Friday, December 9, 2011

Pembudayaan Ilmu...


Jumuah mubarakah kepada semua, semoga hidup kita sentiasa dipayungi rahmat dan kasih saying Allah.
Amma ba’d.

Jumhur ulama’ bersepakat mengatakan surah pertama yang turun adalah surah Al Alaq.

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan” (Al Alaq:1)

Kenapa tidak pasal rukun islam atau rukun iman yang diwahyukan dahulu? Kenapa perlu membaca dahulu? Baik, banyak perkara dalam kehidupan kita memerlukan tools untuk menyampaikan hajat atau matlamat kita kepada sesuatu perkara. Sebagai contoh, untuk menyampaikan kita ke bumi US ini, kita perlukan alat atau pengangkutan yang dapat menyampaikan kita ke sini. Jadi kapal terbang dicipta bagi tujuan ini. Begitu juga dengan Islam dan seluruh isi kandungannya. Lafaz iqra’ dalam ayat ini menyatakan bahawa peri pentingnya pendidikan dalam kehidupan seharian kita untuk memahamkan diri kita tentang Islam. Membaca merupakan salah satu daripada elemen pendidikan dalam kehidupan ini. Tanpa pembacaan, mana mungkin seseorang mampu menjadi ‘seseorang’. Hari ini, kita boleh melihat seorang arkitek melakar sebuah bangunan pencakar langit. Hari ini kita mampu melihat seorang jurutera membina sebuah jambatan terpanjang di dunia. Hari ini kita melihat seorang saintis mampu menghasilkan pelbagai bahan sintetik. Mereka semua sebelum mampu menghasilkan sesuatu, mereka mengambil masa yang lama untuk mengkaji, membaca, merekacipta dan membangunkan hasil seperti mana yang boleh kita lihat sekarang.

Begitu juga dengan kita umat Islam hari ini, kita lemah kerana kurangnya membaca. Andai kita membaca sekalipun, ianya hanya sekadar bacaan tanpa menghasilkan tindakan. Islam bukanlah dogmatic kerana setiap yang ada dalam ajaran Islam adalah berasaskan dalil dan bukti. Jadi melalui pembacaan, kita dapat meningkatkan tsaqafah kita mengenai Islam. Bukan untuk kita berhujah tetapi bagi mengukuhkan pegangan kita dalam Islam dan menyampaikannya pula kepada bukan Muslim.

Pokok pangkalnya pembudayaan ilmu dalam kalangan kita umat Islam harus disuburkan semula. Lebih-lebih lagi kita yang berada dalam medan tarbiyah, perlulah persiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya baik untuk amalan kita mahupun untuk tindakan kita. Saya menyarankan agar setiap kita membaca sebulan satu buku untuk permulaan. Buku disini bukan bermaksud buku-buku komik ataupun majalah hiburan tetapi buku-buku yang berbentuk fikrah, ilmiah dan motivasi. Sebagai contoh boleh baca Fiqh Assirah karya Sheikh Syed Ramadhan Albuti, buku Fiqh Awlawiyyat karya Dr Yusof Alqardawi, atau buku Bahtera Penyelamat karya Ustaz Fathi Yakan. Manakala buku ilmiah pula saya menyarankan buku seperti Sains dan Alquran karya Dr Zainal Abaidin dan buku-buku karya Harun yahya. Buku motivasi karya Stephen R. Covey juga adalah baik bagi membina leadership characteristics. Budaya membaca harus menjadi darah daging dalam diri setiap umat Islam agar kegemilangan lampau bukan utopia buat kita. Ayuh realisasikan kegemilangan silam. Kita mampu untuk berubah.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar Ra’d:11)

Wednesday, December 7, 2011

Di Antara Dua...

Salam buat semua, semoga sihat dan dinaungi rahmat Allah sentiasa.
Amma ba’d.

Alhamdulillah minggu lepas dan dua minggu lepas, saya telah menghadiri dua program berbeza, di tempat yang berbeza, pergi dengan cara berbeza, berjumpa dengan orang yang berbeza dan dengan sumber kewangan berbeza.

Tamrin Di Michigan

Dua minggu lepas, saya bersama beberapa pelajar RIT menghadiri tamrin yang diadakan di Michigan State University (MSU). Kami pergi ke sana dengan menyewa kereta dan sudah pasti memandu ke sana menelan masa hampir 10 jam. Keletihan memang terasa namun tatkala bertemu sahabat-sahabat yang mempunyai fikrah Islam yang sama, kegembiraan dapat diukir menggantikan keletihan badan. Walaupun pergi ke sana dengan mengeluarkan belanja sendiri, tapi itu tidak sedikit pun kami terasa beban kerana memang sunnah dalam berjuang, kita dituntut menginfaqkan sedikit harta yang Allah beri kepada kita ke jalan-Nya. Di sana, semangat agar terus thabat dalam jalan Allah ini dipulihkan semula setelah semangat ini hilang dek pelbagai tuntutan duniawi; study, kerja, assignment dan sebagainya. Bertemu dengan ikhwah-ikhwah dari Universiti di US ini merupakan satu rahmat Allah yang besar setelah terpisah beberapa ketika. Saya menginap di rumah sahabat-sahabat di MSU. Terima kasih kepada Nazrul Hisham, Adib Bakeri dan Nazrin kerana sudi menumpangkan kami di rumah kalian.

      apa yang mereka cuba lakukan?                        
                          

 Jawad dan Moja

 Go Green, Go White
Kursus Global Leadership Outreach Di Chicago

Minggu lepas saya berseorangan ke Chicago dengan menaiki flight dan ditaja sepenuhnya oleh pihak MSD Washington DC. Sebenarnya, ada seorang lagi wakil (sister) dari RIT tetapi kami pergi dengan flight berasingan. Di sini saya bertemu dengan pelajar lain yang mempunyai latar belakang  dan fikrah yang berbeza. Program ini diadakan di Holiday Inn Hotel, Itasca,Chicago. Sesampainya saya di Ohare International Airport, saya dijemput oleh Uncle Rahman. Orangnya peramah dan banyak berceloteh. Bertemu dengan orang yang berbeza fikrah, menyebabkan saya rasa jauh dari comfort zone.
 Keseorangan dalam flight
 Holiday Inn Hotel, Itasca, Chicago

