tanggungjawab untuk menaikkan maruah negara juga penting..(bukan untuk menigkatkan nasionalisme tetapi cuma mempertahankan maruah negara agar tidak dipandang rendah oleh negara asing)

  Inilah sedikit sebanyak cadangan yang saya rasa perlukan diserapkan ke jiwa pemain-pemain muda kita..Semoga bola sepak di negara kita akan mencipta kejayaan yang lebih gemilang di masa depan..