Saya rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah dipertemukan dengan orang yang pelbagai latar belakang; ada yang sefikrah dan ada yang berlainan fikrah. Fikrah yang saya maksudkan untuk entri ini adalah fikrah islamiah dan fikrah sekular. Fikrah sekular, bunyinya berat tetapi ini hakikat yang saya dapati ketika program di Chicago tempoh hari. Bukan sekular pada speakernya tetapi pada sebahagian peserta di kursus ini. Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah, bagaimana kita ingin berbicara dengan orang yang neracanya berbeza dengan kita. Di tamrin, neraca setiap ikhwah dan akhawat sudah pastinya Alquran dan Assunnah, namun sebahagian peserta di kursus kepimpinan tersebut walaupun Muslim tetapi mereka mempersoalkan perkara yang termaktub dalam Alquran dengan penuh provokasi. Mereka tidak secara jelas menolak Alquran tetapi melalui soalan yang diajukan, jelas ada perkara yang masih menjadi keraguan tentang beberapa perkara mengenai Islam kepada mereka. Sesuatu yang harus kita fikirkan bagaimana hendak synchronize pemikiran muslim yang sebegini dengan kita. Hendak diberi seribu satu dalil Alquran dan Assunnah kepada mereka? Selepas puas kita beri, kita hanya boleh syok sendiri padahal antara dia dengan kita masih lagi tidak sama fikrahnya. Tatkala kita menolak Sister In Islam (SIS) tetapi muslim sebegini menerima bahkan menyokong dengan mengatakan inilah NGO Muslim yang terbaik di Malaysia.Salah seorang speaker pada kursus itu adalah Ustaz Erfino Johari, pernah bertugas di MSD London. Saya sangat kagum dengan cara beliau menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh peserta Kursus baik dari muslim mahupun non-muslim. Persoalan hudud juga ditimbulkan semasa kursus ini oleh peserta non-muslim. Beliau menggunakan neraca Alquran tetapi dengan setiap ayat Alquran telah diextract. Seingat saya,tidak sepatah ayat Alquran pun keluar dari mulut beliau semasa beliau membentangkan kertas kerjanya. Ketika malam selepas habis program, saya sempat berbual dengan salah seorang peserta yang saya maksudkan sekular tadi. Tidak banyak kami bualkan tetapi sedikit sebanyak melalui latar belakangnya yang diceritakan kepada saya, ada kesimpulan yang mungkin boleh saya simpulkan (tetapi bukan disini). 

Pesanan saya kepada diri saya dan sahabat-sahabat, kita mesti mempersiapkan diri untuk bertemu dengan muslim sebegini. Setakat Alquran yang menjadi hafalan dalam diri kita tidak mencukupi untuk berhadapan dengan mereka. Apa yang lebih penting adalah pemahaman kita tentang isi kandungan Alquran secara jelas, bukan main ambil secara literal sahaja. Di antara dua pengalaman ini, seharusnya menjadikan fikiran saya lebih dinamik dan terbuka.moga-moga.
Adakalanya kita perlu bersetuju untuk berbeza.
Wallahua’lam.

Wednesday, November 30, 2011

4S...

Salam buat semua, Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah. Marilah kita bermuhasabah akan segala nikmat-nikmat Allah kepada kita. Cuba bandingkan pula nikmat yang kita terima dan dosa yang kita lakukan. Apakah sama banyak? Saya mohon ampun daripada Allah atas segala kekhilafan yang saya lakukan. Astaghfirullahal a’zim.
Amma ba’d.

Saya mulakan entri kali ini dengan memetik ayat Al Quran daripada surah An Nur ayat 32:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka MISKIN Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (24:32)

Memang setiap kali roadtrip topik perkahwinan ataupun bait almuslim ini tidak terlepas daripada diperbincangkan. Secara jujurnya, atas sebab ini saya suka kalau kereta yang saya pandu semuanya adalah kaum adam sahaja supaya pandangan dan pemikiran lebih luas untuk dikongsikan. Kalau naik dengan kaum hawa, mungkin tidak serancak seperti bermusafir bersama dengan orang lelaki ini untuk membincangkan topik ini. Banyak perkara yang kami bincang namun topik ini antara topik terpanas dalam kalangan orang-orang bujang walaupun cuaca di luar di bawah 5’C.

Sama ada sedar atau tidak, umur masing-masing sudah menjengah 20 an, umur yang saya kira sudah agak matang bagi memulakan langkah untuk memikirkan soal pasangan hidup. Kebiasaannya, di fatrah (fasa) ini, ramai kita mula menanamkan azam dan tekad bagi mencari pasangan yang ideal. Jadi sukalah saya untuk berkonsgi secebis pandangan tentang pemilihan bakal peneman hidup. Ia terangkum dalam 4S.

SEPADAN
Mencari pasangan yang sepadan ini bermaksud, memilih pasangan yang sesuai di pandangan kita. Maksud yang sesuai ini bolehlah dilihat dari segi kecantikan paras rupa, kebaikan hati budi serta kesopanan akhlak. Carilah pasangan yang cantik di mata kita, jangan cari yang cantik di mata orang lain.

SEKUFU
Sekufu ini pun boleh ditakrif dengan pelbagai maksud tetapi saya lebih suka untuk melihat dari segi pendidikan. Kebiasaannya, seseorang yang belajar di luar Negara akan mencari pasangan di luar Negara juga. Tidak kisah sama ada Negara tempat mereka belajar sama atau tidak. Ini penting bagi menghidupkan rumah tangga dan agar ‘bahasa’ yang akan digunakan semasa berumah tangga kelak adalah sama. Jika seseorang menggunakan ‘bahasa’ akademik, dia akan mengharapkan agar pasangannya mampu bertutur menggunakan ‘bahasa’ yang sama. Begitu juga jika seseorang itu menggunakan ‘bahasa’ agama, dia mengharapkan isterinya menggunakan ‘bahasa’ agama juga.

SEFIKRAH
Sefikrah ini bermaksud mempunyai pemikiran yang sama dalam kehidupan. Jika si suami berfikrah kuning, dia akan mengharapkan bakal isterinya juga berfikrah kuning. Jika si suami berfikrah ungu, itu juga yang diharapkannya daripada isterinya. Ini antara elemen yang dapat menguatkan perjuangan si suami serta dapat mewujudkan suasana harmonis dalam rumah tangga dakwah (bait addakwah). Si isteri menjadi penguat semangat serta sayap kiri kepada perjuangan si suami dan si suami dapat membimbing isterinya dan anak-anak kearah jalan yang diredhai Allah.

SEHATI & SEJIWA
Dalam banyak perkara, hal ini penting bagi mewujudkan kasih saying dalam keluarga. Untuk mencapai sehati dan sejiwa ini, kebiasaannya suami dan isteri berkongsi minat yang sama. Sebagai contoh, kalau si suami suka menonton iron chef (Food Channel), si isteri juga suka menonton channel yang sama. Begitu juga berkongsi hobi dan aktiviti masa lapang. Tidak terkecuali juga jika si suami minat bercerita tentang ekonomi, si isteri juga berkongsi minat yang sama. Sehati dan sejiwa ini juga elemen yang dapat melahirkan sikap tolak ansur dan toleransi sesama pasangan suami isteri apabila berumah tangga kelak.

Ramai orang selalu sangat mengimpikan seseorang yang ideal tetapi dalam masa yang sama, barangkali terlupa mungkin, tidak berusaha membentuk diri sendiri menjadi ideal mengikut acuan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Lebihnya pada mencari berbanding menjadi. Sekarang ini, apa yang perlu kita lakukan adalah melakukan turning point dalam pemikiran kita. Berusahalah untuk menjadi orang yang baik dan insya Allah pasangan kita kelak adalah daripada kalangan orang yang baik juga. Saya sudahkan entri kali ini dengan memetik ayat Al Quran daripada surah An Nur ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (An Nur:26)


"aku hanya ingin cinta yang halal,
di mata dunia dan di akhirat"

"aku hanya ingin cinta yang halal,
dengan dia tentu atas izin-Nya"

Tuesday, November 22, 2011

Inovasi Dalam Berusrah...

Salam buat semua sahabat-sahabat, semoga kita dapat memanfaatkan cuti ini dengan baik terutamanya kepada rakan-rakan RIT yang sedang bercuti sekarang. Rasulullah SAW bersabda “Dua perkara yang sering dilupai manusia, iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang”.
Amma ba’d.

Cuti ini, ada yang akan ke program-program, ada yang pergi melancong, dan ada yang duduk di rumah sahaja kerana kesejukan yang melebihi paras beku. Apa sahaja yang kita lakukan biarlah ia menjumpai redha Allah. Melanconglah melihat keindahan alam, keluarlah berprogram demi menyambungkan silaturrahim, dan bila bersendirian di rumah ambillah sedikit masa berzikir ataupun mentadabbur Al Quran, moga-moga ke semua kita mendapat rahmat Allah.

Sebenarnya, saya nak berkongsi tentang usrah interaktif. Hari ini wujudnya pelbagai medium atau alat yang boleh menjadikan usrah itu tidak hambar. Kalau dengar term usrah, kebanyakan kita akan fikir ianya satu bulatan, membincangkan hal-hal keagamaan selama satu atau dua jam, bermula dengan alfatihah dan diakhiri dengan tasbih kafarah. Ini betul tetapi demi untuk menyesuaikan dengan zaman, kita harus melakukan sedikit inovasi dalam berusrah. Usrah tidak hanya harus berlaku dalam rumah, bilik atau tempat tertutup. Secara jujurnya, saya lebih suka mengadakan usrah di tempat yang terbuka seperti tepi tasik, tepi laut, dalam hutan; pendek kata yang dekat dengan nature (jiwa seorang biotechnologist). Mendekatkan diri kita dengan alam akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Tetapi memandangkan sekarang ini musim sejuk, terpaksalah berusrah dalam rumah sahaja.Selalu juga saya  berusrah di kedai makan (Dennys dan Friendly’s).Apa yang ada dalam fikiran saya sekarang, saya nak berusrah di Grand Canyon, Arizona dan Cedar Point, Ohio.

Selain itu, medium lain seperti TV dan sebagainya merupakan salah satu bahan interaktif yang mampu menghidupkan usrah. Alhamdulillah, kadang-kadang usrah kami di sini melalui video-video di you tube, kadang-kadang menonton filem seperti sang murabbi, sang pencerah, dan  valley of the wolves (tidak terkecuali Dalam Mihrab Cinta..:))
Jadi inilah pembaharuan yang patut naqib dan naqibah perlu fikirkan. Jangan jadikan usrah itu hanya dalam bulatan di tempat yang sama setiap minggu. BOSAN.
Wallahua’lam..


My New Favorite Song.:)

Thursday, November 17, 2011

Keluarga Bahagia...

Salam buat semua, semoga kita terus berada dalam rahmat dan keampunan Allah.
Amma ba’d.

Walaupun saya berasal dari kampong namun kehidupan semasa kecil hingga ke sekolah rendah saya tidak sama dengan kawan-kawan kampong yang lain. Kawan-kawan yang lain, mereka bebas mandi sungai, bebas mandi ban (baca: tali air di kawasan sawah padi), bebas ke cyber café, dan bebas ke sana sini. Lain pulak cerita saya, saya memang dicurfew oleh emak. Kalau nak mandi sungai kena pastikan ayah ada sekali. Masa kecil dulu, timbul juga rasa tidak puas hati melihat kawan-kawan lain boleh keluar rumah sesuka hati sedangkan saya nak keluar pergi kedai pun disoal oleh emak dengan bermacam-macam soalan. Tetapi dalam diam-diam, saya mandi juga di tali air itu. Biasanya saya mandi dengan kawan-kawan sekolah rendah selepas habis kelas tambahan (sampai sekarang emak tidak tahu saya kadang-kadang mandi kat tali air itu ^_^).Ya, emak dan ayah saya mempunyai watak yang berbeza dalam mendidik. Emak saya garang tapi ayah saya seorang yang sangat tegas tetapi tidak pernah marah apatah lagi merotan kami anak-anaknya.  Seawal umur tujuh tahun lagi saya sudah diwajibkan sembahyang dan seingatnya semenjak daripada itu, saya tidak pernah lagi meninggalkan solat fardhu. Adakalanya, ketika  demam saya cuba mengelat tidak mahu sembahyang tetapi emak di tangan kanannya rotan dan tangan kirinya memegang tangan saya ke bilik air untuk ambil wudhu’. Begitu juga halnya dengan puasa. Betapa tegasnya emak saya dalam mendidik kami anak-anaknya. Kesan daripada semua ini, saya tidak mempunyai ramai kawan-kawan di kampong. Alhamdulillah saya punya ramai kawan tetapi bukan di kampong sendiri.

Bila usia semakin menginjak dewasa, barulah tersedar bahawa apa yang emak dan ayah larang dan buat untuk kami anak-anaknya memang terbaik untuk masa depan kami. Bila saya berada di usia sekarang, saya dapati sesetengah anak jiran yang dahulunya bebas (baca: tidak dikawal oleh ibu bapa)sekarang sudah jadi penagih dadah. Ada jadi penghidu gam, pencuri motosikal dan mat rempit. Saya masih ingat sewaktu di lower form, saya hanya pulang ke rumah dua minggu sekali. Kadang-kadang bila balik ke kampong dengar pelbagai cerita. Anak si fulan masuk jail, anak si fulan kena tangkap hisap dadah, anak si fulan ditangkap minum air daun ketum. Rata-rata mereka yang umur sebaya saya ketika itu sudah berhenti sekolah kerana ingin pergi ke laut (jadi nelayan). Jadi nelayan waktu itu sehari boleh dapat RM 20-30 dan nilai itu sangat besar bagi budak kampong.

Tetapi pada hari ini (sebelum berangkat ke US dulu), kadang-kadang ada juga saya jumpa mereka yang sebaya di masjid.

“baguih la hang. Belajaq tinggi-tinggi,nanti balik tak kalut dah. Jangan jadi macam kami, dulu malas belajaq, la dok kerja kampong ja. time ada duit ada la.” kata mereka.

“Alhamdulillah, tak pa aih, rezeqi Allah ada ja kat mana-mana. Kat kampong kita pun banyak benda boleh buat.Cuma mau dengan tak mau ja” kata saya cuba memujuk.

Pada entri kali ini saya suka untuk bercakap mengenai masalah sosial yang melanda anak-anak muda khususnya di Negara kita. Kesannya bolehla sahabat-sahabat baca di link-link di bawah.


Sebenarnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap anak membesar dengan didikan yang baik sama ada didikan agama mahupun akademik. Kadang-kadang saya melihat bukannya orang lain tetapi kenalan saya sendiri yang ibu mereka tidak endahkan soal didikan kepada mereka. Ibu bapa mereka langsung tidak ambil peduli sama ada mereka sembahyang atau tidak, pergi sekolah atau tidak. Apa yang penting bagi mereka adalah memberi duit kepada anak-anak mereka. Namun, saya tidak boleh komen lebih-lebih sebab saya tidak berada di posisi bapa lagi.

Saya suka lagi untuk bercakap soal peranan kita selaku anak-anak. Semakin kita menginjak dewasa tidakkah kita pernah terfikir matlamat dan tujuan hidup kita sebenarnya? Pernahkah kita persoalkan siapa diri kita sebenarnya? Tidakkah kita pernah terkenang jasa ibu bapa kita sewaktu kita kecil, tak mampu berjalan dan tak mampu menguruskan semua perkara dengan sendiri? Ingatlah tatkala Allah berfirman:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya yang mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusukannya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Al Ahqaaf:15)

Kalau kita kenang dan ingat jasa kedua ibu bapa kita, kita tidak akan melibatkan diri dengan gejala sosial seperti budaya rempit, penagihan dadah, arak dan sebagainya. Sewaktu mengandungkan kita, selama Sembilan bulan emak mengusung kita ke hulu dan ke hilir, makanan banyak kena pantang, aktiviti seharian banyak yang terbatas dan sentiasa dalam keadaan lemah. Semasa melahirkan kita pula, nyawa emak pula bagaikan di hujung tanduk dek sakitnya ingin melahirkan kita. Kemudian selepas melahirkan kita, emak terpaksa berpantang selama 40 hari lebih. Selepas itu dalam tempoh dua tahun emak terpaksa menyusukan kita dan menjaga kita siang dan malam, bimbang kalau ada nyamuk atau serangga kecil menggigit kita. Kadang-kadang kita menangis di tengah malam, emak dan ayah bangun silih berganti. Kemudian ayah bersusah payah siang dan malam mencari nafkah untuk mebesarkan kita. Ayah berusaha yang terbaik demi melihat anaknya membesar sebagai seorang insan.

Namun, apa balasan yang mereka dapat? Ada sesetengah ayah terpaksa menanggung malu apabila jiran tetangga heboh menceritakan tentang perilaku anak mereka.

“semalam anak Pak Mail kena tangkap sebab pecah masuk rumah Meon”

“Anak Mak Leha yang perempuan tu semalam kena tangkap basah kat rumah sendiri. Waktu tu Mak Leha tak de kat rumah”

Setelah pengorbanan demi pengorban emak dan ayah lakukan, kita menconteng arang pula ke muka mereka. Saya tidak tahu bagaimana peritnya seorang ibu ketika melahirkan anak tetapi luangkan masa kita sebentar untuk melihat bagaimana peritnya seorang ibu ketika mengandung. Video ini dikongsikan oleh seorang sahabat di FB yang belajar dalam bidang perubatan di India. Tidaklah tujuan saya kongsikan video ini melainkan supaya kita bermuhasabah bagaimana peritnya seorang ibu ketika melahirkan anak.


Cukuplah video ini menggambarkan betapa peritnya keadaan emak kita ketika melahirkan kita. Selepas menonton video ini, dua perkara timbul di minda saya. Pertama, saya mesti menjadi anak soleh yang dapat berbakti kepada emak dan ayah saya serta menjadi contoh buat adik-adik saya. Kedua, di masa depan kelak, saya akan mendidik anak-anak saya dengan didikan yang baik supaya mereka tidak menderhakai ummi mereka.

Kepada sahabat-sahabat, saya berpesan kepada diri saya dan kalian semua agar jadilah anak yang soleh dan solehah. Doakanlah kesejahteraan ibu bapa kita serta janganlah sesekali mengecilkan hati mereka. Binalah keluarga bahagia yang dalamnya ada rahmat Rabbul Izzati.
Wallahua’lam.

Sekadar bacaan tambahan klik di sini. (Bila Usia Menjelang Empat Puluh oleh Dr Asri)

Saturday, November 12, 2011

Dimana Cacatnya?...

Salam buat semua, semoga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama kita.
Amma ba’d.

Dengan munculnya pelbagai disiplin ilmu, menunjukkan tahap pemikiran kita selaku manusia bercambah. Hanya dalam satu hal atau masalah sahaja, pelbagai pandangan dan pemikiran dibentangkan. Inilah rahmat Allah yang menciptakan kita sebagai sebaik-baik makhluk yang hidup di atas bumi. Kita boleh lihat, kalau di zaman Rasulullah SAW, Alquran itu wujud tanpa baris dan titik, namun setelah Islam saban hari makin berkembang kepada banyak bangsa dan manusia, maka muncul disiplin ilmu seperti taranum Al Quran, tajwid Al Quran, nasakh wa mansukh Al Quran, balaghatul Quran serta banyak lagi disiplin ilmu yang berkaitan dengan Alquran. Itu salah satu contoh, disiplin ilmu yang muncul setelah tersebarnya Islam ke seluruh bangsa di dunia ini. Dalam bidang biologi pula, muncul disiplin ilmu immunologi, mikrobiologi, genetik, dan pelbagai cabang lagi ilmu yang berkaitan dengan biologi.

Perkembangan ilmu ini seharusnya dilihat sebagai suatu yang positif buat kita kerana ia menyedarkan kita bahawa di dunia ini wujudnya pelbagai manusia dengan pelbagai pandangan. Ada sesetengah pandangan berguna untuk sesuatu populasi manusia, ada sesetengahnya tidak sesuai untuk populasi manusia di tempat lain. Atas dasar ini perlunya kita berminda terbuka untuk menerima dan mendengar sesuatu pandangan walaupun kita tidak bersetuju. Sebagai contoh, di Alaska ada pendapat mengatakan kita boleh menjama’kan solat maghrib dan isya’ walaupun tidak bermusafir kerana tidak ada tanda-tanda masuknya waktu maghrib (terbenamnya matahari keseluruhannya); sedar-sedar hari terus gelap. Namun, pandangan ini tidak boleh diaplikasikan di Malaysia yang mengalami siang dan malam sama panjang; setiap peredaran matahari dapat diketahui.

Apa yang cuba saya ketengahkan adalah, percanggahan pendapat dalam kalangan kita memang tidak boleh dielak. Namun sikap husnu dhan dan berlapang dada perlu diterapkan dalam diri kita ketika menghadapi percanggahan pendapat. Allah berfirman dalam Al Quran:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An Nisa’:59)

Selepas banyak percanggahan namun solusinya tidak juga ditemui, maka baliklah untuk merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah. Inilah akhlak kita selaku muslim. Namun, apa yang dikesali hari ini, sesetengah kita yang tidak berakhlak dalam isu percanggahan pendapat dengan mengeluarkan kata-kata kesat, sindiran dan caci mencaci kepada orang yang tidak sependapat dengannya. Kerana perbezaan mazhab kita bergaduh, kerana berbeza Jemaah kita berkelahi, kerana berbeza pemikiran dan idea kita menohmah pihak lain. Semua ini menunjukkan betapa jelas krisis perpecahan sesama umat Islam.

Apa yang saya Nampak, presenting problem ialah perpecahan umat Islam dan real problem adalah krisis AKHLAQ. Ya! Akhlaq yang merupakan ajaran Rasulullah SAW yang agung semakin pudar dalam diri kita. Saya fikir, ilmu yang ada hari ini untuk seorang manusia survive dalam kehidupan pada hari ini sudah cukup namun dek tandusnya akhlaq dalam diri kita, kita membentuk sikap prejudis dalam diri kita kepada orang yang tidak ‘sekepala’ dengan kita.

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia” (Hadith Riwayat Bukhari)

Pokoknya, perlunya kita menanam sifat husnu dhan (baik sangka) dan berlapang dada. Seperti saya katakan dalam entri sebelum ini, ruang kritikan sentiasa terbuka namun bil hikmah itu perlu dalam kita menyatakan sebarang hujah. Jadi, di mana cacatnya? Tanyalah diri sendiri.

Khulasahnya, jika kita mengaku umat Rasulullah SAW, kembalilah mengamalkan serta menghayati akhlaq Rasulullah SAW yang mulia lagi terpuji. Wahdatul Islamiyah (kesatuan Islam) hanyalah angan-angan jika kita menyempitkan pemikiran kita untuk hanya menerima pandangan kita sahaja.
Wallahua’lam.

P/S:doakan saya dan sahabat RIT lain yang akan menghadapi final examination  minggu hadapan. Insya Allah, jumpa di tamrin di Michigan dan muktamar di Las Vegas.

Tuesday, November 8, 2011

Agen Islam...

Salam buat ikhwah akhawat yang dirahmati Allah Jalla wa A’la. Semoga terus diberi kekuatan untuk berada di atas landasan yang dijamin kemenangan oleh Allah.
Amma ba’d.

Allah menjadikan bumi ini sebuah tempat tinggal yang mengandungi pelbagai hikmah dan rahsia. Terpulang kepada kita mahu mengkaji dan memikirkan tentangnya. Saya ingin bercakap tentang agen Islam. Siapa agen Islam sebenarnya? Baik, sebelum itu saya rasa kita semua pernah belajar tentang faktor atau agen penyebaran biji benih bagi tumbuhan. Sekadar yang kita pelajari, ada melalui angin, air, haiwan, dan tumbuhan itu sendiri (self-pollination & cross pollination). Wujudnya pelbagai mekanisma penyebaran biji benih ini kerana tumbuhnya pelbagai jenis tumbuhan. Ada yang menjadi pokok menumpang seperti pokok dedalu, ada yang jenis menjalar seperti tembikai, dan pelbagai jenis lagi. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah. Bagi golongan yang mempunyai pemikiran yang sempurna, apakah patut kita memandang sepi ciptaan Allah ini? Memandang laut hanya sebagai laut, melihat pokok hanya sebagai pokok, melihat haiwan hanya sebagi haiwan?

Berbalik kepada persoalan tadi? Siapa agen Islam? Ustaz-ustaz, tok-tok guru, pegawai-pegawai jabatan agama, atau pelajar-pelajar sekolah agama sahajakah? Barangsiapa yang bersyahadah tidak ada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah, maka dia adalah agen Islam. Apa tugas sebagai agen Islam ini? Adakah seperti agen Mossad laknatullah yang membunuh pejuang-pejuang Islam? Agen Islam ini tugasnya menyampaikan Islam dengan kapasiti yang dia miliki. Jika dia pelajar, sampaikan kepada rakan-rakan pelajar, teman sekuliah, dan rakan sebaya. Jika dia ustaz, sampaikan kepada orang-orang kampung, sampaikan kepada anak-anak murid, dan masyarakat lainnya. Jika dia pemimpin, sampaikan seruan Islam kepada rakyat bawahan serta orang-orang dibawah kepimpinannya. Jika dia suami, sampaikan kepada isteri dan anak-anaknya. Pendek kata, setiap yang bergelar muslim itu adalah agen Islam dan wajib menyampaikan Islam mengikut kapasiti yang dia miliki.
Courtesy of Google Image

Kerana wujudnya pelbagai ragam manusia seperti mana wujudnya keadaan dan sifat pokok yang pelbagai, maka wujudnya cara dan manhaj dakwah yang pelbagai. Ada dakwah yang perlu melalui seni dan hiburan, ada yang melalui akademik, ada yang memang melalui kehidupan beragama, ada yang melalui penguatkuasaan undang-undang, dan ada yang melalui bantuan dan kebajikan. Inilah agama Islam, agama yang penuh keharmonian dan kesyumulan.

Kesimpulannya, sudah menjadi kewajipan kita sebagai muslim untuk menyampaikan seruan Islam kepada umat manusia. Sampaikanlah Islam dengan cara yang Allah dan rasulnya sampaikan.

Aqimu daulatan Islam fi qulubikum, taqum a’la ardhikum (tegakkanlah daulah Islam di dalam diri kamu, nescaya daulah Islam akan tertegak di atas muka bumi kamu).

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.”
(Tafsir Surah As Saff: 9-14)

Sesungguhnya kemenangan itu dekat, masih adakah keraguan di hatimu tentang janji-janji  tuhanmu?

Saturday, November 5, 2011

Hidup Menuntut Pengorbanan...

Salam semua. Moga Aidil Adha tahun 1432 Hijrah membawa pelbagai erti kemanisan hidup dalam hidup kita.
Amma ba’d.
Hidup menuntut pengorbanan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak pengunjung blog saya berkorban sedikit harta untuk menjayakan program muktamar di Las Vegas hujung tahun ini. Untuk menyumbang, bolehlah tonton video di bawah dan tengok description video untuk cara menyumbang.



Abu Hurairah (RA) narrated, Rasulullah (SAW) said: "Charity does not decrease wealth." (Muslim)

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir & Batin. Kullu ‘Am Wa Antum Bikhair..:)

Tuesday, November 1, 2011

...

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Saya mulakan entri kali ini dengan membesarkan Allah yang maha agung kerana tiada kepentingan dalam kehidupan seorang mukmin melainkan tunduk patuh serta mengagungkan Allah rabbul Jalil.
Amma ba’d. 

Saya melihat situasi yang berlaku sekarang di Malaysia yang juga memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang berada di luar Negara adalah perkara yang kurang sihat. Suka saya untuk memetik ayat Allah dalam Al Quranul Karim: 

“Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka putusannya (terserah) kepada Allah. (Yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nya lah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku kembali.” (As Syuura:10)

Saya melihat ada ustaz ini kata begini, ustaz itu kata begitu. Fenomena begini akhirnya menimbulkan kecelaruan kepada orang yang kurang faham akan situasi sebenar. Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan akal untuk saya menilai apakah perkara utama dalam kehidupan sebagai muslim. Ada juga orang bertanya, kenapa ada organisasi-organisasi atau pertubuhan-pertubuhan yang dianggotai oleh muslim sukar bersatu. Walaupun kedua-duanya muslim, memang sukar untuk bersatu andai satu muslim yang mahukan Islam dan satu lagi muslim yang menolak Islam. Allah telah jelaskan dalam Al Quran:

“…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (Al Maidah:2)

Allah menyuruh kita untuk bersatu jika ia perkara yang mendorong kepada taqwa dan kebajikan. Jika penyatuan itu mendorong kepada kebatilan dan maksiat, maaf! Tiada kompromi di situ.

Berbalik kepada situasi tentang pelbagai pendapat dari ustaz-ustaz yang pelbagai latar belakang itu, saya berharap ustaz-ustaz dapat berkumpul dan berbincang bersama-sama mencari titik persamaan. Memang ada perbincangan dan berkumpulnya ustaz-ustaz yang saya kenali atas tujuan itu, tapi masih belum semua ustaz yang ada dalam halaqah tersebut.

Saya suka memetik kata-kata Ustaz Zaharudin Abdul Rahman (UZAR):

Islam tidak mengajar kesamarataan dalam semua perkara, kerana 'equality' dalam semua perkara adalah suatu kezaliman.Justeru, ilmu & pendirian yang disampaikan oleh seseorang tokoh akademik atau ilmuan itu pasti akan sentiasa cenderung & berpihak kepada yang diyakini lebih benar atau kurang mudarat. Jika anda ingin mereka sentiasa 'neutral' & tidak berpihak, maka anda akan jatuh dalam zalim kerana ingin kezaliman dilakukan oleh mereka. Ilmu itu menjadikan seseorang alim perlu berpendirian & tak neutral. Adil itu brbeza dengan equlity dan fairness, adil itu adalah justice, walau ia berpihak. Sentiasa neutral pula boleh jatuh ke dalam munafiq.- Ust Zaharuddin

Wallahua’lam.
P/S: saya biarkan entri ini tidak bertajuk kerana saya tidak tahu apa tajuk yang sesuai untuk entri ini. Bagi siapa yang faham entri ini fahamlah, bagi yang tidak faham, biarlah anda tidak faham daripada terlibat dengan perkara yang membolehkan anda pening.

Sunday, October 30, 2011

Jom Bersantai Seketika...

Sekadar santai-santai bersama para sahabat..:)


Mine:
Passionate
Loyal 
Elegant
Honest
^__^
Sekadar suka-suka..:)
Kredit: Kak Nadiah, Lincoln

Friday, October 28, 2011

Human Capital...

Salam buat semua, semoga Allah memberkati kehidupan seharian kita.
Amma ba’d.

Saya mulakan entri kali ini dengan menyingkap secebis sirah untuk kita sama-sama mengambil pelajaran.
Pada suatu hari Saidina Umar Alkhattab RA berkumpul dengan para sahabat yang lain dalam sebuah bilik.

 Lalu Saidina Umar RA bertanya, “Apakah kalian mahu bilik ini dipenuhi?”

Lalu jawab seorang sahabat.”saya mahu bilik ini dipenuhi dengan harta agar dapat diinfaqkan ke jalan Allah”

“saya mahu bilik ini dipenuhi dengan emas dan permata agar dapat digunakan ke jalan fi sabilillah” Jawab seorang sahabat yang lain.

“kami tidak tahu apa lagi yang kami impikan. Wahai amirul mukminin, apakah yang kamu inginkan bilik ini dipenuhi?” Tanya seorang sahabat.

“aku mahu bilik ini dipenuhi dengan pemuda seperti Abu Ubaidah bin Aljarah dan Muaz bin Jabal agar aku dapat menggunakan mereka untuk membangunkan ummah” jawab Saidina Umar RA.

Subhanallah, betapa jauhnya pandangan dan pemikiran amirul mukminin Saidina Umar RA. Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Nampak tak apa mesej yang cuba saidina Umar RA sampaikan? Mesej utama dalam sirah ini adalah berkenaan peri pentingnya  human resource atau human capital  yang sering kita dengari pada masa ini. Harta yang banyak akan habis apabila kita gunakan tetapi sumber manusia jika kita betul-betul mengoptimakan penggunaannya, kita akan dapat lihat wujudnya sebuah tamadun (civilization) yang ulung di abad ini. Jadi, persoalannya, bagaimana kita boleh mewujudkan human resource  yang berkualiti dari pelbagai aspek? Pada pendapat saya, segala-galanya harus bermula dari PENDIDIKAN ataupun TARBIYAH.

Dalam kehiduapan seorang insan, untuk insan tersebut menjadi sebenar-benar insan, dia mesti melalui satu proses pentarbiyahan agar sifat insaniyah terbentuk di dalam dirinya. Atas dasar ini, USRAH memainkan peranan penting dalam melahirkan insan-insan yang terdidik dengan sifat-sifat kemanusiaan. Jangan sesekali sangka bahawa dalam usrah kita akan jadi tok wali atau masyaikh besar dalam bidang fiqh, hadith atau usul fiqh tetapi usrah membentuk jati diri kita menjadi muslim yang berkualiti. Jadi selepas terbentuknya individu muslim yang berkualiti, kita akan dapati segala amanah, gerak kerja membangunkan ummah dan Negara dapat dibangunkan dengan gemilang. Jika yang mengepalai organisasi, pertubuhan hatta Negara itu terdiri daripada individu muslim yang cemerlang akhlak, akademik, sahsiah dan kefahaman siyasahnya, insya Allah kita akan dapati bahawa sesuatu organisasi atau Negara itu akan bangkit dengan sebuah tamadun yang agung dan gemilang.

Jadi sekadar peringatan buat diri saya dan kalian, kita sebenarnya tiada masa lagi untuk bermain-main, lalai, memikirkan gossip sana sini, dan berpeluk tubuh; hanya bertepuk tangan apabila Islam sudah di atas. Dengan apa cara sekalipun serulah insan-insan yang masih teraba-raba mencari jalan keluar dari permasalahan umat yang kronik kepada seruan ad dinul haq (Islam). Bantulah mereka untuk membentuk diri mereka menjadi human capital yang pernah Rasulullah SAW hasilkan 1400 tahun yang lalu. Ajaklah mereka untuk menyertai usrah agar mereka dapat merasai kemanisan hidup dan agar kita bebas dari penghujahan mereka ke atas kita di akhirat kelak.

Tuesday, October 25, 2011

Kesederhanaan...



Salam buat ikhwah akhawat sekalian. Sejarah mengajar kita agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan umat-umat terdahulu. Seerah mengajar kita agar meneladani para sahabat yang setia mempertahankan Islam dan aqidah yang murni itu. Oleh itu marilah sama-sama menelusuri sejarah dan seerah orang yang terdahulu daripada kita.

Amma ba’d.

“Dan ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu? Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (daripada mendapat petunjuk dan hidayah) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang fasik (derhaka)” (As Soff:5)

Dalam ayat ini Allah menceritakan bagaimana kaum Nabi Musa AS mengingkari akan kenabian Nabi Musa AS. Sehari selepas kaumnya terselamat dari fitnah (kezaliman) firaun yang ditenggelamkan laut merah, Nabi Musa dan kaumnya berjalan menuju ke Palestin. Mereka berhenti sebentar di Syam (dikenali sebagai Syiria sekarang). Ketika mereka berhenti di Syam, mereka dapati ada satu kaum menyembah berhala, lalu dengan tidak ada rasa syukurnya terselamat daripada fitnah firaun, mereka meminta Nabi Musa agar membuatkan mereka ukiran untuk disembah padahal mereka telah menyaksikan kemukjizatan Nabi Musa sebagai utusan Allah azza wa jalla melalui tongkatnya yang dapat membelah laut merah. Betapa kecewanya Nabi Musa AS kepada umatnya yang berperangai tersangat liberal. Mereka lupa akan Allah yang telah menyelamatkan mereka, maka jadilah kaum yang fasiq.

“Dan ingatlah ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: wahai bani Israil, Sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang selepasku bernama Ahmad. Maka ketika dia (Nabi Isa AS) datang memberi keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata,inilah sihir yang nyata (sebenar-benar sihir)” (As Soff:6)

Dalam ayat ini pula Allah jelas menceritakan bagaimana kaum yang terlalu ekstreme dalam agama. Kita sedia maklum bahawa kaum Nabi Isa AS terlalu ekstreme dalam beragama sehingga mereka menganggap Nabi Isa AS sebagai anak tuhan. Sebab itu, dalam kebanyakan ayat Al Quran, apabila disebut nama Nabi Isa AS pasti disebut juga Ibni Maryam. Hal ini menjernihkan bahawa Nabi Isa yang lahir tidak berbapa itu adalah anak manusia bernama Maryam,bukannya anak tuhan.

Jadi melalui kedua kisah ini kita boleh mencapai satu kesimpulan. Dalam beragama kita perlu mempunyai sikap wassatiyah. Wassatiyah adalah bermaksud kesederhanaan dalam beragama. Sikap ini adalah sikap positif demi kecemerlangan ummah. Saya akui, dalam konteks Malaysia sendiri wujudnya pelbagai bilangan jemaah-jemaah Islam (Taadud Jamaah). Melalui kewujudan jemaah yang pelbagai ini, kita yakin bahawa matlamat kita adalah sama iaitu ingin menegakkan dan mendaulatkan agama tauhid ini sebagai agama tertinggi di muka bumi.

Namun, kadangkala berlaku ketidak sefahaman dari segi tindakan dalam ingin menterjemahkan matlamat asal tadi. Ruang kritikan dan pembaikan sentiasa terbuka tetapi apa yang perlu dalam jiwa seorang ahli jemaah dan pejuang kebenaran ini adalah sifat tidak taksub hatta kepada jemaah sendiri sehingga kita tidak boleh menerima pandangan dari ahli jemaah lain. Allah memberi kita akal supaya kita boleh membuat  penilaian. Oleh itu, ilmu fiqh dan seerah harus sentiasa dirujuk agar manhaj kita adalah manhaj nubuwwah; bukan mengikuti apa yang dilakukan jemaah secara taklid buta (membabi buta). Perlu wujudnya check & balance dalam pergerakan kita agar terselamat daripada budaya fanatisme yang akhirnya merosakkan dakwah dan tarbiyyah kita. Selamat Beramal..:)
Wallahua’lam.

united we stand, devided we fall

Monday, October 17, 2011

Cerita Anakku...

Salam buat sahabat yang dikasihi Allah, semoga dalam lindungan Allah Azza wa Jalla.
Amma ba’d.

Mendengar tajuk ini mungkin orang akan kata saya buat lawak.

“eleh, setakat anak kucing ke, anak ikan ke, anak kunci ke, aku pun ade. Lapuk la lawak kau.”

Tidak ini bukan lawak, memang betul saya dah ada anak.

“kalau macam tu, mane isteri kau, mane mak anak kau? Jangan kate kau...”

Tidak, memang betul saya ada anak angkat. Macam mana saya boleh dapat anak angkat ini?ha, inilah nak ceritanya.

Pada suatu hari..(ok, ceritanya pendek je ^_^)

Di bawah projek yang dinamakan Projek Penajaan Anak Yatim Palestin kelolaan Aqsa Syarif, saya dan 10 orang sahabat dari RIT bersepakat untuk menyertai projek ini. Bagi saya inilah peluang menambah saham akhirat dan peluang untuk sekurang-kurangnya melepaskan diri di hadapan Allah bahawa saya ada menyumbang untuk saudara kita di Palestin. Mereka yang menjadi anak yatim ini merupakan anak mujahidin yang syahid ketika melawan tentera zionis laknatullah. Ganjarannya sangat besar kalau kita dapat membela nasib mereka. Andai ditakdirkan bahawa pada masa hadapan, anak-anak ini juga syahid, subhanallah, diharapkan agar mereka dapat memberi syafaat kepada ‘ayah’ mereka ini.

“ seorang yang syahid dapat memberi syafaat bagi tujuh puluh ahli keluarganya” (riwayat Abu Daud)

Jadi siapa yang berminat untuk membela nasib anak-anak Palestin, boleh la klik link aqsa syarif ataupun PM di facebook saya.
Wallahua’lam.

P/S: Sedang belajar menjadi bapa.:) 

Anakku: Abdul Rahman Aamarah

Saturday, October 15, 2011

Rezeqi Allah Jamin...

Salam buat sahabat semua, mudah-mudahan Allah Jalla wa A’la sentiasa meberi kemurahan rezeqi kepada kita.
Amma ba’d.

Semalam selepas usrah di Province (rumah Mr President), kami berlima (siapa?hehe), berbincang macam mana nak ke Las Vegas untuk muktamar tahun ini, selepas berbincang dalam masa lebih kurang sejam setengah itu, kami bersepakat untuk pergi ke sana menaiki flight, dan malam itu juga kami terus masuk ke website kayak.com untuk cari tiket. Alhamdulillah selepas beberapa minit mencari, dapat harga tiket yang saya rasa berpatutan iaitu USD 335.00 (round-trip). Tanpa berlengah, kelima-lima kami terus klik, dan selesailah sudah urusan pembelian tiket kami pada malam itu. Sekarang, saya hanya berdoa agar Allah menyampaikan kami ke Las  Vegas,Nevada memandangkan tiket sudah dibeli. Mudah-mudahan salji tidak turun waktu tarikh penerbangan kami. Kalau ingin ke sana menaiki kereta memang akan mengambil masa berhari-hari dan sangat penat. Dikhuatiri kami tidak dapat apa-apa ketika muktamar nanti akibat keletihan memandu semasa dalam perjalanan.

Bukanlah point pergi ke sana menaiki apa yang ingin saya bincangkan tetapi apa yang ingin saya cuba ketengahkan adalah, sejauh mana kita ingin melaburkan aset kita ke jalan Allah. Ramai sahabat saya disini ingin pergi ke muktamar tetapi mereka masih memikirkan masalah kewangan. Saya akui, ada dalam kalangan kami berlima pada mulanya masih terasa ‘berat’ untuk ke muktamar memandangkan kosnya sekuarang-kurangnya akan mencecah USD 500. Berbanding tahun lepas, muktamar di Missouri tahun lepas menelan belanja paling tinggi pun setakat USD 250  sahaja.

“Bagi aku rezeki Allah jamin.so, jangan risaulah” kata saya pada malam tersebut.

Lalu, tanpa ragu-ragu kami semua pada malam tersebut terus beli tiket flight tanpa rasa ‘berat’ lagi. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, yakinlah bahawa Allah akan memberi ganti yang lebih baik jika kita menggunakan sebahagian harta yang direzeqikan ke jalanNya. Jangan pernah ada keraguan pada janji Allah. Allah berfirman dalam surah Saba’ ayat 39:

“Katakanlah (wahai Muhammad), Sesungguhnya tuhanku melapangkan dan menyempitkan rezeqi bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hambaNya dan apa sahaja yang kamu infaqkan dia akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeqi” (34:39)

Janganlah ada keraguan lagi untuk menginfaqkan harta kita di jalan Allah. Ikhlaskan niat untuk pergi ke muktamar kali ini dan yakinlah bahawa Allah akan menggantikan apa yang kita rasa hilang dengan sesuatu yang lebih baik. Allah juga menegaskan dalam Alquran:

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia daripada masalah hidup dan diberikannya rezeqi dari sumber yang tidak ia sangka dan barangsiapa bertawakkal kepada kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Ssungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (65:2-3)

Saya pun tidak ada perkataan yang ingin saya panjangkan lagi tetapi yakinlah janji Allah. Bahawa Allah tidak pernah memungkiri janjiNya kepada hambaNya. Insya Allah jumpa kalian semua di Muktamar 2011 Las Vegas, Nevada..:)

Muktamar 2011 Las Vegas - The Trailer from Vegas Pro Studios on Vimeo.

Sunday, October 9, 2011

The Meeting Is Getting Closer...

Salam buat semua sahabat-sahabat,semoga hidup kita dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah.
Amma ba’d.

Hari ini, 9 Oktober 2011 genaplah umur saya menjadi 21 tahun. Sedar tidak sedar, term remaja belasan tahun dah berlalu dalam hidup saya. Saya menjangka tidak ada orang akan ingat hari lahir saya tetapi asas persaudaraan Islam yang kuat sehingga tarikh lahir sahabat pun mereka ingat. Inilah kualiti sebagai seorang sahabat, tahu serba serbi mengenai sahabatnya. Bagi saya kalau sahabat-sahabat saya tidak ingat pun saya tidak kisah sebab saya pasti ada seorang yang tak pernah lupa untuk wish dan sambut hari kelahiran saya; siapa lagi kalau bukan emak saya. Kalau saya di rumah sekarang, saya pasti emak dan ayah pasti sudah bawak kami sekeluarga makan di luar. Apapun jazakumullahu khairan kathiran untuk ikhwah, akhawat serta sahabat-sahabat yang wish  dan mendoakan saya, hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Saya doakan kepada kalian semua agar dimurahkan rezeqi dan sentiasa mendapat rahmat serta redhaNya.
Kasih ibu sampai ke Amerika

Harapan saya sempena umur 21 ni agar dapat meningkatkan ilmu, iman dan amal. Saya juga berharap setiap tindakan saya lebih matang dan rasional. Dan suka saya mengingatkan diri saya bahawa semakin meningkat umur maka semakin hampirlah pertemuan saya dengan Allah. Jadi, haruslah saya bersiap-siap semampu mungkin untuk balik ke kampung akhirat membawa amal-amal soleh dan kebajikan. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada saya agar tidak tersesat dalam mengharungi mehnah dan tribulasi kehidupan.

P/S: Alhamdulillah dah boleh mengundi cuma saya belum daftar undi. Apapun saya mendoakan agar rejim thagut yang berasaskan sekularisme itu tumbang dan digantikan pemerintahan Islam yang dapat menjamin keharmonian hidup.

“Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.” (Al Isra’:81)

Wednesday, October 5, 2011

Fitrahku Memerlukan Dirimu

Salam buat semua, semoga diberkati  Allah dalam menjalani kehidupan seharian.
Amma ba’d.

Satu malam pada minggu lepas,saya bersiap-siap hendak tutup laptop untuk bersembahyang isya’ kerana lepas tu saya akan keluar bermain bola. Tiba-tiba satu mesej masuk di skype.

“salam akhi, kaifa haluka? Buat ape tu?”

“wassalam akhi, Alhamdulillah ana bi khair. Tak buat ape pun.”

“akhi, sibuk tak?call ana jap boleh”

“ana tak la sibuk tapi ana nak sembahyang isya’ dan lepas tu ana nak keluar main bola.”

“kejap je.”

“orait.ana call sekarang.”

Lalu saya pun call la seorang sahabat yang juga belajar di oversea ini.

“Hello, ha kenape akhi?bunyi macam urgent je.”

“ana down doh.ana ‘terlepas’ la. Betul cakap anta, lambat masuk habis”

“oh patutla tak boleh tidur ni. dah tengah pagi dah kat tempat anta ni.”

Bila dia cakap ‘terlepas’ tu, saya dah boleh agak apa yang berlaku. Saya ambil masa selama 10 minit bercakap dengan dia sebelum saya pergi sembahyang. Kemudian dua hari selepas itu, datang pula satu call seorang sahabat yang di US ni. sahabat ini memang layak sangat berkahwin kerana umur yang semakin menginjak.

“Assalamualaikum Nazrul, terima kasihla atas doa. Alhamdulillah semuanya nampak berjalan lancar dan positif.”

Lama juga saya sembang dengan sahabat yang ini. mengenang nasib dua orang sahabat ini, saya teringat kisah Saidina Ali dan Salman Al Farisi. Seorangnya beruntung dan seorang lagi terlepas. Saya mengakui, umur sekarang memang selayaknya kita memikirkan hal-hal berkaitan rumah tangga. Saya tak pasti keadaan perempuan macam mana, tetapi bagi lelaki benarlah seperti apa yang disabdakan Rasulullah SAW:

“Takutlah (berhati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah dalam urusan wanita.” (Hadith Riwayat Muslim)

“Tidak aku tinggalkan selepas kewafatanku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Memang fitrah yang Allah jadikan adalah makhluk ini berpasang-pasangan. Jadi seandainya kita cuba menafikan fitrah ini, kita akan tewas.

“bercinta sebelum nikah itu haram”

Kata sesetengah orang (biasanya budak usrah la ni). Definisi cinta itupun terlalu subjektif, jadi yang saya berani kata haram adalah bercouple. Keluar berdua-duaan ke mana-mana tanpa ikatan yang sah disisi syara’ tanpa ditemani mahram, berpegangan tangan dan berkhalwat di tempat yang jauh daripada orang awam (orang ramai) itulah couple.

Saya akui fitnah wanita memang dahsyat terutama bagi pelajar yang belajar di luar negara. Dengan pakaian minah saleh yang umpama tidak berpakaian itu, memang sangat menguji iman. Andai tidak kuat iman dan tidak mempunyai kawan-kawan yang sering mengingati, memang alamatnya hanyut. Jadi, ada baiknya mengambil langkah selamat dengan cara yang telah disyariatkan melalui jalan pernikahan. Emak bapa tak bagi, sponsor tak bagi, tiada calon; itu adalah urusan kedua kerana yang paling penting iman dan kesucian diri kita terpelihara.

Ada juga kawan yang berkata:

“aku kalau Yun  kahwin, baru aku kahwin.”

Sesungguhnya tidak ada sebarang faedah pun tunggu saya ‘jalan’ dulu. Mau yang di sebelah ‘sana’ dirampas orang atau swing hatinya, ada pulak yang datang mengadu. Pernikahan adalah jalan selamat dalam menghadapi dunia fitnah akhir zaman ini. Seperti yang kita sering baca di akhbar-akhbar, statistik hamil anak luar nikah berada di paras kritikal, jadi dengan bernikah statistik ini dapat dikurangkan. Kalau siapa sahaja yang sudah ada calon, rancanglah untuk melengkapkan separuh agamu demi memelihara kesucian dirimu.

Kata ikhwah kepada akhawat: fitrahku memerlukan dirimu.
Wallahua’lam..